Sunday, 4 March 2012

U - Turn 28



“ Kenapa ciri-ciri wanita idaman lelaki, mesti yang lemah lembut, sopan santun, pandai masak?” komen K sebaik sahaja mendengar jawapan seorang artis lelaki yang disoal tentang ciri-ciri wanita idaman dalam sebuah rancangan TV. Dia rasa macam jawapan tu sangat-sangat tipikal! Bila ditanya pasal wanita idaman, pasti jawapan itu yang dibagi.
Miqhal ketawa lepas. “ Tersentap ek?” dia melanggar bahu K dengan bahunya. K buat muka menyampah.
“ Yalah! Bila tanya sorang, jawapan tu jugak yang diberi! Tanya lagi sorang, jawapan tu jugaaakkk! Lebih baik tak payah tanya..” punat remote Astro ditekan berkali-kali. Mencari rancangan lain yang lebih menarik. Dan akhirnya jarinya menekan punat merah dan skrin televisyen tidak lagi berwarna seperti tadi.
“ Memang tak dapat nak didenykan lah K... Lelaki memang suka pompuan yang lemah lembut.”
Like pijak semut pun tak mati?”
“ Kalau pijak semut pun tak mati, itu bukan orang K! Itu something yang jalan kaki tak jejak tanah.”
K tergelak. “ Habis tu, nak sangat yang lemah lembut kan?”
Miqhal hanya tersenyum. “ Tahu kenapa bila lepas kahwin, perut lelaki jadi buncit?”
“ Sebab makan banyak!”
True! Kenapa dia makan banyak? Sebab bini dia masak sedap! Lelaki memang suka kalau bini dia pandai masak! Perut kenyang!”
“ Suka sebab dia boleh suruh bini dia masak macam-macam... Dia boleh order je apa-apa! Sayang, I nak makan spaghetti! Sayang, I teringinlah nak makan nasi goreng. Sayang, I nak rendang daging dengan ayam masak merah for our dinner tonight! Dan si isteri pun menjawab, siappppppp!!! Itulah yang diaorang nak kan?” tukas K jengkel. Kadang-kadang dia rasa yang perempuan ni selalu jadi hamba lelaki.
“ Kau tahu tak B, dari masakan isteri tu lah yang buat suami bertambah sayang! Kau pernah dengar tak orang cakap yang, isteri boleh ‘ikat’ suami melalui perut diaorang..”
“ Huhh? Maksud? Ikat perut diaorang dengan tali?”
Stupid!” kepala K ditepuk lembut. “ Maksud ‘ikat’ tu bukan ‘ikat’ yang macam dalam kepala hotak kau tu.. Yang pakai tali-tali apa semua! Bukan! ‘Ikat’ dalam ayat aku tadi tu, maksudnya, macam tak nak suami lari cari lain laa..”
“ Eleh! Ada ke macam tu? Hanya sebab tak reti masak, suami lari cari lain? Kalau macam tu, kahwin je lah dengan chef! Confirm pandai masak!” sangkal K lagi.
Miqhal tartawa. K memang pandai membidas! “ Tapi don’t worry. Aku tak macam tu. Aku bukan lelaki yang jatuh cinta hanya kerana kelembutan. Benda tu terbukti bila aku jatuh cinta dengan kau. Kau langsung tak lembut! And aku still cinta kat kau walaupun aku tahu kau tak reti masak! So, aku takkan lari kalau lepas ni kau tak masak untuk aku. Kau tak payah jaga perut aku. Kau perlu sayang aku je. Tu dah cukup!”
Kalau manusia boleh cair, dah pasti sekarang ni K dah bertukar menjadi cecair. Sebab kata-kata Miqhal memang buat dia cair sampai tahap tak tahu nak jawab apa. Dia terharu. Gembira. Bahagia. Sebab ada yang menyayanginya sepenuh hati dan yang paling penting menerima dia seadanya.
So, macam mana? Deal?”
Deal apa?”
Loving me? Like forever?” Miqhal menjungkit kening, menanti jawapan.
Bibir K merekah dengan senyuman. “ Loving you is what I always do!”
Miqhal tersenyum lebar.
“ Ehemm!”
Kedua-dua mereka menoleh apabila terdengar satu suara berdehem. Ie dah berdiri di belakang mereka dengan muka yang agak menyeramkan.
“ Opss, Bang Ie!” K terus bangkit.
Dinner is ready.” Dan Ie terus melangkah pergi.
K berpandangan dengan Miqhal. Dan tidak lama selepas itu ketawa mereka bergabung. Lucu bila mengenangkan Ie yang datang tiba-tiba. Cakap pun mendatar je... Macam hantu!
_never leave_
Ie memperlahankan pemanduan saat matanya menangkap sesuatu yang menarik perhatiannya. Seorang lelaki yang sedang memimpin seorang wanita yang mengandung untuk melintas jalan. Ie dah memberhentikan keretanya di bahu jalan. Tidak jauh dari sepasang suami isteri itu. Suami isteri kah mereka? Lagak macam suami isteri.
Ie masih memerhati mereka dari dalam kereta. Bukan wanita itu yang menarik perhatiannya tapi si lelaki. Dia kenal lelaki itu. Walaupun baru sekali dua mereka berjumpa, tapi wajah itu sudah terlakar kukuh di ingatannya. Itu Miqhal! Ie semakin pasti apabila Miqhal menoleh ke kanan sebelum dia dan wanita itu melintas jalan. Memang sah itu Miqhal!
Dikerling sekilas jam di dashboard. Pukul 3 pagi. Pukul 3 pagi bawak isteri keluar? Mungkin isterinya mengidam. Biasalah kan perempuan kalau mengandung, pasti mengidam macam-macam. Ie walaupun belum beristeri tapi dia tahu tentang semua tu. Drama-drama kat TV kan banyak?
Batang tubuh Miqhal dan perempuan itu dah hilang dari pandangan bila mereka masuk ke dalam kedai mamak yang masih beroperasi. Ie mengeluh berat. Cuma seorang sahaja yang berada dalam fikirannya saat ini. K! Kalau betul Miqhal sudah beristeri, agaknya apa reaksi K bila mengetahui semua itu? Kecewa? Sedih? Marah?
Ie mengetap bibir geram. Nampaknya dia perlu bersemuka dengan Miqhal. Tidak boleh tidak! Dia perlu tahu kebenaran. Mungkin apa yang ditafsirnya salah. Mungkin perempuan yang dipimpin oleh Miqhal tadi adalah kakaknya. Mungkin suami dia outstation dan Miqhal lah yang terpaksa menemani si kakak. Itupun mungkin. Ie cuba untuk berfikir positif. Akhirnya kereta dipecut laju meninggalkan kawasan itu.
_never leave_
Berkali-kali Ad membaca mesej yang baru diterimanya setengah jam yang lalu. Mesej dari seseorang yang sudah lama pergi dari hidupnya. Mesej dari dia. Sungguh tak sangka bila sebaris nama itu menjadi penutup SMS tersebut. Nama yang pernah wujud dalam hidup Ad dahulu.
Salam. Apa khabar? -Ayin-
Ayin. Kawan. Kawan baik. Sangat-sangat baik. Tapi sekarang gadis itu pergi meninggalkannya. Pergi entah ke mana. Pergi entah kenapa. Hilang bagaikan terbang dibawa angin. Dan sekarang...
Ad berpaling ke arah opah disebelah yang sedang melipat kain baju. Opah dia ni walaupun dah tua, tapi masih bertenaga. Siang pergi mengurut. Malam sibuk lipat kain lah itulah inilah. Tak tahu penat langsung. “ Opah. Tanya sikit boleh?” dia membuka bicara.
“ Apa dia?” opah bersuara tanpa memandang cucunya.
“ Siang tadi Ad terserempak dengan Amirul.”
“ Amirul mana?” kali ini opah mendongak, memandang Ad.
“ Amirul anak Pak Ijal tu... Yang rumah tak jauh dari rumah Naura.” jelas Ad lagi supaya opahnya lebih senang untuk mengecam.
“ Amirul?” opah nampak masih kabur. “ Amirul yang badan gempal-gempal tu ke?”
“ Haa, yang tu lah... Yang selalu lepak kat simpang masuk kampung tu.”
“ Kenapa dengan dia? Dia ganggu kamu?” mata opah mencerlung memandang cucunya. Timbul jugak persoalan di benaknya memikirkan kenapa Ad tiba-tiba balik ke kampung dan menetap disini. Dah berbulan-bulan dah. Bukan tak ditanya, tapi jawapan yang opah dapat tak memuaskan. Ad masih cuba nak berselindung. Yang opah pasti, cucunya itu lari dari sesuatu sebab Ad menyuruhnya merahsiakan tentang keberadaannya di kampung dari sesiapapun. Lari dari apa dan siapa? Itu opah tak tahu.
“ Eh, tak adalah...” Ad tahu apa yang bermain dalam fikiran opahnya itu. Budak Amirul tu memang nakal sikit. Bila dah berkumpul ramai-ramai kat simpang tu, mulalah nak sakat-sakat orang. Yang selalu terkena, budak perempuanlah. Tapi geng-geng Amirul tak berani nak bersuara dengannya. Ad ada menyapa mereka bila lalu kat simpang, dan diaorang tegur balik. Tak ada pulak nak berkurang ajar. “ Mana diaorang berani nak buat apa-apa kat Ad ni opah... Diaorang tahu Ad ni cucu opah. Opah kan popular kat kampung ni? Siapa tak kenal?” ujar Ad sengaja nak mengusik opahnya.
“ Kamu ni ada-ada je... Haa, kalau dia tak buat apa-apa kat kamu, kenapa kamu tiba-tiba nak bukak cerita pasal dia?”
“ Dia tu tak kerja ke? Hari-hari Ad tengok dok main gitar kat simpang...”
“ Amirul tu dulu belajar. Sekarang dah berhenti. Bila dah tak belajar, jadilah kutu rayau. Melepak sana-sini... Kerja pun tak. Mak Melah kamu tu selalu mengadu kat opah tentang Mirul tu... Kesian opah tengok Mak Melah...”
“ Anak Mak Melah yang lain semua dah kerja eh? Mirul tu yang bongsu kan?”
“ Anak dia yang sulung tu, pegawai polis.”
“ Abang Amin kan?” Ad masih ingat lagi nama-nama dan muka-muka orang kampungnya. Almaklumlah, dulu dia memang selalu ulang alik ke sini. Orang kampung ni pun kenal dia lebih daripada cucu-cucu opah yang lain.
“ Ha’ah.. Yang tu Mirul takut sikit. Kalau dengan yang lain, tak makan saman budak tu.”
“ Anak dia yang lain?” come on, opah! Bukan pasal Amirul yang Ad nak tahu, tapi pasal kakak Amirul.
“ Yang kamu ni nak tahu sangat, kenapa?” opah dah tersenyum-senyum.
Ad buat muka bersahaja. “ Orang nak tahu je.”
“ Ni mesti nak tanya pasal Ayin lah ni kan?”
Ad tidak terus menjawab soalan opah. Sebaliknya dia berpura-pura leka dengan berita yang tengah disiarkan di televisyen. Ayin! A.k.a Azreen. Gadis yang bertanyakan khabarnya sebentar tadi. Gadis yang tiba-tiba muncul semula. Ahhh, masih gadiskah? Atau...
“ Ayin belum kahwin lagi.”
Ad tersentak bila opah menjawab soalan yang bermain-main difikirannya. Macam psikik pulak opah ni..
“ Berminat ke?” soal opah lagi. Suka nak mengusik Ad yang sudah nampak resah bila dia menyebut nama Ayin sebentar tadi.
“ Opah ni..ke situ pulak..” Ad cuba menyembunyikan resah di hatinya. “ Dia kerja apa sekarang ni?”
“ Dia bukak kedai dobi.”
“ Oh, ada kedai sendiri! Hebat jugak budak tu.” Ad cuba bersahaja. Menampakkan dirinya tidak berminat sangat.
“ Kamu tak pernah jumpa dia ke? Kedai dia kat pekan tu je. Satu-satunya kedai dobi! Takkan tak pernah terserempak? Kamu kan selalu pergi pekan..?”
“ Adalah kut. Berselisih kat mana-mana. Lama dah tak jumpa Ayin tu. Entah kenal entah tak dia dengan Ad..” Ad teringat kembali SMS dari Ayin tadi. Tiba-tiba bertanya khabar, mungkinkah gadis itu pernah melihatnya dibandar? Dia ke yang tak perasan tentang Ayin? “ Ayah ada call ke opah?” dia cuba memesongkan topik.
“ Kalau ada pun kenapa? Nak ke kamu bercakap?”
Ad tersenyum hambar. “ Belum tiba masanya lagi.”
“ Kenapa, Adry? Apa yang buat kamu lari bawak diri ke sini?”
“ Tak ada apa, opah... Huarggh!” Ad menutup mulutnya, buat macam lagak orang menguap. “ Ad masuk bilik dulu.” dan dia terus melangkah menuju ke bilik.
Setelah merebahkan tubuh di atas katil, sekali lagi SMS dari Ayin di baca. Lama. Walaupun pertanyaan Ayin tu ringkas, tapi cukup untuk mengganggu gugat ketenangan Ad hari ini. Dan akhirnya Ad membalas.
Waalaikummussalam. Alhamdulillah, sihat.. Ayin?
U-TURN

No comments:

Post a Comment