Sunday, 5 February 2012

U - Turn 19



“ Eh, Miqhal..” Ad segera menyusun meja kerjanya yang berselerak apabil sesusuk tubuh melangkah masuk ke biliknya. Lama dia tak bersua muka dengan Miqhal. Bukan sahaja dengan Miqhal, Denn dan K pun dah jarang jumpa sekarang ni. Walaupun K bekerja satu bumbung dengan dia, akhir-akhir ni memang dia jarang bertegur sapa dengan pekerja.
Tanpa dijemput, Miqhal terus melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Ad. Lama dia memandang Ad yang nampak resah kat depannya. Betullah kata K. Lelaki ni memang serabai! Miqhal menggeleng kepala.
“ Kenapa?” soal Ad pelik.
“ Apa masalah kau? Sejak bila kau jadi gangster ni? Kawasan mana yang kau jaga? Ke kau langgar kawasan orang sampai muka pun lebam-lebam macam tu?”
“ Tak ada apalah.”
“ Ad! Aku tak tahu apa yang tak kena dengan kau tapi..dah masuk dua bulan, Ad! Aku dengar kau tak bayar gaji pekerja kau. Kalau kau tak bayar gaji diaorang, diaorang nak makan apa Ad? Setahu aku kau tak macam ni. So, apa masalahnya?”
“ Mesti K yang bagitau kau kan?”dah agak dah. Lambat laun perkara ni sampai jugak ke pengetahuan Miqhal.
“ Siapa yang bagitau aku itu tak penting. Yang penting sekarang, bagitau aku apa masalah kau. C’mon man. Buat aku rasa macam aku ni kawan yang paling berguna.” seloroh Miqhal.
Ad menggeleng. Dia tak rasa Miqhal mampu menolongnya dalam hal ini. Ya, mungkin Miqhal mampu, tapi dia mana mungkin akan memberitahu perkara ini pada Miqhal. Dia taknak melibatkan orang lain dalam masalah yang dicipta sendiri. Tapi kalau tidak diberitahu sampai bila dia akan terus terbelenggu dengan masalah ni?
“ Lingkuplah OD kalau kau terus macam ni, Ad... Kau tak kesiankan kakak kau ke? Kalau la dia tau kau buat restoran dia macam ni... Tu..pekerja kat luar tu yang bertungkus lumus bekerja, kau nak biar mereka macam tu sampai bila? Mereka perlu duit jugak Ad. Untuk hidup...”
“ Aku tak pernah larang diaorang berhenti kerja. Kalau nak blah, blah lah. Aku tak kisah!” Ad bercakap macam orang yang tak ada perasaan. Macam orang yang bekerja tanpa gaji kat luar tu adalah robot.
“ Diaorang tu kesiankan kau, Ad! Tu pun kau tak faham ke?” Miqhal sedikit terkilan. Butakah hati kawannnya itu? Tak nampak lagi ke betapa setianya pekerja-pekerja tu dengan dia? Sampai dah dua bulan kerja tak bergaji pun masih sanggup nak bekerja kat situ lagi. Tak cukup ke itu semua untuk menyedarkan Ad? Mana pergi sifat perikemanusiaan lelaki tu? Ad yang dia kenal dulu tak macam ni.
“ Nak kesian apa?? Aku akan jual restoran ni...”
“ What??” lagilah Miqhal terperanjat. Besar sangat masalah sampai sanggup nak jual restoran ni?
You heard me. Lepas ni aku akan bagitau diaorang... Suruh diaorang cari kerja lain. Pasal gaji tu, kalau aku ada duit nanti, aku bayarlah.” macam senang je Ad cakap. Sedangkan yang menanggung kesusahan adalah mereka yang bekerja kat luar sana tu. Bukan dia tak kasihan, dia kasihan. Tapi dia tak punya pilihan lain lagi.
“ Kenapa sampai macam ni Ad?” keluh Miqhal.
“ Aku tak tahu Miqhal... Tolong jangan tanya!” tegas Ad.
