Nasyrah merenung dalam pagar yang memisahkan rumahnya dengan rumah sebelah. Ya, rumah sebelah. Bila cakap pasal rumah sebelah, dalam fikirannya hanya akan ada nama seorang lelaki. Bila tengok rumah sebelah, dalam kepalanya hanya ada satu imej sahaja yang terlakar. Iaitu imej seorang lelaki berkaca mata bingkai hitam. Lelaki bernama Denn.
Nasyrah melepaskan keluhan berat. Sebulan telah berlalu selepas dia menolak pinangan Ezzat. Sangkanya, Denn akan datang berjumpa dengannya dan meminta dia menjelaskan kenapa dan mengapa dia mengambil keputusan itu. Dan sangkanya jugak, bila Denn datang berjumpa dengannya, dia akan berpeluang untuk menyelesaikan apa-apa salah faham antara dia dengan lelaki itu. Tapi... ternyata sangkaannya salah. Sebab Denn langsung tidak datang berjumpa dengannya.
Tidak teringinkah lelaki itu tahu kenapa dia mengambil keputusan untuk menolak pinangan Ezzat? Tidak gembirakah lelaki itu dengan keputusannya? Kalau Denn gembira, pasti Denn sudah berjumpa dengannya. Tapi Denn masih menyepikan diri. Seolah-olah tidak ambil kisah tentang dirinya lagi.
Nasyrah tersentak saat seseorang menepuk bahunya dan dalam masa yang sama jugak telefon bimbit yang diletakkan di atas meja dihadapannya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Nasyrah sempat mencapai telefon bimbitnya sebelum berpaling melihat siapakah gerangan yang sudah melabuhkan punggung dikerusi sebelah. Aqil!
“ Menung panjang je... Apa cerita?” soal Aqil lalu merenung seraut wajah mulus disebelahnya. Dialah yang paling rapat dengan Nasyrah selain ibu sebab beza umur dia dengan Nasyrah tak jauh. “ Macamlah pagar tu boleh runtuh kalau Nasyrah tenung macam tu..” perli Aqil yang sudah lama memerhatikan tingkah adiknya yang satu itu. Termenung sana termenung sini. Dah tu pulak, asyik tenung rumah sebelah je. Dan sebab itulah dia duduk disini sekarang. Untuk bertanya lebih lanjut tentang kes renung-merenung ni.
Nasyrah tersenyum nipis. “ Kita pergi runtuhkan pagar tu, nak tak bang?” ajaknya dengan mata yang masih merenung pagar.
“ Eh-eh! Dia ni dah angau sangat la ni! Kalau macam tu, abang bagitau abah dengan mama, suruh diaorang pergi pinang anak jiran sebelah tu untuk Nasyrah... Nak?”
“ Boleh ke macam tu bang?” Nasyrah bersuara teruja. Dia kemudiannya ketawa bila Aqil geleng kepala, mungkin tak percaya yang dia boleh jadi seteruja itu untuk meminang seorang lelaki! “ Orang gurau je lah..”
Aqil tersenyum. Dia menghulurkan tangan kanannya kepada Nasyrah.
“ Nak mintak apa?” soal Nasyrah pelik.
“ Bak sini tangan tu. Abang nak buat pemindahan semangat ni!”
Nasyrah tergelak bila melihat abangnya yang begitu beria-ia. Pemindahan semangat konon! Tapi tangan kirinya dihulur juga kepada Aqil. Dan tanpa membuang masa Aqil terus menggenggam tangannya. Nasyrah hanya melihat abangnya yang bukan main serius lagi. Yalah, nak buat pemindahan semangat lah katakan! Siap tutup mata lagi tu. Rasa nak tergelak pun ada jugak bila Nasyrah tengok Aqil macam tu.
“ Nasyrah..” Aqil membuka matanya perlahan dan pandangannya bersatu dengan pandangan Nasyrah. “ Kalau perlukan seseorang untuk bercerita, seseorang untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati tu, Nasyrah jangan lupa yang Nasyrah sentiasa ada abang... Walaupun abang mungkin tak boleh tolong, tapi abang boleh jadi pendengar yang baik! Tak baik tau pendam masalah sorang-sorang. You need to spill it out. Kalau tak, bukan orang lain yang sakit... Diri Nasyrah sendiri jugak yang sakit.”
