“ B!!”
Terus terkaku langkah K
dihadapan pintu masuk Ours Diner apabila kedatangannya pagi itu disambut oleh
seorang pemuda yang nampak sangat gembira. K memandang kehairanan pemuda yang
masih mendepakan tangan dihadapannya itu. Buang tabiat ke apa lelaki ni?
“
Morning love!”
Nasib baik belum ada
pelanggan lagi di OD kalau tak mahu jadi gosip hangat. Pasangan gay tak malu menunjukkan hubungan
dihadapan khalayak ramai! Huh! Ngeri! Tapi.. aku peduli apa? Aku perempuan, okey??
“ Tidur lena semalam?” Miqhal
memegang kedua-dua belah pipi K. Wajah itu nampak tidak bermaya. “ Sejuknya
pipi!” Miqhal menggosok-gosok pipi K dengan tangannya, memberikan sedikit
kehangatan.
K hanya membiarkan
sebab hati masih tertanya-tanya apa mimpi Miqhal tiba-tiba nak bermesra
dengannya hari ini setelah berhari-hari mereka tidak bersua muka?
“ Jom breakfast! Lepas tu kau ikut aku pergi office kejap sebab aku nak settle something... And then kita pergi shopping sebab dah lama kau tak pilih
baju untuk aku. Lepas tu kita pergi tengok wayang.. Lepas tu kita..”
“ Ehem!!” K berdehem
kuat sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Miqhal.
“
What?”
“ Kau demam ke?”
“
No.”
“ Habis tu? Salah makan
ek?”
Miqhal tertawa kecil. Dia
tahu yang K pelik dengan kelakuannya hari ini. Tapi dia tak peduli. Sebelum
kenangan pahit tercipta, lebih baiklah dia ukir kenangan manis dulu hari ini. Cehwah~
“ Please
B untuk hari ni je... Jangan banyak soal. Ikut je mana aku bawak kau. Aku just nak spent time dengan kau. And
pleaseeeee! Jangan marah, jangan merajuk, jangan gaduh-gaduh! Untuk hari ni
je, boleh?”
_never leave_
“
Handphone?” Miqhal menghulurkan tangannya pada K
yang duduk di sofa disudut bilik pejabatnya. Hampir sejam juga K terpaksa
menunggunya menyelesaikan sedikit kerja. Nasib baiklah gadis itu menuruti
permintaannya supaya tidak banyak soal hari ini. Diam-diam je K duduk kat sofa.
Jadi budak baik untuk seketika. Tu pun main jeling-jeling yang ada aura
membunuh kat dia. Dalam sejam menunggu tu, memang K tak banyak soal, tapi
banyak permintaan pulak. Lapar nak KFC laa.. Nak McD laa.. Kesian Amad, office boy yang terpaksa dapatkan semua tu untuk K. Tapi kira okey
jugaklah tu, sebab K ajak sekali si Amad tu makan sama. Miqhal dah tak boleh
nak larang dah. Biarlah..
“ Huh?” K menjungkit
kening.
“ Pinjam handphone jap.” pinta Miqhal lagi dengan
senyuman dibibir. K menyerahkan telefon bimbitnya pada Miqhal.
“ Kenapa??” K semakin
hairan bila Miqhal menyimpan telefon bimbit itu didalam poket seluar.
“ Aku taknak sesiapa
pun ganggu kita hari ni.” tangan K dicapai. “ Tangan sejuk. Pipi sejuk. Come! I’ll make you warm..” tubuh K
dipaut erat ke tubuhnya. “ Next time,
pakai baju tebal sikit. Lately kan
selalu hujan? Janganlah pakai T-shirt
je. Bougain bukan Summer Shine sayang oiii.. Masa ni memang aku boleh peluk
kau, kalau aku tak ada nanti macam mana?”
K senyum. Inilah
pertama kali dia mengukir senyuman setelah beberapa jam bersama Miqhal. Terasa
sudah lama dia tidak berada dalam pelukan lelaki itu. Sudah lama lelaki itu
tidak bermesra begini dengannya. Sebelum ini kalau mereka berjumpa je, pasti
ada pertelingkahan yang berlaku dan penghujungnya bergaduh sampai berhari-hari
tidak berhubung, tidak berjumpa. Dan rasanya... K takkan melepaskan peluang
kali ini untuk menjadi seperti dahulu kala.
“ Kau nak pergi mana?”
Miqhal tersenyum hambar
mendengar soalan dari K. Di saat K bersuara, Miqhal dapat merasakan pelukannya
dibalas. “ Kau nak aku pergi ke?”
Semakin erat K mendakap
tubuh itu apabila Miqhal menyoalnya kembali. Dia menggeleng kepala perlahan.
Miqhal berasa sebak
tiba-tiba. Ugutan Ie bermain-main ditelinga. Aku tak pasti samada aku akan
dapat rasa lagi pelukan hangat dari K kalau aku bagitau semuanya pada dia. Tapi...takkanlah
nak biarkan Ie yang tunjukkan pada K yang aku ni dah berkahwin? Kalau aku
biarkan semua tu terjadi, makin senanglah Ie nak rampas K dari aku! Tak..aku
takkan lepaskan K!
“ B... Macam mana kalau
lepas ni kita... No.. I mean.. Aku...”
K menolak perlahan
tubuh Miqhal dan pelukan pun terlerai. Dia memandang Miqhal penuh tanda tanya.
“ Kau nak cakap apa sebenarnya ni?”
Miqhal mengeluh sebelum
tersenyum nipis. Nampak? Nampak?? Belum bagitau lagi dia dah lepaskan pelukan. Kalau
aku bagitau tadi, aku rasa dia terus blah kut.. Sebab K jenis yang akan berdiam
diri jika marah.
“Miqhal??”
Miqhal menggeleng lalu
memeluk bahu K dan mendorong tubuh itu supaya melangkah bersamanya. “ Forget about it!” bukan ini
masanya....
_never
leave_
“ B!”
Langkah kaki K terhenti
bila Miqhal yang berjalan beriringan dengannya berhenti melangkah. Dia dan Miqhal
baru sahaja melangkah keluar dari 7-Eleven selepas beli Slurpee. K tengok Miqhal
yang tengah pandang taman permainan tidak jauh dari 7-Eleven. K turut menala
pandangan ke taman tersebut.
“ Ingat lagi tak? Kat
sini la kau langgar aku dulu...” Miqhal kembali memandang K. Senyuman terukir
dibibirnya. “ Masa tu kau kejar budak yang curi basikal kau. Kejar budak tu
sampai aku yang besar macam ni pun kau tak nampak lagi dah. Main rempuh sesuka
hati kau je!”
K tertawa. “ Siot punya
budak! Aku sayang gila basikal tu..! Boleh pulak dia bawak lari. Kesian kau
kannn... Tak pasal-pasal accident!”
bahu Miqhal ditepuk-tepuk.
“ Tapi kalau tak accident, tak adalah aku kenal kau... Kalau
budak tu tak curi basikal kau, tak ada jugaklah kau lari rempuh aku... Kalau
semua tu tak terjadi, tak adalah kita kat sini sekarang ni...”
K mengangguk mengiakan
kata-kata Miqhal. Dibibirnya masih terukir sebuah senyuman. “ Dan kalau kau, Ad
dengan Denn tak baik hati tolong aku kejar budak tu, tak ada jugaklah aku kawan
dengan korang sampai hari ini.”
Miqhal memeluk bahu K
dengan tangan kirinya sementara tangan kanannya memegang Slurpee. “ Dan kalau
kau tak kawan dengan kitaorang, kitaorang pun takkan tahu yang kau ni
perempuan... Kalau kitaorang tak tahu yang kau ni perempuan, aku rasa semua
orang dah label aku ni gay! Sebab dah
jatuh cinta kat kau...”
“ Eh jap! Tak betul
tu!” K cepat-cepat mencelah. “ Kalau aku
tak kawan ngan korang, tak adalah kau jatuh cinta dengan aku kan?”
“ Naaaa~” Miqhal menggeleng.