“ Macam mana kau boleh tak tahu? Semua masalah ni berpunca dari diri kau sendiri! Kenapa sampai nak jual restoran ni? Kau dah terdesak sangat nak pakai duit ke?” Miqhal masih lagi mengasak Ad dengan pertanyaan. “ Weh cakaplaa!”
“ Aku.... Aku berhutang...”
“ Dengan siapa? Along??” Miqhal rasa nak menjerit bila tengok Ad mengangguk. “ Ad???”
“ Aku tak tahu... Semua tu aku buat sebab aku sayang dia... Aku sanggup pinjam duit sebab nak bagi dia.” sungguh. Pada ketika ini Ad dah bukan Ad lagi dah. Dah bukan Ad yang dulu-dulu. Ad dah berbeza. Cintakah yang merubahnya sampai sebegitu rupa?
“ Sasha?” walau Miqhal dah tahu, tapi dia tanya jugak untuk kepastian.
“ Ya...Tapi sekarang..”
“ Kau kena tipukan??” belum sempat lagi Ad nak habiskan kata-katanya, Miqhal dah terlebih dahulu mencantas.
“ Ya. Aku kena tipu. Aku bodoh, Miqhal! Aku tahu!” Ad dah berdiri lalu membelakangkan Miqhal. Dia kusut! Dia tak tahu nak fikirkan cara yang terbaik untuk melangsaikan hutangnya lagi selain daripada menjual restoran milik kakaknya ini. Mungkin kakaknya akan kecewa tapi dia buat semua ini bukan saja-saja. Dia tahu dia dah buat keputusan yang salah bila pergi pinjam duit dengan along, tapi benda dah berlaku. Bukan boleh nak ditarik balik. Nak tak nak, dia kena jugak cari cara nak selesaikan masalah yang dia tempah sendiri. Masalah yang boleh mengundang maut!
“ Baguslah kalau kau dah sedar! Perempuan tu tak layak untuk kau, Ad! Kau boleh dapat banyak lagi perempuan kat luar sana! Yang lebih baik dari betina tu! Dia tu cuma nak duit kau!” Miqhal rasa dia patut berterus terang. Takkan nak biarkan je Sasha memperbodohkan kawannya sebegitu rupa? Lagipun, Ad dah macam sedar diri sikit. Dah macam celik sikit lepas kena ‘buta’ oleh cinta.
“ Aku tahu....” nada suara Ad memang nampak yang dia tengah kecewa. Kecewa kerana satu-satunya wanita yang berjaya mencuri hatinya satu ketika dahulu hanya ingin mempermainkannya. Gadis itu hanya menginginkan kemewahan. Selepas cincin hari tu, Sasha nak duit pula untuk pergi bercuti. Bila Ad memberitahu yang wang sejumlah RM100,000 sudah dimasukkan ke dalam akaunnya, Sasha bukan main seronok lagi. Dan pada masa itu Ad juga tersenyum senang apabila melihat perempuan yang dicintainya itu gembira. Tapi seminggu selepas itu, Sasha datang lagi dengan permintaan yang sama. Tapi kali ni permintaannya semakin meningkat. Dan Ad terus berterus terang yang dia tak punya wang sebanyak itu. Lepas tu, Sasha pergi meninggalkannya. Sebarang panggilan pun tak pernah disahut. Apatah lagi SMS. Perempuan itu seolah-olah merajuk bila permintaan gilanya itu tak ditunaikan. Beberapa hari selepas itu, dia mendapat tahu yang Sasha ditangkap khalwat dengan seorang lelaki separuh umur. Dan dengarnya, dia dan lelaki kaya itu dah berkahwin. Bahagialah hidup perempuan itu bila dapat bersuamikan lelaki kaya! Kenapa tak dari dulu lagi pergi goda lelaki kaya? Kenapa perlu goda Ad? Dan sekarang..tinggallah Ad yang tak habis-habis bermain kejar mengejar dengan Along!
“ Berapa kau hutang along tu?”
“ Aku pinjam RM100 000..tapi dah lama aku tangguh nak bayar..dan sekarang diaorang mintak RM300 000, Miqhal... Aku tak tahu nak buat apa... Aku taknak diaorang apa-apakan keluarga aku. Aku tak nak!”
Miqhal mengeluh berat. RM300 000 bukan sedikit jumlahnya. Tapi dia takkan biarkan nyawa Ad hilang hanya kerana RM300 000.“ Kau jual je restoran ni.”
“ Memang aku nak jual pun. Tengah bincang dengan kakak aku.”
“ Aku beli.”
“ No!” Ad pantas menegah. Dia tahu Miqhal sanggul beli restoran tu sebab nak tolong dia tapi dia tak nak. Dia tak mahu menyusahkan kawannya itu.
“ Weh kau ni dalam keadaan macam ni pun nak malu-malu gak aku tolong? Dah la Ad. Aku beli, masalah selesai. Kalau kau tak nak, kau teruskan la permainan hide and seek kau dengan Along kau tu.”
***
“Miqhal!!” K berlari anak mendapatkan Miqhal yang baru melangkah keluar dari kereta. Tak sangka pulak Miqhal betul-betul datang ke sini. Tadi Miqhal called dia tanya dia kat mana. Dan K kata dia kat rumah Pak Ngah Khushairy, bermalam kat sana sebab Aliff nak kahwin. Miqhal pun terus cakap nak datang sana, dan K ingat Miqhal main-main. Tapi sekarang lelaki tu dah berdiri kat depan dia.
“ Sibuk?” soal Miqhal sebaik saja K berdiri didepannya.
K cuma tersenyum. “ Buat apa kau datang sini? Kau tak jadi keluar jumpa Ryana?” sebab semalam Miqhal cakap yang hari ni dia nak keluar dengan Ryana, jadi agak menghairankanlah bila sekarang dia ada kat depan mata K.
“ Kau suka ke aku pergi jumpa Ryana?” soalan dijawab dengan soalan buat K diam tak tahu nak jawab apa. “ Tahu pun diam.”
“Miqhal!”
Miqhal mengangkat muka dan K berpaling untuk melihat siapa yang memanggil Miqhal. Ziman yang tengah duduk bawah kanopi sambil dengar orang berkaraoke tu angkat tangan kat mereka. Miqhal pun angkat tangan jugak. Ziman ni memang peramah terlebih.
“ Kau sambunglah buat kerja kau. Aku lepak dengan diaorang.” ujar Miqhal lalu mengorak langkah mendekati Ziman dan beberapa orang lagi sepupu K yang dia kenali.
Sempat K tengok Miqhal yang dah selesa duduk sebelah Ziman. Bila dilihat lelaki itu dah sibuk berborak, dia pun kembali masuk ke dalam rumah. Menyambung semula kerjanya yang terhenti sebentar tadi bila menerima SMS dari Miqhal yang mengatakan yang dia dah berada di luar rumah.
K bukan buat apa-apa pun, dia tengok je orang tengah buat final touch kat pelamin. Dia bukannya pandai bab-bab tu. Nak tolong orang memasak pulak, lagilah dia tak reti. Jadi dia duduk mana-mana tempat yang dia rasa nak duduk, dan bila orang suruh dia tolong buat sesuatu, dia buatlah. Bukan benda berat pun orang suruh dia buat, paling kurang pun tolong buat air. Tu je kut yang orang boleh harap kat dia. Kalau nak suruh dia pergi buat lauk untuk kenduri, dia takut ada yang mati keracunan. Jadi lebih baik tak payah.
Sementara K di dalam, Miqhal di luar pulak tengah seronok berborak dengan sepupu-sepapat K. Macam-macam yang diaorang bualkan. Tentang K pun ada. Tentulah diaorang nak tahu apa hubungan Miqhal dan K. Tapi Miqhal jawab soalan tu dengan sengih dan senyum je. Tak tahu nak jawab apa.
“ Okey, kita jemput Encik Miqhal untuk memegang mic dan menyumbang suaranya untuk menyumbangkan sebuah lagu. Boleh?” pinta Ziman tiba-tiba. Dahlah cakap guna mikrofon pulak tu. Semua orang dengar!
Miqhal dah menggelabah. Nak suruh dia nyanyi? Tak boleh! “ Eh, Man! Aku tak boleh nyanyilah!”
“ Alaa.. Satu lagu je punnn..” Aidil pulak bersuara.
Miqhal beria-ia tak nak tapi mikrofon dah dalam tangan dia sekarang ni. Dan semua yang duduk bawah satu kanopi itu dah bersedia nak jadi penonton dia. Miqhal gugup. Tak pernah-pernah dia menyanyi depan orang ramai macam ni! Dan akhirnya Miqhal terima jelah.. Lagu Terima Kasih Cinta dari Afgan dah mula. Dan dalam paksa rela begitu, keluar jugak suara macho Miqhal mengalunkan lagu itu.
Tersadar di dalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Tangan K terhenti dari mengacau air sirap dalam jag saat suara itu menyapa gegendang telinganya. Betul ke apa yang dia dengar sekarang ni? Suara itu...tengah menyanyi??
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu
“ Myn.” K memanggil Myn, anak bongsu Pak Ngah Khushairi yang berada di sebelahnya. Myn mendongak memandangnya. “ Myn tolong tengok siapa yang tengah nyanyi kat luar tu, boleh?”
“ Kenapa kak?” soal gadis itu, pelik mendengar permintaan K. Suara-suara menyanyi yang sebelum ini tidak pula K sibuk suruh dia tengok siapa empunya. Tapi sekarang macam terkejut terlebih bila dengar suara orang yang nyanyi lagu Terima Kasih Cinta itu.
“ Kalau Myn tengok lelaki yang pakai T-shirt kuning dengan cap hitam tengah nyanyi, Myn record video dia tau! Cepat!” arah K. Dia boleh je kalau nak lari keluar dan tengok sendiri tapi dia malas. Sebab dia tahu kalau Miqhal tengok dia masa tu, confirm Miqhal terus lepas mikrofon dan tak nak nyanyi lagi. Dia tak nak benda tu berlaku.
Myn yang tak tahu apa-apa tetap menurut arahan K. Pantas dia keluar rumah dan pergi melihat siapakah gerangan lelaki yang bersuara macho yang tengah bawak lagu Terima Kasih Cinta sekarang ni. Bila tengok lelaki itu pakai baju kuning dan topi hitam, Myn terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam video lelaki itu tengah menyanyi. Lelaki tu nampak malu-malu je. Rasa nak tergelak pun ada Myn tengok muka dia. Bila habis je nyanyi, lelaki tu terus bagi mikrofon kat Ziman dan tergesa-gesa ambil air. Sempat jugak Myn rakam aksi lelaki tu teguk air macam orang setahun tak minum. Lepas tu, Myn masuk semula ke dalam rumah dan K terus menerpa ke arahnya. Myn tersengih lalu menyerahkan telefon bimbitnya kepada K.
Dan bila K melihat video yang dirakan Myn, bibirnya terus menyuntum senyuman. Orang cakap kita hanya boleh jatuh cinta sekali. Tapi K rasa benda tu salah. Sebab setiap kali dia lihat Miqhal, she fall in love over and over again.
***
Sorry B. Aku tak dapat datang.” tukas Miqhal sebaik saja suara K menyapa telinganya. Dia memang dah sedia nak pergi kenduri Aliff. Tapi tiba-tiba pulak kena tahan dengan mama dan papa. Entah apa hal entah.
Laa ye ke? Tak apalah...”
Miqhal mengeluh. “ Nanti aku jemput kau lepas kenduri. Kau balik dengan aku, okey?”
“ Okey. Miqhal, I gotta go!”
Miqhal faham situasi K dan segera dia memutuskan talian selepas berpamitan. Dia meninggalkan pergola lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Mama dan papanya sedang menanti di ruang tamu utama. Untuk membicarakan apa, Miqhal sendiri kurang pasti tentang tu.
“ Apa benda yang mustahak sangat ni, ma, pa?” Miqhal mengambil tempat disebelah mamanya.
“ Kamu selalu keluar dengan siapa?” tiba-tiba Tuan Addam menyoal dengan muka serius.
“ Apa maksud papa?” Miqhal tak mengerti. Selama ni tak pernah pun papanya nak mengambil tahu dengan siapa dia keluar. Kenapa pulak ni?
“ Papa dengar macam-macam cerita pasal Miqhal.”
Miqhal mengeluh. “ Rumours, pa. Biasalah tu.”
“ Kawan papa terjumpa Miqhal tengah bermesra dengan kaum sejenis! Betul ke?” Tuan Addam merenung tajam anak bongsunya itu.
Miqhal tergelak. Ingatkan artis je yang selalu terkena benda ni. Tak sangka pulak dia sendiri pun terkena! Entah siapalah yang sebar berita tak betul ni.
“ Miq.” mama bersuara memberi amaran.
Miqhal lantas menghentikan tawanya. “ Sorry-sorry. Tapi seriously, benda tu funny. Siapa yang bawak cerita ni?”
You’re 26 years old this year, son. Kamu sepatutnya tahu mana yang baik mana yang buruk!” kali ni suara Tuan Addam bernada tinggi sedikit.
“ Miq tahu nak beza mana baik mana buruk laa. Tahu nak beza mana lelaki mana perempuan. Tahu nak beza mana halal mana haram.”
“ Habis tu kenapa bercinta dengan kaum sejenis?”
“ Siapa kata??” suara Miqhal juga meninggi sedikit. Geram bila dituduh yang bukan-bukan. “ Miq bukan gay lah papa! Maybe yang kawan papa nampak tu, K! And papa tahu kan Miq rapat dengan K? Salah ke?”
“ Salah! Dia lelaki!” Tuan Addam tidak mahu mengalah.
“ Tak. Dia perempuan!”
“ Apa?”
“ Daiym Miqhal, jangan main-main!”
Hampir serentak Tuan Addam dan Puan Dianne bersuara dengan riak wajah yang nyata terkejut dengan kenyataan yang baru saja keluar dari mulut anak lelaki mereka tadi. Bukan mereka tidak kenal dengan K. Pernah bersemuka dengan budak tu beberapa kali bila si Miqhal bawak dia datang rumah. Tak pernah terfikir pulak yang dia perempuan. Berguraukah Miqhal?
“ Ya. K tu perempuan. Nama dia Kyra Khalesya. Singkatan jadi K. Kalau tak percaya, boleh tengok IC dia!” tekan Miqhal lagi. “ K perempuan! So, I’m not gay, okay?” ulangnya dengan tegas untuk meyakinkan lagi mama dan papanya yang masih nampak ragu-ragu.
“ Jadi kamu bercinta dengan K lah ya?” soal mamanya pulak. Riak wajahnya jelas menunjukkkan yang dia tidak suka dengan apa yang baru didengarinya sebentar tadi.
“ Kalau ya, kenapa? Tak salah, kan? Dia perempuan...” selamba je Miqhal jawab. Bercinta dengan lelaki salah, bercinta dengan perempuan pun salah!
No! Mama tak suka! Macam dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni! Banyak lagi perempuan yang serupa perempuan kat luar tu! Yang macam jantan tu jugak yang dia nak! Mama tak setuju!” dengus Puan Dianne dengan jelingan tajam. “Tu anak Aunty Hani tu, lawa budaknya! Single lagi. Kalau kamu nak, mama boleh aturkan!”
Oh come on!” Miqhal lantas berdiri. Hati dah terasa panas. “ Miq nak keluar.” lebih baiklah dia keluar dari rumah sebelum panas hati dia ni naik ke kepala dan lepas tu kata-kata yang keluar dari mulut dia pun semua panas-panas belaka.
***
Dari tadi K perhati seorang lelaki yang berkemeja putih lengan pendek dan jeans kelabu yang tengah makan. Kata tak datang tapi tiba-tiba muncul kat muka pintu. Sepupu-sepupu K apa lagi, riuh lah dok panggil K bila tengok Miqhal datang. K pun lepas tu suruh Miqhal pergi makan dulu. Miqhal tanpa banyak soal ikut je arahan K. Tapi K perasan yang Miqhal langsung tak ceria. Walaupun K ada tengok Miqhal ketawa-ketawa bila ditegur oleh Ziman, tapi K yakin Miqhal ketawa hanya untuk menyembunyikan keruh di mukanya. Miqhal kenapa?
“ Oii dok tenung-tenung cik abang tu, lebih baik pergi sana temankan dia makan!”
K tersengih bila kena tegur oleh Ziman yang sedari tadi tak reti nak duduk diam. Keluar masuk keluar masuk je. Bila Ziman masuk rumah, K pun keluar dan dekati Miqhal. Bila sampai situ, Miqhal ada angkat muka tengok dia sekejap tapi lepas tu dia tunduk balik dan sambung makan. K tarik kerusi sebelah Miqhal lalu duduk. Wajah Miqhal diperhati dalam-dalam.
“ Oii. Apa tengok-tengok?”sergah Miqhal tanpa angkat muka.
K sengih. “ Terima kasih cinta.” tiba-tiba rasa nak usik si Miqhal ni sebab semalam dia bukan main lagi nyanyi lagu tu. First time dengar suara dia nyanyi, memang jatuh cinta teruslah K!
“ Hah?” Miqhal kerut dahi, tak faham. Air dari gelas diteguk.
“ Elehhh. Buat-buat tak tahu pulak.” perli K. “ Terima kasih cinta..untuk segalanya..” K nyanyi untuk menambahkan perasa dalam perliannya itu. Kalau ikut hati, dia nak mainkan semula rakaman video semalam tapi dia takut Miqhal akan terus delete video. Jadi, dia batalkan hajatnya sebab dia rasa satu hari nanti dia perlukan video itu dan Miqhal tak boleh delete video tu!
Serta-merta darah terasa menyerbu ke muka. Miqhal berpaling ke lain. Tak sanggup rasanya nak tengok K yang tengah tahan gelak tu. Malu! Semalam masa kena paksa nyanyi tak teringat pulak yang K akan dengar nyanyian dia. Hishh! Masalah!
“ Hebat kau nyanyi. Boleh pergi jauh!” K menepuk-menepuk bahu Miqhal.
Miqhal buat muka. “ Shut up.”
K terus gelak. Suka bila tengok Miqhal malu-malu macam tu. Muka macho bila malu-malu macam ni, tiba-tiba jadi cute? Hahaa. “ Apa cerita der?” K cuba nak nak cungkil isi hati Miqhal.
“ Kita kahwin nak?”
“ Hahhh??” tercengang-cengang K dibuatnya.
Miqhal pandang serius muka K kat sebelah. “ Kahwin dengan aku. Lepas tu kita hidup sama-sama. Aku tak kisah kalau hari-hari kena bawak nasi bungkus balik rumah. Aku tahu kau tak reti masak dan aku takkan paksa kau. Pagi-pagi kau kena bangunkan aku tidur tau. Aku kan nak pergi kerja? Nak cari duit untuk kau shopping... Untuk anak-anak kita nanti.”
“ Oii apa ni??”
“ Hari-hari aku akan belikan kau M&Ms. Dan lepas kita kahwin nanti, kau tak payah kerja lagi. Aku boleh tanggung kau. Aku boleh tanggung family kau. Kau duduk rumah layan aku je! Okey?” Miqhal senyum hambar. Dia kemudiannya tunduk sekejap sebelum kembali mengangkat muka. Tapi kali ni dia tidak lagi berpaling tengok K kat sebelah. Tapi dia tahu K masih pandang tepat ke wajahnya. Dia tahu K terkejut. Dia sendiri pun rasa tak percaya bila tiba-tiba ayat tu keluar dari mulut.
“ B... Aku takkan tinggalkan kau walau apapun terjadi. Kalau kau nak tinggalkan aku, aku tak kisah. Tapi aku takkan tinggalkan kau. Itu janji aku!”
“Miqhal kau kenapa.”
Miqhal berpaling dengan senyum terpamer diwajah sayunya. “ I love you B. Very-very much. ”
Dan dengan satu ayat tu je boleh buat K jadi kaku. Kalau orang lain yang cakap, dia takkan jadi macam ni. Tapi bila Miqhal yang cakap, secara automatiknya dia akan bertukar jadi patung.
U-TURN

2 comments: