Tuesday, 17 April 2012

U - Turn 30



“ Miq... Lepas baby ni lahir, kita macam mana?”
Soalan yang tiba-tiba meluncur keluar dari mulut Ryana membuatkan jemari Miqhal yang tadinya sibuk menekan keypad telefon bimbitnya terhenti. Dikerling sekilas isterinya itu disebelah. “ Ni kenapa tiba-tiba tanya ni?” tangan kembali bekerja. Selepas habis menaip mesej, BlackBerry diletakkan ke tepi. Pandangan ditala ke skrin TV yang tengah menayangkan Buletin Utama. Tapi fokus Miqhal dah hilang semenjak dia menerima mesej dari K sebentar tadi. K yang tiba-tiba hantar SMS tulis ‘I love you’. Buat Miqhal senyum sampai ke telinga.
“ Tak boleh ke kita jadi macam dulu?”
Miqhal terdiam sejenak. Tidak tahu jawapan apa yang sesuai untuk soalan Ryana itu. Boleh ke mereka jadi seperti dulu? Boleh ke?
“ Kita hidup macam ni pun tak guna, Miq... Mungkin you dah bencikan I tapi..”
“ I tak pernah benci you.”
“ Jadi, kenapa layan I macam ni?”
“ You nak I layan you macam mana lagi?”
“ Macam dulu!”
Miqhal mengeluh pendek. Dia mengatur sedikit posisi duduknya supaya menghadap Ryana. Bila melihat wajah itu, simpatinya jatuh. Itulah kawan dia sejak kecil. Kawan yang dah lama kenal dengan dia. Kawan yang memahaminya. Tak sangka kawan itu jugaklah yang telah merubah kehidupannya sekarang. Siapa sangka dia akan bergelar suami kepada Ryana? Dia sendiri pun tak pernah terfikir benda tu akan terjadi. Tapi..siapa kita yang nak menentukan masa depan? Kita hanya merancang. Selebihnya, kerja Tuhan. DIA lebih tahu apa yang baik untuk kita. “ Boleh bagitau I siapa bapa kepada bayi yang dalam perut you tu?”
“ Miq, kita dah cakap pasal ni kan?”
“ Ya, memang kita dah cakap tapi you tak pernah bagi I jawapan pun. Kenapa nak berahsia? I’m your husband! I’ve the right to know.”
Ryana tunduk sekejap. Mungkin mencari perkataan untuk menjelaskan atau juga mungkin mencari alasan untuk lari lagi dari menjawab soalan yang sudah lebih dari sekali dipersoalkan oleh Miqhal. Mengingatkan tentang ayah kepada anak yang dikandungnya ini membuatkan hatinya dipagut sayu. Sungguh, dia tidak ingin semua ini berlaku kepadanya tapi..itulah takdirnya.
“ Kalau you bagitau I siapa, I janji lepas ni I takkan bukak lagi cerita pasal ni..” Miqhal bersuara lagi. Tangannya mencapai tangan Ryana lalu digenggam erat. Seolah-olah dengan cara itu dia dapat meminjamkan sedikit kekuatan kepada isterinya itu supaya Ryana berterus terang. “ I promise.” yakinnya lagi.
Perlahan Ryana mengangkat muka. Ada air mata yang mengalir di pipi itu. Matanya bersatu dengan mata Miqhal yang merenungnya tajam. “ Andika.” nama itu disebut perlahan, tapi cukup untuk didengari oleh Miqhal. “ I kenal dia hampir dua tahun. Dia baik. Sangat baik..”
Miqhal diam, tidak menyampuk walaupun hatinya dah merungut bila mendengar pujian dari mulut Ryana. Baikkah lelaki itu kalau dia dah merosakkan seorang gadis? Dan sangat baikkah dia kalau dia meninggalkan gadis yang sedang mengandungkan benihnya?
“ We loves each other.” Ryana menyeka air matanya. “ Malam tu dia lamar I..”
“ He did?”
Ryana angguk seraya tersenyum hambar. “ I happy sangat... Dan malam tu jugaklah kitaorang terlanjur. Bila I tahu I pregnant, I cari dia. I bagitau dia semuanya..”
