“ Jangan ganggu I lagi.” Perlahan tapi tegas. Walaupun suaranya tidak bernada tinggi, tapi tetap boleh rasa kemarahan yang membara dalam suara itu.
“ Ad?” gadis dengan skirt pendek yang ketat dipadankan dengan kemeja putih tanpa lengan itu memandang Ad dengan pandangan tidak puas hati. Beberapa minggu yang dulu, lelaki ini nampak serabai dengan jambang dan misai yang tumbuh liar di muka dan rambut dan penampilan yang tidak berjaga. Tapi hari ini pemuda itu sudah kembali menjadi Ad yang dulu. Dengan jeans dan baju-T kuning serta cermin mata hitam, lelaki itu sudah mampu menarik perhatian ramai gadis. Tidak ada lagi misai dan jambang di mukanya. Rambutnya juga sudah kembali pendek.
“ I tak kisah apa pun tujuan you ajak I jumpa sekarang ni. I datang pun bukan nak dengar apa-apa dari you. I cuma nak bagitau you yang mulai saat ni anggap je lah kita tak pernah kenal. You tak kenal I. I tak kenal you.”
“ Ad kenapa dengan you ni??”
“ Kenapa perlu tanya kenapa dengan I sedangkan you tahu apa yang dah terjadi kat I? Apa yang you dah buat kat I?” sinis.
Disebalik kaca mata hitam itu, mata Ad galak merenung Sasha dihadapannya. Bukan senang nak menghilangkan rasa kasih dan cintanya terhadap perempuan itu. Sukar. Bila melihat berita tentang perkahwinan Sasha dengan lelaki tua yang berpengaruh besar itu terpampang di dada surat khabar, dadanya sesak. Perasaannya bercampur baur. Pada masa itu dia dah sedar yang dia dipermainkan. Ya, dia marahkan Sasha! Tapi rasa sayangnya terhadap perempuan itu masih menebal. Dan siapa sangka yang air mata lelakinya jatuh saat dia menutup lampiran akhbar itu.
“ Tak cukup lagi ke you seksa I?”
“ Ad, I tak..”
Ad menolak kerusinya ke belakang lalu berdiri. “ Selamat pengantin baru. Anggap je lah RM100 000 tu hadiah I untuk perkahwinan you. I doakan you bahagia, Sha.” dan dia melangkah pergi tanpa berpaling sedikitpun. Dia mahu membuang perempuan itu dari dalam hidupnya. Untuk selama-lamanya!
***
“ Thanks.”
Miqhal ketawa. “ Tu yang ke seratus kali rasanya kau sebut benda tu. Kecik punya hal lah!” Miqhal dah ulang tagline Remy Ishak dalam drama ‘Sabar’ yang pernah ditontonnya bersama K pada aidilfitri yang lepas. Dalam cerita tu, Remy Ishak pegang watak mat Bangla. Tapi dalam Bangla-bangla si Remy tu, K tetap suka sakan kat depan tv. Tak faham langsung! “ Wei, betul kau tak nak handle balik OD tu? Offer masih terbuka ni.” sekarang, Ours Diner dah jadi milik Miqhal sepenuhnya. Semua pekerja yang terpaksa berhenti dahulu dah dipanggil balik untuk bekerja semula di OD. Gaji yang tertangguh juga sudah dilunaskan oleh Miqhal.
Ad tersenyum hambar lalu menggeleng. “ Aku perlukan masa. Untuk bernafas dengan aman seketika.”
“ Masalah buat kau berubah sampai macam ni sekali? Bercakap pun macam orang bersajak!” Miqhal dan Ad sama-sama tertawa.
Miqhal agak terperanjat apabila menerima kunjungan dari Ad di pejabat. Nasib baik juga dia ada kat pejabat masa Ad main redah masuk, kalau dia ada meeting kat luar, memang membazir masa dan tenagalah si Ad ni datang.
“ Aku rasa aku nak blah lah dari sini.” ujar Ad perlahan.
“ Kau nak pergi mana?” bila Ad yang menuturkan satu ayat yang berunsur pelarian itu, Miqhal tidak terkejut. Sebab dia tahu Ad punya masalah. Walaupun masalah tu dah selesai, Ad masih memerlukan ruang pernafasan yang cukup untuk dia terus keluar dari semua yang telah dia harungi.
Ngeri bila kena kejar dengan along. Miqhal tahu sebab Ad ada cerita. Nasib baik Ad ni jenis yang reti selamatkan diri. Kalau tak, melayang nyawa! Memang Ad pernah hampir kena tetak, nasib baik dia sempat mengelak dan terus lari. Kalau tak, mungkin dia dah jadi arwah sekarang ni. Syukur, Tuhan masih memberinya peluang untuk bernafas di muka bumi ini.
“ Mana-mana je asalkan jauh dari sini.”
“ Sampai bila nak lari?”
“ Sampai aku rasa aku dah mampu nak berjalan semula, aku berhentilah berlari.” Ad tersengih bila terasa ayatnya agak sukar untuk difahami.
“ Banyak pakai kiasan la kau ni! Memang semua orang yang baru lepas kena kejar along, cakap macam orang bergurindam eh?” perli Miqhal buat tawa Ad lepas. “ Der... Sampai bila?” soal Miqhal lagi bila tawa Ad dah reda.
“ Sampai bila apa?”
“ Dia dah bahagia dengan orang lain so I think you should do the same thing too.”
“ Aku tahu.”
“ Jadi, kenapa perlu lari?”
“ Sebab aku nak bahagia.”
***
“ Weh, Bizmen!”
Lelaki berkaca mata bingkai hitam itu mengangkat muka lalu mencari dari mana datang satu suara itu. Nun di seberang jalan, berdiri seorang pemuda yang tengah tersenyum dan mengangkat tangan dengannya. Denn tersenyum lalu berlari-lari anak melintas jalan semasa jalan raya agak lengang.
“ Yow long time no see!” Denn tumbuk bahu Ad yang tersengih dihadapannya. “ Gi mana ni?”
“ Tak ke mana. Kau dari mana ni?”
“ Aku baru balik tengok resort.”
“ Oo... Resort yang kau punya tu eh?” Denn angguk. “ Bila siap?” Ad ada jugak dengar cerita tentang resort si Denn ni. Senang kan jadi anak orang kaya? Semua benda boleh dapat!
“ Insya-ALLAH kalau tak ada apa-apa masalah, tahun depan siap la kut.”
“ Waaa, seronok la kau! Ada resort sendiri! Nanti boleh la aku lepak kat sana. Free of charge ehh?”
“ Ehh, boleh... Boleh blah!”
“ Elelee, kedekut! Berlagak kau sekarang ey?”
“ Mana ada berlagak! Kalau kau lepak setahun kat sana free of charge, bankrupt la tauke!” Denn sengih. “ Eh, aku sebenarnya ada date ni. Kau nak join sekali?”
“ Date? Dengan siapa?” Ad angkat kening dua kali.
“ Jiran kesayangan!” Denn dah tersenyum lebar. “ Dia tengah tunggu aku kat restoran kat hujung sana tu haa. Jom laa ikut sekali!”
“ Tak apalah, Denn. Aku nak pergi beli barang jap lagi... Eh, Miqhal ada bagitau kau tentang malam ni?”
“ Kenapa dengan malam ni?”
“ Si Miqhal ni memang tak boleh diharap betul lah!” rungut Ad. “Malam ni, barbeque kat Bukit Indah. Bawaklah mem kau sekali!”
“ Cantik!!”
***
“ Miq ada hal lah malam ni, ma... Hari lain tak boleh ke?” Miqhal bersuara malas. Balik dari kerja dengan penuh semangat sebab malam ni nak gathering dengan Ad, Denn dan K. Tapi sekarang ni ada pulak yang mengganggu ketenangan jiwa.
“ Miq... Tak boleh tolak ke tepi ke hal Miq tu? Tangguh esok ke lusa ke... Tapi bukan malam ni.” Puan Dianne cuba berlembut dalam ketegasannya.
“ Tak boleh ma.” Miqhal mengeluh. Esok Ad dah pergi membawa diri. Mana dapat nak berkumpul lagi! “ Miq kena pergi jugak malam ni. Lagipun dinner dengan family Ryana je kan? Esok lusa boleh dinner lagi dengan mereka. Bukan tinggal jauh pun.”
“ Miq, dinner ni penting. Uncle Rahman kamu ada benda yang nak dibincangkan dengan abang.”
“ Alaa... Lepas ni abang call Uncle Rahman, cakap yang malam ni Miq ada hal. Esok awal-awal pagi lagi Miq pergi jumpa dia. Okey?”
Puan Dianne mengeluh. Wajah satu-satunya anak lelakinya itu direnung. Puan Dianne tahu kali ini Miqhal takkan beralah. “ Betul Miq pergi jumpa dia esok?”
Miqhal angguk. “ Promise, ma!”
U-TURN
No comments:
Post a Comment