Thursday, 19 July 2012

U-TURN 35



K lepak di hadapan Ours Diner sementara menunggu Ie menjemputnya. Jarang Ie lambat sebegini. Minggu ini memang Ie yang bertindak sebagai pemandu tak bergaji dia disebabkan skuternya yang kehilangan kunci. Dengan kunci spare sekali lesap entah kemana. Masa tu memang K hangin! Habis seluruh bilik tidur digeledah tetap tak dapat cari! Tak tahu pulak yang kunci skuter dia selama ini ada kaki, reti berjalan.
Melihat jalan yang semakin lengang, kedai-kedai disepanjang blok yang sudah gelap menandakan sudah tidak beroperasi lagi membuatkan K kebosanan sendiri. Lainlah kalau doktor kat klinik seberang sana tu masih ada. Bolehlah dia buat-buat sakit lepas tu mintak khidmat doktor hensem tu! Dapat jugak cuci mata. (walaupun sebenarnya dia tak sukakan klinik!) Haha.
K mengeluh lagi. Ie dah lewat 30 minit dari masa yang sepatutnya. Ishh! Dia paling tak suka lah part nak kena tunggu-tunggu macam ni. Rasa macam orang bodoh je. Dia tunduk memandang lantai. Dari duduk mencangkung, sekarang dia dah bersila kat depan pintu kedai. Manalah Ie ni tak datang-datang. Kereta rosak ke? Heh. Kalau kereta rosak, banyak lagi kereta lain kat rumah tu. Pakai je. Ke Ie ada masalah lain?
K tersentak bila ada orang tengah berdiri kat depan dia sekarang ni. Dia tak tahu siapa sebab dia cuma dapat tengok kaki yang dibaluti sandal Nike je. Ie ke? K terus panggung muka.
“ Tak tahu pulak yang OD ada hired security guard!”
“ Denn!!” didorong oleh rasa teruja, K terus berdiri dengan senyuman lebar di bibir. Rasa macam bertahun-tahun dah tak jumpa lelaki ini. “ Kau buat apa kat sini?”
“ Entah.. Aku pun tak tahu apa yang aku buat kat sini..” Denn buat muka innocent. K mencemik mendengar jawapan Denn itu. Denn tersengih. “ Hati aku cakap suruh aku pergi OD. So, aku pun pergilah.. Tak sangka pulak jumpa kau! Maybe hati aku suruh aku temankan kau kut.. Eh, kau tunggu siapa? Mana pergi scoot?”
“ Kunci hilanglah... Tak tahu mana aku letak. Aku tunggu Ie datang ambik..”
“ Ohh..” Denn menebarkan pandangan ke sekeliling. Suram. Sunyi. Agak menakutkan. K tak takut ke? “ Lambatnya dia ambil kau..” Denn duduk mencangkung.
K pun ikut sekali mencangkung. “ Entah.. Selalu tak adalah lambat macam ni..”
“ Bahaya betul dia biarkan kau sorang-sorang macam ni.. Jadi apa-apa kat kau, haaa..menangis tak berair mata dia!”
“ Hmmm.. Menangis tak berair mata? Macam mana tu?”
Denn tertawa kecil. Dia pun tak tahu macam mana rupa orang menangis tapi tak ada air mata. Mesti lagi sakit kan? Sebab tak dapat nak luahkan dengan air mata. Menangis kat ‘dalam’ je lah. Seksa tu...
“ Bila kau nak kahwin ni Denn? Penat aku tunggu kad jemputan datang, tak jugak datang-datang.. Hari tu bukan main lagi cakap nak kahwin!”
“ Sabarlah... Kahwin bukan benda senang. Aku nak settle masalah aku dulu... And aku tunggu kawan kita yang merantau tu balik.. Entah apa cerita si Ad tu..Senyap je..”
Baru K teringat pasal Ad! Disebabkan terlalu banyak benda yang dia nak fikir, lebih-lebih lagi pasal Miqhal yang menimbulkan banyak masalah sejak akhir-akhir ini, dia terus lupa pasal Ad. Tapi dia tahu yang Ad akan balik sebelum hari perkahwinan Denn sebab hari tu Ad ada hantar mesej.  “ Eh bukan masalah kau dah settle ke? Nasyrah kan dah setuju nak kahwin?”
“ Masalah tu memanglah dah settle.. Masalah abang aku je yang belum settle..”
Baru je K nak tanya lebih lanjut pasal abang kepada Denn, sebuah kereta berhenti betul-betul dihadapan mereka. K dan Denn terus berdiri. Cermin tingkap terbuka dan terjengul wajah Ie yang tersenyum.
“ Aku balik dululah Denn.. Thanks eh sebab temankan aku untuk beberapa minit ni!” K dah membuka pintu kereta dibahagian penumpang.
No hal! Take care..”
“ You too!” K membolos masuk ke dalam kereta. Sempat dia bagi jelingan maut kat pemandu disebelah sedas dua. Lambat! Ie hanya tersengih.
“ Bye!” Denn melambai ke arah kereta yang dah meluncur pergi. Dia mengeluh pendek sebelum melangkah ke arah kereta yang bersembunyi disebalik bangunan tidak jauh dari Ours Diner. Masuk sahaja ke dalam kereta tersebut, suara lelaki ditempat duduk pemandu menyapa gegendang telinganya. “ Kalau ya pun, bagilah aku sesaat dua untuk tarik nafas!”
Miqhal pun diam sebentar, memberi ruang untuk Denn bernafas dengan tenang. “ Cukup?”
Denn sengih. “ Okey.. Tadi tu dia tengah tunggu Ie ambil dia balik..”
“ Mana pergi skuter dia?” Miqhal mengetap bibir geram. Skuter ada tapi masih jugak nak berhantar berambil dengan abang tiri kesayangan dia tu? Memang suka nak bermanja! No wonderlah dia tak perlukan aku lagi!
“ Kunci hilang.”
“ Ceh! Alasan!” rengus Miqhal. Brek tangan dilepas. Dan kereta terus meluncur laju.
“ Releks laa Miqhal!”
“ Kau cakap senangla.. Aku ni yang tanggung..”
“ Apa sebenarnya masalah kau dengan dia??”
Dan soalan itu dibiarkan tidak berjawab. Miqhal memandu macam orang hilang akal dan Denn bersyukur banyak-banyak bila kereta dah berhenti dihadapan rumahnya. Nasib baik selamat datang, kalau tak..Hishh!
_never leave_
“ Miq...” bahu Miqhal ditepuk lembut.
“ Hmm?” lelaki itu menjawab tanpa mengalih sedikitpun pandangan mata yang masih tertancap pada skrin komputer ribanya.
“ You ada kawan yang baru balik dari luar negara ke?” tiba-tiba perbualannya bersama seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai kawan Miqhal dahulu bermain-main difikiran Ryana. Dia terlupa menyampaikan salam lelaki itu kepada Miqhal.
“ Kawan?”
“ Ya..”
“ Kenapa?”
“ Sebab hari tu ada sorang lelaki yang tegur I..” Miqhal terus berpaling memandang isterinya. “ Dia kata you ada emel gambar I dengan dia. Dari situlah dia kenal muka I.. Betul ke you ada bagitau kawan you yang you kahwin dengan I?”
Dada Miqhal dah terasa sesak. Mindanya ligat berfikir siapakah gerangan yang cuba bermain dengannya? “ Mana you jumpa dia?”
“ Masa I pergi beli barang hari tu.. Dia kirim salam dengan you..”
“ Siapa nama dia?” jantung dah terasa bertukar rentak. Sudah terbongkarkah rahsianya?
“ Kalau tak silap I.. Dia kata nama dia Mukhrie..”
“ Damn!”
_never leave_
“ Macam mana kau tahu aku ada kat sini?” soal Ezzat pelik bila Denn dapat mencari dimana dia bersembunyi.
“ Tak susah pun nak cari abang.” Denn tersenyum. Dia melontarkan pandangan kearah ladnag strawberi yang luas. Ladang yang diusahakan oleh Ezzat. Walaupun Ezzat menyembunyikan semua ini dari pengetahuan keluarga, tapi Denn tetap tahu kerana dia pernah terserempak dengan Ezzat disini semasa dia, Miqhal dan Ad mencari strawberi yang fresh untuk diberikan pada K yang mengidam entah apa-apa. Selepas terserempak dengan Ezzat, dia mula menyiasat secara sembunyi dan hasilnya dia dapat tahu yang Ezzat merupanya empunya ladang yang besar tersebut. Dia tidak terkejut kerana dari kecil lagi dia tahu yang Ezzat memang gemar dengan strawberi. “ Maju ladang ni..”
Ezzat tersenyum megah. “ Aku tak perlukan bantuan daddy untuk semua yang ada kat depan mata kau ni.”
“ Adik tahu..” Denn berpaling sekilas ke arah Ezzat. “ Adik tahu abang boleh berjaya walau tanpa bantuan daddy.. Abang bijak. Sejak dari kecik lagi..”
“ Tapi tak ada orang pandang aku walaupun aku beribu kali bijak dari kau..” nada Ezzat bagaikan berjauh hati. Senyum yang tadinya megah kini luntur. “ Kalau kau datang sini semata-mata nak bagi aku kad jemputan perkahwinan kau dengan Nasyrah tu, terima kasih je lah.. Aku tak berminat.”
“ Ni bukan adik punya.” sebuah kad berwarna perak dengan tulisan berwarna hitam diatasnya dihulur pada Ezzat. “ Kak Aween..”
Ezzat tunduk memandang kad yang masih berada di tangan Denn sebelum tangannya pantas mengambil kad tersebut. Mendengar sahaja nama Aween disebut, dia terus berminat untuk meneroka isi kad itu. Dan tanpa disedari satu senyuman terukir dibibirnya. Adik kembarnya akan melangsungkan perkahwinan hujung minggu depan. Ezzat mendongak, memandang Denn. “ Kenapa kau tak langsungkan sekali?”
“ Selagi masalah adik dengan abang tak selesai, selagi itulah adik takkan kahwin..”
“ Hehh.. Kau nak biar Nasyrah tunggu kau lama-lama? Kang kena sambar orang lain, kau jugak yang merana..”
Denn tersenyum pahit. “ Baliklah,bang.. Daddy dan bunda semua tunggu abang. Bagi diaorang peluang untuk tebus kesalahan diaorang..”
“ Kau cakap senanglah. Aku ni yang menanggung semua tu. Sejak dari kecik lagi.. Semua yang aku buat, tak pernah nak dihargai. Bukan macam kau...”
“ Kalau abang nak adik keluar dari rumah tu, baru abang nak balik, okey! Adik akan keluar.. Dari dulu lagi memang adiklah yang menyakitkan mata abang kat rumah tu kan? Kalau adik ada, memang abang takkan pernah suka nak pijak rumah tu.. Kalau macam tu, biar adik keluar..”
“ Jangan jadi bodoh! Kalau kau keluar, lepas tu apa? Nak bunda dengan daddy nangis tujuh hari tujuh malam? Haa? Lepas tu, aku pulak yang nak cari kau kat merata tempat? Macam tu?”
“ Habis tu macam mana lagi nak suruh abang balik? Benci sangat ke abang dengan adik?”
“ Aku tak pernah benci kau..” perlahan saja suara Ezzat berbicara. “ Tak pernah.” dia geleng. “Benci tu hanya lakonan semata-mata. Aku pura-pura benci kau supaya kau bencikan aku. Supaya kau buat jahat dengan aku.. Supaya kau hasut daddy untuk pulaukan aku..Tapi kau tak pernah buat semua tu..” Ezzat tunduk sekejap sebelum kembali mengangkat muka. “ Kenapa kau tak pernah nak benci aku? Aku jahat dengan kau! Aku selalu hina kau! Aku selalu kutuk kau! Tapi kenapa kau tak pernah nak balas balik semua tu? Kenapa kau masih lagi senyum bila jumpa aku? Masih lagi tak jemu-jemu panggil aku ‘abang’ walaupun aku tak pernah layan kau macam adik? Kenapa?”
“ Sebab abang ‘abang’.. Walau sejahat mana pun abang, seteruk mana pun abang layan adik, abang tetap abang.. Kita lahir dari rahim yang sama.. Darah yang mengalir di tubuh kita ni sama.. Kenapa perlu bencikan darah daging kita sendiri? Memang sakit bila abang sendiri yang hina adik.. Kata adik cacatlah itulah inilah. Tapi semua tu lama-lama dah macam kata sapaan. Dengan cara itulah abang berborak dengan adik. Dengan cara itulah abang bergurau dengan adik. Adik terima walaupun sakit.”
“ Kau ni malaikat ke? Tak ada perasaan langsung??” bahu Denn ditumbuk perlahan.
Denn hanya tersenyum hambar. “ Baliklah bang.. Hinalah adik kalau abang nak hina..Nak kutuk adik dari pagi sampai malam pun adik terima as long as abang balik..”
Ezzat tersenyum nipis. Sedikit sebanyak kata-kata Denn sebentar tadi meresap jauh ke dalam lubuk hatinya. Mengapa perlu bersengketa dengan darah daging sendiri? Tidak ada gunanya. Air dicincang tak akan putus. “ Kau nak aku balik sebab kau dah tak sabar nak kahwin dengan Nasyrah kan?” kata-kata itu lebih kepada satu gurauan sebenarnya.
Biarlah persengketaan ini dilupakan. Dia pun teringin nak jadi macam adik beradik lain yang nampak mesra. Kalau sebelum ini dia mesra hanya dengan Aween, di masa akan datang dia akan cuba untuk mesra dengan abangnya dan Denn. Betul kata seorang kenalan rapatnya, keluarga ni kalau buruk mana pun diaorang, benci macam mana pun kita dengan diaorang, diaorang tetap keluarga kita. Dan benda tu takkan berubah sampai hembusan nafas terakhir sekalipun.
Denn tidak tahu samaada harus ketawa ataupun terus berdiam sebab dia tidak tahu pertanyaan Ezzat itu gurauan ataupun sindiran.
“ Jangan bimbang.. Aku takkan rampas Nasyrah dari kau. Aku lamar dia pun sebab aku nak tengok reaksi kau macam mana.. Nasib baik Nasyrah tolak pinangan aku..”
“ Tapi hari tu abang mengamuk bila dengar adik nak kahwin dengan Nasyrah?”
Ezzat tertawa kecil. “ Marahlah bila aku kalah dengan kau.. Sedangkan kau tak buat apa-apa pun.. Tapi Nasyrah tetap pilih kau! Aku rasa macam terhina sikit... Tapi kira okey lah kan aku mengamuk hari tu! At least aku tahu yang kau tu pandai jugak nak melawan! Tak adalah diam je..”
Denn tersenyum mendengar penjelasan dari mulut abangnya. “ So..abang nak balik?”
“ Hmmm.. Tunggulah sikit masa lagi..”
“ Take your time...”
“ Tapi aku rasa bila aku balik nanti, daddy kena uruskan dua perkahwinan lagi selepas Aween..”
“ What do you mean?” mata Denn mengecil memandang Ezzat yang tersenyum penuh makna disebelahnya. Adakah.... “ Abang nak kahwin??”
“ Takkan kau je yang nak kahwin kut??”
“ Seriously?”
Ezzat mengangguk. “ Bagitau daddy dengan bunda yang lepas ni diaorang dapat tiga menantu sekaligus!”
_never leave_
“ Ini yang kau kata cinta?” Ie agak terkejut apabila Miqhal menelefonnya dan mengajaknya berbincang. Sebelum ini dia dah berkira-kira hendak menelefon Miqhal dan menyelesaikan segalanya tapi nampaknya Miqhal terlebih dahulu bertindak. Ingin saja dia menceritakan segala-galanya kepada K tapi dia tidak sekejam itu. Walaupun hatinya meronta-ronta ingin menyedarkan K dari terus ditipu tapi dia rasa biarlah hal itu Miqhal yang selesaikannya.
“ Kau takkan faham!”
“ Kau nak kata yang kau terpaksa kahwin? Macam yang dalam drama selalu tu?” sinis Ie berbicara. Dia bersandar tenang di badan Hummernya. “ Kalau aku tak terserempak dengan bini kau hari tu, sampai matilah agaknya kau nak tipu K? Kalau aku tak tahu semua ni, mesti kau takkan bagitahu K sampai bila-bila kan?”
“ Jangan cakap kalau kau tak tahu apa yang sebenarnya terjadi!” Miqhal bersuara keras. Dahlah dia memang seteru dengan Ie ni, ditambah lagi dengan gaya percakapan Ie yang tenang tapi menyakitkan hati tu, memang rasa macam nak buat aksi WWF kat situ jugak! “ Aku bukan saja-saja je nak tipu K!”
“ Kenapa perlu menipu? Kau ada banyak cara lain selain dari menipu! Kenapa tak bagitau K terus terang..?”
“ Dan lepas tu apa? Nak biarkan dia tinggalkan aku?” cepat sahaja Miqhal mencelah. “ Supaya senang kau rampas dia dari aku?”
Ie ketawa sinis. Lelaki ini memang takutkan kewujudan dia! Dari dulu lagi Ie tahu yang Miqhal terasa kedudukannya tercabar apabila dia muncul. “ Kau tak perlu takut dia tinggalkan kau kalau kau yakin dia betul-betul cintakan kau..”
“ Aku tak ajak kau datang sini untuk berbincang pasal benda ni! Aku just nak kau jangan masuk campur dalam hal aku! Pasal aku dengan K, biar aku sendiri yang settle..”
“ K adik aku!”
“ Dia tak ada pertalian darah dengan kau!”
“ Walaupun dia tak ada pertalian darah dengan aku, aku tetap akan masuk campur dalam hal ni.. Aku takkan biarkan kau terus memperbodohkan dia!”
“ Aku tak pernah memperbodohkan dia!”
Then what?? Kalau menyembunyikan status diri kau yang dah bergelar suami orang dari pengetahuan dia itu tidak memperbodohkan dia, jadi apa? Kau nak kata itu salah satu cara kau nak tunjuk yang kau sayangkan dia? Macam tu?”
“ Aku kahwin sebab terpaksa! Aku jadi suami orang sebab terpaksa!”                  
“ Okey! Aku tak kisah kau kahwin sebab terpaksa ke sebab kau suka ke, tu kau punya hal! Tapi kau tetap tipu K! Dan aku takkan biarkan kau tipu dia lagi! Aku bagi kau masa.. Kalau kau masih biarkan K macam orang bodoh tak tahu apa-apa, aku sendiri yang akan heret K pergi jumpa kau dan bini kau!”
U-TURN

No comments:

Post a Comment