Wednesday, 8 February 2012

U - Turn 20



“ Jangan ganggu I lagi.” Perlahan tapi tegas. Walaupun suaranya tidak bernada tinggi, tapi tetap boleh rasa kemarahan yang membara dalam suara itu.
“ Ad?” gadis dengan skirt pendek yang ketat dipadankan dengan kemeja putih tanpa lengan itu memandang Ad dengan pandangan tidak puas hati. Beberapa minggu yang dulu, lelaki ini nampak serabai dengan jambang dan misai yang tumbuh liar di muka dan rambut dan penampilan yang tidak berjaga. Tapi hari ini pemuda itu sudah kembali menjadi Ad yang dulu. Dengan jeans dan baju-T kuning serta cermin mata hitam, lelaki itu sudah mampu menarik perhatian ramai gadis. Tidak ada lagi misai dan jambang di mukanya. Rambutnya juga sudah kembali pendek.
“ I tak kisah apa pun tujuan you ajak I jumpa sekarang ni. I datang pun bukan nak dengar apa-apa dari you. I cuma nak bagitau you yang mulai saat ni anggap je lah kita tak pernah kenal. You tak kenal I. I tak kenal you.”
“ Ad kenapa dengan you ni??”
“ Kenapa perlu tanya kenapa dengan I sedangkan you tahu apa yang dah terjadi kat I? Apa yang you dah buat kat I?” sinis.
Disebalik kaca mata hitam itu, mata Ad galak merenung Sasha dihadapannya. Bukan senang nak menghilangkan rasa kasih dan cintanya terhadap perempuan itu. Sukar. Bila melihat berita tentang perkahwinan Sasha dengan lelaki tua yang berpengaruh besar itu terpampang di dada surat khabar, dadanya sesak. Perasaannya bercampur baur. Pada masa itu dia dah sedar yang dia dipermainkan. Ya, dia marahkan Sasha! Tapi rasa sayangnya terhadap perempuan itu masih menebal. Dan siapa sangka yang air mata lelakinya jatuh saat dia menutup lampiran akhbar itu.
“ Tak cukup lagi ke you seksa I?”
“ Ad, I tak..”
Ad menolak kerusinya ke belakang lalu berdiri. “ Selamat pengantin baru. Anggap je lah RM100 000 tu hadiah I untuk perkahwinan you. I doakan you bahagia, Sha.” dan dia melangkah pergi tanpa berpaling sedikitpun. Dia mahu membuang perempuan itu dari dalam hidupnya. Untuk selama-lamanya!
***
“ Thanks.”
Miqhal ketawa. “ Tu yang ke seratus kali rasanya kau sebut benda tu. Kecik punya hal lah!” Miqhal dah ulang tagline Remy Ishak dalam drama ‘Sabar’ yang pernah ditontonnya bersama K pada aidilfitri yang lepas. Dalam cerita tu, Remy Ishak pegang watak mat Bangla. Tapi dalam Bangla-bangla si Remy tu, K tetap suka sakan kat depan tv. Tak faham langsung! “ Wei, betul kau tak nak handle balik OD tu? Offer masih terbuka ni.” sekarang, Ours Diner dah jadi milik Miqhal sepenuhnya. Semua pekerja yang terpaksa berhenti dahulu dah dipanggil balik untuk bekerja semula di OD. Gaji yang tertangguh juga sudah dilunaskan oleh Miqhal.
Ad tersenyum hambar lalu menggeleng. “ Aku perlukan masa. Untuk bernafas dengan aman seketika.”
“ Masalah buat kau berubah sampai macam ni sekali? Bercakap pun macam orang bersajak!” Miqhal dan Ad sama-sama tertawa.
Miqhal agak terperanjat apabila menerima kunjungan dari Ad di pejabat. Nasib baik juga dia ada kat pejabat masa Ad main redah masuk, kalau dia ada meeting kat luar, memang membazir masa dan tenagalah si Ad ni datang.
“ Aku rasa aku nak blah lah dari sini.” ujar Ad perlahan.
“ Kau nak pergi mana?” bila Ad yang menuturkan satu ayat yang berunsur pelarian itu, Miqhal tidak terkejut. Sebab dia tahu Ad punya masalah. Walaupun masalah tu dah selesai, Ad masih memerlukan ruang pernafasan yang cukup untuk dia terus keluar dari semua yang telah dia harungi.
Ngeri bila kena kejar dengan along. Miqhal tahu sebab Ad ada cerita. Nasib baik Ad ni jenis yang reti selamatkan diri. Kalau tak, melayang nyawa! Memang Ad pernah hampir kena tetak, nasib baik dia sempat mengelak dan terus lari. Kalau tak, mungkin dia dah jadi arwah sekarang ni. Syukur, Tuhan masih memberinya peluang untuk bernafas di muka bumi ini.
“ Mana-mana je asalkan jauh dari sini.”
“ Sampai bila nak lari?”
“ Sampai aku rasa aku dah mampu nak berjalan semula, aku berhentilah berlari.” Ad tersengih bila terasa ayatnya agak sukar untuk difahami.
“ Banyak pakai kiasan la kau ni! Memang semua orang yang baru lepas kena kejar along, cakap macam orang bergurindam eh?” perli Miqhal buat tawa Ad lepas. “ Der... Sampai bila?” soal Miqhal lagi bila tawa Ad dah reda.
“ Sampai bila apa?”
“ Dia dah bahagia dengan orang lain so I think you should do the same thing too.”
“ Aku tahu.”
“ Jadi, kenapa perlu lari?”
“ Sebab aku nak bahagia.”
***
“ Weh, Bizmen!”
Lelaki berkaca mata bingkai hitam itu mengangkat muka lalu mencari dari mana datang satu suara itu. Nun di seberang jalan, berdiri seorang pemuda yang tengah tersenyum dan mengangkat tangan dengannya. Denn tersenyum lalu berlari-lari anak melintas jalan semasa jalan raya agak lengang.
“ Yow long time no see!” Denn tumbuk bahu Ad yang tersengih dihadapannya. “ Gi mana ni?”
“ Tak ke mana. Kau dari mana ni?”
“ Aku baru balik tengok resort.”
“ Oo... Resort yang kau punya tu eh?” Denn angguk. “ Bila siap?” Ad ada jugak dengar cerita tentang resort si Denn ni. Senang kan jadi anak orang kaya? Semua benda boleh dapat!
“ Insya-ALLAH kalau tak ada apa-apa masalah, tahun depan siap la kut.”
“ Waaa, seronok la kau! Ada resort sendiri! Nanti boleh la aku lepak kat sana. Free of charge ehh?”
“ Ehh, boleh... Boleh blah!”
“ Elelee, kedekut! Berlagak kau sekarang ey?”
“ Mana ada berlagak! Kalau kau lepak setahun kat sana free of charge, bankrupt la tauke!” Denn sengih. “ Eh, aku sebenarnya ada date ni. Kau nak join sekali?”
Date? Dengan siapa?” Ad angkat kening dua kali.
“ Jiran kesayangan!” Denn dah tersenyum lebar. “ Dia tengah tunggu aku kat restoran kat hujung sana tu haa. Jom laa ikut sekali!”
“ Tak apalah, Denn. Aku nak pergi beli barang jap lagi... Eh, Miqhal ada bagitau kau tentang malam ni?”
“ Kenapa dengan malam ni?”
“ Si Miqhal ni memang tak boleh diharap betul lah!” rungut Ad. “Malam ni, barbeque kat Bukit Indah. Bawaklah mem kau sekali!”
“ Cantik!!”
***
“ Miq ada hal lah malam ni, ma... Hari lain tak boleh ke?” Miqhal bersuara malas. Balik dari kerja dengan penuh semangat sebab malam ni nak gathering dengan Ad, Denn dan K. Tapi sekarang ni ada pulak yang mengganggu ketenangan jiwa.
“ Miq... Tak boleh tolak ke tepi ke hal Miq tu? Tangguh esok ke lusa ke... Tapi bukan malam ni.” Puan Dianne cuba berlembut dalam ketegasannya.
“ Tak boleh ma.” Miqhal mengeluh. Esok Ad dah pergi membawa diri. Mana dapat nak berkumpul lagi! “ Miq kena pergi jugak malam ni. Lagipun dinner dengan family Ryana je kan? Esok lusa boleh dinner lagi dengan mereka. Bukan tinggal jauh pun.”
“ Miq, dinner ni penting. Uncle Rahman kamu ada benda yang nak dibincangkan dengan abang.”
“ Alaa... Lepas ni abang call Uncle Rahman, cakap yang malam ni Miq ada hal. Esok awal-awal pagi lagi Miq pergi jumpa dia. Okey?”
Puan Dianne mengeluh. Wajah satu-satunya anak lelakinya itu direnung. Puan Dianne tahu kali ini Miqhal takkan beralah. “ Betul Miq pergi jumpa dia esok?”
Miqhal angguk. “ Promise, ma!”
U-TURN

Sunday, 5 February 2012

U - Turn 19



“ Eh, Miqhal..” Ad segera menyusun meja kerjanya yang berselerak apabil sesusuk tubuh melangkah masuk ke biliknya. Lama dia tak bersua muka dengan Miqhal. Bukan sahaja dengan Miqhal, Denn dan K pun dah jarang jumpa sekarang ni. Walaupun K bekerja satu bumbung dengan dia, akhir-akhir ni memang dia jarang bertegur sapa dengan pekerja.
Tanpa dijemput, Miqhal terus melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Ad. Lama dia memandang Ad yang nampak resah kat depannya. Betullah kata K. Lelaki ni memang serabai! Miqhal menggeleng kepala.
“ Kenapa?” soal Ad pelik.
“ Apa masalah kau? Sejak bila kau jadi gangster ni? Kawasan mana yang kau jaga? Ke kau langgar kawasan orang sampai muka pun lebam-lebam macam tu?”
“ Tak ada apalah.”
“ Ad! Aku tak tahu apa yang tak kena dengan kau tapi..dah masuk dua bulan, Ad! Aku dengar kau tak bayar gaji pekerja kau. Kalau kau tak bayar gaji diaorang, diaorang nak makan apa Ad? Setahu aku kau tak macam ni. So, apa masalahnya?”
“ Mesti K yang bagitau kau kan?”dah agak dah. Lambat laun perkara ni sampai jugak ke pengetahuan Miqhal.
“ Siapa yang bagitau aku itu tak penting. Yang penting sekarang, bagitau aku apa masalah kau. C’mon man. Buat aku rasa macam aku ni kawan yang paling berguna.” seloroh Miqhal.
Ad menggeleng. Dia tak rasa Miqhal mampu menolongnya dalam hal ini. Ya, mungkin Miqhal mampu, tapi dia mana mungkin akan memberitahu perkara ini pada Miqhal. Dia taknak melibatkan orang lain dalam masalah yang dicipta sendiri. Tapi kalau tidak diberitahu sampai bila dia akan terus terbelenggu dengan masalah ni?
“ Lingkuplah OD kalau kau terus macam ni, Ad... Kau tak kesiankan kakak kau ke? Kalau la dia tau kau buat restoran dia macam ni... Tu..pekerja kat luar tu yang bertungkus lumus bekerja, kau nak biar mereka macam tu sampai bila? Mereka perlu duit jugak Ad. Untuk hidup...”
“ Aku tak pernah larang diaorang berhenti kerja. Kalau nak blah, blah lah. Aku tak kisah!” Ad bercakap macam orang yang tak ada perasaan. Macam orang yang bekerja tanpa gaji kat luar tu adalah robot.
“ Diaorang tu kesiankan kau, Ad! Tu pun kau tak faham ke?” Miqhal sedikit terkilan. Butakah hati kawannnya itu? Tak nampak lagi ke betapa setianya pekerja-pekerja tu dengan dia? Sampai dah dua bulan kerja tak bergaji pun masih sanggup nak bekerja kat situ lagi. Tak cukup ke itu semua untuk menyedarkan Ad? Mana pergi sifat perikemanusiaan lelaki tu? Ad yang dia kenal dulu tak macam ni.
“ Nak kesian apa?? Aku akan jual restoran ni...”
“ What??” lagilah Miqhal terperanjat. Besar sangat masalah sampai sanggup nak jual restoran ni?
You heard me. Lepas ni aku akan bagitau diaorang... Suruh diaorang cari kerja lain. Pasal gaji tu, kalau aku ada duit nanti, aku bayarlah.” macam senang je Ad cakap. Sedangkan yang menanggung kesusahan adalah mereka yang bekerja kat luar sana tu. Bukan dia tak kasihan, dia kasihan. Tapi dia tak punya pilihan lain lagi.
“ Kenapa sampai macam ni Ad?” keluh Miqhal.
“ Aku tak tahu Miqhal... Tolong jangan tanya!” tegas Ad.
“ Macam mana kau boleh tak tahu? Semua masalah ni berpunca dari diri kau sendiri! Kenapa sampai nak jual restoran ni? Kau dah terdesak sangat nak pakai duit ke?” Miqhal masih lagi mengasak Ad dengan pertanyaan. “ Weh cakaplaa!”
“ Aku.... Aku berhutang...”
“ Dengan siapa? Along??” Miqhal rasa nak menjerit bila tengok Ad mengangguk. “ Ad???”
“ Aku tak tahu... Semua tu aku buat sebab aku sayang dia... Aku sanggup pinjam duit sebab nak bagi dia.” sungguh. Pada ketika ini Ad dah bukan Ad lagi dah. Dah bukan Ad yang dulu-dulu. Ad dah berbeza. Cintakah yang merubahnya sampai sebegitu rupa?
“ Sasha?” walau Miqhal dah tahu, tapi dia tanya jugak untuk kepastian.
“ Ya...Tapi sekarang..”
“ Kau kena tipukan??” belum sempat lagi Ad nak habiskan kata-katanya, Miqhal dah terlebih dahulu mencantas.
“ Ya. Aku kena tipu. Aku bodoh, Miqhal! Aku tahu!” Ad dah berdiri lalu membelakangkan Miqhal. Dia kusut! Dia tak tahu nak fikirkan cara yang terbaik untuk melangsaikan hutangnya lagi selain daripada menjual restoran milik kakaknya ini. Mungkin kakaknya akan kecewa tapi dia buat semua ini bukan saja-saja. Dia tahu dia dah buat keputusan yang salah bila pergi pinjam duit dengan along, tapi benda dah berlaku. Bukan boleh nak ditarik balik. Nak tak nak, dia kena jugak cari cara nak selesaikan masalah yang dia tempah sendiri. Masalah yang boleh mengundang maut!
“ Baguslah kalau kau dah sedar! Perempuan tu tak layak untuk kau, Ad! Kau boleh dapat banyak lagi perempuan kat luar sana! Yang lebih baik dari betina tu! Dia tu cuma nak duit kau!” Miqhal rasa dia patut berterus terang. Takkan nak biarkan je Sasha memperbodohkan kawannya sebegitu rupa? Lagipun, Ad dah macam sedar diri sikit. Dah macam celik sikit lepas kena ‘buta’ oleh cinta.
“ Aku tahu....” nada suara Ad memang nampak yang dia tengah kecewa. Kecewa kerana satu-satunya wanita yang berjaya mencuri hatinya satu ketika dahulu hanya ingin mempermainkannya. Gadis itu hanya menginginkan kemewahan. Selepas cincin hari tu, Sasha nak duit pula untuk pergi bercuti. Bila Ad memberitahu yang wang sejumlah RM100,000 sudah dimasukkan ke dalam akaunnya, Sasha bukan main seronok lagi. Dan pada masa itu Ad juga tersenyum senang apabila melihat perempuan yang dicintainya itu gembira. Tapi seminggu selepas itu, Sasha datang lagi dengan permintaan yang sama. Tapi kali ni permintaannya semakin meningkat. Dan Ad terus berterus terang yang dia tak punya wang sebanyak itu. Lepas tu, Sasha pergi meninggalkannya. Sebarang panggilan pun tak pernah disahut. Apatah lagi SMS. Perempuan itu seolah-olah merajuk bila permintaan gilanya itu tak ditunaikan. Beberapa hari selepas itu, dia mendapat tahu yang Sasha ditangkap khalwat dengan seorang lelaki separuh umur. Dan dengarnya, dia dan lelaki kaya itu dah berkahwin. Bahagialah hidup perempuan itu bila dapat bersuamikan lelaki kaya! Kenapa tak dari dulu lagi pergi goda lelaki kaya? Kenapa perlu goda Ad? Dan sekarang..tinggallah Ad yang tak habis-habis bermain kejar mengejar dengan Along!
“ Berapa kau hutang along tu?”
“ Aku pinjam RM100 000..tapi dah lama aku tangguh nak bayar..dan sekarang diaorang mintak RM300 000, Miqhal... Aku tak tahu nak buat apa... Aku taknak diaorang apa-apakan keluarga aku. Aku tak nak!”
Miqhal mengeluh berat. RM300 000 bukan sedikit jumlahnya. Tapi dia takkan biarkan nyawa Ad hilang hanya kerana RM300 000.“ Kau jual je restoran ni.”
“ Memang aku nak jual pun. Tengah bincang dengan kakak aku.”
“ Aku beli.”
“ No!” Ad pantas menegah. Dia tahu Miqhal sanggul beli restoran tu sebab nak tolong dia tapi dia tak nak. Dia tak mahu menyusahkan kawannya itu.
“ Weh kau ni dalam keadaan macam ni pun nak malu-malu gak aku tolong? Dah la Ad. Aku beli, masalah selesai. Kalau kau tak nak, kau teruskan la permainan hide and seek kau dengan Along kau tu.”
***
“Miqhal!!” K berlari anak mendapatkan Miqhal yang baru melangkah keluar dari kereta. Tak sangka pulak Miqhal betul-betul datang ke sini. Tadi Miqhal called dia tanya dia kat mana. Dan K kata dia kat rumah Pak Ngah Khushairy, bermalam kat sana sebab Aliff nak kahwin. Miqhal pun terus cakap nak datang sana, dan K ingat Miqhal main-main. Tapi sekarang lelaki tu dah berdiri kat depan dia.
“ Sibuk?” soal Miqhal sebaik saja K berdiri didepannya.
K cuma tersenyum. “ Buat apa kau datang sini? Kau tak jadi keluar jumpa Ryana?” sebab semalam Miqhal cakap yang hari ni dia nak keluar dengan Ryana, jadi agak menghairankanlah bila sekarang dia ada kat depan mata K.
“ Kau suka ke aku pergi jumpa Ryana?” soalan dijawab dengan soalan buat K diam tak tahu nak jawab apa. “ Tahu pun diam.”
“Miqhal!”
Miqhal mengangkat muka dan K berpaling untuk melihat siapa yang memanggil Miqhal. Ziman yang tengah duduk bawah kanopi sambil dengar orang berkaraoke tu angkat tangan kat mereka. Miqhal pun angkat tangan jugak. Ziman ni memang peramah terlebih.
“ Kau sambunglah buat kerja kau. Aku lepak dengan diaorang.” ujar Miqhal lalu mengorak langkah mendekati Ziman dan beberapa orang lagi sepupu K yang dia kenali.
Sempat K tengok Miqhal yang dah selesa duduk sebelah Ziman. Bila dilihat lelaki itu dah sibuk berborak, dia pun kembali masuk ke dalam rumah. Menyambung semula kerjanya yang terhenti sebentar tadi bila menerima SMS dari Miqhal yang mengatakan yang dia dah berada di luar rumah.
K bukan buat apa-apa pun, dia tengok je orang tengah buat final touch kat pelamin. Dia bukannya pandai bab-bab tu. Nak tolong orang memasak pulak, lagilah dia tak reti. Jadi dia duduk mana-mana tempat yang dia rasa nak duduk, dan bila orang suruh dia tolong buat sesuatu, dia buatlah. Bukan benda berat pun orang suruh dia buat, paling kurang pun tolong buat air. Tu je kut yang orang boleh harap kat dia. Kalau nak suruh dia pergi buat lauk untuk kenduri, dia takut ada yang mati keracunan. Jadi lebih baik tak payah.
Sementara K di dalam, Miqhal di luar pulak tengah seronok berborak dengan sepupu-sepapat K. Macam-macam yang diaorang bualkan. Tentang K pun ada. Tentulah diaorang nak tahu apa hubungan Miqhal dan K. Tapi Miqhal jawab soalan tu dengan sengih dan senyum je. Tak tahu nak jawab apa.
“ Okey, kita jemput Encik Miqhal untuk memegang mic dan menyumbang suaranya untuk menyumbangkan sebuah lagu. Boleh?” pinta Ziman tiba-tiba. Dahlah cakap guna mikrofon pulak tu. Semua orang dengar!
Miqhal dah menggelabah. Nak suruh dia nyanyi? Tak boleh! “ Eh, Man! Aku tak boleh nyanyilah!”
“ Alaa.. Satu lagu je punnn..” Aidil pulak bersuara.
Miqhal beria-ia tak nak tapi mikrofon dah dalam tangan dia sekarang ni. Dan semua yang duduk bawah satu kanopi itu dah bersedia nak jadi penonton dia. Miqhal gugup. Tak pernah-pernah dia menyanyi depan orang ramai macam ni! Dan akhirnya Miqhal terima jelah.. Lagu Terima Kasih Cinta dari Afgan dah mula. Dan dalam paksa rela begitu, keluar jugak suara macho Miqhal mengalunkan lagu itu.
Tersadar di dalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Tangan K terhenti dari mengacau air sirap dalam jag saat suara itu menyapa gegendang telinganya. Betul ke apa yang dia dengar sekarang ni? Suara itu...tengah menyanyi??
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu
“ Myn.” K memanggil Myn, anak bongsu Pak Ngah Khushairi yang berada di sebelahnya. Myn mendongak memandangnya. “ Myn tolong tengok siapa yang tengah nyanyi kat luar tu, boleh?”
“ Kenapa kak?” soal gadis itu, pelik mendengar permintaan K. Suara-suara menyanyi yang sebelum ini tidak pula K sibuk suruh dia tengok siapa empunya. Tapi sekarang macam terkejut terlebih bila dengar suara orang yang nyanyi lagu Terima Kasih Cinta itu.
“ Kalau Myn tengok lelaki yang pakai T-shirt kuning dengan cap hitam tengah nyanyi, Myn record video dia tau! Cepat!” arah K. Dia boleh je kalau nak lari keluar dan tengok sendiri tapi dia malas. Sebab dia tahu kalau Miqhal tengok dia masa tu, confirm Miqhal terus lepas mikrofon dan tak nak nyanyi lagi. Dia tak nak benda tu berlaku.
Myn yang tak tahu apa-apa tetap menurut arahan K. Pantas dia keluar rumah dan pergi melihat siapakah gerangan lelaki yang bersuara macho yang tengah bawak lagu Terima Kasih Cinta sekarang ni. Bila tengok lelaki itu pakai baju kuning dan topi hitam, Myn terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam video lelaki itu tengah menyanyi. Lelaki tu nampak malu-malu je. Rasa nak tergelak pun ada Myn tengok muka dia. Bila habis je nyanyi, lelaki tu terus bagi mikrofon kat Ziman dan tergesa-gesa ambil air. Sempat jugak Myn rakam aksi lelaki tu teguk air macam orang setahun tak minum. Lepas tu, Myn masuk semula ke dalam rumah dan K terus menerpa ke arahnya. Myn tersengih lalu menyerahkan telefon bimbitnya kepada K.
Dan bila K melihat video yang dirakan Myn, bibirnya terus menyuntum senyuman. Orang cakap kita hanya boleh jatuh cinta sekali. Tapi K rasa benda tu salah. Sebab setiap kali dia lihat Miqhal, she fall in love over and over again.
***
Sorry B. Aku tak dapat datang.” tukas Miqhal sebaik saja suara K menyapa telinganya. Dia memang dah sedia nak pergi kenduri Aliff. Tapi tiba-tiba pulak kena tahan dengan mama dan papa. Entah apa hal entah.
Laa ye ke? Tak apalah...”
Miqhal mengeluh. “ Nanti aku jemput kau lepas kenduri. Kau balik dengan aku, okey?”
“ Okey. Miqhal, I gotta go!”
Miqhal faham situasi K dan segera dia memutuskan talian selepas berpamitan. Dia meninggalkan pergola lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Mama dan papanya sedang menanti di ruang tamu utama. Untuk membicarakan apa, Miqhal sendiri kurang pasti tentang tu.
“ Apa benda yang mustahak sangat ni, ma, pa?” Miqhal mengambil tempat disebelah mamanya.
“ Kamu selalu keluar dengan siapa?” tiba-tiba Tuan Addam menyoal dengan muka serius.
“ Apa maksud papa?” Miqhal tak mengerti. Selama ni tak pernah pun papanya nak mengambil tahu dengan siapa dia keluar. Kenapa pulak ni?
“ Papa dengar macam-macam cerita pasal Miqhal.”
Miqhal mengeluh. “ Rumours, pa. Biasalah tu.”
“ Kawan papa terjumpa Miqhal tengah bermesra dengan kaum sejenis! Betul ke?” Tuan Addam merenung tajam anak bongsunya itu.
Miqhal tergelak. Ingatkan artis je yang selalu terkena benda ni. Tak sangka pulak dia sendiri pun terkena! Entah siapalah yang sebar berita tak betul ni.
“ Miq.” mama bersuara memberi amaran.
Miqhal lantas menghentikan tawanya. “ Sorry-sorry. Tapi seriously, benda tu funny. Siapa yang bawak cerita ni?”
You’re 26 years old this year, son. Kamu sepatutnya tahu mana yang baik mana yang buruk!” kali ni suara Tuan Addam bernada tinggi sedikit.
“ Miq tahu nak beza mana baik mana buruk laa. Tahu nak beza mana lelaki mana perempuan. Tahu nak beza mana halal mana haram.”
“ Habis tu kenapa bercinta dengan kaum sejenis?”
“ Siapa kata??” suara Miqhal juga meninggi sedikit. Geram bila dituduh yang bukan-bukan. “ Miq bukan gay lah papa! Maybe yang kawan papa nampak tu, K! And papa tahu kan Miq rapat dengan K? Salah ke?”
“ Salah! Dia lelaki!” Tuan Addam tidak mahu mengalah.
“ Tak. Dia perempuan!”
“ Apa?”
“ Daiym Miqhal, jangan main-main!”
Hampir serentak Tuan Addam dan Puan Dianne bersuara dengan riak wajah yang nyata terkejut dengan kenyataan yang baru saja keluar dari mulut anak lelaki mereka tadi. Bukan mereka tidak kenal dengan K. Pernah bersemuka dengan budak tu beberapa kali bila si Miqhal bawak dia datang rumah. Tak pernah terfikir pulak yang dia perempuan. Berguraukah Miqhal?
“ Ya. K tu perempuan. Nama dia Kyra Khalesya. Singkatan jadi K. Kalau tak percaya, boleh tengok IC dia!” tekan Miqhal lagi. “ K perempuan! So, I’m not gay, okay?” ulangnya dengan tegas untuk meyakinkan lagi mama dan papanya yang masih nampak ragu-ragu.
“ Jadi kamu bercinta dengan K lah ya?” soal mamanya pulak. Riak wajahnya jelas menunjukkkan yang dia tidak suka dengan apa yang baru didengarinya sebentar tadi.
“ Kalau ya, kenapa? Tak salah, kan? Dia perempuan...” selamba je Miqhal jawab. Bercinta dengan lelaki salah, bercinta dengan perempuan pun salah!
No! Mama tak suka! Macam dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni! Banyak lagi perempuan yang serupa perempuan kat luar tu! Yang macam jantan tu jugak yang dia nak! Mama tak setuju!” dengus Puan Dianne dengan jelingan tajam. “Tu anak Aunty Hani tu, lawa budaknya! Single lagi. Kalau kamu nak, mama boleh aturkan!”
Oh come on!” Miqhal lantas berdiri. Hati dah terasa panas. “ Miq nak keluar.” lebih baiklah dia keluar dari rumah sebelum panas hati dia ni naik ke kepala dan lepas tu kata-kata yang keluar dari mulut dia pun semua panas-panas belaka.
***
Dari tadi K perhati seorang lelaki yang berkemeja putih lengan pendek dan jeans kelabu yang tengah makan. Kata tak datang tapi tiba-tiba muncul kat muka pintu. Sepupu-sepupu K apa lagi, riuh lah dok panggil K bila tengok Miqhal datang. K pun lepas tu suruh Miqhal pergi makan dulu. Miqhal tanpa banyak soal ikut je arahan K. Tapi K perasan yang Miqhal langsung tak ceria. Walaupun K ada tengok Miqhal ketawa-ketawa bila ditegur oleh Ziman, tapi K yakin Miqhal ketawa hanya untuk menyembunyikan keruh di mukanya. Miqhal kenapa?
“ Oii dok tenung-tenung cik abang tu, lebih baik pergi sana temankan dia makan!”
K tersengih bila kena tegur oleh Ziman yang sedari tadi tak reti nak duduk diam. Keluar masuk keluar masuk je. Bila Ziman masuk rumah, K pun keluar dan dekati Miqhal. Bila sampai situ, Miqhal ada angkat muka tengok dia sekejap tapi lepas tu dia tunduk balik dan sambung makan. K tarik kerusi sebelah Miqhal lalu duduk. Wajah Miqhal diperhati dalam-dalam.
“ Oii. Apa tengok-tengok?”sergah Miqhal tanpa angkat muka.
K sengih. “ Terima kasih cinta.” tiba-tiba rasa nak usik si Miqhal ni sebab semalam dia bukan main lagi nyanyi lagu tu. First time dengar suara dia nyanyi, memang jatuh cinta teruslah K!
“ Hah?” Miqhal kerut dahi, tak faham. Air dari gelas diteguk.
“ Elehhh. Buat-buat tak tahu pulak.” perli K. “ Terima kasih cinta..untuk segalanya..” K nyanyi untuk menambahkan perasa dalam perliannya itu. Kalau ikut hati, dia nak mainkan semula rakaman video semalam tapi dia takut Miqhal akan terus delete video. Jadi, dia batalkan hajatnya sebab dia rasa satu hari nanti dia perlukan video itu dan Miqhal tak boleh delete video tu!
Serta-merta darah terasa menyerbu ke muka. Miqhal berpaling ke lain. Tak sanggup rasanya nak tengok K yang tengah tahan gelak tu. Malu! Semalam masa kena paksa nyanyi tak teringat pulak yang K akan dengar nyanyian dia. Hishh! Masalah!
“ Hebat kau nyanyi. Boleh pergi jauh!” K menepuk-menepuk bahu Miqhal.
Miqhal buat muka. “ Shut up.”
K terus gelak. Suka bila tengok Miqhal malu-malu macam tu. Muka macho bila malu-malu macam ni, tiba-tiba jadi cute? Hahaa. “ Apa cerita der?” K cuba nak nak cungkil isi hati Miqhal.
“ Kita kahwin nak?”
“ Hahhh??” tercengang-cengang K dibuatnya.
Miqhal pandang serius muka K kat sebelah. “ Kahwin dengan aku. Lepas tu kita hidup sama-sama. Aku tak kisah kalau hari-hari kena bawak nasi bungkus balik rumah. Aku tahu kau tak reti masak dan aku takkan paksa kau. Pagi-pagi kau kena bangunkan aku tidur tau. Aku kan nak pergi kerja? Nak cari duit untuk kau shopping... Untuk anak-anak kita nanti.”
“ Oii apa ni??”
“ Hari-hari aku akan belikan kau M&Ms. Dan lepas kita kahwin nanti, kau tak payah kerja lagi. Aku boleh tanggung kau. Aku boleh tanggung family kau. Kau duduk rumah layan aku je! Okey?” Miqhal senyum hambar. Dia kemudiannya tunduk sekejap sebelum kembali mengangkat muka. Tapi kali ni dia tidak lagi berpaling tengok K kat sebelah. Tapi dia tahu K masih pandang tepat ke wajahnya. Dia tahu K terkejut. Dia sendiri pun rasa tak percaya bila tiba-tiba ayat tu keluar dari mulut.
“ B... Aku takkan tinggalkan kau walau apapun terjadi. Kalau kau nak tinggalkan aku, aku tak kisah. Tapi aku takkan tinggalkan kau. Itu janji aku!”
“Miqhal kau kenapa.”
Miqhal berpaling dengan senyum terpamer diwajah sayunya. “ I love you B. Very-very much. ”
Dan dengan satu ayat tu je boleh buat K jadi kaku. Kalau orang lain yang cakap, dia takkan jadi macam ni. Tapi bila Miqhal yang cakap, secara automatiknya dia akan bertukar jadi patung.
U-TURN

Saturday, 4 February 2012

U - Turn 18



Setelah memberi kertas order kepada Shiyda di dapur, K pergi ke depan semula. Dia suka lepak kat kaunter. Bukan dia seorang je, tapi Boy pun suka jugak lepak kat kaunter. Jadi, setiap kali K rest kat belakang kaunter tu, akan adalah si Boy yang join sama. Macam sekarang ni..
“ Baru pandai tackle awek ke?” usik Boy sambil tersengih-sengih.
K buat muka malas. “ Siapa tackle awek.”
 “ Elehh... Aku nampak apa yang kau buat lah, K. Sebelum ni kau macam tak ada minat dengan perempuan, sekarang apa cerita??”
K tahu tadi Boy tengok dia borak-borak dengan budak sekolah! Tapi sebenarnya budak sekolah tu kawan Lyqa! Dah budak tu tegur dia, dia pun borak-borak kejaplah. Tak salahkan? Dahlah dia sekarang ni bukan dalam mood yang baik.“ Boy, boleh tak kau diam??”
“ Tak.”
Baru je K nak buka mulut menjawab, tiba-tiba satu suara yang memang dia kenal menyapa gegendang telinganya.
“ Kau ada nampak sayang aku tak?”
K dengar suara itu bertanya kepada seseorang. Mungkin bertanya kepada Maria yang tengah jaga kaunter sekarang ni. K tak bergerak dari belakang kaunter.
Boy pula yang tiba-tiba berdiri. “ Yow, bro! Cari siapa?”
“ Boy! Sayang aku mana? Kau ada nampak tak?”
Sayang? Siapa sayang dia? Dia ada orang yang dia panggil sayang ke yang kerja kat sini? Siapa? Kenapa aku tak tahu??? Kenapa dia tak bagitau aku?? K tak tahan. Dia terus berdiri.Dengan muka yang kelat, dia pandang lelaki yang berkemeja  lengan panjang putih berjalur biru dengan tali leher biru tua di depannya. “ Cari siapa ni?” tanyanya kasar.
Muka lelaki tu yang tadinya tersenyum tengok dia kini dah berubah. “ Asal cakap dengan aku macam tu?” sedikit terkilan, Miqhal bertanya.
“ Ha’ahlah kau ni K. Cuba cakap baik-baik sikit dengan customer!” tegur Boy disebelah.
K mencemik. “ Sibuk je! Diamlah Boy!”
Pandangan Miqhal beralih pada Boy. Boy hanya mengangkat bahu, tanda tak tahu. Miqhal mengeluh. “ Siapa yang buat sayang aku ni marah? Cuba bagitau kat aku! Boy, kau buli dia ke Boy? Haaa, Maria? Ada orang buli K ehh?” pandangannya beralih pada Maria sekejap tapi kemudian dia tengok K balik.
What? K? Sayang? Miqhal..?? Kau cakap apa ni..?” macam mana rupa beruk terkejut? Macam tu jugaklah rupa Boy sekarang ni. Bukan Boy je, Maria pun terkejut!
Alamak!! Miqhal baru teringat yang pekerja kat OD ni mana tahu si K tu perempuan! Jadi, bila Miqhal kata yang K tu ‘sayang’ dia, memang patut pun Boy dengan Maria tercengang. Adoiii! Miqhal tatap wajah K yang makin kelat. Masalah! Masalah! “ Aku gurau je.” Miqhal tertawa untuk menyembunyikan kebenaran. “Gurau! Gurau!” katanya lagi. Tapi Boy dengan Maria masih tengok dia dengan muka tak percaya. “ K. Ikut aku jap..!”
***
“ Yang kamu ni kenapa, Zat? Tak habis-habis dengan rasa tak puas hati kamu tu? Dari dulu sampai sekarang memang tak pernah nak berubah!” dengus Tuan Eizlan.
“ Daddy pun sama! Dari dulu sampai sekarang selalu nak manjakan budak cacat tu!”
Tuan Eizlan terkilan. Benar-benar terkilan bila seorang anak sanggup menghina darah dagingnya sendiri! “ Dia adik kamu!”
“ Ezzat tak ada adik cacat!” tegas Ezzat lalu mengalihkan pandangannya ke lain. Tidak berani dari terus menentang pandangan berapi milik si ayah.
“ Daddy rasa lebih bagus kalau ada seribu anak macam Denn dari seorang anak macam kamu! Yang tak beradab! Sombong! Angkuh!”
“ Yang jahat semuanya Ezzat, Dy! Denn tak pernah jahat kat mata Daddy!” Ezzat dah berdiri. Ruang tamu utama yang lengkap dengan penghawa dingin itu dah rasa panas macam matahari tercacak kat atas kepala. “ Dari dulu lagi Ezzat memang jahat! Ezzat tahu... Daddy pun benci Ezzat kan?” kali ini mata galak itu menentang sepasang mata milik Tuan Eizlan.
“ Daddy tak pernah benci anak-anak Daddy! Daddy sayang semuanya sama je! Tak ada yang lebih tak ada yang kurang...”
“ Hehh! Habis tu kenapa Denn dapat resort tu? Kenapa Ezzat tak dapat?” sinis.
“ Itu bahagian Denn! Daddy dah serahkan syarikat dekat Sarawak tu kepada kamu! Tak cukup lagi ke?” Tuan Eizlan menggeleng kepala. Rasa macam tak percaya anak yang selama ini dididik dengan baik menjadi tamak sebegini! “ Masa Daddy serahkan syarikat tu pada kamu, ada Denn kata apa-apa? Walaupun masa tu Daddy tak bagi dia apa-apa, dia tak bising pun! Kenapa bila Daddy nak bagi resort tu pada dia, kamu pulak yang tak puas hati?”
“ Ezzat memang layak pun dapat syarikat tu! Ezzat yang berpenat lelah bangunkan syarikat tu! Bukan macam Denn yang duduk goyang kaki je kat rumah.”
“ Siapa kata??” Tuan Eizlan juga sudah berdiri bertentangan dengan anaknya. “ Siapa kata Denn tak buat apa-apa? Dia yang handle semuanya. Daddy cuma membantu.”
Ezzat gelak. Sinis. “ Dia handle?? Mampu ke budak tu Dy?”
“ Jangan pandang rendah kat adik kamu tu,Zat. Sedikit masa lagi, dia mungkin akan mengalahkan kamu! Jangan berlagak sangat!”
“ Daddy memang selalu menangkan dia!” Ezzat terus mengorak langkah pergi dengan hati yang membara. Dalam perjalanan menuju ke kereta, dia bertembung dengan Denn.
“ Abang.” Denn senyum segaris walaupun dia tahu yang senyumannya itu tidak mungkin akan dibalas oleh seorang yang bergelar Muhammad Farouq Ezzat. Dan tidak lupa juga seorang kakak yang bernama Nur Aween Arisha yang juga tidak pernah ingin berbalas senyuman dengannya.
“ Jangan kau ingat kau dah ada resort tu, kau boleh berlagak dengan aku!” kasar pertuturan Ezzat.
Hilang senyum di bibir Denn. Rasa benci Ezzat padanya memang tidak pernah surut. Denn tahu Ezzat akan mempertikaikan tentang resort pemberian Daddy padanya itu. Ezzat mana pernah berpuas hati dengan apa yang dia ada! Apa yang dia dapat, Ezzat pun nak jugak!
Belum sempat Denn nak membalas kata-kata Ezzat, Ezzat dah menyambung semula langkahnya menuju ke kereta. Dan Denn tanpa menunggu lebih lama, terus melangkah masuk ke rumah.
“ Adik. Dari mana ni?”
Niat di hati nak terus masuk bilik tapi bila teguran Daddy menyapa gegendang telinga, Denn terus menuju ke ruang tamu utama. “ Teman kawan pergi beli barang.”
“ Kawan? Siapa? Nasyrah?” duga Tuan Eizlan.
Denn tak menjawab sebaliknya dia hanya tersenyum. Tahu Daddynya hanya nak mengusik. “ Dy, Abang Ezzat marah eh?”
“ Nak marah apa?”
“ Pasal resort tu...”
Tuan Eizlan mengeluh pendek. “ Kamu bukan tak tahu dengan perangai abang kamu yang sorang tu. Tak suka bila orang lain dapat lebih dari dia!”
“ Dy... Kalau abang tak suka, adik rasa tak payahlah nak..”
“ Adik.” Tuan Eizlan terus mencelah. Denn terdiam serba salah. “ Resort tu memang untuk kamu. Bukan untuk orang lain. Walau apapun terjadi, resort tu tetap milik adik.”
Dan apa lagi yang mampu Denn katakan? Dia hanya diam.
***
“ Daiym, is that really you??”
Miqhal tersentak saat dirinya disapa oleh seseorang. Langkahnya terhenti tidak jauh dari pintu masuk restoran. Dia berpaling.
“ OMG! It’s really you!” gadis itu sungguh teruja.
“ Hai. Pernah jumpa kan sebelum ni?” soal Miqhal ragu-ragu. Dia pernah lihat gadis dihadapannya itu tapi lupa dimana mereka  berjumpa.
“ Sasha! I Sasha! You tak ingat I ke?”
“ Sasha?”
“ Ad’s girlfriend.”
“ Oo!! Ya, ya..Sasha!” the very the gedik girl! Macam manalah aku boleh lupa!
“ You buat apa kat sini?”
 “ I jumpa kawan. You sorang je ke? Mana Ad?”
“ Sayang...”
Satu suara terlebih dahulu mencelah sebelum Sasha sempat menjawab soalan Miqhal. Mata Miqhal terus mencari siapakah gerangannya. Miqhal terdiam tak tahu nak cakap apa bila tengok Sasha dah memeluk manja lengan seorang lelaki yang agak berusia. Lelaki itulah yang bersuara tadi. Lelaki itulah yang memanggil Sasha ‘sayang’. Bukan ke sepatutnya panggilan itu Ad sahaja yang layak memanggil? Mana Ad?
“ Daiym, ini Tuan Rashdan.” perkenal Sasha.
“ Daiym.” Miqhal menghulurkan tangan untuk berjabat dengan lelaki yang mungkin sebaya papanya itu.
Lelaki itu menyambut huluran tangan Miqhal. “ Kawan sayang ke?” dia menyoal lembut Sasha disebelah.
“ Yes, darling...” jawab Sasha.
Miqhal meluat! Dia rasa tak sanggup lagi nak melihat drama swasta kat depan mata sekarang. Tiba-tiba darah rasa mendidih memikirkan Ad. Nampaknya Ad dipermainkan oleh Sasha. Sampai hati Sasha melakukan Ad sebegitu rupa. Ad memang nyata menyayangi Sasha sampai sanggup memusuhi Miqhal hanya kerana sedikit salah faham yang juga melibatkan Sasha. Tapi Sasha.....
Miqhal dah tak sanggup. Dia terus meminta diri untuk pergi. Selepas berpamitan, Miqhal terus melangkah laju memasuki restoran tersebut. Perlukah dia memberitahu semua ini kepada Ad? Tapi kalau diberitahu pun, macamlah si Ad tu akan percaya. Memang betullah cinta boleh buat orang buta!
***
Miqhal dan K sama-sama berbaring menengadah langit. Aktiviti yang sudah agak lama ditinggalkan semenjak masing-masing sibuk dengan hidup sendiri. Kalau dulu, selalu je Miqhal, K, Ad dan Denn lepak-lepak kat Bukit Indah ni. Kini semuanya dah berbeza. Bukan macam dulu lagi. Sekarang ni, nak berkumpul pun payah. Kalau dapat pun, salah seorang mesti tak ada. Tak pernah cukup empat orang macam dulu. Semua dah macam jauh.
“ Ad nampak macam banyak problem.” K bersuara perlahan.
Miqhal menoleh, memandang K. “ Banyak problem? Macam mana tu? Orang dah lama tak jumpa Ad la, B.”
K mengeluh pendek. Dia tak tahu samada perlu memberitahu perkara ini kepada Miqhal atau tak. Tapi, K rasa Miqhal patut tahu. Dan mungkin Miqhal boleh bantu. “ OD dah tak macam dulu... Pekerja pun dah kurang sekarang.” K menyusun kata.
“ Kenapa? Ad pecat?” soal Miqhal tak sabar-sabar.
“ Ada yang Ad pecat. Ada yang resigned. Semua dah tak tahan dah kerja kat situ. Yang tinggal sekarang semua yang bekerja hanya kerana kasihankan Ad. Kan aku pernah cakap, Ad sekarang macam raksasa lapar dan bila-bila masa je dia boleh mengamuk!” K bangkit duduk dan membetulkan posisi duduknya supaya dapat menghadap Miqhal yang masih berbaring. “ Gaji kitaorang pun dia tak bayar.”
“ Woo, itu dah kes serius!” Miqhal bersuara separuh terkejut. “ Dia ada masalah duit ke? OD punya perniagaan tak maju eh lately?”
K angkat bahu. “ Tak tahu lah. Tapi kalau terus-terusan macam ni, lingkuplah OD.”
“ Siapa yang masih stay kat OD tu?” ujar Miqhal ingin tahu.
“ Boy, Aunty Ina, Abang Jodi, Eypul dengan Shiyda. Tu pun tak lama lagi, diaorang pun blah lah kut. Diaorang pun nak cari makan jugak. Takkan nak kerja for free? Sampai bila?”
“ Berapa lama dah Ad tak bayar gaji kau? Kenapa aku tak tahu?” soalan Miqhal yang ini dah bunyi lain sikit.
K terdiam. Serba salah. Pasti Miqhal marah sebab dia dah lama menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan Miqhal.
“ Dah pandai nak berahsia dengan aku sekarang?”
“ Aku bukan tak nak bagitau kau tapi..”
“ Kau tak nak aku tolong kau?”
“ Kau dah banyak sangat tolong aku...”
“ Sukahati aku lah kalau aku nak tolong kau banyak mana pun! Bukannya kau berdosa pun kalau biar aku tolong!” sedih! Berjauh hati! Tersinggung! Geram! Marah! Semua perasaan itulah yang Miqhal rasa sekarang ni.
“ Tahulah..tapi..”
“ Kau ni kan B... Selalu buat aku macam orang luar, kan?” suaranya berubah sayu tiba-tiba. Sedih bila diri dilakukan sebegini rupa. Kalau oleh orang lain tak apa tapi ini K... K bukan kenal dia untuk sehari dua. Dah hampir dua tahun! Tapi bila benda ni terjadi..dia kini sedar yang diri dia tak ubah seperti orang luar bagi K. Orang luar yang tak layak nak berkongsi apa-apa masalah dengan K. Orang luar yang tak punya hak untuk membantu K menyelesaikan masalahnya. Orang luar yang dirasakan tidak wajar untuk menolong meringankan beban yang tergalas di bahunya.
“ Mana adaaaa..” sah! Sah lah si Miqhal ni salah faham!
“ Ada je!” keadaan dah mula tegang. “ Kalau ada masalah, suka pendam sendiri. Apa salahnya kalau kau kongsi masalah tu dengan aku? Kenapa? Kalau kau share masalah kau, kau terus mati ehh?” K diam. Miqhal kalau dah marah, memang kata-katanya kasar sikit. “ Tak, kan?? Selama ni kau anggap aku sebagai apa, B? Kawan? Atau orang asing yang sibuk nak ambil tahu hal kau?”
Tak... Tapi K hanya menjawab dalam hati. Suaranya tidak mampu keluar. Macam ada benda yang menyekat.
“ Aku tanya ni. Jawablah!”
“ Tak perlu lah marah.....” takut-takut K bersuara.
Miqhal merengus. “ Kalau lepas ni kau ada masalah, dan aku dapat tahu kau sembunyikan masalah kau tu dari aku, aku dah tak nak kawan dengan kau lagi! Anggap je kita tak pernah kenal!”
“ Sampai macam tu sekali???”
“ Yalah! Suka sangat simpan seorang diri kan? Lebih baik aku tak payah wujud! Aku ada pun, tak guna! Bukannya dapat tolong kau pun!”
K mencemik. Takut-takut dia nak pandang muka Miqhal yang tengah marah tu. Lelaki tu kalau marah, muka memang garang gile! Macam muka penjahat je. Tapi walaupun muka macam muka penjahat..K tetap suka! Lebih-lebih lagi tang mata dia tu haa...cantik! Siapa kata mata perempuan je yang menawan? Mata Miqhal ni pun menawan tau! Mata redup, dengan anak mata hitam. Lepas tu bulu mata yang tebal dan lentik, tak perlu pakai maskara pun bulu mata tu dah cantik dah! Ditambah pula dengan kening yang lebat. Hmm..Indahnya ciptaan TUHAN. Dan K paling suka bila tengok Miqhal senyum dan ketawa. Bila lelaki tu senyum dan gelak, mata dia macam hilang, tinggal garis je dan kat hujung mata dia tu ada wrinkles which is K rasa menarik dan indah untuk dipandang!
“ Apa tengok-tengok??”
K tersentak bila disergah macam tu. “ Jangan!”
“ Jangan apa??”
“ Jangan tinggalkan aku! Aku janji lepas ni aku akan bagitau kau semua masalah aku...but please.. Jangan tinggalkan aku? Aku masih nak kawan dengan kau lagi...” rayu K. Aku masih nak tengok mata kau lagi. Aku masih nak tengok kau gelak. Aku masih nak tengok kau senyum. Aku masih nak tengok kau berlagak bila berjaya buat bentuk ‘0’ dengan asap rokok kau tu. Walaupun aku tak suka asap rokok, tapi aku suka kau dan bila aku sukakan kau, aku dah tak peduli lagi dah pasal rasa tak suka aku kat asap rokok tu. Kau faham tak Miqhal?? K pandang Miqhal dengan pandangan yang penuh mengharap. Berharap supaya Miqhal mendengar segala apa yang terbuku di hatinya. Tapi..dia tahu yang Miqhal tak akan dapat dengar semua tu!
“ Betul??”
“ Promise!” K angkat tangan bagaikan bersumpah.
Miqhal menarik nafas lega. Kata-kata dia tadi tu cuma sekadar nak menggertak je. Padahal dia pun belum tentu mampu nak tinggalkan K terkapai-kapai sorang diri. Tak sanggup rasanya nak tengok K dari jauh tanpa ada rasa nak mendekati. Betul. Kalau dia dengar suara K, secara automatiknya dia akan cari K dan dia mesti tengok K ada kat depan mata dia! Dia tak boleh dengar suara tu je. Ingat lagi masa tidur rumah opah Ad dulu, dia tengah berusaha nak tidur balik selepas sembahyang Subuh tu tapi tak berjaya bila dia dengar suara K tengah borak dengan opah. Dan masa tu dia tanpa fikir panjang terus keluar dari bilik dan join K dengan opah kat dapur. Dia tak cakap apa-apa pun cuma tengok je opah yang tengah ajar K buat karipap. Dan sedar tak sedar, dia tertidur kat atas meja makan dengan berbantalkan lengan. Sebab itulah K sangat istimewa baginya.
“ Aku akan tanya Ad pasal gaji tu.”
K hanya diam dan mengangguk.
“ Kenapa tak jawab? Dah tak ada mulut?”
K buat muka. “ Kau tak perlulah marah-marah aku!”
“ Dah kau diam je.... Aku fed-up lah!”
“ Dengan aku fed-up. Kalau dengan Ryana, mesti kau tak fed-up kan?”
Miqhal merenung K tajam. K memang selalu sebut nama Ryana. Sedangkan dah berkali Miqhal menegaskan yang dia dengan Ryana memang tak ada hubungan istimewa pun! “ Aku dah cakap dah kan...” kali ni suara Miqhal tidak setinggi dan sekeras tadi. “ Bagilah aku sejuta Ryana sekalipun... Aku tetap akan cari Kyra aku. Dah! Senyum sikit!”
U-TURN

U TURN 17



“ I tak peduli! I nak jugak cincin tu!”
“ Sayang... Dua hari lalu you baru beli cincin harga beribu-ribu tu kan? Takkan sekarang dah nak beli lagi?” Ad bersuara separuh memujuk.
“ I nak cincin tu! You faham tak?? Kalau you sayangkan I, you mesti dapatkan cincin tu untuk I!” ujarr Sasha tegas dalam nada manja.
Ad mengeluh. Beberapa hari lepas, dia habis beribu-ribu ringgit hanya untuk sebentuk cincin. Tapi kerana sayangkan Sasha, dia rela menghabiskan segala wang simpanannya. Dia tidak sanggup untuk melihat teman wanitanya itu bersedih.
“ Cincin tu tinggal satu je tau. Kalau tak cepat, nanti tak dapat!” gesa Sasha lagi.
“ Yalah-yalah... Berapa harganya?” Ad mengalah.
 “ RM10 000.”
“ WHAT???”
“ You ni, baru RM10 000 dah buat reaksi macam tu. Memang suka berkira dengan I!” Sasha dah kelaur aura merajuk.
Ya ALLAH! Peningnya kepala aku! “ Look.. I bukan nak berkira dengan you. Selama ni pernah ke I tak bagi apa yang you mintak? Pernah?” Ad bersuara lembut memujuk. Tapi nampaknya muncung Sasha dah keluar. “ You kena tahu.. I bukan orang kaya, sayang... RM10 000 tu banyak sangatlah... Tolong faham keadaan I? Hmm?” pipi Sasha diusap lembut.
Sasha menepis tangan Ad kasar. I nak cincin tu! By hook or by crook, you must get it for me! Or else..we’re done!
“ Sayang???”
***
“ Cuba kau cakap dengan aku, boleh ke duit beli cinta? Boleh ke duit beli kasih sayang? Boleh?” Miqhal bersuara tanpa menoleh ke arah K kat sebelah. Dia masih melihat permukaan jalan raya yang dah lengang sebab jarum jam pun dah menunjukkan pukul 1 pagi bukan 1 petang. Topik dalam kereta sekarang adalah, antara duit atau cinta, yang mana satu lebih penting? Dan dia dengan K tengah rancak memperbincangkannya.
“ Boleh!” K menjawab yakin. “ Ada je yang beli cinta dengan duit. Macam..” K berjeda seketika macam mencari idea nak membidas kata-kata Miqhal sebentar tadi. “ Macam sorang lelaki kaya yang ugut seorang pompuan miskin yang dia suka tu supaya terima cinta dia. Kalau pompuan tu setuju, lelaki tu akan bagi dia duit. Dan kau tau lah kan, orang miskin kalau dah terdesak sangat nak guna duit diaorang akan buat apa-apa je untuk dapat duit. Dan dalam kes tadi, kira macam lelaki kaya tu dah dapat beli cinta pompuan yang dia suka tu dengan duitlaa..”
Miqhal tergelak kecil bila dengar suara K yang penuh konfiden tu. “ So... Bolehlah aku beli cinta kau?”
“ Yang kau nak beli cinta aku apasal?”
“ Sebab aku rasa nak beli.” Miqhal dah menghentikan kereta dihadapan rumah K. Brek tangan ditarik. Dia berpaling menghadap K. “ Macam mana? Boleh jual cinta kau kat aku?”
K berpaling ke lain. Muka dia rasa panas semacam. Entah kenapa dia rasa jantung dia dup dap dup dap. K menggeleng kepala. Miqhal hanya bergurau! Miqhal hanya bergurau! Sejak bila K tak boleh masuk gurauan ni? K bercakap dengan diri sendiri. Selepas itu dia gelak besar. Err, actually PURA-PURA gelak besar. “Funny!” tangannya bekerja membuka tali pinggang keselamatan tapi nampak macam tali pinggang tu pun nak bergurau senda dengan dia masa ni. K terkial-kial nak bukak, tapi masih tak dapat. “ Nape nih!!” bentaknya geram.
Miqhal melangkah keluar dari kereta. Pintu kereta tempat duduk K dibuka. Dan dia dengan selamba membantu K untuk menanggalkan tali pinggang keselamatan itu.
Sumpah! Masa ni K rasa macam nak pengsan. Dia sangat dekat dengan Miqhal! Dia langsung tak bergerak masa Miqhal berusaha nak buka tali pinggang yang tiba-tiba nakal tu. Masa ni Miqhal macam tengah peluk dia tapi sebenarnya tak. Pandangan K menghala kosong ke depan. Dia tak pandang Miqhal langsung malah dia tak mampu nak bukak mulut nak cakap apa-apa. Dia hanya sedar bila muka Miqhal dah betul-betul kat depan muka dia buat mata dia automatik buntang. Miqhal cuba buat apa nih???
Miqhal senyum bila tengok muka K yang kecut macam tu. Macam nampak hantu. “ Fuhhh!” Mata K ditiup lembut buat K mengerdipkan matanya beberapa kali. “ Kau ni kenapa?” Soal Miqhal sedangkan dia tahu apa jawapan pada soalan tu. Dia tahu kenapa K jadi kaku macam tu. Dia tahu kenapa..sebab K perempuan dan dia lelaki! Dan dia juga merasa apa yang K rasa. Cuma dia lebih bijak untuk menyembunyikannya.
K tolak tubuh Miqhal yang masih rapat dengannya. Dan benda tu buat kepala Miqhal terhantuk kat dashboard kereta. Dan terus K menggelabah sambil ucap sorry banyak kali. Kepala Miqhal yang terhantuk tu K usap-usap dengan harapan sakitnya akan hilang. Dan bila tangan lembut tu sentuh kepala Miqhal, Miqhal terus angkat muka dan pandangannya bersatu dengan pandangan K. Serta merta tangan K berhenti bekerja.
“ Jual cinta kau kat aku? Aku beli.” Tiba-tiba Miqhal bersuara. “ Walau harga seratus juta sekali pun, aku sanggup beli.”
K macam baru tersedar dari khayal. Dia pantas melarikan matanya. Kata-kata Miqhal sangat sukar nak dicerna. Dia tak tahu samaada lelaki itu bergurau ataupun benar-benar maksudkannya. Nak dikata bergurau, muka serius! Nak di kata serius, memang buang tebiatlah Miqhal nak main jual beli cinta dengan dia! Dia bukan Ryana! Dia K! K yang tak cukup bagus untuk Miqhal. K yang langsung tak sepadan untuk digandingkan dengan Miqhal. Jadi, apa???
“ Tapi nanti aku bayar ansur-ansur laa. Hehe. Boleh?”
K buat muka. Kalau tadi Miqhal serius tapi sekarang lelaki tu dah siap sengih-sengih. “ Dah lewat dah ni.”
Miqhal mengeluh. Separuh badannya yang tadi didalam kereta, ditarik keluar dia nampak K tergesa-gesa melangkah keluar dari kereta. Budak ni memang nampak tengah takut sekarang. Takut aku buat benda tak baik kat dia ke?
Bye..” K terus masuk rumah tanpa memandang Miqhal. Dia rasa takut pulak dengan lelaki tu. Miqhal memang nampak pelik akhir-akhir ni. Tapi ‘pelik’ Miqhal merupakan pelik yang menakutkan tapi dalam masa yang sama boleh buat hati K bertukar jadi kebun bunga!
***
Jual cinta kau kat aku? Aku beli. Walau harga seratus juta sekali pun, aku sanggup beli.
Kalau Miqhal rasa dengan cara menuturkan ayat itu boleh membuatkan otak K asyik terfikir pasal dia, rasanya Miqhal dah berjaya. Sebab sekarang ni K asyik fikir pasal kata-kata Miqhal tempoh hari. Berfikir samada apa Miqhal cakap tu benar-benar dia maksudkan, atau hanya sekadar suka-suka? Bukan setakat benda tu je yang buat K tak habis-habis fikir pasal Miqhal, tapi ada satu benda lagi. Sejak akhir-akhir ni lelaki tu suka panggil dia ‘B’ iaitu singkatan untuk ‘Baby’ katanya. Dah puas K tegur, tapi Miqhal buat endah tak endah. Last-last, K biarkan saja.
“ K! Table no.2!”
“ Coming!” K cepat-cepat mengusir pergi ingatannya terhadap Miqhal and his words. Sekarang dia perlu fokus dengan kerja! Kalau tak, nanti dia terima nasib yang sama macam Oden, yang kena buang kerja dua hari lepas sebab kantoi memonteng dengan bos iaitu Ad! Ad sekarang ni angin memang selalu tak betul. Silap sikit, terus kena tempik! K pun takut-takut nak berbual dengan Ad. Ad pun macam tak nak bercakap dengan sesiapa. Masuk kerja, muka serius giler. Tapi dalam serius-serius tu, K perasankan sesuatu. Ad macam tengah dalam masalah. Dia memang serabai gila. Dengan rambut messy. Nasib baik rambut dah tak macam ala-ala Korea lagi sebab masa raya tu dah potong pendek. Kalau tak, memang nampak macam orang gila lah!
Hye... Nak makan apa? Atau minum?” seperti biasa, dengan notepad ditangan kiri, dan pen ditangan kanan, K menjalankan tugasnya untuk mengambil pesanan. Cap Quiksilver yang sentiasa menemaninya kemana-mana saja itu diterbalikkan ke belakang untuk meluaskan pemandangan. Cewahh~ Sedar tak sedar, rambut K dah tumbuh panjang sikit. Dan dia belum ada rasa macam nak gunting rambut, jadi dia biarkan saja.
“ Bagi saya fries and Double Choc Blend.” cik gadis yang manis dengan senyuman dibibirnya itu bersuara.
“ Eh cik!” K yang baru tengok wajah pelanggannya itu, dah bersuara excited.
“ Ya?” gadis itu mengerut dahi kehairanan.
“ Cik ni jiran Denn kan?”
“ Jiran Denn?”
O-O! Aku salah orang ke? Tapi memang betullah perempuan ni..jiran Denn! “ Nasyrah kan?”
Gadis itu lantas tersenyum dan mengangguk. “ Kawan Denn ke ni?”
“ Ya... Saya K.” K menghulur tangan, untuk bersalam. Nasyrah menyambut tangan itu. K tersenyum riang. “ Denn selalu lepak sini..tapi hari ni dia tak ada. Mesti awak tahu dia pergi mana kan?”
“ Oh, dia ada cakap dia nak pergi somewhere, temankan ayah dia.” memang sebelum ni, Denn ada memberitahu Nasyrah tentang benda tu. Denn memang begitu. Segala apa yang dia buat dalam sehari, semua dia bagitau Nasyrah. Tapi semuanya tak merimaskan Nasyrah. Malah Nasyrah seronok mendengar Denn bercerita tentang apa yang terjadi dalam harinya. Denn yang disangka seorang yang pendiam, rupa-rupanya banyak mulut jugak.
“ Oh...” K mengangguk-angguk.
“ K! Kerja kau ambik order, bukan jual minyak!” perli Boy yang kebetulan lalu di belakang K.
K sengih. Dalam hati merungut geram. Apalah Boy ni..memang tak boleh nak tengok aku senang! Ada je gangguan! At least bagilah aku korek-korek sikit rahsia hubungan Denn dengan Nasyrah ni. Aku nak jugak tahu hubungan mereka dah sampai tahap mana!
Nasyrah yang mendengar, hanya tersenyum. Dalam diam, dia menilik wajah K dihadapannya. Macam perempuan! Mungkin mak dia teringin anak perempuan semasa tengah mengandungkan dia, sebab tulah wajah K ni pun macam perempuan.
Fries and double choc blend tadi kan?” K mengulang semula pesanan Nasyrah.
“ Yep.” Nasyrah mengangguk.
“ Okey! Wait-wait aa...” K melangkah pergi meninggalkan Nasyrah.
U-TURN