Setelah memberi kertas order kepada Shiyda di dapur, K pergi ke depan semula. Dia suka lepak kat kaunter. Bukan dia seorang je, tapi Boy pun suka jugak lepak kat kaunter. Jadi, setiap kali K rest kat belakang kaunter tu, akan adalah si Boy yang join sama. Macam sekarang ni..
“ Baru pandai tackle awek ke?” usik Boy sambil tersengih-sengih.
K buat muka malas. “ Siapa tackle awek.”
“ Elehh... Aku nampak apa yang kau buat lah, K. Sebelum ni kau macam tak ada minat dengan perempuan, sekarang apa cerita??”
K tahu tadi Boy tengok dia borak-borak dengan budak sekolah! Tapi sebenarnya budak sekolah tu kawan Lyqa! Dah budak tu tegur dia, dia pun borak-borak kejaplah. Tak salahkan? Dahlah dia sekarang ni bukan dalam mood yang baik.“ Boy, boleh tak kau diam??”
“ Tak.”
Baru je K nak buka mulut menjawab, tiba-tiba satu suara yang memang dia kenal menyapa gegendang telinganya.
“ Kau ada nampak sayang aku tak?”
K dengar suara itu bertanya kepada seseorang. Mungkin bertanya kepada Maria yang tengah jaga kaunter sekarang ni. K tak bergerak dari belakang kaunter.
Boy pula yang tiba-tiba berdiri. “ Yow, bro! Cari siapa?”
“ Boy! Sayang aku mana? Kau ada nampak tak?”
Sayang? Siapa sayang dia? Dia ada orang yang dia panggil sayang ke yang kerja kat sini? Siapa? Kenapa aku tak tahu??? Kenapa dia tak bagitau aku?? K tak tahan. Dia terus berdiri.Dengan muka yang kelat, dia pandang lelaki yang berkemeja lengan panjang putih berjalur biru dengan tali leher biru tua di depannya. “ Cari siapa ni?” tanyanya kasar.
Muka lelaki tu yang tadinya tersenyum tengok dia kini dah berubah. “ Asal cakap dengan aku macam tu?” sedikit terkilan, Miqhal bertanya.
“ Ha’ahlah kau ni K. Cuba cakap baik-baik sikit dengan customer!” tegur Boy disebelah.
K mencemik. “ Sibuk je! Diamlah Boy!”
Pandangan Miqhal beralih pada Boy. Boy hanya mengangkat bahu, tanda tak tahu. Miqhal mengeluh. “ Siapa yang buat sayang aku ni marah? Cuba bagitau kat aku! Boy, kau buli dia ke Boy? Haaa, Maria? Ada orang buli K ehh?” pandangannya beralih pada Maria sekejap tapi kemudian dia tengok K balik.
“ What? K? Sayang? Miqhal..?? Kau cakap apa ni..?” macam mana rupa beruk terkejut? Macam tu jugaklah rupa Boy sekarang ni. Bukan Boy je, Maria pun terkejut!
Alamak!! Miqhal baru teringat yang pekerja kat OD ni mana tahu si K tu perempuan! Jadi, bila Miqhal kata yang K tu ‘sayang’ dia, memang patut pun Boy dengan Maria tercengang. Adoiii! Miqhal tatap wajah K yang makin kelat. Masalah! Masalah! “ Aku gurau je.” Miqhal tertawa untuk menyembunyikan kebenaran. “Gurau! Gurau!” katanya lagi. Tapi Boy dengan Maria masih tengok dia dengan muka tak percaya. “ K. Ikut aku jap..!”
***
“ Yang kamu ni kenapa, Zat? Tak habis-habis dengan rasa tak puas hati kamu tu? Dari dulu sampai sekarang memang tak pernah nak berubah!” dengus Tuan Eizlan.
“ Daddy pun sama! Dari dulu sampai sekarang selalu nak manjakan budak cacat tu!”
Tuan Eizlan terkilan. Benar-benar terkilan bila seorang anak sanggup menghina darah dagingnya sendiri! “ Dia adik kamu!”
“ Ezzat tak ada adik cacat!” tegas Ezzat lalu mengalihkan pandangannya ke lain. Tidak berani dari terus menentang pandangan berapi milik si ayah.
“ Daddy rasa lebih bagus kalau ada seribu anak macam Denn dari seorang anak macam kamu! Yang tak beradab! Sombong! Angkuh!”
“ Yang jahat semuanya Ezzat, Dy! Denn tak pernah jahat kat mata Daddy!” Ezzat dah berdiri. Ruang tamu utama yang lengkap dengan penghawa dingin itu dah rasa panas macam matahari tercacak kat atas kepala. “ Dari dulu lagi Ezzat memang jahat! Ezzat tahu... Daddy pun benci Ezzat kan?” kali ini mata galak itu menentang sepasang mata milik Tuan Eizlan.
“ Daddy tak pernah benci anak-anak Daddy! Daddy sayang semuanya sama je! Tak ada yang lebih tak ada yang kurang...”
“ Hehh! Habis tu kenapa Denn dapat resort tu? Kenapa Ezzat tak dapat?” sinis.
“ Itu bahagian Denn! Daddy dah serahkan syarikat dekat Sarawak tu kepada kamu! Tak cukup lagi ke?” Tuan Eizlan menggeleng kepala. Rasa macam tak percaya anak yang selama ini dididik dengan baik menjadi tamak sebegini! “ Masa Daddy serahkan syarikat tu pada kamu, ada Denn kata apa-apa? Walaupun masa tu Daddy tak bagi dia apa-apa, dia tak bising pun! Kenapa bila Daddy nak bagi resort tu pada dia, kamu pulak yang tak puas hati?”
“ Ezzat memang layak pun dapat syarikat tu! Ezzat yang berpenat lelah bangunkan syarikat tu! Bukan macam Denn yang duduk goyang kaki je kat rumah.”
“ Siapa kata??” Tuan Eizlan juga sudah berdiri bertentangan dengan anaknya. “ Siapa kata Denn tak buat apa-apa? Dia yang handle semuanya. Daddy cuma membantu.”
Ezzat gelak. Sinis. “ Dia handle?? Mampu ke budak tu Dy?”
“ Jangan pandang rendah kat adik kamu tu,Zat. Sedikit masa lagi, dia mungkin akan mengalahkan kamu! Jangan berlagak sangat!”
“ Daddy memang selalu menangkan dia!” Ezzat terus mengorak langkah pergi dengan hati yang membara. Dalam perjalanan menuju ke kereta, dia bertembung dengan Denn.
“ Abang.” Denn senyum segaris walaupun dia tahu yang senyumannya itu tidak mungkin akan dibalas oleh seorang yang bergelar Muhammad Farouq Ezzat. Dan tidak lupa juga seorang kakak yang bernama Nur Aween Arisha yang juga tidak pernah ingin berbalas senyuman dengannya.
“ Jangan kau ingat kau dah ada resort tu, kau boleh berlagak dengan aku!” kasar pertuturan Ezzat.
Hilang senyum di bibir Denn. Rasa benci Ezzat padanya memang tidak pernah surut. Denn tahu Ezzat akan mempertikaikan tentang resort pemberian Daddy padanya itu. Ezzat mana pernah berpuas hati dengan apa yang dia ada! Apa yang dia dapat, Ezzat pun nak jugak!
Belum sempat Denn nak membalas kata-kata Ezzat, Ezzat dah menyambung semula langkahnya menuju ke kereta. Dan Denn tanpa menunggu lebih lama, terus melangkah masuk ke rumah.
“ Adik. Dari mana ni?”
Niat di hati nak terus masuk bilik tapi bila teguran Daddy menyapa gegendang telinga, Denn terus menuju ke ruang tamu utama. “ Teman kawan pergi beli barang.”
“ Kawan? Siapa? Nasyrah?” duga Tuan Eizlan.
Denn tak menjawab sebaliknya dia hanya tersenyum. Tahu Daddynya hanya nak mengusik. “ Dy, Abang Ezzat marah eh?”
“ Nak marah apa?”
“ Pasal resort tu...”
Tuan Eizlan mengeluh pendek. “ Kamu bukan tak tahu dengan perangai abang kamu yang sorang tu. Tak suka bila orang lain dapat lebih dari dia!”
“ Dy... Kalau abang tak suka, adik rasa tak payahlah nak..”
“ Adik.” Tuan Eizlan terus mencelah. Denn terdiam serba salah. “ Resort tu memang untuk kamu. Bukan untuk orang lain. Walau apapun terjadi, resort tu tetap milik adik.”
Dan apa lagi yang mampu Denn katakan? Dia hanya diam.
***
“ Daiym, is that really you??”
Miqhal tersentak saat dirinya disapa oleh seseorang. Langkahnya terhenti tidak jauh dari pintu masuk restoran. Dia berpaling.
“ OMG! It’s really you!” gadis itu sungguh teruja.
“ Hai. Pernah jumpa kan sebelum ni?” soal Miqhal ragu-ragu. Dia pernah lihat gadis dihadapannya itu tapi lupa dimana mereka berjumpa.
“ Sasha! I Sasha! You tak ingat I ke?”
“ Sasha?”
“ Ad’s girlfriend.”
“ Oo!! Ya, ya..Sasha!” the very the gedik girl! Macam manalah aku boleh lupa!
“ You buat apa kat sini?”
“ I jumpa kawan. You sorang je ke? Mana Ad?”
“ Sayang...”
Satu suara terlebih dahulu mencelah sebelum Sasha sempat menjawab soalan Miqhal. Mata Miqhal terus mencari siapakah gerangannya. Miqhal terdiam tak tahu nak cakap apa bila tengok Sasha dah memeluk manja lengan seorang lelaki yang agak berusia. Lelaki itulah yang bersuara tadi. Lelaki itulah yang memanggil Sasha ‘sayang’. Bukan ke sepatutnya panggilan itu Ad sahaja yang layak memanggil? Mana Ad?
“ Daiym, ini Tuan Rashdan.” perkenal Sasha.
“ Daiym.” Miqhal menghulurkan tangan untuk berjabat dengan lelaki yang mungkin sebaya papanya itu.
Lelaki itu menyambut huluran tangan Miqhal. “ Kawan sayang ke?” dia menyoal lembut Sasha disebelah.
“ Yes, darling...” jawab Sasha.
Miqhal meluat! Dia rasa tak sanggup lagi nak melihat drama swasta kat depan mata sekarang. Tiba-tiba darah rasa mendidih memikirkan Ad. Nampaknya Ad dipermainkan oleh Sasha. Sampai hati Sasha melakukan Ad sebegitu rupa. Ad memang nyata menyayangi Sasha sampai sanggup memusuhi Miqhal hanya kerana sedikit salah faham yang juga melibatkan Sasha. Tapi Sasha.....
Miqhal dah tak sanggup. Dia terus meminta diri untuk pergi. Selepas berpamitan, Miqhal terus melangkah laju memasuki restoran tersebut. Perlukah dia memberitahu semua ini kepada Ad? Tapi kalau diberitahu pun, macamlah si Ad tu akan percaya. Memang betullah cinta boleh buat orang buta!
***
Miqhal dan K sama-sama berbaring menengadah langit. Aktiviti yang sudah agak lama ditinggalkan semenjak masing-masing sibuk dengan hidup sendiri. Kalau dulu, selalu je Miqhal, K, Ad dan Denn lepak-lepak kat Bukit Indah ni. Kini semuanya dah berbeza. Bukan macam dulu lagi. Sekarang ni, nak berkumpul pun payah. Kalau dapat pun, salah seorang mesti tak ada. Tak pernah cukup empat orang macam dulu. Semua dah macam jauh.
“ Ad nampak macam banyak problem.” K bersuara perlahan.
Miqhal menoleh, memandang K. “ Banyak problem? Macam mana tu? Orang dah lama tak jumpa Ad la, B.”
K mengeluh pendek. Dia tak tahu samada perlu memberitahu perkara ini kepada Miqhal atau tak. Tapi, K rasa Miqhal patut tahu. Dan mungkin Miqhal boleh bantu. “ OD dah tak macam dulu... Pekerja pun dah kurang sekarang.” K menyusun kata.
“ Kenapa? Ad pecat?” soal Miqhal tak sabar-sabar.
“ Ada yang Ad pecat. Ada yang resigned. Semua dah tak tahan dah kerja kat situ. Yang tinggal sekarang semua yang bekerja hanya kerana kasihankan Ad. Kan aku pernah cakap, Ad sekarang macam raksasa lapar dan bila-bila masa je dia boleh mengamuk!” K bangkit duduk dan membetulkan posisi duduknya supaya dapat menghadap Miqhal yang masih berbaring. “ Gaji kitaorang pun dia tak bayar.”
“ Woo, itu dah kes serius!” Miqhal bersuara separuh terkejut. “ Dia ada masalah duit ke? OD punya perniagaan tak maju eh lately?”
K angkat bahu. “ Tak tahu lah. Tapi kalau terus-terusan macam ni, lingkuplah OD.”
“ Siapa yang masih stay kat OD tu?” ujar Miqhal ingin tahu.
“ Boy, Aunty Ina, Abang Jodi, Eypul dengan Shiyda. Tu pun tak lama lagi, diaorang pun blah lah kut. Diaorang pun nak cari makan jugak. Takkan nak kerja for free? Sampai bila?”
“ Berapa lama dah Ad tak bayar gaji kau? Kenapa aku tak tahu?” soalan Miqhal yang ini dah bunyi lain sikit.
K terdiam. Serba salah. Pasti Miqhal marah sebab dia dah lama menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan Miqhal.
“ Dah pandai nak berahsia dengan aku sekarang?”
“ Aku bukan tak nak bagitau kau tapi..”
“ Kau tak nak aku tolong kau?”
“ Kau dah banyak sangat tolong aku...”
“ Sukahati aku lah kalau aku nak tolong kau banyak mana pun! Bukannya kau berdosa pun kalau biar aku tolong!” sedih! Berjauh hati! Tersinggung! Geram! Marah! Semua perasaan itulah yang Miqhal rasa sekarang ni.
“ Tahulah..tapi..”
“ Kau ni kan B... Selalu buat aku macam orang luar, kan?” suaranya berubah sayu tiba-tiba. Sedih bila diri dilakukan sebegini rupa. Kalau oleh orang lain tak apa tapi ini K... K bukan kenal dia untuk sehari dua. Dah hampir dua tahun! Tapi bila benda ni terjadi..dia kini sedar yang diri dia tak ubah seperti orang luar bagi K. Orang luar yang tak layak nak berkongsi apa-apa masalah dengan K. Orang luar yang tak punya hak untuk membantu K menyelesaikan masalahnya. Orang luar yang dirasakan tidak wajar untuk menolong meringankan beban yang tergalas di bahunya.
“ Mana adaaaa..” sah! Sah lah si Miqhal ni salah faham!
“ Ada je!” keadaan dah mula tegang. “ Kalau ada masalah, suka pendam sendiri. Apa salahnya kalau kau kongsi masalah tu dengan aku? Kenapa? Kalau kau share masalah kau, kau terus mati ehh?” K diam. Miqhal kalau dah marah, memang kata-katanya kasar sikit. “ Tak, kan?? Selama ni kau anggap aku sebagai apa, B? Kawan? Atau orang asing yang sibuk nak ambil tahu hal kau?”
Tak... Tapi K hanya menjawab dalam hati. Suaranya tidak mampu keluar. Macam ada benda yang menyekat.
“ Aku tanya ni. Jawablah!”
“ Tak perlu lah marah.....” takut-takut K bersuara.
Miqhal merengus. “ Kalau lepas ni kau ada masalah, dan aku dapat tahu kau sembunyikan masalah kau tu dari aku, aku dah tak nak kawan dengan kau lagi! Anggap je kita tak pernah kenal!”
“ Sampai macam tu sekali???”
“ Yalah! Suka sangat simpan seorang diri kan? Lebih baik aku tak payah wujud! Aku ada pun, tak guna! Bukannya dapat tolong kau pun!”
K mencemik. Takut-takut dia nak pandang muka Miqhal yang tengah marah tu. Lelaki tu kalau marah, muka memang garang gile! Macam muka penjahat je. Tapi walaupun muka macam muka penjahat..K tetap suka! Lebih-lebih lagi tang mata dia tu haa...cantik! Siapa kata mata perempuan je yang menawan? Mata Miqhal ni pun menawan tau! Mata redup, dengan anak mata hitam. Lepas tu bulu mata yang tebal dan lentik, tak perlu pakai maskara pun bulu mata tu dah cantik dah! Ditambah pula dengan kening yang lebat. Hmm..Indahnya ciptaan TUHAN. Dan K paling suka bila tengok Miqhal senyum dan ketawa. Bila lelaki tu senyum dan gelak, mata dia macam hilang, tinggal garis je dan kat hujung mata dia tu ada wrinkles which is K rasa menarik dan indah untuk dipandang!
“ Apa tengok-tengok??”
K tersentak bila disergah macam tu. “ Jangan!”
“ Jangan apa??”
“ Jangan tinggalkan aku! Aku janji lepas ni aku akan bagitau kau semua masalah aku...but please.. Jangan tinggalkan aku? Aku masih nak kawan dengan kau lagi...” rayu K. Aku masih nak tengok mata kau lagi. Aku masih nak tengok kau gelak. Aku masih nak tengok kau senyum. Aku masih nak tengok kau berlagak bila berjaya buat bentuk ‘0’ dengan asap rokok kau tu. Walaupun aku tak suka asap rokok, tapi aku suka kau dan bila aku sukakan kau, aku dah tak peduli lagi dah pasal rasa tak suka aku kat asap rokok tu. Kau faham tak Miqhal?? K pandang Miqhal dengan pandangan yang penuh mengharap. Berharap supaya Miqhal mendengar segala apa yang terbuku di hatinya. Tapi..dia tahu yang Miqhal tak akan dapat dengar semua tu!
“ Betul??”
“ Promise!” K angkat tangan bagaikan bersumpah.
Miqhal menarik nafas lega. Kata-kata dia tadi tu cuma sekadar nak menggertak je. Padahal dia pun belum tentu mampu nak tinggalkan K terkapai-kapai sorang diri. Tak sanggup rasanya nak tengok K dari jauh tanpa ada rasa nak mendekati. Betul. Kalau dia dengar suara K, secara automatiknya dia akan cari K dan dia mesti tengok K ada kat depan mata dia! Dia tak boleh dengar suara tu je. Ingat lagi masa tidur rumah opah Ad dulu, dia tengah berusaha nak tidur balik selepas sembahyang Subuh tu tapi tak berjaya bila dia dengar suara K tengah borak dengan opah. Dan masa tu dia tanpa fikir panjang terus keluar dari bilik dan join K dengan opah kat dapur. Dia tak cakap apa-apa pun cuma tengok je opah yang tengah ajar K buat karipap. Dan sedar tak sedar, dia tertidur kat atas meja makan dengan berbantalkan lengan. Sebab itulah K sangat istimewa baginya.
“ Aku akan tanya Ad pasal gaji tu.”
K hanya diam dan mengangguk.
“ Kenapa tak jawab? Dah tak ada mulut?”
K buat muka. “ Kau tak perlulah marah-marah aku!”
“ Dah kau diam je.... Aku fed-up lah!”
“ Dengan aku fed-up. Kalau dengan Ryana, mesti kau tak fed-up kan?”
Miqhal merenung K tajam. K memang selalu sebut nama Ryana. Sedangkan dah berkali Miqhal menegaskan yang dia dengan Ryana memang tak ada hubungan istimewa pun! “ Aku dah cakap dah kan...” kali ni suara Miqhal tidak setinggi dan sekeras tadi. “ Bagilah aku sejuta Ryana sekalipun... Aku tetap akan cari Kyra aku. Dah! Senyum sikit!”
U-TURN
No comments:
Post a Comment