“ Mana ada aku tengok perempuan! Tak ada!” Miqhal beria-ia meyakinkan K disebelah yang masih dengan muka slumber tapi menyakitkan hati tu. Dari tadi lagi K asyik kata dia usha perempuan, padahal dia pandang pun tak! Dah perempuan-perempuan tu lalu kat depan mata, nak tak nak pun kena tengok jugak! Takkan nak tutup mata pulak kan?
“ Elehh! Macamlah aku ni buta!” K membuka bungkusan burgernya. Dia langsung tak pandang Miqhal disebelah.
“ Ya ALLAH... Sumpah B! Sumpah!” Miqhal dah angkat tangan macam orang baca ikrar. Tapi perbuatannya itu sia-sia sebab K memang langsung tak toleh dia. K asyik dengan makanan. Miqhal mengetap bibir, geram! “ Kau tengok aku tengok perempuan mana, B? Cuba bagitau aku!”
K mencemik. “ Semua perempuan kau tengok! Tengok sampai nak terkeluar biji mata tu... Sampai berpusing kepala! Huh! Lelaki semua sama kan?” tekan K lagi. Dia sebenarnya sengaja menuduh Miqhal yang bukan-bukan. Dia tahu Miqhal tak buat pun semua tu. K Cuma ingin melihat reaksi Miqhal.
“ Eleh, kau pun samalah, B! Yang kau asyik pandang depan tu kenapa? Aku yang kat sebelah ni kau toleh pun tak!” rengus Miqhal seraya membuang pandang ke hadapan. Selang sebuah meja di hadapan mereka, ada sekumpulan budak lelaki yang masih dengan uniform sekolah. “ Kau tengok lelaki boleh pulak??” tempelak Miqhal lagi.
K tersenyum sendiri. Nampaknya Miqhal dah naik angin! Marah sampai semua makanan ditolak ke tepi. Hampir nak tertumpah minuman K bila Miqhal tolak kotak burger dan bekas minumannya ke tepi. Kemudian Miqhal memekupkan muka ke meja. Macam budak kecik! Padahal dah besar panjang. Harap pakaian je smart ala-ala jejaka macho, tapi perangai...hampehhh!
“Miqhal ~” K menggoncang lembut lengan Miqhal tapi tangannya ditepis. “ Alololooo merajuk pulakk!” K gelak.
Miqhal terus angkat kepala, pandang K dengan pandangan tak puas hati. Dah tuduh orang macam-macam sekarang ada hati nak bergurau senda?
“ Aku gurau je lah.” K sengih.
“ Apa gurau-gurau??” soal Miqhal kasar.
K tertawa lagi.” Cool la derr!” bahu Miqhal ditepuk-tepuk.
Miqhal mencebir. Susah bila ada awek sengal macam K ni!
“ Aku main-main je tadi tu. Aku tahu Miqhal aku tak tengok perempuan lain... Miqhal aku kan baik... Setia... Penyayang... Cute... Handsome... Macho...” K tersenyum seraya mengedip-ngedipkan matanya, berharap supaya kata-katanya itu berjaya memujuk Miqhal.
“ Aku tak suka kau main tuduh-tuduh aku macam ni.” Miqhal masih dengan muka masam mencukanya.
“ Okay sayang! There will be no next time! I promise you, love!” K pulak yang angkat tangan macam orang berikrar. Jika ada orang terdengar perbualannya dengan Miqhal masa ni, pasti orang akan tersalah anggap. Yalah, dia pun macam Miqhal jugak. Tak macam perempuan. Tapi K tak peduli semua tu.
Miqhal tidak dapat menahan senyumnya apatah lagi setelah mendengar K memanggilnya ‘sayang’. Bukannya senang nak dengar budak tu keluar panggilan-panggilan manja macam tu. Sebulan sekali pun belum tentu dapat.
“ Ni burger dengan fries yang kau tolak tepi semua ni, kau bagi aku ke apa?” K angkat kening dua kali.
“ Eii, jangan harap! Kanda kebulur ni dinda!” Miqhal ambil balik set makanannya yang tadi ditolak tepi.
Belum sempat K nak menjawab balik kata-kata Miqhal, dia dikejutkan dengan kedatangan seorang pemuda yang tiba-tiba tarik kerusi dan duduk di hadapan mereka. Bila tengok siapa lelaki itu, tak adalah terkejut sangat sebab memang dialah yang ditunggu-tunggu oleh Miqhal dan K.
“ Apa cerita derrr?? Kata pukul 12.30 ni dah pukul 1 tengah hari. Jam kau rosak ke apa?” soal K sambil memandang Denn yang bersahaja meneguk minuman milik Miqhal.
“ Aku nak kahwin. So, we need to bring Ad back.”
_never leave_
Terlepas keluhan dari mulut Ie sebaik sahaja daun pintu bilik K dikuak dan apa yang didapatinya hanyalah bilik yang kosong tak berpenghuni.
“ Bang Ie!”
“ Oii!” Ie berpaling. Lyqa dah berdiri disebelahnya dengan raut wajah kehairanan. “ Ei, budak ni ponteng sekolah eh?”
“ Orang tak sihat laa... Bang Ie cari apa dalam bilik kakak ni?”
“ Tak ada apa-apa laa...” Ie menarik lengan Lyqa dan mengheretnya ke ruang menonton. Lyqa didudukkan di sofa merah diruang tersebut. Ie kemudiannya duduk disebelah adik tirinya itu. “ Abang nak tanya something, boleh?”
“ Apa dia?” Lyqa memandang wajah disebelahnya dengan kerutan di dahi. “ Haa, ni mesti pasal kakak kan?” teka Lyqa. Dia sudah arif benar kalau Ie tiba-tiba tarik dia bawak bercakap kat satu tempat macam ni. Pasti ada kena mengena dengan K. Kakaknya itu sentiasa mendapat perhatian dari abang tirinya. Apa-apa hal pasal K, Ie lah yang paling teruja nak mengetahui.
Ie sengih. “ Adik.. Adik tahu tak berapa lama kakak berkawan dengan Miqhal?”
“ Abang Miqhal?” Ie angguk. “ Hmm.. Adik tak tahu lah, bang..”
“ Alaa... Takkan tak tahu kut? Setahun ke dua tahun? Tiga tahun?Tiga bulan?” Ie masih menggesa.
“ Bang Ie... Betul adik tak tahu! Abang tanyalah kakak sendiri. Apasal nak tanya adik pulak? Abang ni pelik lah.”
“ Okey okey okey!” Ie akhirnya berhenti menggesa bila Lyqa dah menunjukkan riak wajah tak senang. “ One more question!”
“ Apa?”
“ Dah lama ke kakak kerja kat OD tu?”
“ Lama jugak. Sejak dia quit dari study..”
“ Dia quit??”
Lyqa angguk. “ Yalah... Hidup kitaorang bukan macam hidup abang...”
Ie yang dapat menangkap maksud disebalik kata-kata Lyqa itu segera menyampuk. “ Okey-okey! Tak perlu terang lebih lanjut..” Ie sebenarnya tidak suka bila Lyqa atau K atau sesiapa sahaja membeza-bezakan kehidupan mereka dengan kehidupan Ie sendiri. Ie tahu apa yang cuba disampaikan oleh Lyqa tadi. Dia tahu kalau dia tidak menyampuk, Lyqa pasti akan cakap pasal kaya..pasal banyak duit.. Ie tak suka dengar semua tu! “ Ni kenapa tak sekolah ni?”
“ Tadi kan orang dah cakap. Adik tak sihat laa..”
“ Oh ye ke?” Ie jungkit kening. “ Tengok macam sihat je... Cergas!” Ie cuba menduga.
Lyqa akhirnya tersengih, tahu yang Ie dah dapat mengesan sesuatu. “ Adik malas la nak turun.”
“ Malas??” Ie menjegilkan matanya. “ Kalau macam tu abang pun malas la nak bagi hadiah PMR tu.”
“ Eleh! Adik dah dapat result lama dulu..Tapi abang tak ada bagi hadiah pun!”
“ Abang baru nak pergi beli hadiah untuk adik... Berapa adik dapat hari tu? 7A’s kan?” Lyqa mengangguk. “ Haa..Bagus! Result cantik... Tapi malas sekolah! Cancel lah hadiah!”
“ Abang Ie!!!”
Ie tertawa. Lyqa ni kalau pasal hadiah memang nombor satu! “ Yalah-yalah... Adik nak apa? Kereta? Rumah banglo sepuluh bijik? Cakap je! Abang suruh daddy beli! Hahaha..!”
_never leave_
“ Lewat balik? Dating?” soal Ie sebaik sahaja K melangkah masuk ke rumah.
“ Bang Ie! Hye! Long time no see!” K melabuhkan punggung disebelah Ie dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
“ Dari mana ni?”
“ OD.”
“ OD? But it’s almost 2 a.m..? Sejak bila OD beroperasi sampai pagi?”
“ Orang lepak-lepak kejap. Tak lama lagi ulang tahun OD tau. Kitaorang plan nak celebrate kat somewhere..”
“ Ohh. Siapa owner OD tu?”
“Miqhal.”
“ Ohh, no wonderlah... So, K kira second boss lah eh?”
K sengih. “ Kira macam tu lah.. Tapi tak lama lagi rasanya ada boss baru... Eh bukan boss baru. Tapi boss lama yang datang balik.”
“ Siapa?” walaupun agak kurang berminat dengan cerita tentang Ours Diner tu, tapi Ie berpura-pura menunjukkan minat.
“ Ad!”
“ And who’s Ad?”
“ Dulu dia owner OD... Tapi dia ada masalah sikit. So, Miqhal beli OD dari dia. And now dia hilang entah kemana. Kitaorang tengah cuba pujuk dia balik sini. Sebab Miqhal nak serahkan semula OD dengan dia.”
“ Oh.” Pendek dan mendatar. Itu sajalah reaksi Ie.
Membuatkan K disebelah berasa pelik dengan respon abang tirinya itu. Selalunya Ie ni jenis yang banyak tanya, banyak cakap. Memanglah menghairankan bila dia bagi satu ayat yang ada dua huruf je sebagai jawapan iaitu ‘oh’. “ Oh? Tu je ke?”
“ Habis nak abang cakap apa lagi..?” punat merah di remote Astro dan remote TV ditekan. Keadaan dah semakin sunyi.
K mengangkat bahu. “ Abang Ie, Bang Ie pergi mana dua tiga hari ni? Lama tak nampak muka.” Malas nak melanjutkan cerita yang sama, dia menukar topik perbualan. Lagipun memang beberapa hari kebelakangan ni jarang benar dia bersua muka dengan Ie. Lelaki tu nampak sibuk ke sana ke mari sampai kadang-kadang tu tak balik rumah. Itulah yang K dapat tahu bila dia tanya Tuan Azam tentang Ie. Ie kerja sampai tak balik rumah. Hebat kan? Tuan Azam pun sibuk tapi boleh pulak bapa tiri dia tu balik rumah. Si Ie ni sibuk apa sampai tak boleh balik rumah? Entah-entah sibuk jadi monkey kat club! Ie ni bukannya tak tahu, awek keliling pinggang. Nak yang cantik, yang kurang cantik, yang comel, yang ayu, yang kurus, yang gemuk, yang kulit putih, yang kulit hitam semua Ie ada! Just name it!
“ Tak ke mana pun... K tu je yang tak reti nak duduk rumah.”
“ Alaa... Dah orang kerja.”
“ Berhenti kerja la.” bersahaja Ie mencadang.
K tergelak dengan usul Ie. Tiba-tiba suruh orang berhenti kerja. Sebelum ni tak ada sesiapa lagi yang pernah suruh K berhenti kerja. Ie adalah orang pertama. “ Tak akan, Bang Ie! Tak akan!”
“ Kenapa? Kalau pasal duit, rasanya tiap-tiap bulan daddy masukkan duit dalam akaun K kan? Tak cukup lagi ke? Kalau tak cukup, abang boleh tambah.”
“ Look, Bang Ie! Jangan nak merepek okey?”
“ I’m not merepek, okay?Abang suruh K berhenti kerja sebab abang tak nak K susahkan diri lagi. Pagi pergi kerja malam baru balik. Tak penat ke?”
“ Siapa kata orang susahkan diri? Orang suka kerja kat situ! Orang kerja bukan kerana duit laa. Orang kerja sebab minat...” ya, dulu memanglah aku kerja sebab nak duit tapi sekarang tak lagi. Sejak dah ada daddy ni, duit bukan lagi masalah utama sebab tiap-tiap bulan daddy akan masukkan duit dalam akaun aku. Aku pun dah tak perlu lagi risau pasal bil elektrik, bil air dan belanja rumah apa semua sebab semuanya akan diselesaikan oleh daddy. Tapi walaupun aku dah tak perlu cari duit, aku tetap nak kerja kat OD. Dah lama sangat aku kerja kat sana. Dah biasa dengan persekitaran kat situ. Manalah tahu kut-kut satu hari nanti aku pulak bukan restoran!
“ Minat apa? Minat jadi cashier? Hahh, kalau minat sangat ikut abang balik Summer Shine! Handle kedai abang kat situ. Nak??”
“ Hisshh! Susahlah cakap dengan Bang Ie ni!” K dah bangkit nak pergi dari situ tapi Ie menghalang dengan mencengkam lengannya. “ Apa lagi ni Bang Ie? Orang nak tidur la!”
“ K kalau abang cakap abang jumpa Miqhal dengan pregnant women berjalan berpimpin tangan, K percaya tak?” dengan satu nafas, Ie menyuarakan soalannya. Tapi dia langsung tidak menoleh ke arah K. Matanya tetap tertancap pada skrin television yang hitam tak berwarna.
“ What? Come again?” K cukup dengar tapi dia tidak pasti adakah apa yang didengarinya itu betul atau tidak. Manalah tahu dia salah dengar ke sebab Ie cakap dengan suara yang perlahan dan cepat sangat.
Ie tersenyum hambar. Dia tahu K dengar. Apa yang keluar dari mulut K selepas mendengar kata-kata Ie itu adalah cara untuk dia menafikan. “ Nothing.” Ie bangkit. Tangannya yang tadi mencengkam lengan K kini dah beralih ke bahu K. Bahu itu dipeluk erat. “ Let’s have supper together, sis!”
U_TURN
No comments:
Post a Comment