Thursday 19 July 2012

U-TURN 36


“ B!!”
Terus terkaku langkah K dihadapan pintu masuk Ours Diner apabila kedatangannya pagi itu disambut oleh seorang pemuda yang nampak sangat gembira. K memandang kehairanan pemuda yang masih mendepakan tangan dihadapannya itu. Buang tabiat ke apa lelaki ni?
“ Morning love!”
Nasib baik belum ada pelanggan lagi di OD kalau tak mahu jadi gosip hangat. Pasangan gay tak malu menunjukkan hubungan dihadapan khalayak ramai! Huh! Ngeri! Tapi.. aku peduli apa? Aku perempuan, okey??
“ Tidur lena semalam?” Miqhal memegang kedua-dua belah pipi K. Wajah itu nampak tidak bermaya. “ Sejuknya pipi!” Miqhal menggosok-gosok pipi K dengan tangannya, memberikan sedikit kehangatan.
K hanya membiarkan sebab hati masih tertanya-tanya apa mimpi Miqhal tiba-tiba nak bermesra dengannya hari ini setelah berhari-hari mereka tidak bersua muka?
“ Jom breakfast! Lepas tu kau ikut aku pergi office kejap sebab aku nak settle something... And then kita pergi shopping sebab dah lama kau tak pilih baju untuk aku. Lepas tu kita pergi tengok wayang.. Lepas tu kita..”
“ Ehem!!” K berdehem kuat sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Miqhal.
“ What?”
“ Kau demam ke?”
“ No.”
“ Habis tu? Salah makan ek?”
Miqhal tertawa kecil. Dia tahu yang K pelik dengan kelakuannya hari ini. Tapi dia tak peduli. Sebelum kenangan pahit tercipta, lebih baiklah dia ukir kenangan manis dulu hari ini. Cehwah~  “ Please B untuk hari ni je... Jangan banyak soal. Ikut je mana aku bawak kau. Aku just nak spent time dengan kau. And pleaseeeee! Jangan marah, jangan merajuk, jangan gaduh-gaduh! Untuk hari ni je, boleh?”
_never leave_
“ Handphone?” Miqhal menghulurkan tangannya pada K yang duduk di sofa disudut bilik pejabatnya. Hampir sejam juga K terpaksa menunggunya menyelesaikan sedikit kerja. Nasib baiklah gadis itu menuruti permintaannya supaya tidak banyak soal hari ini. Diam-diam je K duduk kat sofa. Jadi budak baik untuk seketika. Tu pun main jeling-jeling yang ada aura membunuh kat dia. Dalam sejam menunggu tu, memang K tak banyak soal, tapi banyak permintaan pulak. Lapar nak KFC laa.. Nak McD laa.. Kesian Amad, office boy yang terpaksa dapatkan semua tu untuk K. Tapi kira okey jugaklah tu, sebab K ajak sekali si Amad tu makan sama. Miqhal dah tak boleh nak larang dah. Biarlah..
“ Huh?” K menjungkit kening.
“ Pinjam handphone jap.” pinta Miqhal lagi dengan senyuman dibibir. K menyerahkan telefon bimbitnya pada Miqhal.
“ Kenapa??” K semakin hairan bila Miqhal menyimpan telefon bimbit itu didalam poket seluar.
“ Aku taknak sesiapa pun ganggu kita hari ni.” tangan K dicapai. “ Tangan sejuk. Pipi sejuk. Come! I’ll make you warm..” tubuh K dipaut erat ke tubuhnya. “ Next time, pakai baju tebal sikit. Lately kan selalu hujan? Janganlah pakai T-shirt je. Bougain bukan Summer Shine sayang oiii.. Masa ni memang aku boleh peluk kau, kalau aku tak ada nanti macam mana?”
K senyum. Inilah pertama kali dia mengukir senyuman setelah beberapa jam bersama Miqhal. Terasa sudah lama dia tidak berada dalam pelukan lelaki itu. Sudah lama lelaki itu tidak bermesra begini dengannya. Sebelum ini kalau mereka berjumpa je, pasti ada pertelingkahan yang berlaku dan penghujungnya bergaduh sampai berhari-hari tidak berhubung, tidak berjumpa. Dan rasanya... K takkan melepaskan peluang kali ini untuk menjadi seperti dahulu kala.
“ Kau nak pergi mana?”
Miqhal tersenyum hambar mendengar soalan dari K. Di saat K bersuara, Miqhal dapat merasakan pelukannya dibalas. “ Kau nak aku pergi ke?”
Semakin erat K mendakap tubuh itu apabila Miqhal menyoalnya kembali. Dia menggeleng kepala perlahan.
Miqhal berasa sebak tiba-tiba. Ugutan Ie bermain-main ditelinga. Aku tak pasti samada aku akan dapat rasa lagi pelukan hangat dari K kalau aku bagitau semuanya pada dia. Tapi...takkanlah nak biarkan Ie yang tunjukkan pada K yang aku ni dah berkahwin? Kalau aku biarkan semua tu terjadi, makin senanglah Ie nak rampas K dari aku! Tak..aku takkan lepaskan K!
“ B... Macam mana kalau lepas ni kita... No.. I mean.. Aku...”
K menolak perlahan tubuh Miqhal dan pelukan pun terlerai. Dia memandang Miqhal penuh tanda tanya. “ Kau nak cakap apa sebenarnya ni?”
Miqhal mengeluh sebelum tersenyum nipis. Nampak? Nampak?? Belum bagitau lagi dia dah lepaskan pelukan. Kalau aku bagitau tadi, aku rasa dia terus blah kut.. Sebab K jenis yang akan berdiam diri jika marah.
“Miqhal??”
Miqhal menggeleng lalu memeluk bahu K dan mendorong tubuh itu supaya melangkah bersamanya. “ Forget about it!” bukan ini masanya....
_never leave_
“ B!”
Langkah kaki K terhenti bila Miqhal yang berjalan beriringan dengannya berhenti melangkah. Dia dan Miqhal baru sahaja melangkah keluar dari 7-Eleven selepas beli Slurpee. K tengok Miqhal yang tengah pandang taman permainan tidak jauh dari 7-Eleven. K turut menala pandangan ke taman tersebut.
“ Ingat lagi tak? Kat sini la kau langgar aku dulu...” Miqhal kembali memandang K. Senyuman terukir dibibirnya. “ Masa tu kau kejar budak yang curi basikal kau. Kejar budak tu sampai aku yang besar macam ni pun kau tak nampak lagi dah. Main rempuh sesuka hati kau je!”
K tertawa. “ Siot punya budak! Aku sayang gila basikal tu..! Boleh pulak dia bawak lari. Kesian kau kannn... Tak pasal-pasal accident!” bahu Miqhal ditepuk-tepuk.
“ Tapi kalau tak accident, tak adalah aku kenal kau... Kalau budak tu tak curi basikal kau, tak ada jugaklah kau lari rempuh aku... Kalau semua tu tak terjadi, tak adalah kita kat sini sekarang ni...”
K mengangguk mengiakan kata-kata Miqhal. Dibibirnya masih terukir sebuah senyuman. “ Dan kalau kau, Ad dengan Denn tak baik hati tolong aku kejar budak tu, tak ada jugaklah aku kawan dengan korang sampai hari ini.”
Miqhal memeluk bahu K dengan tangan kirinya sementara tangan kanannya memegang Slurpee. “ Dan kalau kau tak kawan dengan kitaorang, kitaorang pun takkan tahu yang kau ni perempuan... Kalau kitaorang tak tahu yang kau ni perempuan, aku rasa semua orang dah label aku ni gay! Sebab dah jatuh cinta kat kau...”
“ Eh jap! Tak betul tu!” K  cepat-cepat mencelah. “ Kalau aku tak kawan ngan korang, tak adalah kau jatuh cinta dengan aku kan?”
“ Naaaa~” Miqhal menggeleng. “ Kau salah!”
“ Huh?”
“ Terus teranglah aku cakap...masa kau langgar aku hari tu, aku rasa macam aku berada di dunia lain seketika. Y’know? Rasa macam the whole world stop and stare for a while..”
Cos’ girl you’re amazing just the way you are~~” bersahaja K menyanyikan Just The Way You Are – Bruno Mars.
Miqhal gelak. Memang kejap tadi dia curi lirik lagu tu. “ Tapi betullah aku cakap... Sebab masa tu sindrom orang jatuh cinta pandang pertama semua ada kat aku. Love at first sight. Aku tak pernah lagi rasa macam tu dengan lelaki lain. Dengan kau je lah aku rasa macam tu! Nasib baiklah kau ni lelaki yang special case sikit! Kalau tak... tak tahulah aku apa nak jadi!”
“ Betul ke?”
“ Ya!”
Serious?”
“ Yalah sayanggg~ Apa aku dapat kalau aku tipu kau punnn?” rambut K diusap lembut. “ Mana cap?” baru dia perasan yang hari ini K tak pakai trucker cap Quiksilver merah biru tu.
K meneguk Slurpeenya. “ Entah! Hilang! Ie curi kut!” dia dan Miqhal dah kembali menyambung langkah ke kereta.
“ Curi?”
K angguk. “ Dia suka curi barang aku... Hari tu dia ambik aku punya kunci scoot. Haa, padanlah dengan muka dia sebab lepas tu dia jugak yang kena jadi driver aku! Tak fahamlah aku kenapa dia perlu sembunyikan aku punya kunci scoot tu. Sekarang ni cap aku lagi yang jadi mangsa dia...” K berhenti bercakap bila dia terasa tidak ada lagi tangan yang memeluk bahunya. Langkahnya serta-merta terhenti lalu dia berpaling. “ Kenapa?” soalnya pelik bila Miqhal tiba-tiba kaku berdiri sambil tengok dia dengan air muka yang tidak seceria tadi.
Jealous.”
K tepuk dahi. “ Jealous apa pulak ni?”
Miqhal angkat bahu. “ Entah. Tiba-tiba sini sakit..” tangannya menekan dada kiri. “ Mungkin sebab nama yang kau sebut tadi tu kut...”
“ Cehh!” K tarik lengan Miqhal supaya kembali menyambung langkah. “ Lepas ni kita pergi ladang strawberi nak?”
“ Tak nak.”
“ Jomlah!”
“ Cakap kau sayang aku dulu!”
“ Perlu ke?”
“ Mestilah! Tu kira macam minyak... Tak ada minyak, kereta tak jalan!”
“ Kereta yang pakai tenaga solar tu boleh je jalan walaupun tak ada minyak!” bidas K.
“ Cakap je lah yang kau sayang aku. Bukan susah pun...”
“ Tak naklah!”
“ Macam mana kalau lepas ni something bad happen to me..?What if aku pekak lepas ni, aku dah tak boleh dengar kau cakap yang kau sayang aku lagi.”
“ Aku boleh tulis.”
“ Kalau aku pekak dengan buta?”
Lama K terdiam. Mencari jawapan yang sesuai untuk kemungkinan tersebut. Macam mana kalau Miqhal buta dan pekak? Macam mana dia nak cakap dengan Miqhal yang dia sayangkan lelaki tu? Sebab masa tu Miqhal dah tak boleh dengar suara dia lagi. Miqhal dah tak boleh baca mulut dia lagi.
Mereka dah berada di dalam kereta, tapi kereta masih tak gerak lagi sebab Miqhal masih tunggu jawapan dari K yang terdiam disebelah. Berfikir la tu!
“ Just say it now laa... Sementara aku masih boleh dengar lagi suara kau...” Miqhal bersuara lagi. Susah betullah nak dengar budak ni cakap yang dia sayang aku! Hishh~
Tiba-tiba K peluk Miqhal. Miqhal kaku ditempatnya.
K pejam mata sejenak. “ Kalau kau buta dan pekak, aku boleh peluk kau macam ni... Supaya kau boleh rasa yang aku sayang kau.”
Miqhal senyum terharu mendengar jawapan dari mulut K. Pelukan K dibalas. Erat macam tidak ingin dilepaskan. “ I love you, B...”
“ Aww!! Kau nak bunuh aku ke apa ni??” jerit K bila Miqhal terlampau kuat memeluk tubuhnya.
Miqhal ketawa lepas lalu meleraikan pelukan. Sempat dia mengucup dahi K sebelum K duduk betul-betul di tempatnya macam tadi. “ Okey apa kalau mati dalam pelukan aku? Ala-ala cerita Korea gitu! Nanti keluar kat surat khabar, ‘Seorang gadis meninggal dunia dalam dakapan sang kekasih’.. Perghh! Gempak! Confirm laku newspaper hari tu!”
­­_never leave_
“ Apa lagi yang mama tak puas hati ni ma?” Miqhal memandang mamanya yang masih dengan majalah Wanita di tangan. Dia datang menghadap Puan Dianne di dalam bilik membaca ini kerana tidak puas hati apabila dirinya terasa disindir semasa makan tengah hari tadi. Apatah lagi ia melibatkan K. Bukannya dia nak melebihkan mamanya dari K, tapi dia rasa mamanya tidak sepatutnya membabitkan nama K dalam perkara yang mamanya sendiri tidak tahu kebenaran.
Puan Dianne tersenyum sinis lalu meletakkan majalah ke meja dihadapan. Wajah keruh anak bongsunya ditatap sekilas. Dia tahu Miqhal tengah marah. Marah sebab tadi dia sengaja membanding-bandingkan K dengan Ryana. Puan Dianne langsung tidak berselindung tentang kewujudan K dalam perhubungan Miqhal dengan Ryana sebab dia tahu Ryana sendiri sudah sedia maklum tentang itu. Cuma Ryana tidak membuat apa-apa tindakan manakala dia sudah berkali-kali mengungkit perkara itu kepada Miqhal.
“ Kenapa perlu banding-bandingkan K dengan Ryana?”
“ Untuk menyedarkan anak mama!”
“ Nak sedarkan dari apa?”
“ Ryana tu lebih baik dari K.”
“ Mama tak kenal K jadi jangan nak bandingkan dia dengan orang lain ma.” suara Miqhal kembali kendur. Dia cuba menahan amarahnya sebab yang kat depan dia ni mama, bukannya kawan yang boleh dia tengking-tengking sukahati.
“ Siapa kata mama tak kenal dia? Mama kenal. Budak yang macam lelaki tu kan?”
“ Ma... Please?” Miqhal tidak sanggup nak mendengar orang mengata K macam-macam. Ya, memang K macam lelaki tapi K tetap perempuan.
What? Tak salahkan? K memang macam lelaki. Itu ke yang Miq nak jadikan isteri? Apa tak cukup lagi ke Ryana tu? Ryana tu sejuta kali lebih baik dari budak pengkid tu, Miqhal! Sedarlah sikit!”
“ Kalau Ryana tu baik sangat dia takkan mengandung anak luar nikah.”
“ Miqhal!!” bulat mata Puan Dianne memandang Miqhal yang menuturkan kata-kata yang tidak sepatutnya seperti itu. Macam mana kalau Ryana terdengar perbualan mereka? Pasti menantunya itu akan tersinggung.
Miqhal senyum sinis. “ Kenapa? Tak salahkan? Seburuk-buruk K, dia tak buat kerja macam tu, ma. K tu SEJUTA kali lebih baik dari Ryana.” Miqhal menekan-nekankan suaranya.
“ Ryana tu isteri Miq!”
Miqhal mengetap bibir geram. “ Dahlah, ma. Miq malas nak bergaduh dengan mama. Ya, Ryana tu isteri Miq. Tapi Miq tak cintakan dia ma. Ryana sendiri tahu benda tu. Miq cintakan K.”
“ Mama takkan restui hubungan kamu dengan budak tu!!”
Miqhal bangkit. “ Sampai bila ma? Sampai Miq mati baru mama nak restui? Mama kena ingat... Miq ada hati, ma.. Ada perasaan.. Perasaan Miq kuat pada K.. Hati ni akan mati kalau K pergi...” Miqhal menarik nafas dalam. Tenanglah wahai hati... “ Mama boleh kalau tak nak restukan hubungan Miq dengan K.. Mama boleh pisahkan Miq dari K.. Tapi walau apa pun terjadi ma, hati ni...” Miqhal menekan dadanya dengan telunjuk. “ Hanya milik Kyra Khalesya.”
_never leave_
Aunty... Kenapa aunty nak jumpa K?” K memandang sekeliling coffee house yang mewah tersebut. Rasa janggal apabila dia yang berpakaian santai berada dikalangan pengunjung coffee house ini yang rata-ratanya orang yang berkedudukan tinggi. Dia pakai t-shirt dengan jeans je!
Puan Dianne tersenyum nipis ke arah anak muda yang nampak gusar dihadapannya itu. Gadis inilah yang dicintai sepenuh hati oleh anak lelaki tunggalnya. Dia memang tidak berapa suka apabila Miqhal masih lagi berhubung rapat dengan K. Dia lebih suka Miqhal bersama dengan Ryana. Ryana lebih cantik, lebih bergaya dan yang paling penting dia tahu latar belakang Ryana. Sedari dulu lagi dia berkenan dengan Ryana. Dia memang punya impian untuk mengahwinkan Ryana dengan Miqhal. Dan impiannya itu tercapai juga akhirnya. Dia tidak peduli walau Ryana itu mengandung anak luar nikah sekalipun, dia masih lagi gembira bila Miqhal mengahwini Ryana. Dia berharap supaya rumah tangga Miqhal dan Ryana akan kekal. Dan rasanya dia perlu bertindak supaya harapannya itu akan tercapai. Kalau Miqhal bertegas tidak mahu meninggalkan K, jadi dia akan cuba menyuruh K untuk meninggalkan anaknya itu.
“ Boleh aunty tahu apa hubungan kamu dengan Miqhal?”
“ Erkk.. Maksud aunty?”
“ Jangan berpura-pura tak tahu, K. Kamu bercinta dengan Miqhal kan?”
Gulp! K menelan liur yang terasa berpasir. Apa kes mak Miqhal ni yang tiba-tiba tanya benda luar alam macam ni?
Aunty tak nak cakap banyak. Kita sama-sama perempuan K. Perempuan ni sensitif... Mudah terluka..”
Oh-okey... K masih tidak bersuara. Dia masih tidak dapat menangkap tujuan sebenar Puan Dianne mengajaknya berjumpa. Untuk berbicara pasal perempuan ke? K semakin hairan apabila Puan Dianne menghulurkan beberapa keping foto kepadanya. Lambat-lambat, foto itu bertukar tangan.
“Miqhal menyembunyikan semua ni dari pengetahuan kamu, K...”
Hampir terlepas foto tersebut dari tangan K. Foto dimana Miqhal sedang menyarungkan cincin dijari seorang perempuan, foto Miqhal sedang mengucup dahi perempuan tersebut dan.. “ Apa semua ni aunty?” K tidak sanggup lagi untuk terus melihat. Foto-foto itu diletak ke atas meja.
“Miqhal dah berkahwin beberapa bulan yang lepas.. dengan kawan baik dia sendiri, Ryana.. Miqhal sembunyikan semua ni dari kamu sebab dia tak nak kamu tinggalkan dia. Aunty tahu anak aunty tu sayangkan kamu.. Tapi cuba kamu letak diri kamu ditempat Ryana. Ryana seorang perempuan. Ryana merupakan isteri Miqhal yang sah. Apa perasaan kamu kalau suami kamu sendiri menyintai perempuan lain? Aunty kesiankan Ryana..”
Ryana... Akhirnya nama itu menjadi racun dalam perhubungan aku dengan Miqhal. K cuba sedaya upaya untuk menahan air matanya dari jatuh. Dia tidak boleh lemah.  “ Aunty nak saya buat apa?”
“ Tinggalkan Miqhal.”
Mudahnya Puan Dianne meminta. Perasaan Ryana saja ke yang penting sekarang ni? Macam mana dengan perasaan dia? Dia juga perempuan! Dia juga sensitif. Mudah terluka. Tidak kesiankah Puan Dianne dengan dirinya?
Aunty tahu yang Miqhal takkan tinggalkan kamu sebab tu aunty mintak kamu untuk tinggalkan Miqhal. Mungkin dengan kehilangan kamu, Miqhal akan cuba belajar mencintai isteri dia...”
Dan lepas aku tinggalkan Miqhal, aku akan cuba belajar apa? Belajar untuk merawat hati untuk tersenyum melihat Miqhal dengan isterinya bahagia? Macam tu ke? K menggenggam kuat tangannya, cuba mencari kekuatan. Agaknya benda inilah yang membuatkan Miqhal selalu macam serba salah. Selalu bawak muka bermasalah sampai membuatkan mereka selalu bertengkar.
“ Ryana berhak untuk mendapat kebahagiaan.”
Habis tu aku ni tak berhak untuk bahagia? Orang macam aku ni tak layak untuk merasa bahagia ke? Orang macam aku ni pun ada perasaan jugaklah! Aku pun nak bahagia! Siapa yang nak sedih dalam dunia ni?? Siapa yang nak terluka?
Aunty tahu kamu seorang yang kuat. Kamu akan mampu jalani hidup tanpa Miqhal.”
Okey..cukup! K menarik nafasnya dalam sebelum menghembuskannya perlahan. Dia cuba untuk bertenang walaupun sukar. “ Saya akan tinggalkan Miqhal.”
_never leave_
“ K tak balik lagi ke?” Ie menapak ke arah peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka dan kotak jus  dibawa keluar sebelum pintu tersebut ditutup semula. Lyqa yang sedang leka menikmati aiskrim dikerling sekilas. “ Abang tanya ni..!” kali ini suaranya dikuatkan sedikit.
Lyqa tersengih memandang Ie. Sedar kealpaanya sebentar tadi. Disebabkan aiskrim dan keseronokan berbalas SMS dengan lelaki idaman, dia tidak menjawab pertanyaan abang tirinya itu. “ Abang tanya apa tadi?”
“ Miss Kyra Khalesya tak balik lagi ke?” jus yang sudah dituang kedalam gelas, diteguk perlahan. Dia dah mengambil tempat berhadapan dengan Lyqa.
“ Belum lagi... Kenapa?”
“ Abang pergi OD, tapi dia tak ada. Budak kat situ kata dia cuti. Betul ke dia cuti?”
“ Pagi tadi dia pergi kerja macam biasa kan?” Lyqa pulak yang hairan sekarang. Cuti? Padahal pagi tadi elok je dia tengok kakak dia tu bersiap nak pergi kerja.
Ie sudah mula bimbang. “ Call dia.”
“ Sekarang ke?”
“ Tak. Esok!” sarkastik.
Lyqa sengih apabila terasa dirinya disindir. Tangannya terus bekerja mencari nama K di phone book dan mendail nombor telefon tersebut. Masuk kali kedua dia mencuba, masih jugak panggilannya masuk ke voice mail. Lyqa merengus. “ Tak dapatlah, bang!”
“ Hishh! Budak ni!” Ie dah mula mengorak langkah pergi. “ Kalau daddy tanya abang, bagitau abang pergi cari budak tu!”
U-TURN

U-TURN 35



K lepak di hadapan Ours Diner sementara menunggu Ie menjemputnya. Jarang Ie lambat sebegini. Minggu ini memang Ie yang bertindak sebagai pemandu tak bergaji dia disebabkan skuternya yang kehilangan kunci. Dengan kunci spare sekali lesap entah kemana. Masa tu memang K hangin! Habis seluruh bilik tidur digeledah tetap tak dapat cari! Tak tahu pulak yang kunci skuter dia selama ini ada kaki, reti berjalan.
Melihat jalan yang semakin lengang, kedai-kedai disepanjang blok yang sudah gelap menandakan sudah tidak beroperasi lagi membuatkan K kebosanan sendiri. Lainlah kalau doktor kat klinik seberang sana tu masih ada. Bolehlah dia buat-buat sakit lepas tu mintak khidmat doktor hensem tu! Dapat jugak cuci mata. (walaupun sebenarnya dia tak sukakan klinik!) Haha.
K mengeluh lagi. Ie dah lewat 30 minit dari masa yang sepatutnya. Ishh! Dia paling tak suka lah part nak kena tunggu-tunggu macam ni. Rasa macam orang bodoh je. Dia tunduk memandang lantai. Dari duduk mencangkung, sekarang dia dah bersila kat depan pintu kedai. Manalah Ie ni tak datang-datang. Kereta rosak ke? Heh. Kalau kereta rosak, banyak lagi kereta lain kat rumah tu. Pakai je. Ke Ie ada masalah lain?
K tersentak bila ada orang tengah berdiri kat depan dia sekarang ni. Dia tak tahu siapa sebab dia cuma dapat tengok kaki yang dibaluti sandal Nike je. Ie ke? K terus panggung muka.
“ Tak tahu pulak yang OD ada hired security guard!”
“ Denn!!” didorong oleh rasa teruja, K terus berdiri dengan senyuman lebar di bibir. Rasa macam bertahun-tahun dah tak jumpa lelaki ini. “ Kau buat apa kat sini?”
“ Entah.. Aku pun tak tahu apa yang aku buat kat sini..” Denn buat muka innocent. K mencemik mendengar jawapan Denn itu. Denn tersengih. “ Hati aku cakap suruh aku pergi OD. So, aku pun pergilah.. Tak sangka pulak jumpa kau! Maybe hati aku suruh aku temankan kau kut.. Eh, kau tunggu siapa? Mana pergi scoot?”
“ Kunci hilanglah... Tak tahu mana aku letak. Aku tunggu Ie datang ambik..”
“ Ohh..” Denn menebarkan pandangan ke sekeliling. Suram. Sunyi. Agak menakutkan. K tak takut ke? “ Lambatnya dia ambil kau..” Denn duduk mencangkung.
K pun ikut sekali mencangkung. “ Entah.. Selalu tak adalah lambat macam ni..”
“ Bahaya betul dia biarkan kau sorang-sorang macam ni.. Jadi apa-apa kat kau, haaa..menangis tak berair mata dia!”
“ Hmmm.. Menangis tak berair mata? Macam mana tu?”
Denn tertawa kecil. Dia pun tak tahu macam mana rupa orang menangis tapi tak ada air mata. Mesti lagi sakit kan? Sebab tak dapat nak luahkan dengan air mata. Menangis kat ‘dalam’ je lah. Seksa tu...
“ Bila kau nak kahwin ni Denn? Penat aku tunggu kad jemputan datang, tak jugak datang-datang.. Hari tu bukan main lagi cakap nak kahwin!”
“ Sabarlah... Kahwin bukan benda senang. Aku nak settle masalah aku dulu... And aku tunggu kawan kita yang merantau tu balik.. Entah apa cerita si Ad tu..Senyap je..”
Baru K teringat pasal Ad! Disebabkan terlalu banyak benda yang dia nak fikir, lebih-lebih lagi pasal Miqhal yang menimbulkan banyak masalah sejak akhir-akhir ini, dia terus lupa pasal Ad. Tapi dia tahu yang Ad akan balik sebelum hari perkahwinan Denn sebab hari tu Ad ada hantar mesej.  “ Eh bukan masalah kau dah settle ke? Nasyrah kan dah setuju nak kahwin?”
“ Masalah tu memanglah dah settle.. Masalah abang aku je yang belum settle..”
Baru je K nak tanya lebih lanjut pasal abang kepada Denn, sebuah kereta berhenti betul-betul dihadapan mereka. K dan Denn terus berdiri. Cermin tingkap terbuka dan terjengul wajah Ie yang tersenyum.
“ Aku balik dululah Denn.. Thanks eh sebab temankan aku untuk beberapa minit ni!” K dah membuka pintu kereta dibahagian penumpang.
No hal! Take care..”
“ You too!” K membolos masuk ke dalam kereta. Sempat dia bagi jelingan maut kat pemandu disebelah sedas dua. Lambat! Ie hanya tersengih.
“ Bye!” Denn melambai ke arah kereta yang dah meluncur pergi. Dia mengeluh pendek sebelum melangkah ke arah kereta yang bersembunyi disebalik bangunan tidak jauh dari Ours Diner. Masuk sahaja ke dalam kereta tersebut, suara lelaki ditempat duduk pemandu menyapa gegendang telinganya. “ Kalau ya pun, bagilah aku sesaat dua untuk tarik nafas!”
Miqhal pun diam sebentar, memberi ruang untuk Denn bernafas dengan tenang. “ Cukup?”
Denn sengih. “ Okey.. Tadi tu dia tengah tunggu Ie ambil dia balik..”
“ Mana pergi skuter dia?” Miqhal mengetap bibir geram. Skuter ada tapi masih jugak nak berhantar berambil dengan abang tiri kesayangan dia tu? Memang suka nak bermanja! No wonderlah dia tak perlukan aku lagi!
“ Kunci hilang.”
“ Ceh! Alasan!” rengus Miqhal. Brek tangan dilepas. Dan kereta terus meluncur laju.
“ Releks laa Miqhal!”
“ Kau cakap senangla.. Aku ni yang tanggung..”
“ Apa sebenarnya masalah kau dengan dia??”
Dan soalan itu dibiarkan tidak berjawab. Miqhal memandu macam orang hilang akal dan Denn bersyukur banyak-banyak bila kereta dah berhenti dihadapan rumahnya. Nasib baik selamat datang, kalau tak..Hishh!
_never leave_
“ Miq...” bahu Miqhal ditepuk lembut.
“ Hmm?” lelaki itu menjawab tanpa mengalih sedikitpun pandangan mata yang masih tertancap pada skrin komputer ribanya.
“ You ada kawan yang baru balik dari luar negara ke?” tiba-tiba perbualannya bersama seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai kawan Miqhal dahulu bermain-main difikiran Ryana. Dia terlupa menyampaikan salam lelaki itu kepada Miqhal.
“ Kawan?”
“ Ya..”
“ Kenapa?”
“ Sebab hari tu ada sorang lelaki yang tegur I..” Miqhal terus berpaling memandang isterinya. “ Dia kata you ada emel gambar I dengan dia. Dari situlah dia kenal muka I.. Betul ke you ada bagitau kawan you yang you kahwin dengan I?”
Dada Miqhal dah terasa sesak. Mindanya ligat berfikir siapakah gerangan yang cuba bermain dengannya? “ Mana you jumpa dia?”
“ Masa I pergi beli barang hari tu.. Dia kirim salam dengan you..”
“ Siapa nama dia?” jantung dah terasa bertukar rentak. Sudah terbongkarkah rahsianya?
“ Kalau tak silap I.. Dia kata nama dia Mukhrie..”
“ Damn!”
_never leave_
“ Macam mana kau tahu aku ada kat sini?” soal Ezzat pelik bila Denn dapat mencari dimana dia bersembunyi.
“ Tak susah pun nak cari abang.” Denn tersenyum. Dia melontarkan pandangan kearah ladnag strawberi yang luas. Ladang yang diusahakan oleh Ezzat. Walaupun Ezzat menyembunyikan semua ini dari pengetahuan keluarga, tapi Denn tetap tahu kerana dia pernah terserempak dengan Ezzat disini semasa dia, Miqhal dan Ad mencari strawberi yang fresh untuk diberikan pada K yang mengidam entah apa-apa. Selepas terserempak dengan Ezzat, dia mula menyiasat secara sembunyi dan hasilnya dia dapat tahu yang Ezzat merupanya empunya ladang yang besar tersebut. Dia tidak terkejut kerana dari kecil lagi dia tahu yang Ezzat memang gemar dengan strawberi. “ Maju ladang ni..”
Ezzat tersenyum megah. “ Aku tak perlukan bantuan daddy untuk semua yang ada kat depan mata kau ni.”
“ Adik tahu..” Denn berpaling sekilas ke arah Ezzat. “ Adik tahu abang boleh berjaya walau tanpa bantuan daddy.. Abang bijak. Sejak dari kecik lagi..”
“ Tapi tak ada orang pandang aku walaupun aku beribu kali bijak dari kau..” nada Ezzat bagaikan berjauh hati. Senyum yang tadinya megah kini luntur. “ Kalau kau datang sini semata-mata nak bagi aku kad jemputan perkahwinan kau dengan Nasyrah tu, terima kasih je lah.. Aku tak berminat.”
“ Ni bukan adik punya.” sebuah kad berwarna perak dengan tulisan berwarna hitam diatasnya dihulur pada Ezzat. “ Kak Aween..”
Ezzat tunduk memandang kad yang masih berada di tangan Denn sebelum tangannya pantas mengambil kad tersebut. Mendengar sahaja nama Aween disebut, dia terus berminat untuk meneroka isi kad itu. Dan tanpa disedari satu senyuman terukir dibibirnya. Adik kembarnya akan melangsungkan perkahwinan hujung minggu depan. Ezzat mendongak, memandang Denn. “ Kenapa kau tak langsungkan sekali?”
“ Selagi masalah adik dengan abang tak selesai, selagi itulah adik takkan kahwin..”
“ Hehh.. Kau nak biar Nasyrah tunggu kau lama-lama? Kang kena sambar orang lain, kau jugak yang merana..”
Denn tersenyum pahit. “ Baliklah,bang.. Daddy dan bunda semua tunggu abang. Bagi diaorang peluang untuk tebus kesalahan diaorang..”
“ Kau cakap senanglah. Aku ni yang menanggung semua tu. Sejak dari kecik lagi.. Semua yang aku buat, tak pernah nak dihargai. Bukan macam kau...”
“ Kalau abang nak adik keluar dari rumah tu, baru abang nak balik, okey! Adik akan keluar.. Dari dulu lagi memang adiklah yang menyakitkan mata abang kat rumah tu kan? Kalau adik ada, memang abang takkan pernah suka nak pijak rumah tu.. Kalau macam tu, biar adik keluar..”
“ Jangan jadi bodoh! Kalau kau keluar, lepas tu apa? Nak bunda dengan daddy nangis tujuh hari tujuh malam? Haa? Lepas tu, aku pulak yang nak cari kau kat merata tempat? Macam tu?”
“ Habis tu macam mana lagi nak suruh abang balik? Benci sangat ke abang dengan adik?”
“ Aku tak pernah benci kau..” perlahan saja suara Ezzat berbicara. “ Tak pernah.” dia geleng. “Benci tu hanya lakonan semata-mata. Aku pura-pura benci kau supaya kau bencikan aku. Supaya kau buat jahat dengan aku.. Supaya kau hasut daddy untuk pulaukan aku..Tapi kau tak pernah buat semua tu..” Ezzat tunduk sekejap sebelum kembali mengangkat muka. “ Kenapa kau tak pernah nak benci aku? Aku jahat dengan kau! Aku selalu hina kau! Aku selalu kutuk kau! Tapi kenapa kau tak pernah nak balas balik semua tu? Kenapa kau masih lagi senyum bila jumpa aku? Masih lagi tak jemu-jemu panggil aku ‘abang’ walaupun aku tak pernah layan kau macam adik? Kenapa?”
“ Sebab abang ‘abang’.. Walau sejahat mana pun abang, seteruk mana pun abang layan adik, abang tetap abang.. Kita lahir dari rahim yang sama.. Darah yang mengalir di tubuh kita ni sama.. Kenapa perlu bencikan darah daging kita sendiri? Memang sakit bila abang sendiri yang hina adik.. Kata adik cacatlah itulah inilah. Tapi semua tu lama-lama dah macam kata sapaan. Dengan cara itulah abang berborak dengan adik. Dengan cara itulah abang bergurau dengan adik. Adik terima walaupun sakit.”
“ Kau ni malaikat ke? Tak ada perasaan langsung??” bahu Denn ditumbuk perlahan.
Denn hanya tersenyum hambar. “ Baliklah bang.. Hinalah adik kalau abang nak hina..Nak kutuk adik dari pagi sampai malam pun adik terima as long as abang balik..”
Ezzat tersenyum nipis. Sedikit sebanyak kata-kata Denn sebentar tadi meresap jauh ke dalam lubuk hatinya. Mengapa perlu bersengketa dengan darah daging sendiri? Tidak ada gunanya. Air dicincang tak akan putus. “ Kau nak aku balik sebab kau dah tak sabar nak kahwin dengan Nasyrah kan?” kata-kata itu lebih kepada satu gurauan sebenarnya.
Biarlah persengketaan ini dilupakan. Dia pun teringin nak jadi macam adik beradik lain yang nampak mesra. Kalau sebelum ini dia mesra hanya dengan Aween, di masa akan datang dia akan cuba untuk mesra dengan abangnya dan Denn. Betul kata seorang kenalan rapatnya, keluarga ni kalau buruk mana pun diaorang, benci macam mana pun kita dengan diaorang, diaorang tetap keluarga kita. Dan benda tu takkan berubah sampai hembusan nafas terakhir sekalipun.
Denn tidak tahu samaada harus ketawa ataupun terus berdiam sebab dia tidak tahu pertanyaan Ezzat itu gurauan ataupun sindiran.
“ Jangan bimbang.. Aku takkan rampas Nasyrah dari kau. Aku lamar dia pun sebab aku nak tengok reaksi kau macam mana.. Nasib baik Nasyrah tolak pinangan aku..”
“ Tapi hari tu abang mengamuk bila dengar adik nak kahwin dengan Nasyrah?”
Ezzat tertawa kecil. “ Marahlah bila aku kalah dengan kau.. Sedangkan kau tak buat apa-apa pun.. Tapi Nasyrah tetap pilih kau! Aku rasa macam terhina sikit... Tapi kira okey lah kan aku mengamuk hari tu! At least aku tahu yang kau tu pandai jugak nak melawan! Tak adalah diam je..”
Denn tersenyum mendengar penjelasan dari mulut abangnya. “ So..abang nak balik?”
“ Hmmm.. Tunggulah sikit masa lagi..”
“ Take your time...”
“ Tapi aku rasa bila aku balik nanti, daddy kena uruskan dua perkahwinan lagi selepas Aween..”
“ What do you mean?” mata Denn mengecil memandang Ezzat yang tersenyum penuh makna disebelahnya. Adakah.... “ Abang nak kahwin??”
“ Takkan kau je yang nak kahwin kut??”
“ Seriously?”
Ezzat mengangguk. “ Bagitau daddy dengan bunda yang lepas ni diaorang dapat tiga menantu sekaligus!”
_never leave_
“ Ini yang kau kata cinta?” Ie agak terkejut apabila Miqhal menelefonnya dan mengajaknya berbincang. Sebelum ini dia dah berkira-kira hendak menelefon Miqhal dan menyelesaikan segalanya tapi nampaknya Miqhal terlebih dahulu bertindak. Ingin saja dia menceritakan segala-galanya kepada K tapi dia tidak sekejam itu. Walaupun hatinya meronta-ronta ingin menyedarkan K dari terus ditipu tapi dia rasa biarlah hal itu Miqhal yang selesaikannya.
“ Kau takkan faham!”
“ Kau nak kata yang kau terpaksa kahwin? Macam yang dalam drama selalu tu?” sinis Ie berbicara. Dia bersandar tenang di badan Hummernya. “ Kalau aku tak terserempak dengan bini kau hari tu, sampai matilah agaknya kau nak tipu K? Kalau aku tak tahu semua ni, mesti kau takkan bagitahu K sampai bila-bila kan?”
“ Jangan cakap kalau kau tak tahu apa yang sebenarnya terjadi!” Miqhal bersuara keras. Dahlah dia memang seteru dengan Ie ni, ditambah lagi dengan gaya percakapan Ie yang tenang tapi menyakitkan hati tu, memang rasa macam nak buat aksi WWF kat situ jugak! “ Aku bukan saja-saja je nak tipu K!”
“ Kenapa perlu menipu? Kau ada banyak cara lain selain dari menipu! Kenapa tak bagitau K terus terang..?”
“ Dan lepas tu apa? Nak biarkan dia tinggalkan aku?” cepat sahaja Miqhal mencelah. “ Supaya senang kau rampas dia dari aku?”
Ie ketawa sinis. Lelaki ini memang takutkan kewujudan dia! Dari dulu lagi Ie tahu yang Miqhal terasa kedudukannya tercabar apabila dia muncul. “ Kau tak perlu takut dia tinggalkan kau kalau kau yakin dia betul-betul cintakan kau..”
“ Aku tak ajak kau datang sini untuk berbincang pasal benda ni! Aku just nak kau jangan masuk campur dalam hal aku! Pasal aku dengan K, biar aku sendiri yang settle..”
“ K adik aku!”
“ Dia tak ada pertalian darah dengan kau!”
“ Walaupun dia tak ada pertalian darah dengan aku, aku tetap akan masuk campur dalam hal ni.. Aku takkan biarkan kau terus memperbodohkan dia!”
“ Aku tak pernah memperbodohkan dia!”
Then what?? Kalau menyembunyikan status diri kau yang dah bergelar suami orang dari pengetahuan dia itu tidak memperbodohkan dia, jadi apa? Kau nak kata itu salah satu cara kau nak tunjuk yang kau sayangkan dia? Macam tu?”
“ Aku kahwin sebab terpaksa! Aku jadi suami orang sebab terpaksa!”                  
“ Okey! Aku tak kisah kau kahwin sebab terpaksa ke sebab kau suka ke, tu kau punya hal! Tapi kau tetap tipu K! Dan aku takkan biarkan kau tipu dia lagi! Aku bagi kau masa.. Kalau kau masih biarkan K macam orang bodoh tak tahu apa-apa, aku sendiri yang akan heret K pergi jumpa kau dan bini kau!”
U-TURN