Tuesday, 17 April 2012

U -Turn 34



“ Kyra!” selepas beberapa kali nama itu dilaungkan dan pintu kamar itu diketuk tapi masih tidak mendapat respon dari pemilik bilik, Ie lantas memulas tombol pintu dan menolak daun pintu itu. Dari situ, dia dapat melihat K yang sedang lena dengan headphone masih ditelinga. Tengok K yang lena sangat, Ie rasa malas nak kejut tapi mengenangkan Miqhal ada kat bawah, nak tak nak, terpaksa jugak dia membangunkan K.
“ K..” tubuh K digerak lembut. “ K.. Bangun.. Miqhal nak jumpa K tu..” masih tak ada respon. K masih lena. Langsung tidak berkutik. “ K!!” kali ini nada suara Ie tinggi sedikit. “ Bangunlah! Hero awak tunggu kat bawah tu!” tubuh itu digoncang-goncang supaya K bangun dari tidur.
K mencelikkan matanya apabila terasa tubuhnya digoncang. Muka Ie betul-betul dihadapan mukanya sekarang ini. “ Arghh!!” dia terjerit dan terus bangkit membuatkan dahinya terhantuk dengan dahi Ie. “ Awww!”
Ie jugak terjerit kecil. Tangannya mengusap-ngusap dahi yang terhantuk dengan dahi K tadi. Sakit! “ Gila ke??” pipi K ditepuk perlahan. Matanya dijegilkan. Geram! Dahlah nak bangunkan dia punyalah seksa, lepas tu bangun-bangun dari tidur tiba-tiba menjerit!
Sorry! Sakitnya..” K masih mengusap-ngusap dahinya. “ Bang Ie nak apa ni?”
“ Hero awak kat bawah tu!”
“ Hah? Hero?”
“Miqhal! Cepat turun! Jangan cakap lama-lama pulak! Entah apa dia nak datang rumah anak dara orang malam-malam buta macam ni..” rungut Ie.
K memandang Ie dengan senyum dibibirnya. Kemudian terletus tawa dari bibir itu. “ Cakap macamlah kita ni anak dara dia!” K bangkit dari katil.
Ie buat muka menyampah. “ Not more than 30 minutes, okay? Kalau lebih dari tu K masih tak masuk jugak, abang serang K kat luar!”
Overlah! Mak pun tak pernah bagi limit masa macam tu! Hishhh!” K tak menghiraukan amaran Ie. Dia segera berlalu meninggalkan abang tirinya yang berperangai entah apa-apa malam ni.
K mendekati Miqhal yang bersandar di kereta. Dari jauh lagi dia dapat melihat air muka pemuda itu. Miqhal tak seceria selalu. Mesti ada yang mengganggu fikiran lelaki itu. Kalau tak, tak adalah tiba-tiba datang rumah macam sekarang ni!
Morning..” ucap Miqhal dengan senyuman hambar. Pipi K dikucup.
Kelakuan Miqhal yang agak kurang normal itu menerbitkan kerutan di dahi K. K tahu bila masa Miqhal akan memeluknya dan akan mengucupnya. Dan selalunya, kalau lelaki itu tengah ada masalah, masa tu lah Miqhal akan berbuat sedemikian. Jadi, kesimpulannya disini, Miqhal memang ada masalah sekarang!
What’s wrong?”
Miqhal menggeleng. “ Nothing.”
“ ‘Nothing’ takkan bawak kau ke sini jumpa aku lah. I know you very well!” K bersuara yakin. Zip sweater ditarik sehingga atas. Dingin terasa mencengkam sampai ke tulang hitam.
Gimme a hug.” Pinta Miqhal tiba-tiba.
“Miqhal??”
Please??” kali ini Miqhal bagaikan merayu.
No! Selagi kau tak bagitau aku apa masalah kau, jangan harap nak dapat apa-apa dari aku! So, please! Explain kenapa kau ada kat sini!” kali ini K akan bertegas. Dia takkan berlembut kali ini. Selalu sangat Miqhal macam ni.
Miqhal mengeluh. Dia cuba mencapai tangan K tapi gadis itu mengelak membuatkannya merengus sedikit. “ Kenapa ni?”
“ Aku yang patut tanya kau kenapa.”
“ Aku mintak hug pun salah ke?” Miqhal bersuara sayu. Dia tidak punya kekuatan untuk bertengkar. Dia keluar dari rumah keluarganya dan memandu tanpa arah tuju. Sampailah dia terhenti dihadapan banglo mewah milik keluarga tiri K. Dia terus menekan loceng walaupun dia tahu jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dia tidak kisah. Yang penting, dia perlu berjumpa K. “ Tak sayang aku lagi?” dia cuba meraih simpati dari K. Tapi gadis kesayangannya itu langsung tidak memberi apa-apa respon. Hanya berdiri memeluk tubuh dan memandangnya meminta penjelasan. “ Okey. Fine. Aku pergi.” Miqhal mula mengorak langkah untuk pergi. Dalam hati berharap K akan menahannya. Tapi hampa apabila sampai dia dah masuk dalam kereta pun, K masih lagi berdiri di tempat yang sama. Hanya memandang. Dan akhirnya, Miqhal memecut laju keretanya.
K terduduk di atas jalan. Bingung memikirkan perihal Miqhal sejak akhir-akhir ini. Dia mengesan perubahan lelaki itu semenjak dia demam. Miqhal mula berubah. Miqhal bagaikan sedang menyembunyikan sesuatu yang besar dari pengetahuannya.
“ Hey, kenapa duduk sini? Kotorlah.” Ie segera menarik tubuh K dari terus duduk. “ What’s wrong?”
“ Bang Ie, orang rasa macam nak jerit kuat-kuat sekarang ni.” K bersuara mendatar.
Tahulah dia yang ada sesuatu yang terjadi antara K dengan Miqhal sebentar tadi. “ Come!” tangan K ditarik seraya membuntutinya masuk ke dalam rumah.
_never leave_
Dah dua hari. Miqhal menghilang lagi tanpa berita. Jenguk Ours Diner pun tak. K buat-buat tidak kisah walaupun dia sebenarnya tertunggu-tunggu kedatangan Miqhal. Kalau tak nampak muka, cukuplah sekadar SMS. Sudah memadai bagi K untuk mengetahui yang Miqhal okey. Tapi hampa..hari demi hari, lelaki itu masih menyepikan diri.
Dan dalam kepergian Miqhal, hari-hari K yang sememangnya suram, dihiasi dengan Ie yang selalu sahaja menceriakannya. Dalam apa jua cara sekalipun, Ie cuba untuk mengembalikan senyumannya. Dan K berterima kasih untuk itu. Kalau semua abang di dunia ni macam Ie, amanlah dunia adik-adik sekalian alam!
Dilihatnya sekeliling restoran, hanya ada dua tiga buah meja yang ada pelanggan. Pelanggan agak kurang selepas waktu makan tengah hari. Jadi kerja pun tak adalah banyak mana. K mengeluh lemah apabila telinganya menangkap bunyi riuh rendah yang datangnya dari dapur. Apa lagi yang bising-bising ni? Perlahan-lahan K mengatur langkah menuju ke dapur. Dia berhenti di muka pintu. Memandang Boy yang masih kecoh-kecoh kat tengah dapur. Yang lain pun semua tengok Boy. K diam tak bersuara, hanya sekadar menjadi pemerhati.
“ Weh, kalau bukan korang punya wallet ni, siapa lagi?” soal Boy dengan suara lantang.
“ Boy, kau dari tadi asyik tanya ‘siapa punya-siapa punya’, lebih baik kau bukak wallet tu, tengok dia punya IC kat dalam!” cadang Jodi.
Wallet? K terus memeriksa poket seluar jeans nya. Ohh shit!! Tak ada! Beg duitnya tak ada! Baru sahaja K nak bersuara, dia terdengar Boy menyebut sebaris nama. Membuatkan dia terdiam semula.
“ Siapa Kyra Khalesya?” Boy masih memandang kad pengenalan di tangan kirinya. Pekerja OD yang lain semua dah menghurungi Boy. Masing-masing ingin melihat siapakah Kyra Khalesya yang dikatakan oleh Boy sebentar tadi. Cuma Shieyda saja yang berada di luar, memantau keadaan restoran sementara K menghilang ke dapur.
“ Macam kenal...” kad pengenalan di tangan Boy, diambil oleh Eypul. Kad pengenalan itu dibelek-belek lebih teliti. Kyra Khalesya. Tengok nama, memang tak kenal. Tapi bila tengok gambar dia.. “ K?”
“ Hah??” yang lain dah terlopong. Biar betul si Eypul ni?
“ Kau buta huruf ke apa? Kau tak tengok nama tu nama perempuan? Asal K pulak?” Jodi merampas kad pengenalan dari tangan Eypul lantas kad pengenalan itu ditelitinya. Buntang matanya melihat gambar di dalam kad itu. Memang K!
“ Hahh, tak percaya??” tukas Eypul sedikit geram bila Jodi tidak mempercayainya sebentar tadi.
K berpaling. Berkira-kira dalam hati samaada nak terus menunggu atau blah dari situ. Tapi kalau dia blah, tak boleh jugak! Sebab wallet dia ada kat tangan diaorang! Dalam beg duit tu ada semuanya. Lesen, IC, kad bank, dan duit! Mana boleh pergi tinggalkan semua tu. Kad pengenalan tu penting! Kalau tanpa kad pengenalan, nanti tak pasal-pasal dia kena cop pendatang asing pulak! Ahh, macam mana ni?
“ K!!”
Dalam K sedang berfikir sendirian, datang pulak Shieyda di pintu dapur. Hampir melanggar tubuhnya. “ Damn!” K berdecit geram. Shieyda dah menyedarkan semua yang ada di dapur tentang kewujudan K.
Eypul, Jodi, Boy dan Mak Cik Ina terus berpaling memandang ke pintu masuk dapur. Dimana K dan Shieyda sedang berdiri.
“ Kenapa ni?” Shieyda yang tidak faham apa-apa,menyoal dengan muka blur. Dia ke dapur sebab nak panggil K. Ie kat luar, nak jumpa K.
“ Hah, K! K!” Boy dah berlari mendapatkan K dengan tangan yang masih memegang beg duit putih itu. Yang lain menuruti langkah Boy. “ Kau punya ke?” soalnya sebaik saja sudah berdiri dihadapan K.
“ Aaa..Err...” K dah tergagap-gagap. Kalau dia mengaku dia punya, pasti mereka akan mempersoalkan tentang diri dia sebenar. Dia lelaki ke perempuan? Dan kalau dia tak mengaku, macam mana dia nak ambil balik beg duitnya? Jadi...
“ Kyra Khalesya?” Jodi menyebut perlahan nama itu. Kad pengenalan diunjuk pada K. “ Kau ke ni, K?”
“ Err..” macam mana ni?? Aiyaa!!
“ Aaa-err-err! Dah tergagap macam ni, jadi betullah tu kau kan?” tebak Eypul.
Akhirnya K mengalah. Dia tersengih serba salah. Kad pengenalan di tangan Jodi diambil. “ Err.. Ya.. Aku lah tu..”
“ What the...??” mencerlung mata Boy merenung K. Dari atas ke bawah. Bawah ke atas. Turun ke bawah balik. Untuk melihat sendiri betul ke apa yang didengarnya sebentar tadi. Betul ke pengakuan K tu? K perempuan ke?
“ Apahal kau scan adik aku dari atas ke bawah macam tu, Boy? Nak makan penumbuk?” Ie yang sudah berdiri disebelah Shieyda mencelah. Tidak suka bila Boy memandang K begitu.
K berpaling, melihat Ie. Dia tahu itu Ie. Dengar suara je dia tahu. Mereka yang lain pun kini tidak lagi memandang K. Tumpuan kini beralih kepada Ie pulak yang muncul entah dari mana. Tiba-tiba je dah bersuara bagi warning dekat Boy.
“Ie! Dia ni perempuan ke?” soal Boy lurus. Dia pasti Ie tahu kebenarannya!
Ie memandang K. Muka itu memang nyata sedang gelisah.Rahsia sudah terbongkar ke? “ Kenapa?” lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab.
“ K perempuan kan?” soal Boy lagi.
Ie mengeluh. Dia menarik K supaya rapat dengannya. Takut jugak kalau diaorang semua ni marah dan mengapa-apakan K. “ Ya.. Dia perempuan..”
K dah pejam mata saat Ie menuturkan kebenaran itu. Dia takut! Inilah yang dirasakannya semasa dia terkantoi dengan Ad, Denn dan Miqhal satu ketika dahulu. Dan sekarang semuanya berulang lagi.
Eypul ketawa. Dan selepas tu Jodi turut ketawa. Membuatkan K mencelikkan matanya. Diaorang tak marah ke?
“ Binawe kau K! Pandai kau tipu ekk?” Eypul yang memang agak rapat dengan K bersuara. Dia tak marah dengan penipuan K tu. Dia pasti, K ada sebab dia sendiri kenapa dia berlagak macam lelaki.
“ Abang mati-mati ingat kau tu lelaki!” Jodi pulak menyampuk. “ Tu flat je??” Jodi tuding jari ke arah dada K membuatkan K pantas menyilangkan tangannya di dada. Pecah tawa mereka semua melihat reaksi K itu.
“ Kenapa nak jadi lelaki, K? Dah elok nama Kyra Khalesya tukar jadi K.. Dah elok-elok jadi perempuan, nak jadi lelaki? Kenapa? Muka tu dah cantik dah kalau jadi perempuan..” Mak Cik Ina yang sedari tadi mendiamkan diri, bersuara.
Ie yang mendengar tersenyum. Dalam hati dia bersetuju dengan Mak Cik Ina. K ni kalau jadi perempuan mesti comel! Bahu K ditepuk. “ Explain kat diaorang semua K. Abang tunggu kat luar..” ujarnya lalu berlalu keluar.
“ Err, Abang Ie!” Shieyda memanggil sebelum Ie melangkah lebih jauh. Ie menoleh. “ Tolong jaga luar tu sekejap, boleh?”dan Shieyda tersenyum senang bila Ie mengangguk.
“ Haa, K! Opsss, Kyra! Apa tunggu lagi? Kitaorang nak dengar your explaination!” Boy bersuara tegas. Sengaja dia nak buat K gelisah, sedangkan dalam hati dia pun dah memaafkan K kerana berbohong tentang dirinya.
_never leave_
“ Ooooo... Patutlah awek usha kau buat dek je! Satu spesies rupanya..”
K sengih. Dia dah buat penjelasan kepada semua kenapa dia bertindak sebegitu. Kenapa dia menyamar jadi lelaki. Kenapa dia berbohong. Dan mereka menerima penjelasan itu dengan hati yang terbuka walaupun si Boy tu ada banyak soal sikit.
K menyamar jadi lelaki sebab senang dia nak ke mana-mana. Dia kan seorang yang berdikari? Dia perlu berdikari untuk hidup. Sebab dulu dia bukan orang senang macam sekarang. Dulu dia kena kerja siang malam untuk dapat duit sara hidup. Dan kerana itulah dia lebih senang menyamar jadi lelaki. Tak perlu risau balik malam-malam buta sebab tak akan ada orang berani nak kacau kecuali ‘orang’ yang itu. Faham-fahamlah... Tak faham lagi? Alaa.. ’Orang’ yang jalan kaki tak jejak tanah tu!
Kalau dia jadi perempuan, sukar sikitlah rasanya nak bebas bergerak. Dengan jenayah rogol yang semakin berleluasa. Itulah yang paling ditakuti K. Kalau pencuri ke perompak ke, dia tak kisah sangat. Harta benda kalau dicuri boleh dicari atau dibeli semula. Tapi kalau perogol? No..! Maruah diri bukannya boleh dibeli! Lagipun..memang dari kecil lagi dia selesa bergaya agak boyish. Lebih sporty katanya!
“ Tapi kan K..walaupun kitaorang dah tahu kau ni pompuan.. Jangan haraplah lepas ni kau akan dapat layanan istimewa eh? Tak akan!” tegas Eypul.
K tersengih seraya mengangkat tiga jarinya. “ No big deal!” dia memang lebih suka kalau selepas ini layanan yang diberinya padanya masih seperti biasa. Sekurang-kurangnya tidaklah dia merasa janggal.
_never leave_
“ Bang Ie tak rasa ke yang Bang Ie ada hutang something dengan orang?”
“ Hutang apa?” Ie buat bersahaja sedangkan dia sudah tahu apa yang akan K tuntut lepas ni. Dia sememangnya ada berhutang sesuatu dengan gadis itu. Dia sengaja melengahkan. Membiarkan K yang menagih jawapan padanya.
“ Grow old with you.” K sengaja menyebut tajuk lagu itu. Lagu yang nampak sangat bermakna pada Ie malam tu.
Ie tersenyum. “ K nak grow old dengan abang ke?” sengaja dia buat tak faham.
You know what I mean lah Bang Ie!”
“ No.. I don’t know..”
“ Bang Ie!!”
“ Ya??”
“ Bang Ie memang takkan berhenti sakitkan hati orang kan!”
Ie tergelak. “ Okey-okey... But before that..abang nak bagitau K something. And don’t melenting sebab ini cuma cadangan. K pertimbangkan dulu..”
“ Nampak macam serius je.. Apa dia?” K cuak jugak. Entah cadangan apalah yang akan diutarakan oleh Ie ni nanti? Ie ni bukan boleh di agak sangat!
“ Abang nak K berhenti kerja.”
K mengeluh. Oh. Okey. Yang tu kira boleh agaklah! Sebab memang banyak kali dah Ie cadangkan benda ni. Berhenti kerja. K sendiri pun dah naik bosan.“ Balik-balik berhenti kerja! Bang Ie tak ada benda lain lagi ke nak suruh orang buat?”
“ Eii, abang cakap apa tadi? Abang cuma cadangkan.. Jangan melenting!” K buat muka menyampah. “ Dengar dulu... Abang suruh K berhenti kerja bukan sebab abang nak kongkong hidup K. Tapi abang nak K get a better life! Abang tak suka tengok K berpenat lelah kerja kat OD. Kalau nak duit, abang boleh bagi. Abang boleh tanggung K, okey? So, berhenti kerja..abang nak K sambung belajar! Abang akan tanggung semua kos! K cuma perlu belajar rajin-rajin and make me proud! Boleh K buat tu untuk abang?” Ie masih cuba untuk memujuk walaupun dia tahu bukan senang untuk melembutkan hati seorang K.
“ Bang Ie.. Orang nak kerja lah.. Orang tak nak belajar.. Tak minatlah.. Nak baca buku lagi. Buat research itu ini... Dengan assignmentnya.. Test segala macam.. Hishhh! Rimas tau tak!” bentak K.
Biarlah orang nak cakap apa! Tapi memang K tidak minat nak belajar! Duduk dalam kelas, dengar pensyarah pot pet pot pet dan lepas tu hadap buku tebal-tebal, lepas tu muka tension-tension kena belajar untuk exam.. ohhh tolonglah! Dia tak suka semua tu! Dia lebih suka belajar dengan permerhatian! Macam dia mula-mula bekerja di OD dulu. Dia memang tak tahu apa-apa tentang jadi pelayan. Tapi dengan pemerhatiannya, dia belajar untuk menjadi pelayan. Dia lebih seronok belajar sebegitu. Setidak-tidaknya, semua tu tak membuatkan dia tersengguk-sengguk mengantuk!
“ K tak berminat ke nak sambung study?”
No!”
“ Suka sangat bekerja?”
Yes!”
Mendengar jawapan K itu, Ie tahu dia gagal lagi untuk memujuk K kali ini. Gadis itu masih tidak mahu untuk meninggalkan Ours Diner. Tapi..biarlah.. Mungkin satu hari nanti K akan berfikir balik tentang cadangannya. Kalau ya pun adiknya itu tidak mahu belajar semula, takkanlah K akan menjadi pelayan seumur hidup?
Okay fine. Whatever.” Ie beralah. Kalau tekan kuat sangat, takut bertengkar pulak! Jadi, lebih baik dia mengalah.
K menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia lega sekarang sebab Ie dah mengalah walaupun dia tahu beberapa hari lagi pasti Ie akan mencadangkan benda yang sama lagi! “ So..the explaination??” K mengangkat keningnya beberapa kali.
_never leave_
Setelah selesai mendengar cerita Ie tentang kisah disebalik lagu Grow Old With You itu, simpati K jatuh pada abang tirinya itu. Ditinggalkan oleh orang yang dicintai, memang menyakitkan. Tapi bila teringat tentang fakta yang Ie sebut sebentar tadi, K jadi tertanya-tanya.
 “ Bang Ie minum??” tanpa menunggu lebih lama, K terus menyuarakan apa yang bermain dikepalanya. Biasanya anak-anak muda yang suka clubbing, memang terdedah dengan air syaitan itu sebab dia kelab-kelab malam serta pub sememangnya menyediakan minuman keras. Dan Ie sebentar tadi memberitahunya yang dia berjumpa dengan Farah di pub!
Ie tersentak sedikit mendengar soalan dari K. Tak sangka pulak K akan bertanyakan tentang itu dengannya. Patut ke dia jawab?
Silence mean..?” K cuba menduga.
Akhirnya Ie mengangguk. “ Tapi benda dah lama.. Abang dah berhenti dah buat semua tu..”
“ Berhenti minum jugak?”
“ Abang mengaku dulu memang abang jahil sikit..” perlahan Ie bersuara. Menceritakan tentang dirinya yang dahulu. Dirinya yang memang jauh berbeza dari sekarang. Dirinya yang jauh meninggalkan agama. Jauh terpesong.
K membungkam. Cuma matanya masih ralit memerhati Ie yang merenung langit malam. Nampaknya ada lagi kisah hidup Ie yang akan terbongkar selepas ini.
“ Diri abang memang bergelumang dengan dosa... Mungkin terpengaruh dengan budaya barat.. Lama sangat kat oversea buat abang lupa diri..” Ie menggelengkan kepala. Terasa malu mengenangkan dirinya yang dahulu. “ Halal dan haram pun dah tak reti nak beza. Sembahyang apatah lagi.. Berterabur semuanya.. Bertahun-tahun abang tak solat. Sampai abang tak ingat langsung macam mana nak solat. Nak baca al-Quran pun lidah macam kelu..” Ie mengeluh. “ Alhamdulillah, Tuhan bukakan pintu hati abang untuk berubah... Memang susah nak berubah. Susah nak tinggalkan benda yang selalu kita buat. Tapi untuk kebaikan, abang paksa diri abang... And I did it !” Ie tersenyum segaris.
K terdiam. Mindanya ligat mencerna segala kata-kata Ie. Memang dia terperanjat apabila mendengar cerita tentang diri Ie yang dahulu. Tak sangka pulak lelaki itu mempunyai sejarah hidup yang sebegitu. Tapi apa yang membuatkan diri Ie berubah agaknya? Ahh, berfikir sendiri takkan memberikan jawapan yang tepat. Jadi, kena tanya jugak!
 “ Kenapa Bang Ie berubah?”
“ Untuk kebaikan..”
“ Ya, tu orang tahu.. Maksud orang, kenapa tiba-tiba Bang Ie boleh terfikir nak bertaubat?”
“ Masa abang tinggal kat SummerShine dulu, abang ada seorang jiran tau... Perempuan!”
K buat muka. “ Orang tanya lain, dia jawab lain!” kalau dah namanya lelaki tu, lelaki jugak. Tak boleh nak tengok perempuan cantik sikit!
Ie tergelak. “ Tak, dengar dulu.. Ini memang jawapannya! Dengar!” K cuma diam, membiarkan Ie menyambung semula kata-katanya. “ Abang ni bukan jenis orang yang peduli jiran sebelah menyebelah.. Tapi perempuan ni lain tau! Dia ada aura dia sendiri yang buat abang tak boleh lari dari dia! Nak tak nak, abang kena jugak peduli pasal dia..”
“ Wuuu! Macam best je? Mesti dia seksi kan? Pakai skirt pendek-pendek, ketat-ketat?? Kann???” usik K.
“ Salah! Dia bertudung..”
“ Uuuu...”
“ Sopan santun..”
“ Uuuu...”
“ Lemah lembut..”
“ Uuuu-uuuu...” semakin galak K mengusik.
“ Satu hari tu abang sapa dia... Masa tu abang tengah breakfast kat luar rumah. Tegurlah dia tanya dah sarapan ke belum. Bila dia kata dia puasa, abang terus diam. Lepas tu kemas-kemas makanan dan lari masuk rumah! Baru abang teringat yang tu bulan Ramadhan! Malunya abang masa tu!”
K beristighfar. “ Bulan puasa pun tak tahu!”
“ Abang memang tak pernah puasa. Dari kecik selalu ponteng! Dah besar, apatah lagi. Niat puasa pun abang tak ingat.”
“ Teruknya! Okey, okey. Sambung citer pasal pompuan tu..”
“ Lepas tu abang tak tegur dia lagi.. Tapi abang perhatikan dia.. Dan abang sendiri tak sedar yang abang dah semakin jauh dengan dunia malam abang.. Rutin abang, balik kerja, duduk rumah dan tengok dia. Abang selalu dengar dia baca Al-Quran... And one day, dia tegur abang..Dia kata dia nak pindah. Siap bagi hadiah kat abang pulak tu.. Abang pun terkejut bila dia bagi tapi abang terima je lah. Takkan nak tolak pulak? Dan dia sempat pesan kat abang, dia kata gunalah hadiah dia tu hari-hari.Jangan pernah tinggalkan.. Tahu apa dia bagi?” Ie cuba berteka teki.
“ Tak. Cakap je lah. Nak teka-teka pulak!”
“ Hissh, budak ni! Boring lah kalau cerita memanjang tak ada soalan..!”
“ Ehhh, cepat-cepat! Orang tengah syok dengar cerita ni! Apa dia bagi?”
“ Al-Quran dan sejadah..”
“ Al-Quran??”
Ie mengangguk. Dia ingat lagi bagaimana reaksinya masa tu. Dia tidak tahu kenapa tapi sebaik sahaja matanya terpandangkan naskhah al-Quran dan sejadah itu, air matanya jatuh tak semena-mena. Dia rasa dia terlalu jahil. Terlalu jauh meninggalkan Islam. Dan ketika itu senaskhah al-Quran pun memang tak ada di rumahnya! Dan bermula dari situlah dia kembali kepada jalan yang benar. Kembali kepada  agamanya.
“ Abang berterima kasih kepada Tuhan kerana menghantar jiran abang tu kepada abang... Mungkin dengan cara tu ALLAH nak bagi hidayah pada abang. Mempertemukan abang dengan Aira.. Lepas Aira pergi, abang mula berubah. Abang bermula dari bawah.. Macam budak kecik yang baru nak belajar solat dan mengaji. Sedangkan masa tu umur abang dah 23 tahun. Tapi abang bersyukur. Sebab abang tersedar dari terus tersesat... ALLAH bagi abang peluang.. Peluang yang mungkin orang lain tak dapat.”
K tersenyum. “ Cayalah bro! Boleh jadi cerekarama cerita Bang Ie ni!” Ie tersengih. “ Orang ingat lagi dialog Remy Ishak dengan seorang ustaz dalam Nur Kasih dulu.. Remy kata dia dah lama tinggalkan Islam. Ustaz tu jawab, tapi Islam tak pernah tinggalkan dia. Memang betulkan?”
Ie mengangguk bersetuju. “ Kita je yang selalu lupa agama sebab terlalu leka dengan hiburan..”
“ Eh Bang Ie.. Mana pergi jiran tu sekarang? Tak contact ke?”
Ie menggeleng. “ Hilang entah ke mana..”
“ Entah-entah...dia bukan orang tak Bang Ie?”
“ Hisshh!” Ie menjeling K.
“ Yalah! Macam dalam cerita selalu tu.. Yang tiba-tiba datang seorang pak cik tua yang menginsafkan si hero.. Lepas si hero tu insaf, pak cik tu pun hilang.. Kira macam wali ALLAH laa.. Kan banyak cerita macam tu sekarang ni?”
Ie menolak kepala K. “ Ni lah akibatnya selalu sangat tengok TV!”
U_TURN

1 comment: