Denn melangkah tenang di sepanjang jalan masuk ke rumahnya. Ditoleh sekilas ke arah garaj. Selain kereta daddy, kereta Aiqal juga terparkir disitu. Nampaknya abang sulungnya itu datang melawat. Hujung-hujung minggu macam ni,kalau tak sibuk, memang Aiqal akan datang menjenguk. Dan Denn lah yang akan menyambut kedatangan mereka. Tapi nampaknya hari ini ada sedikit perbezaan.
Pagi tadi awal-awal lagi Denn dah keluar dari rumah. Dia menolak apabila Pak Seman nak menghantarnya. Dia selesa pergi dengan teksi sahaja. Sejak kebelakangan ni, Denn tidak gemar berada dirumah. Dia pun tak tahu kenapa. Ahh, jangan bohong Denn! Dia tahu atas sebab apa dia tak betah duduk di rumah.
Hati dia tak tenteram sejak pertemuan terakhir antara dia dengan Nasyrah dahulu. Sejak itu, dia sudah tidak menghubungi gadis itu lagi. Walaupun sukar, tapi itulah yang dia buat. Dan dia berjaya sebab dah masuk minggu kedua dia tak menghubungi anak jiran sebelah itu. Dan kerana tidak mahu terserempak dengan Nasyrah lah, Denn tidak gemar berada dirumah. Bukannya apa, kalau dia ada di rumah, dia rasa macam nak jenguk rumah sebelah je. Jadi, lebih baik dia berada di luar rumah. Supaya peratus untuk dia pergi berjumpa Nasyrah adalah lebih rendah.
“ Assalamualaikum.” Denn menyapa perlahan.
“ Waalaikummussalam.” Tuan Eizlan memandang anak bongsunya yang sudah mengambil tempat di sebelah Syaliza, isteri Aiqal. “ Dari mana ni? Pagi-pagi lagi dah lesap..”
Denn tak menjawab sebaliknya dia leka mengacah-ngacah Auni yang berada di pangkuan kakak iparnya. Auni anak kedua Aiqal dan Syaliza yang baru berusia lima bulan itu. Mengekek-ngekek Auni ketawa apabila diacah oleh Pak Su nya.
“ Kenapa tak bawak Syahmel sekali Qal?” Tuan Eizlan tahu Denn sengaja mengelak dari menjawab soalannya lau dia beralih kepada anak sulungnya yang baru tiba sebentar tadi. Biarlah. Satu hari nanti, Denn itu akan berterus terang jua kenapa dan mengapa dia bertindak sebegitu. Tuan Eizlan tahu pasti ada hubung kaitnya dengan Nasyrah.
“ Eh, Syahmel tak ada? Baru kira nak ajak dia main game tadi.” celah Denn seraya memandang abangnya yang duduk disebelah Syaliza. “ Mana dia bang?”
“ Dia ikut Aunty Syima dia pergi piknik. Semalam dia bermalam kat sana.” jawab Aiqal. “ Bukan main excited lagi dia bila Syima cakap nak pergi mandi air terjun. Aiqal pun tak sampai hati nak larang dia ikut bila tengok dia teruja sangat.”
Tuan Eizlan tersenyum. “ Tulah.. Kita jarang nak bercuti sama-sama kan..? Kesian cucu-cucu daddy.”
“ Aiqal dengan Liza ada plan nak holiday dy. Bulan depan. Kita holiday satu keluarga nak tak dy?” tepat masanya untuk Aiqal menyuarakan rancangannya kepada orang tua. Walaupun bunda tidak ada bersama mereka ketika ini kerana ada perjumpaan kelab, sekurang-kurangnya Tuan Eizlan tahu tentang rancangan ini. Nanti pasti daddynya akan menyampaikan kepada bunda.
Tuan Eizlan tergelak hambar. “ Macam mana nak holiday Qal... Tengoklah keluarga kita ni macam mana. Sorang ke timur.. Sorang ke barat..” Tuan Eizlan mengerling sekilas ke arah Denn. Ada sedikit perubahan pada riak wajah pemuda itu. Mungkin terasa dirinya tersindir.
Denn tahu kata-kata itu ditujukan padanya. Walaupun dia tidak pernah terniat pun nak membawa diri, tapi tindakan Ezzat betul-betul membuatkannya hilang pertimbangan. Mungkin daddy dan bunda sudah mula perasankan tentang diri dia yang sudah tidak betah lagi duduk dirumah. Tidak macam dulu. Dulu dia lebih selesa berada di rumah kalau tak ada apa-apa urusan penting diluar.
“ Haa, ada Aween bagitau kamu apa-apa?” suara Tuan Eizlan kembali menyapa.
“ Tak ada pulak. Kenapa dy?” berkerut dahi Aiqal, kehairanan.
“ Adik kamu tu nak kahwin. Tak tahu kali ni betul ke tidak...”
“ Harap-harap dia betul-betul serius kali ni dy... Dengan orang mana? Ada dia cakap?” Aiqal tertarik dengan topik mereka ketika ini. Denn dan Syaliza hanya menjadi pendengar setia. Sesekali terdengar tawa Auni apabila diacah oleh Syaliza.
“ Orang sana...” Tuan Eizlan senyum. “ Dalam bulan depan, mungkin Aween balik. Bawa sekali bakal suami dia. Daddy pun nak tengok lelaki mana yang dapat pikat hati adik kamu tu. Harap-harap bolehlah daddy harapkan dia untuk bimbing Aween.”
Aween nak kahwin. Ezzat pun sibuk nak kahwin. Aku je lah yang masih macam ni. Denn mengeluh pendek. Dia bangkit lalu mengatur langkah perlahan meninggalkan ruang tamu. Dia tahu semua mata tengah mengikuti langkahnya. Mungkin hairan bila melihat dia tiba-tiba pergi. Tapi dia tak peduli. Dia perlu pergi. Dia tahu selepas Aween, mungkin pasal Ezzat pula yang akan disentuh. Dan lepas itu giliran dia. Jadi, rasanya pergi dari situ adalah langkah terbaik.
“ Adik..”
Suara Tuan Eizlan menghentikan langkah Denn. Tapi Denn langsung tak berpaling. Cukuplah sekadar berhenti, untuk mendengar segala butir yang akan keluar dari mulut daddynya.
“ Nasyrah tolak pinangan Ezzat.”
Dan hanya dengan satu ayat itu, Denn berpaling terus memandang Tuan Eizlan. Ada sinar terpancar di wajahnya. Ada cahaya pengharapan dimatanya. Dia melihat Tuan Eizlan, seolah-olah meminta lelaki itu meyakinkannya sekali lagi yang Nasyrah betul-betul dah menolak pinangan Ezzat.
Tuan Eizlan mengangguk.“ Nasyrah tolak, dik.”
_never leave_
Sudah masuk hari ketiga K dan keluarganya berpindah masuk ke kediaman mewah milik Tuan Azam yang kini sudah sah bergelar suami Puan Khalija. Tahu siapa yang paling bersemangat sekali nak uruskan perpindahan itu? Mestilah Ie! Semangat dalam diri dia tu berkobar-kobar sebab akhirnya ada orang lain jugak yang mendiami rumah itu selain daripada dia dan Tuan Azam dan jugak beberapa orang pembantu rumah. Ie memang sejak dari dulu lagi teringin nak punya adik-adik yang boleh dia buli hari-hari.
Ie mengetuk perlahan pintu bilik tidur K. Entah apa yang dibuat budak tu kat dalam. Selepas makan tengah hari, terus tak keluar-keluar dari bilik. Tahulah cuti. Tak perlulah nak terperap dalam bilik je. Pemalas betul!
“ Kyra, buat apa kat dalam tu?”
K mengeluh kasar. Dia berjalan ke muka pintu. Tombol pintu dipulas dan pintu dibuka. Berdiri seorang pemuda yang gagah perkasa..cehhh, gagah ke?? Apa-apa jelah.. “ Nak apa ni?” soal K malas.
“ Buat apa kat dalam bilik tu?”
“ Bang Ie ni sibuk je lah. Orang cuti hari ni. Biarlah orang rest...”
“ Malam nanti sambung lagi rest... Sekarang ni, tukar baju elok sikit, ikut abang!” Ie menilik penampilan K. Gadis itu hanya mengenakan seluar tracksuit dan baju-T. Memang nampak sangat santai.
“ Nak pergi mana? Alaaaaa...” K dah buat muka.
“ Dah-dah! Tak ada nak ‘ala-ala’... Daripada duduk terperap dalam bilik ni, lebih baik ikut abang! Dapat jugak pahala!”
K menjungkit kening memandang abang tirinya. “ Pahala? Bang Ie nak buat kerja amal ke apa ni?”
“ Cepat! Abang bagi masa lima minit. Kalau K tak keluar dari bilik selepas lima minit, abang serang bilik K! Jangan cabar abang tau!”
_never leave_
“ Tak tahu pergi mana lagi... Kenapa?”
“ Tanyalah Ie dia nak bawak kau pergi mana. Kang dia buat benda bukan-bukan kat kau, at least aku tahu mana nak cari kau!”
“ C’mon Miqhal. Aku kenal Ie... Dia tak jahat macam yang kau fikir tu.”
“ Dan dia tak baik macam yang kau fikir jugak!”
“Miqhal, dia abang aku. Aku percaya dia. And aku harap kau pun sama. Dah! Aku nak keluar ni. Bye!”
Miqhal mengeluh kasar untuk yang kesekian kalinya apabila teringatkan perbualan ditelefon antara dia dengan K sebentar tadi. Marah! Cemburu! Geram! Itulah yang dia rasa sekarang ni. Rasa nak je dia serang K sekarang jugak. Tapi dia sendiri tak tahu entah mana Ie tu bawak K. Huhh, Ie! Miqhal memang tak berapa ngam dengan abang tiri si K tu. Tak tahu kenapa tapi dia rasa tak selamat bila K bersama dengan Ie. Dia rasa yang Ie tu akan rampas K dari dia. Itu yang dia rasa. Hakikatnya, hanya Tuhan saja yang tahu.
Lamunan Miqhal terganggu bila BlackBerry nya berdering. Panggilan dari Ryana. “ Hmm?”
“ You kat mana?”
“ Office.”
“ Err... Boleh mintak tolong sikit?” suara Ryana ternyata kedengaran bimbang. Mungkin risau permintaannya akan membuatkan Miqhal meradang.
“ Tolong apa?”
“ Tayar kereta pancit.”
“ Great!” belum habis lagi Ryana menerangkan keadaannya, Miqhal dah menyampuk dengan suara yang kasar. “ Memandai keluar lepas tu tayar pancit mintak tolong orang! You pergi mana sebenarnya??”
“ Keluar kejap... Kat rumah tu tak ada makanan.”
Miqhal merengus. Macam mana dia boleh tak perasan yang barang dapur dah habis? Sebelum ni memang dia je yang selalu keluar beli semua benda tu. Bukannya Ryana tak boleh buat semua tu, tapi Miqhal tak suka Ryana keluar dari rumah tanpa dia. Ryana tu mengandung, kalau apa-apa terjadi kat luar sana, siapa yang nak tolong?
“ Kat mana?” soal Miqhal. Kali ini suaranya masih tegas tapi nadanya tak setinggi tadi. Dia mendengar dengan teliti apabila Ryana memberitahu dimana dia berada. “ Tunggu situ.”
_never leave_
K memandang kehairanan bungkusan-bungkusan plastik yang mengandungi nasi ayam. Dia tahu dalamnya nasi ayam sebab dia dengar Ie cakap dengan pekerja kat restoran tu tadi. Ya, dia tahu nasi ayam tu untuk dimakan tapi persoalannya sekarang ialah untuk dimakan oleh siapa? Sebab ia dalam kuantiti yang banyak. Ie nak buat jamuan untuk siapa ni?
“ Tadi dah baham triple cheese burger, takkan masih lapar lagi kut?” soal Ie bila dia perasan yang K tenung makanan-makanan yang ada kat tempat duduk belakang tu macam orang kebulur!
Suara Ie membuatkan K berpaling kehadapan semula. Memandang Ie disebelah dengan pandangan jengkel. “ Word ‘baham’ tu agak kejam la. Boleh tukar sikit?” Yalah! Baham! Ingat dia ni apa? Harimau? Singa?
Ie tertawa. “ Kalau dah telan burger sampai dua bijik, dah tak boleh dikategorikan sebagai ‘makan’ lagi dah. ‘Baham’ lebih sesuai!”
K mencemik. Ie memang menyakitkan hati. Dia menyepak glovebox tanda protes. Mulutnya merungut-rungut geram. Malas dia nak berlawan cakap dengan lelaki kat sebelah dia ni. Tahu yang dia akan kalah. Dia hanya mendiamkan diri sampailah kereta Ie berhenti di bahu jalan. Ada sekumpulan kanak-kanak disitu. Kalau dilihat dari segi pakaian mereka, mereka mungkin anak-anak terbiar atau anak-anak golongan fakir.
“ Jom keluar.”
K menurut. Dia melangkah keluar dari perut kereta. Ie sedang mengambil sebungkus plastik yang mengandungi sepuluh bekas polistrena berisi nasi ayam. Kemudian, Ie berdiri disebelahnya. K memandang Ie dengan pandangan inginkan penjelasan.
Ie tersenyum. “ Kita agihkan makanan ini untuk diaorang. Tengok tu... Bersinar-sinar mata diaorang tengok kita.” ujar Ie perlahan.
K mengalih pandangan ke arah sekumpulan kanak-kanak dihadapannya. Dihadapan mereka ada surat khabar yang disambung-sambung menjadi panjang. Dan di atas surat khabar itu ada sayur-sayuran. Entah dimana mereka dapat semua ni. Mahu ke orang yang lalu lalang nak membeli sayuran yang dah kurang segar macam ni? Kalau tak ada orang yang membeli, maknanya kanak-kanak ni tak ada pendapatan. Dan bila tak ada pendapatan, macam mana agaknya mereka nak makan? Mungkin mengemis sisa makanan di kedai-kedai makan. Seksanya. Sesusah-susah hidup dia selama ini, dia tidak pernah mengemis. Ada lagi yang lebih susah dari dia. Dia sepatutnya bersyukur dengan kehidupan dia sekarang. K insaf sendiri.
“ Come.” Ie menepuk bahu K dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya membimbit plastik.
“ Bang, nak beli sayur? Seringgit je seikat.” seorang kanak-kanak lelaki bersuara apabila Ie dan K dah berdiri dihadapan mereka.
Ie tersenyum hambar. Sayu hatinya melihat kanak-kanak kecil yang sepatutnya sekarang ni berada di rumah tapi terpaksa berpanas ditepi jalan hanya untuk mendapatkan duit. Dimana agaknya ibu bapa budak-budak ni? Atau..ibu bapa merekakah yang menyuruh mereka untuk berniaga?
Ie duduk mencangkung. Bungkusan plastik diletak disebelah. Dia menarik tangan K untuk duduk sama. K hanya menurut. Mungkin K pertama kali berada dalam situasi ini. “ Siapa yang suruh jual ni?” soal Ie sambil memerhati satu persatu wajah dihadapannya. Mereka semua diam. Langsung tak menjawab soalan Ie. “ Rumah kat mana?” soal Ie lagi. Dan Ie ketawa apabila melihat reaksi budak-budak itu. Sorang tunjuk kanan, sorang tunjuk kiri, sorang tunjuk depan. Macam-macam! “ Dah makan ke?” mereka menggeleng. Ie lantas membuka ikatan plastik. “ K, tolong abang agihkan.” arahnya kepada K yang sedari tadi tak bersuara.
K mengangguk lalu mengambil dua bekas nasi ayam dari dalam plastik. Bekas itu dihulur kepada seorang budak perempuan yang nampak takut-takut dan seorang budak lelaki yang duduk disebelah budak perempuan tu. “ Nasi ayam! Makanlah... Adik mesti lapar kan?” ujar K ramah. Budak-budak itu dengan pantas menyambut huluran dari K. K mengambil lagi dua bekas untuk diberi kepada yang lain. Selepas itu dia menoleh melihat Ie disebelah. Ie juga sedang memandangnya. K tersenyum senang.
Lepas tu, mereka bergerak ke destinasi seterusnya. Ada sepuluh lagi nasi ayam untuk diagihkan. Ada yang diberi kepada pengemis-pengemis di tepi jalan. Ada yang sampai mintak dua nasi ayam. Ie hanya tersenyum mendengar permintaan itu. Entah berapa lamalah pengemis tu berpuasa sampai mintak dua nasi ayam.
“ Lepas ni nak ikut abang lagi?” soal Ie semasa dalam perjalanan balik.
“ Nak!” K bersuara girang.
Ie tersenyum. “ Lepas ni ikut abang pergi rumah orang tua pulak.”
K mengangguk senang. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Tanpa berfikir panjang, dia terus menyuarakan apa yang bermain dikepalanya sedari tadi.“ Bang Ie. Buat apa Bang Ie beli sayur yang budak-budak tu jual? Sayur tu dah tak segar lagi la Bang Ie...”
“ Abang takut dia orang tak boleh balik selagi jualan dia orang tak habis. Sebab tu abang beli semua... ”
K tersentak. Matanya membulat memandang Ie yang tengah tenang memandu disebelah. “ Takkan sampai macam tu sekali?”
Ie mengangguk, meyakinkan K. “ Abang pernah jumpa seorang budak ni tau... Kat Petronas. Masa tu dah lewat malam. Hairan jugak abang bila tengok budak tu masih dengan bakul berisi sayur. Abang pergilah tanya dia tinggal kat mana. Kira nak hantar dia balik.. Terkejut abang bila dia cakap yang dia tak boleh balik selagi jualan dia tak habis. Last-last abang beli semua then hantar dia balik. Tak sanggup abang nak biarkan dia. Entah siapa lah yang arah dia buat semua tu.” Ie menggeleng kepala, sedikit terkilan bila masih ada manusia yang tidak berhati perut macam tu. Sanggup membiarkan budak kecik berniaga dan dilarang pulang selagi barang niaga tidak habis dijual. Gila ke apa? Manalah budak tu nak jual sayur tengah-tengah malam buta?? Sayur pun dah tak segar dah... Siapa yang nak beli? “ Kesiankan tengok nasib mereka..?” Ie menoleh ke arah K. “ Nangis??”
K cepat-cepat mengelap air matanya. Dia tidak boleh menangis dihadapan Ie. Tapi apa yang diceritakan oleh Ie tadi betul-betul menyentuh hatinya.
Ie tertawa. Geli hati bila tengok wajah K sekarang ni. Gadis yang selalu nampak kasar, sekarang mengalirkan air mata? “ Dah, dah. Jangan nangis!” bahu K ditumbuk perlahan. “ Macam perempuan lah!” Ie ketawa lagi.
K mencemik. Aku memang perempuanlah!! Hatinya menjerit geram.
Kereta dah berhenti di dalam garaj. Ie menarik brek tangan. Enjin kereta dimatikan. Tali pinggang keledar ditanggalkan. Dan kemudian dia berpaling melihat K. Bahu K disentuh lembut. “ K nangis pun tak guna... Air mata tu bukannya dapat ubah nasib mereka. Ini yang ditakdirkan untuk mereka, K. Kita cuba tolong dia orang setakat apa yang kita mampu.”
K mengangguk tapi air mata yang tadinya sudah berhenti kini mengalir lagi. Dia tertawa hambar. Malu bila Ie melihat dia menangis macam sekarang ni. Tapi hati dia sekali lagi tersentuh dengan kata-kata Ie. Pemuda sengal dan suka menyakiti hatinya rupa-rupanya mempunyai hati yang sangat mulia. K mengangkat muka, bertatapan dengan Ie. Pemuda itu menggeleng seraya mengelap air mata dipipi K. K tersenyum. “ Bang Ie baik.”
Ie tergelak. Pertama kali dengar pujian dari K. “ Tell me something I don’t know.”
“ Naa, orang tipu je tadi tu.” K buat muka. Menyesal puji terus bangga diri!
_never leave_
Miqhal tidak senang duduk selagi dia tidak menerima sebarang panggilan dari K. Kalau diikutkan rasa hati, dah lama dia menelefon budak tu. Tapi tak boleh. Dia tak boleh menelefon. Dia mesti menunggu sehingga K menelefonnya. Dia nak tahu samaada gadis itu masih mengingatinya atau sudah melupakannya apabila bersama-sama Ie.
Selepas menguruskan masalah Ryana dan keretanya, Miqhal tidak lagi memunculkan diri di pejabat sebaliknya dia merehatkan diri dirumah. Pergi pejabat pun tak guna kalau hati tak tenteram. Fikiran asyik memikirkan K yang entah ingat atau tidak dengan dirinya. Kalau buat kerja pun, satu kerja pun takkan jalan dalam keadaan dia macam ni.
“ Miq!”
Miqhal berpaling. Ryana sudah berdiri dibelakang sofa yang didudukinya. “ Nak apa?”
“ I dah siapkan makanan. Kalau nak makan, I boleh hidangkan.”
Miqhal menggeleng. “ Tak lapar.” Ryana mengeluh. Dia berpaling untuk pergi tapi terhenti bila suara Miqhal kembali menyapa. “ You jangan tak makan pulak... Tak baik biar perut tu kosong. Pergi makan!” arah Miqhal.
Ryana tersenyum sendiri. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Miqhal masih mengambil berat akan dirinya walaupun lelaki itu nampak seperti tidak kisah.
_never leave_
“ Baru sekarang nak telefon?” suara Miqhal nyata berjauh hati.
“Miqhal... Sorry! Balik tadi aku tertidur laa. Penat sangat! Ni pun aku baru bangun dari tidur, terus aku call kau. Marah aku lagi ke?”
Miqhal mendengus. “ Penat sangat ke? Dia bawak kau ke mana? Pergi berperang?” soal Miqhal geram.
K tersengih sendiri. Nasib baik Miqhal tidak dapat melihatnya ketika ini, kalau tidak pasti kemarahan lelaki itu semakin memuncak apabila melihat sengihannya. “ Best tau tadi! Dia bawak aku bagi makanan kat pengemis dan budak-budak miskin yang berniaga kat tepi jalan. Aku pun sebelum ni tak pernah jumpa dia orang tapi Ie tahu port mereka. Seriously, kat situ memang banyak orang susah.. Dan aku seronok sangat dapat tolong diaorang. First time ni tau!”
“ Best sangat sampai lupa aku? Aku kat sini macam orang bodoh tunggu kau call. Kau boleh cakap kau tertidur dan lupa nak call aku. Senangnya!”
K mengeluh. Ini yang tak best si Miqhal ni. Cepat cemburu! Cepat marah! Sensitif melampau-lampau! Dahlah aku memang tak pandai nak pujuk-pujuk orang... Masalah betullah!
“Miqhal, kau marah ke?”
“ Tak. Aku suka! Seronok bila dengar kau bergembira dengan lelaki lain!”
“ Dia abang aku lah!”
“ Dia abang tiri kau! Dia boleh kahwin dengan kau. And dia boleh rampas kau dari aku bila-bila masa je B! That’s the fact!”
“ Ya, dia boleh kahwin dengan aku,tapi aku tak nak kahwin dengan dia! Aku nak kahwin dengan kau!” tegas K. Dan nampaknya kata-katanya itu berjaya membuatkan Miqhal terdiam. “ Kau anggap aku ni apa Miqhal?” tiba-tiba K rasa macam nak tahu apa sebenarnya perhubungan dia dengan Miqhal sekarang ni. Dia dah tak nak main agak-agak lagi dah. Dia nak penjelasan yang sebenar dari mulut Miqhal sendiri. “ Kawan kau?Adik kau?”
“ Kyra.”
“ I’m waiting for your answer, Miqhal..”
“ Kalau aku anggap kau kawan aku, aku takkan panggil kau B.”
“ Jadi, apa?” sengaja K buat-buat tak faham.
“ Kau fikirlah sendiri.”
“ Aku taknak fikir. Aku nak kau bagitau aku.”
“ B..??”
“ Siapa ‘B’? Nama aku K.”
“ Okey, look... Kau nak aku namakan hubungan ni kan? Okay, now listen carefully. Aku cakap benda ni sekali je dan takkan ada ulangan lagi..”
“ Okay, I’m all ears.” K dah tersenyum.
“ Aku sayang kau...”
Semakin meleret senyuman K. “ Aku tau. Kau ada bagitau aku hari tu. Tak ingat? Kata takkan ada ulangan tapi asyik ulang je..”
Miqhal ketap bibir geram bila dengar kata-kata perlian si K. “ Dan aku mengaku aku taknak jadi kawan kau je. Aku nak lebih dari tu. Sebab tu aku panggil kau B. You’re my baby! Sebab tu layanan aku berubah. Sebab tu aku jealous bila ada lelaki lain yang rapat dengan kau... I love you B, you know that right?” Miqhal menghela nafas panjang. Mahu sahaja dia terbang ke rumah K sekarang jugak. Ingin melihat reaksi gadis itu. Ya, memang ini bukan pertama kali dia mengungkap rasa cinta itu pada K, tapi kali ini situasinya berbeza. Setiap kali dia melafazkan kata cinta, situasinya pasti berbeza.
“ Jadi, kesimpulannya apa ya Encik Daiym Miqhal?”
“ B, aku serius!” Miqhal merengus. Dia dapat mengesan nada K yang sudah tidak seserius tadi. K! Memang cepat berubah! Kejap serius kejap main-main!
“ Aku pun serius jugak!”
“ Aku tahu sekarang ni kau mesti tengah senyum-senyum suka kan dapat mainkan aku macam ni??”
K gelak. Nampaknya Miqhal sudah dapat mengesan nadanya. “ Okey-okey.. Jangan marah sayanggggg..” sengaja K meleretkan suaranya.
Miqhal tersenyum sendiri. Rasa bahagia menyelinap masuk ke dalam dirinya. “ Apa, kau cakap apa tadi? Aku kurang dengar laa..”
“ Jangan marah..?”
“ Tak bukan yang tu... Yang last sekali tu..”
“ Yang last apa?”
Miqhal gelak. “ Ada kau sebut tadi... Yang bunyinya sampai enam harakat tadi tu!”
“ Kata tak dengar, tapi tahu pulak aku bunyikan sampai enam harakat?”
Ketawa Miqhal lepas. Hilang dah segala rasa marah dan cemburu tadi. Dia pun tak suka nak bertengkar panjang dengan K. Yang seksanya nanti, dia jugak! “ B... Nak supper dengan aku tak?”
K tersenyum. Tahu yang ajakan ‘supper bersama’ itu hanya helah Miqhal untuk berjumpa dengannya. “ Aku dinner pun belum lagi, nak supper apa!”
“ Haaaa, tengokkkk! Perut tu tak baik dibiar kosong, B! Kang masuk angin, siapa susah? Nanti merengek-rengek kat kita cakap sakit lah apalah..” Miqhal dah membebel di talian.
“ Kalau masuk angin, kita keluarkanlah angin tu... Tak susah! Hahahaa..”
“ Main je!! Dah, pergi siap! Aku ambik kau lagi 15 minit..”
“ Okiedookie.”
“ And B..”
“ Ya?”
“ Pakai dress boleh?” Miqhal cuba menahan gelak.
“ Hello..Nombor yang anda dail tidak dapat di..”
Ketawa Miqhal pecah juga bila K terus berlagak macam operator telefon. “ Dahlah-dahlah. Aku gurau je tadi tu! Pergi siap! Love you!”
U-TURN