Nasyrah senyum terharu mendengar kata-kata Aqil. Ya, dia tahu dia sentiasa boleh bergantung kepada abangnya itu. Bukannya dia tidak mahu berkongsi masalahnya dengan Aqil, cuma dia rasa kurang sesuai untuk menceritakan masalahnya yang satu ini kepada lelaki itu. Biarlah hanya dia saja yang tahu apa yang dia rasa.
“ Tentang Denn ke?”
Hilang senyum dibibir Nasyrah bila sepatah nama itu meluncur keluar dari bibir Aqil. “ Abang..”
“ Betulkan tekaan abang?” Aqil tersenyum. Melihat Nasyrah yang gelisah, dia tahu memang Denn lah penyebabnya adik dia itu menjadi seorang yang selalu termenung akhir-akhir ini. “ Abang pun terkejut hari tu bila mama bagitau abang yang Uncle Eizlan dan Aunty Mona pinangkan Nasyrah untuk Ezzat. Sedangkan Denn yang selalu berkepit dengan Nasyrah... Bukan Ezzat. And you know what Nasyrah..” genggaman ditangan itu semakin dieratkan. “ Abang memang berharap yang Nasyrah akan tolak pinangan tu... Coz I know Ezzat very well. Dia bukan macam Denn. Dia lain..”
“ Kalau dia macam Denn pun Nasyrah tetap akan tolak, bang..” celah Nasyrah perlahan.Aqil tidak bertanya apa maksud kata-kata Nasyrah itu sebaliknya dia hanya diam, memberikan ruang untuk Nasyrah bersuara. “ Sebab Nasyrah cuma nak Denn.”
“ Then kenapa tak pergi jumpa dia? It’s been a month, Nasyrah.”
Nasyrah mengeluh. “ Dia tak nak jumpa Nasyrah bang...”
“ Macam mana Nasyrah tahu yang dia tak nak jumpa Nasyrah?”
“ Sebab dia tak datang jumpa Nasyrah pun.”
“ Kalau dia tak datang, Nasyrah lah pergi jumpa dia... Kalau tak, nak tunggu sampai bila lagi?”
Nasyrah menggeleng. “ Kalau dia betul sayangkan Nasyrah, dia akan datang jumpa Nasyrah. Bukan Nasyrah yang perlu pergi jumpa dia.”
Aqil tersenyum lalu menggeleng kepala. “ Kalau macam tu, sampai bila-bila pun tak selesai dik oii... Sorang tunggu sorang, sorang tunggu sorang. Susah-susah, bagi abang je yang jumpa Denn tu. Selesai semua, end of story! Nak?”
“ Abang jumpa dia nak buat apa?”
“ Nak suruh dia jumpa Nasyrah lah.”
“ Hishhhh! Toksah! Buat malu je. Biarlah bang. Dia dah besar. Reti berfikir. Takkan benda tu pun nak kena ajar kut?”
Aqil mengeluh. “ Whatever.” akhirnya dia mengalah. “ Eh by the way, rasanya tadi abang dengar handphone Nasyrah bunyi, kan?”
“ Oh ya!!” Nasyrah hampir terlupa dengan mesej yang hendak dia baca sebentar tadi sedangkan telefon bimbit sudah berada dalam genggaman tangan kanannya. Butang unlock ditekan. Mesej dari... “ Denn!!” dia pandang sekilas Aqil disebelah.
“ Dia cakap apa?” soal Aqil teruja.
“ Time’s up. We need to talk.” Nasyrah membaca perlahan apa yang ditulis oleh Denn.
Aqil disebelah dah tersenyum. “ Apa tunggu lagi? Reply laa..”
“ Sibuk je lah.” Nasyrah baru hendak membalas tapi ada satu lagi mesej datang. Dan mesej itu juga dari Denn.
No. We dun need 2 talk. We juz hve 2 start planning.
Huhh?? Nasyrah langsung tak faham apa yang Denn maksudkan. Dijeling sekilas Aqil disebelah yang turut membaca SMS tersebut. Lelaki itu hanya menjungkit kening dan mengangkat bahu tanda dia juga tidak faham. Akhirnya Nasyrah membalas.
Start planning??Awk cakap apa ni?
Beberapa minit kemudian, SMS balasan dari Denn tiba.
Our wedding! =) I love u Nasyrah. Sorry sbb ambik masa agk lama utk settle down this things..But.. I Love u..Ya, I really do!
Dan tanpa disangka Nasyrah menjerit gembira. Aqil disebelah dipeluk erat dengan senyuman lebar. Dia betul-betul bahagia. Walau hanya dengan SMS, tapi ianya cukup untuk menyelesaikan semuanya.
_never leave_
Afia mengetuk pintu bilik yang tertera nama adiknya. Sebentar kemudian, terdengar suara Miqhal menyuruhnya masuk. Afia tak menunggu lama, terus sahaja dia melangkah masuk. Ada sesuatu yang hendak dibincangkan dengan Miqhal.
“ Ya, Cik Afia, ada apa yang boleh saya bantu?” Miqhal bersandar tenang dikerusinya sambil matanya tidak lepas dari melihat Afia yang sudah mengambil tempat dikerusi berhadapan dengannya.
“ Busy ke boss?” Afia membelek-belek fail-fail yang berselerak di atas meja Miqhal. Hanya membelek, tidak berniat nak menganalisa pun isi-isi kandungan fail tersebut.
Miqhal tersenyum. “ Angah nak apa ni? Dah boring ke duduk rumah tu? Mama bebel eh?” Miqhal tahu yang sekolah tengah cuti dan itu bermaksud kakaknya itu pun tidak bekerja. Senangkan jadi cikgu? Budak cuti, diaorang pun cuti. Dan Alhamdulillah... Akhir-akhir ni, Afia dah semakin kerap balik rumah.
Afia buat muka. “ Mama... You know I know lah. Tak habis-habis nagging. Here and there.. Bla bla bla!” dia merengus.
“ Haa kalau macam tu, kau kahwinlah. Habis cerita! Lepas kahwin, keluar dari rumah tu.. Duduk dengan husband. Senangkan?” cadang Miqhal dengan senyum panjang lebar. Sengaja mengusik. Dia tahu kakak dia yang sorang tu liat sikit nak kahwin. Bukan tak cantik, cantik. Tapi Afia bagaikan tidak ingin memikirkan soal kahwin.
Afia mencebir. “ Tahulah dia tu dah kahwin... Dah lepas dari mama..”
Miqhal sengih. “ Ni cuba bagitau terus terang... Ada apa sebenarnya ni sampai angah datang sini? Mama suruh check aku ke apa ni?”
“ Mama tak suruh tapi aku sendiri yang nak buat spotcheck.”
“ Kenapa pulak?”
“ Adik ipar aku sihat?”
“ Sihat... Alhamdulillah. ” jawab Miqhal mendatar.
“ Dah berapa bulan kandungan dia?”
“ Masuk bulan ni, dah tiga bulan.” walaupun kandungan itu tidak ada kena mengena dengan Miqhal, tapi dia tetap ambil tahu. Walaupun anak yang dikandung Ryana itu bukan dari benihnya, namun Miqhal tetap mengambil berat. Dia sudah bertekad, bila anak itu keluar melihat dunia nanti, akan dijaga dan dilayan seperti anak dia sendiri. Sebab dia tahu anak itu tidak bersalah.
“ Miq dengan Ryana, okey?” Afia tahu tentang rahsia disebalik perkahwinan mendadak Miqhal dengan Ryana. Semuanya sudah dijelaskan oleh papa dan mamanya sendiri. Dia dan Fatina memang terkejut bila mengetahui yang Miqhal rupanya menjadi Pak Sanggup. Rasa tak percaya bila Miqhal berkahwin hanya untuk meminjamkan namanya pada si anak yang bakal lahir. Afia rasa macam Miqhal bodoh sangat sebab bersetuju untuk dijadikan Pak Sanggup. Kalau dia yang berada di tempat Miqhal, pasti dia akan membantah habis-habisan. Dia akan memberontak. Dan dia akan melarikan diri kalau bantahan dan pemberontakan yang dibuat tidak membuahkan hasil. Dia tahu lari adalah satu jalan penyelesaian yang kurang baik tapi jalan penyelesaian itulah yang paling senang untuk dilakukan.
Miqhal tersenyum hambar. Kalau orang lain yang menyoal, memang dia takkan jawab soalan sebegitu. Dia tidak mahu sesiapapun menyoal tentang rumah tangganya. Biarlah dia sendiri yang menguruskan. Tapi yang kat depan dia ni bukan orang lain. Yang kat depan dia ni Afia. Yang menyoalnya tadi tu angah. Yang sedang menunggu jawapan darinya sekarang ni merupakan seorang kakak yang sedari kecil berada dengannya. Afia sentiasa bersedia mendengar segala luahan hatinya. Dan Afia jugak akan sentiasa menyokong setiap keputusannya. Dia pasti tentang itu.
“ Kenapa tak membantah?” soal Afia lagi apabila melihat reaksi adiknya. Dia tahu perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang menggembirakan Miqhal.
“ Kalau kau kat tempat aku pun ngah, kau takkan dapat menolak.”
“ Ehh, kalau aku kat tempat kau Miq, jangan harap aku akan menurut tau! Tu lah kau, ikut je telunjuk mama tu!”
“ Aku taknak jadi anak derhaka.” Afia terdiam. “ Mama kata kalau aku tak kahwin dengan Ryana, aku menderhaka pada dia.” masih terngiang-ngiang di telinga betapa nyaringnya suara Puan Dianne mengugut semasa Miqhal bertegas tidak akan menikahi Ryana. Miqhal tahu syurga terletak dibawah telapak kaki ibu. Dia tidak boleh menderhaka. Nak tak nak, dia kena juga menurut perintah orang tua nya. “ Lagipun ngah... Aku kesiankan Uncle Rahman dengan Aunty Neesa. Uncle Rahman tu ahli perniagaan. Kalau berita tentang anak dia mengandung anak luar nikah tu tersebar, rosaklah reputasi dia... Mana dia nak letak muka..”
“ Salah anak diorang jugak! Tanggung je lah malu tu... Ni tak pasal-pasal kena libatkan kau!” Afia memang tak berpuas hati. “ Kau ni baik sangat tau Miq! Sampai senang-senang orang ambil kesempatan kat kau. Pergunakan kau.”
Miqhal senyum tawar. “ Kenapa tiba-tiba ni ngah?”
“ Tiba-tiba apa?”
“ Kenapa sekarang? Kenapa tak soal aku masa mula-mula aku kahwin dulu? Ni dah tiga bulan baru nak tanya. Dah basilah, ngah!”
Afia terdiam sejenak. Memikirkan patut ataupun tidak dia memberitahu Miqhal apa yang dia nampak beberapa hari lepas. Dia tahu matanya tak menipu. Apa yang dia nampak sudah cukup untuk memberitahunya yang perkahwinan Miqhal takkan sampai ke mana. Miqhal menyayangi orang lain. Ataupun mungkin jugak mencintai orang lain.
“ Kenapa?” soal Miqhal lagi bila Afia tidak menjawab.
Afia menghela nafas panjang.Wajah adik yang hanya muda setahun darinya itu ditatap. Kesian. Hanya itulah yang dia rasa saat menatap ke dalam anak mata hitam milik Miqhal. “ Siapa dia Miq?”
Dahi Miqhal dah berlapis. Hairan dengan soalan Afia itu. Siapa dia siapa? “ Kau ni kenapa ngah??”
“ Dia yang buat kau ketawa. Dia yang buat muka kau tu bercahaya. Siapa dia tu?”
Miqhal menggeleng kepala lalu ketawa kecil. “ You talked in circles lah ngah. Aku tak faham!”
“ Dia yang buat kau breakfast lunch dinner supper semua kat Ours Diner? Siapa?”
Senyum di bibir Miqhal terpadam. Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Afia. Tapi bagaimana Afia tahu tentang tu.. ? “ Did you stalked me?”
“ No I’m not.” Afia tersenyum penuh misteri. “ Miqhal... Jangan cuba nak main sorok-sorok ek? Dengan angah pun nak sembunyi ke?”
“ Penting sangat ke nak tau?”
“ Yalah. Angah teringin jugak nak tahu siapa yang curi hati adik angah ni..”
“ Angah kan pasang spy, suruh je lah spy kau tu siasat siapa dia! Aku takkan jawab!”
“ Spy aku tu takleh pakailaa.”
“ Kenapa pulak?”
“ Dia kata kau couple dengan lelaki... Aku tak percayalah. You’re not gay kan?” Afia menjungkit kening. Miqhal didepan hanya tersenyum bersahaja.
“ Siapa spy kau tu?”
“ Siapa dia Miq?”
“ Aku takkan jawab selagi kau tak bagitau kau hantar siapa untuk intip aku.” Miqhal cuba main tarik tali. “ Siapa ngah?”
Afia merenung Miqhal lama. Sebelum dia tersenyum nipis. “ Aku sendiri yang nampak.”
“ Kau nampak apa?”
“ Aku datang sini nak soal kau, Miq. Bukan nak suruh kau soal aku!”
“ Well, aku takkan jawab soalan kau selagi kau tak jawab soalan aku. Prosedurnya tetap sama.”
Afia merengus lembut. Geram dengan Miqhal yang bijak memasang perangkap. “ Okey, fine! Sebenarnya aku tengok kau dengan dia kat Ours Diner hari tu..”
“ Bila? Pagi? Petang? Siang? Malam?”
“ Tengah hari. Dan pagi tadi pun sama. Kau betul ke ada hubungan dengan dia Miq?”
Miqhal tersenyum. “ Kalau ya, kenapa?”
“ Dia lelaki, Miqhal!”
“ Angah salah.” Miqhal tergelak kecil. “ Okey, macam ni lah ngah... Malam nanti kita pergi Ours Diner sama-sama. Aku bawak kau jumpa dia! Nak?”
Afia mengerutkan dahi, kehairanan. Tadi bukan main susah lagi nak jawab soalan, ni senang pulak nak ajak orang jumpa si dia? Peliklah! Tapi apabila Miqhal bertanyakan sekali lagi persetujuannya untuk pergi ke Ours Diner malam nanti, cepat-cepat Afia mengangguk. Tak mahu terlepas peluang melihat ‘dia’ yang begitu istimewa dalam hidup adiknya.
_never leave_
“ Honestly bro.. She’s cute!” Afia menepuk bahu Miqhal. Selesai sudah perjumpaannya dengan K. Dan semuanya berjalan dengan lancar. Gadis yang berjaya mencuri hati adiknya itu seorang yang ceria dan peramah. Yang penting, Afia selesa berada bersama dengannya. Dan dari situ jugak dia dapat melihat diri sebenar Miqhal. Rupa-rupanya adiknya itu seorang yang kuat cemburu. Tapi walaupun begitu, Miqhal jugak seorang yang penyayang dan caring. Semua itu Afia dapat nilai bila tengok sendiri macam mana Miqhal layan K. Kalau dia pun yang berada di tempat K, pasti dia jatuh hati dengan layanan Miqhal. “ Dia suka M&Ms eh?”
Miqhal mengangguk seraya tergelak. “ Macam budak kecik kan? Tapi tu lah... Sejak aku mula-mula kenal dia lagi, dia memang suka makan benda tu. Hari-hari makan M&Ms!”
“ Maksudnya kau beli M&Ms untuk dia hari-hari?” soal Afia bagaikan tidak percaya.
“ Kalau aku kata ‘ya’?”
“ OMG! You’re so sweetttt! Masa tu kau kawan dengan dia lagi ke? Belum couple?”
Miqhal menggeleng. “ Second time aku jumpa dia, aku tengok dia makan benda tu... And bila perjumpaan ketiga, aku sendiri belikan dia M&Ms. Aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu. Ad dengan Denn pun hairan bila aku layan K ni lain macam. Sedangkan masa tu aku tak tahu lagi dia perempuan..” Miqhal tersenyum bila mengingatkan masa awal perkenalan dia dan K. “ Dan sampailah sekarang... Aku jadi pembekal M&Ms dia.”
“ Ehh, wait-wait!”
“ Hmm?” Miqhal berpaling. Pemandangan menawan di Bukit Indah kini bertukar ke wajah kakaknya disebelah. Selepas balik dari Ours Diner, mereka tidak terus balik ke rumah sebaliknya duduk melepak di Bukit Indah. Lagipun, apa yang ada di rumah? Balik ke rumah hanya menyebabkan hati Miqhal menjadi gundah gulana. Ya, itulah yang dia rasa sejak berkahwin. Orang kalau dah ada isteri tunggu dirumah, takkan sabar nak balik tapi berbeza dengan dia.Kalau boleh, dia tak nak balik. Bila tengok muka Ryana,rasa bersalah terhadap K semakin menggunung.Dan bukan itu je... Dia lelaki. Nafsu hanya satu. Jadi..faham-faham je lah.
“ Kau tak tahu dia perempuan? What did you mean by that?”
“ Dia tipu kitaorang cakap yang dia lelaki.”
“ She did that?”
“ Yep!”
“ And then?” Afia betul-betul tertarik untuk mendengar ceritera cinta Miqhal dan K. Memang kita sudah biasa lihat di drama-drama ataupun filem dan selalu kita baca di novel tentang percintaan antara kawan baik tapi apabila benda yang biasa itu dialami sendiri oleh Miqhal, Afia tidak menganggap itu satu kebiasaan. Sejujurnya dia tidak sangka adiknya yang mempunyai rupa paras menarik dan kaya itu boleh jatuh cinta dengan seorang gadis yang berperwatakan tomboy. Eh tak, bukan saja perangai macam lelaki, pakaian pun macam lelaki. Kalau tak perhati dalam-dalam dan lama-lama, memang orang akan fikir si K tu lelaki. Ada je lelaki yang muka bersih macam tu. Kat Korea melambak!
“ Kantoi masa hari raya. Caught dia pakai baju kurung.” Miqhal tersenyum, geli hati bila kenangan itu terimbas semula. “ Aku suka time tu.”
“ Kau suka dia tipu kau ke Miq?”
“ No. But aku suka dia kantoi... Bila tahu she’s a girl, aku lega sangat-sangat. At least aku tahu yang aku bukan gay!” Miqhal gelak. Begitu juga dengan Afia. “ I love her very much, ngah... Wonder what will happen if she find out about me and Ryana.”
“ She didn’t know that? Kau tak bagitau dia ke??” Miqhal menggeleng lemah. “ How could you??” simpati Afia jatuh kepada K. Walaupun dia baru kenal dengan gadis itu, tapi Afia tahu K seorang yang baik dan Miqhal tidak sepatutnya menyembunyikan perkara yang begitu besar dari pengetahuan K. Pasti K akan kecewa bila dapat tahu perkara sebenar.
“ Aku tahu aku patut bagitau dia tapi ngah... It’s not that easy! Macam-macam boleh terjadi kalau dia tahu perkara sebenar. Dia mungkin akan pergi tinggalkan aku... Aku tak nak ngah! Aku tak rasa aku boleh hidup tanpa dia.” Miqhal mengeluh berat. “ Jangan bagitau dia apa-apa, ngah? Please?” dia pandang Afia, penuh pengharapan. Lambat-lambat Afia mengangguk. Miqhal tersenyum hambar. “ Promise me? ”
“ I promise... Tapi Miq...”
“ I know, ngah...” cepat Miqhal memangkas. “ I will tell her. Tapi bukan sekarang..”
No comments:
Post a Comment