“ Kau salah!”
“ Huh?”
“ Terus teranglah aku
cakap...masa kau langgar aku hari tu, aku rasa macam aku berada di dunia lain
seketika. Y’know? Rasa macam the whole world stop and stare for a while..”
“
Cos’ girl you’re amazing just the way you
are~~” bersahaja K menyanyikan Just The Way You Are – Bruno Mars.
Miqhal gelak. Memang
kejap tadi dia curi lirik lagu tu. “ Tapi betullah aku cakap... Sebab masa tu
sindrom orang jatuh cinta pandang pertama semua ada kat aku. Love at first sight. Aku tak pernah lagi
rasa macam tu dengan lelaki lain. Dengan kau je lah aku rasa macam tu! Nasib
baiklah kau ni lelaki yang special case sikit! Kalau tak... tak tahulah aku
apa nak jadi!”
“ Betul ke?”
“ Ya!”
“ Serious?”
“ Yalah sayanggg~ Apa
aku dapat kalau aku tipu kau punnn?” rambut K diusap lembut. “ Mana cap?” baru dia perasan yang hari ini K
tak pakai trucker cap Quiksilver merah biru tu.
K meneguk Slurpeenya. “
Entah! Hilang! Ie curi kut!” dia dan Miqhal dah kembali menyambung langkah ke
kereta.
“ Curi?”
K angguk. “ Dia suka
curi barang aku... Hari tu dia ambik aku punya kunci scoot. Haa, padanlah dengan muka dia sebab lepas tu dia jugak yang
kena jadi driver aku! Tak fahamlah
aku kenapa dia perlu sembunyikan aku punya kunci scoot tu. Sekarang ni cap
aku lagi yang jadi mangsa dia...” K berhenti bercakap bila dia terasa tidak ada
lagi tangan yang memeluk bahunya. Langkahnya serta-merta terhenti lalu dia
berpaling. “ Kenapa?” soalnya pelik bila Miqhal tiba-tiba kaku berdiri sambil
tengok dia dengan air muka yang tidak seceria tadi.
“ Jealous.”
K tepuk dahi. “ Jealous apa pulak ni?”
Miqhal angkat bahu. “
Entah. Tiba-tiba sini sakit..” tangannya menekan dada kiri. “ Mungkin sebab
nama yang kau sebut tadi tu kut...”
“ Cehh!” K tarik lengan
Miqhal supaya kembali menyambung langkah. “ Lepas ni kita pergi ladang
strawberi nak?”
“ Tak nak.”
“ Jomlah!”
“ Cakap kau sayang aku
dulu!”
“ Perlu ke?”
“ Mestilah! Tu kira
macam minyak... Tak ada minyak, kereta tak jalan!”
“ Kereta yang pakai
tenaga solar tu boleh je jalan walaupun tak ada minyak!” bidas K.
“ Cakap je lah yang kau
sayang aku. Bukan susah pun...”
“ Tak naklah!”
“ Macam mana kalau
lepas ni something bad happen to
me..?What if aku pekak lepas ni, aku
dah tak boleh dengar kau cakap yang kau sayang aku lagi.”
“ Aku boleh tulis.”
“ Kalau aku pekak
dengan buta?”
Lama K terdiam. Mencari
jawapan yang sesuai untuk kemungkinan tersebut. Macam mana kalau Miqhal buta
dan pekak? Macam mana dia nak cakap dengan Miqhal yang dia sayangkan lelaki tu?
Sebab masa tu Miqhal dah tak boleh dengar suara dia lagi. Miqhal dah tak boleh
baca mulut dia lagi.
Mereka dah berada di
dalam kereta, tapi kereta masih tak gerak lagi sebab Miqhal masih tunggu
jawapan dari K yang terdiam disebelah. Berfikir la tu!
“
Just say it now laa... Sementara aku masih boleh dengar
lagi suara kau...” Miqhal bersuara lagi. Susah betullah nak dengar budak ni
cakap yang dia sayang aku! Hishh~
Tiba-tiba K peluk Miqhal.
Miqhal kaku ditempatnya.
K pejam mata sejenak. “
Kalau kau buta dan pekak, aku boleh peluk kau macam ni... Supaya kau boleh rasa
yang aku sayang kau.”
Miqhal senyum terharu
mendengar jawapan dari mulut K. Pelukan K dibalas. Erat macam tidak ingin
dilepaskan. “ I love you, B...”
“ Aww!! Kau nak bunuh
aku ke apa ni??” jerit K bila Miqhal terlampau kuat memeluk tubuhnya.
Miqhal ketawa lepas
lalu meleraikan pelukan. Sempat dia mengucup dahi K sebelum K duduk betul-betul
di tempatnya macam tadi. “ Okey apa kalau mati dalam pelukan aku? Ala-ala
cerita Korea gitu! Nanti keluar kat surat khabar, ‘Seorang gadis meninggal
dunia dalam dakapan sang kekasih’.. Perghh! Gempak! Confirm laku newspaper
hari tu!”
_never
leave_
“ Apa lagi yang mama
tak puas hati ni ma?” Miqhal memandang mamanya yang masih dengan majalah Wanita
di tangan. Dia datang menghadap Puan Dianne di dalam bilik membaca ini kerana
tidak puas hati apabila dirinya terasa disindir semasa makan tengah hari tadi. Apatah
lagi ia melibatkan K. Bukannya dia nak melebihkan mamanya dari K, tapi dia rasa
mamanya tidak sepatutnya membabitkan nama K dalam perkara yang mamanya sendiri
tidak tahu kebenaran.
Puan Dianne tersenyum
sinis lalu meletakkan majalah ke meja dihadapan. Wajah keruh anak bongsunya
ditatap sekilas. Dia tahu Miqhal tengah marah. Marah sebab tadi dia sengaja
membanding-bandingkan K dengan Ryana. Puan Dianne langsung tidak berselindung
tentang kewujudan K dalam perhubungan Miqhal dengan Ryana sebab dia tahu Ryana
sendiri sudah sedia maklum tentang itu. Cuma Ryana tidak membuat apa-apa tindakan
manakala dia sudah berkali-kali mengungkit perkara itu kepada Miqhal.
“ Kenapa perlu
banding-bandingkan K dengan Ryana?”
“ Untuk menyedarkan
anak mama!”
“ Nak sedarkan dari
apa?”
“ Ryana tu lebih baik
dari K.”
“ Mama tak kenal K jadi
jangan nak bandingkan dia dengan orang lain ma.” suara Miqhal kembali kendur. Dia
cuba menahan amarahnya sebab yang kat depan dia ni mama, bukannya kawan yang
boleh dia tengking-tengking sukahati.
“ Siapa kata mama tak
kenal dia? Mama kenal. Budak yang macam lelaki tu kan?”
“ Ma... Please?” Miqhal tidak sanggup nak
mendengar orang mengata K macam-macam. Ya, memang K macam lelaki tapi K tetap
perempuan.
“ What? Tak salahkan? K memang macam lelaki. Itu ke yang Miq nak
jadikan isteri? Apa tak cukup lagi ke Ryana tu? Ryana tu sejuta kali lebih baik
dari budak pengkid tu, Miqhal! Sedarlah sikit!”
“ Kalau Ryana tu baik
sangat dia takkan mengandung anak luar nikah.”
“ Miqhal!!” bulat mata
Puan Dianne memandang Miqhal yang menuturkan kata-kata yang tidak sepatutnya
seperti itu. Macam mana kalau Ryana terdengar perbualan mereka? Pasti
menantunya itu akan tersinggung.
Miqhal senyum sinis. “
Kenapa? Tak salahkan? Seburuk-buruk K, dia tak buat kerja macam tu, ma. K tu SEJUTA
kali lebih baik dari Ryana.” Miqhal menekan-nekankan suaranya.
“ Ryana tu isteri Miq!”
Miqhal mengetap bibir
geram. “ Dahlah, ma. Miq malas nak bergaduh dengan mama. Ya, Ryana tu isteri Miq.
Tapi Miq tak cintakan dia ma. Ryana sendiri tahu benda tu. Miq cintakan K.”
“ Mama takkan restui
hubungan kamu dengan budak tu!!”
Miqhal bangkit. “
Sampai bila ma? Sampai Miq mati baru mama nak restui? Mama kena ingat... Miq
ada hati, ma.. Ada perasaan.. Perasaan Miq kuat pada K.. Hati ni akan mati
kalau K pergi...” Miqhal menarik nafas dalam. Tenanglah wahai hati... “ Mama
boleh kalau tak nak restukan hubungan Miq dengan K.. Mama boleh pisahkan Miq
dari K.. Tapi walau apa pun terjadi ma, hati ni...” Miqhal menekan dadanya dengan
telunjuk. “ Hanya milik Kyra Khalesya.”
_never
leave_
“ Aunty... Kenapa aunty nak
jumpa K?” K memandang sekeliling coffee
house yang mewah tersebut. Rasa janggal apabila dia yang berpakaian santai
berada dikalangan pengunjung coffee house ini yang rata-ratanya orang yang
berkedudukan tinggi. Dia pakai t-shirt
dengan jeans je!
Puan Dianne tersenyum
nipis ke arah anak muda yang nampak gusar dihadapannya itu. Gadis inilah yang
dicintai sepenuh hati oleh anak lelaki tunggalnya. Dia memang tidak berapa suka
apabila Miqhal masih lagi berhubung rapat dengan K. Dia lebih suka Miqhal bersama
dengan Ryana. Ryana lebih cantik, lebih bergaya dan yang paling penting dia
tahu latar belakang Ryana. Sedari dulu lagi dia berkenan dengan Ryana. Dia
memang punya impian untuk mengahwinkan Ryana dengan Miqhal. Dan impiannya itu
tercapai juga akhirnya. Dia tidak peduli walau Ryana itu mengandung anak luar
nikah sekalipun, dia masih lagi gembira bila Miqhal mengahwini Ryana. Dia
berharap supaya rumah tangga Miqhal dan Ryana akan kekal. Dan rasanya dia perlu
bertindak supaya harapannya itu akan tercapai. Kalau Miqhal bertegas tidak mahu
meninggalkan K, jadi dia akan cuba menyuruh K untuk meninggalkan anaknya itu.
“ Boleh aunty tahu apa hubungan kamu dengan Miqhal?”
“ Erkk.. Maksud aunty?”
“ Jangan berpura-pura
tak tahu, K. Kamu bercinta dengan Miqhal kan?”
Gulp! K menelan liur
yang terasa berpasir. Apa kes mak Miqhal ni yang tiba-tiba tanya benda luar
alam macam ni?
“ Aunty tak nak cakap banyak. Kita sama-sama perempuan K. Perempuan
ni sensitif... Mudah terluka..”
Oh-okey... K masih
tidak bersuara. Dia masih tidak dapat menangkap tujuan sebenar Puan Dianne
mengajaknya berjumpa. Untuk berbicara pasal perempuan ke? K semakin hairan
apabila Puan Dianne menghulurkan beberapa keping foto kepadanya. Lambat-lambat,
foto itu bertukar tangan.
“Miqhal menyembunyikan
semua ni dari pengetahuan kamu, K...”
Hampir terlepas foto
tersebut dari tangan K. Foto dimana Miqhal sedang menyarungkan cincin dijari
seorang perempuan, foto Miqhal sedang mengucup dahi perempuan tersebut dan.. “
Apa semua ni aunty?” K tidak sanggup
lagi untuk terus melihat. Foto-foto itu diletak ke atas meja.
“Miqhal dah berkahwin
beberapa bulan yang lepas.. dengan kawan baik dia sendiri, Ryana.. Miqhal sembunyikan
semua ni dari kamu sebab dia tak nak kamu tinggalkan dia. Aunty tahu anak aunty tu
sayangkan kamu.. Tapi cuba kamu letak diri kamu ditempat Ryana. Ryana seorang perempuan.
Ryana merupakan isteri Miqhal yang sah. Apa perasaan kamu kalau suami kamu
sendiri menyintai perempuan lain? Aunty
kesiankan Ryana..”
Ryana... Akhirnya nama
itu menjadi racun dalam perhubungan aku dengan Miqhal. K cuba sedaya upaya
untuk menahan air matanya dari jatuh. Dia tidak boleh lemah. “ Aunty
nak saya buat apa?”
“ Tinggalkan Miqhal.”
Mudahnya Puan Dianne
meminta. Perasaan Ryana saja ke yang penting sekarang ni? Macam mana dengan
perasaan dia? Dia juga perempuan! Dia juga sensitif. Mudah terluka. Tidak
kesiankah Puan Dianne dengan dirinya?
“ Aunty tahu yang Miqhal takkan tinggalkan kamu sebab tu aunty mintak kamu untuk tinggalkan Miqhal.
Mungkin dengan kehilangan kamu, Miqhal akan cuba belajar mencintai isteri dia...”
Dan lepas aku
tinggalkan Miqhal, aku akan cuba belajar apa? Belajar untuk merawat hati untuk
tersenyum melihat Miqhal dengan isterinya bahagia? Macam tu ke? K menggenggam
kuat tangannya, cuba mencari kekuatan. Agaknya benda inilah yang membuatkan Miqhal
selalu macam serba salah. Selalu bawak muka bermasalah sampai membuatkan mereka
selalu bertengkar.
“ Ryana berhak untuk
mendapat kebahagiaan.”
Habis tu aku ni tak
berhak untuk bahagia? Orang macam aku ni tak layak untuk merasa bahagia ke? Orang
macam aku ni pun ada perasaan jugaklah! Aku pun nak bahagia! Siapa yang nak
sedih dalam dunia ni?? Siapa yang nak terluka?
“ Aunty tahu kamu seorang yang kuat. Kamu akan mampu jalani hidup
tanpa Miqhal.”
Okey..cukup! K menarik
nafasnya dalam sebelum menghembuskannya perlahan. Dia cuba untuk bertenang
walaupun sukar. “ Saya akan tinggalkan Miqhal.”
_never
leave_
“ K tak balik lagi ke?”
Ie menapak ke arah peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka dan kotak jus dibawa keluar sebelum pintu tersebut ditutup
semula. Lyqa yang sedang leka menikmati aiskrim dikerling sekilas. “ Abang
tanya ni..!” kali ini suaranya dikuatkan sedikit.
Lyqa tersengih
memandang Ie. Sedar kealpaanya sebentar tadi. Disebabkan aiskrim dan
keseronokan berbalas SMS dengan lelaki idaman, dia tidak menjawab pertanyaan
abang tirinya itu. “ Abang tanya apa tadi?”
“ Miss Kyra Khalesya
tak balik lagi ke?” jus yang sudah dituang kedalam gelas, diteguk perlahan. Dia
dah mengambil tempat berhadapan dengan Lyqa.
“ Belum lagi... Kenapa?”
“ Abang pergi OD, tapi
dia tak ada. Budak kat situ kata dia cuti. Betul ke dia cuti?”
“ Pagi tadi dia pergi
kerja macam biasa kan?” Lyqa pulak yang hairan sekarang. Cuti? Padahal pagi
tadi elok je dia tengok kakak dia tu bersiap nak pergi kerja.
Ie sudah mula bimbang.
“ Call dia.”
“ Sekarang ke?”
“ Tak. Esok!”
sarkastik.
Lyqa sengih apabila
terasa dirinya disindir. Tangannya terus bekerja mencari nama K di phone book dan mendail nombor telefon
tersebut. Masuk kali kedua dia mencuba, masih jugak panggilannya masuk ke voice mail. Lyqa merengus. “ Tak dapatlah, bang!”
“ Hishh! Budak ni!” Ie dah
mula mengorak langkah pergi. “ Kalau daddy
tanya abang, bagitau abang pergi cari budak tu!”
U-TURN
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.
Hi, i just curious about your cinta kita ibarat kisah cinderella. Ada sambungan ke?
ReplyDelete