“ Dia tak nak bertanggungjawab?”
Ryana menggeleng. “ Bukan macam yang you sangka. Dan tak seperti yang orang lain sangka..” jelas di mata Ryana kerutan di dahi Miqhal.Mungkin hairan dengan kata-katanya. “ Andi memang nak bertanggungjawab... Dia sendiri yang cakap dia akan jelaskan sendiri dengan mama dan papa. Dia baik, Miq..”
“ Tapi kenapa dia hilang, Ryana? Kenapa dia buat you macam ni?”
“ Dia tak hilang.” Ryana cuba mengawal perasaannya tapi dia gagal. Bila teringatkan pasal Andika, air matanya akan terus mengalir keluar.
“ Habis tu?”
“ Malam yang dia nak pergi jumpa mama dan papa, dia accident.”
“ Accident??”
Ryana mengangguk. Air mata semakin laju merembes keluar. Dan tanpa disangka, Miqhal meraih tubuhnya kedalam dakapan. Dan dia menangis dibahu lelaki itu. Di bahu seorang lelaki yang bergelar suami! “ Dia tak jahat, Miq...” Ryana tahu selama ini orang menganggap yang bapa kepada anak yang dikandungnya sekarang adalah seorang yang tidak bertanggungjawab. Ryana tahu banyak mulut yang mengata lelaki itu. Tapi hakikatnya, Ryana pendamkan seorang diri. “ Dia tak jahat. I yang jahat... Kalau I tak paksa dia malam tu, dia takkan kemalangan.. Dia takkan mati, Miq!”
“ Shushh..Shusshh...” Kepala Ryana diusap lembut. “ Bukan salah you...”
“ Memang I yang salah!”
“ No, Ryana..” Miqhal cuba menenangkan Ryana yang dah mula teresak-esak dalam dakapannya. Tidak disangka gadis itu menyimpan semua tu seorang diri. Kehilangan seorang yang amat disayangi pada saat orang itu amat diperlukan adalah sangat menyakitkan. Walau tidak pernah merasainya tapi Miqhal dapat memahami. Kehilangan. Siapa yang sukakan kehilangan?
“ I yang  jahat.”
_never leave_
 “ Ad! Dah berminggu-minggu aku try call kau! Kau ni apesal?”
Ad tergelak. Mendengar suara K di hujung talian menggamit rasa rindunya. Tapi untuk kembali semula ke Bougainvilea, dia rasa dia masih belum bersedia. “ Apahal? Semua okey ke?”
“ Semua tak okey sebab kau lah! Bila kau nak balik sini?”
“ Apa sebab aku pulak??” Ad melabuhkan punggung ditangga. Dia membuang pandang ke sekeliling rumah. Sepi. Opah keluar pergi mengurut. TinggALLAH dia keseorangan di rumah yang agak besar untuk dua orang itu. Beginilah hidupnya selama dia berada di kampung. Masanya banyak dihabiskan di rumah. Hanya keluar jika ada urusan di bandar. Selebihnya, dia lebih gemar berada di kampung.
“ Sebab kau tak reti-reti nak balik!”
“ Aku balik pun bukannya boleh buat apa-apa... Aku bukan boss kau lagi yang nak bagi kau duit tiap-tiap bulan. So, what’s the problem?” teringat lagi masa dia masih menguruskan Ours Diner dulu. Bila hujung bulan je, semua pekerja tengok dia dengan muka bersinar-sinar. Nak gaji lah tu!
“ Kau ingat aku kisah sangat ke pasal duit kau tu?”
Ad gelak. “ Yalah... Aku tahulah kau ada Miqhal... Mana kau nak kisah lagi dengan gaji kerja kat OD tu..Kannnn??” sengaja suaranya dileretkan untuk mengusik K.
“ Diamlah! Ingat aku hadap sangat ke dengan duit Miqhal tu?”
“ Eh, duit aku kau tak kisah, duit Miqhal pun kau tak hadap, habis tu? Jangan-jangan kau ada sugardaddy tak???” usik K lagi.Lama sungguh tak membuli si K ni. Kalau dulu, hari-hari! Entah macam manalah rupa K sekarang ni. Dah panjang ke rambut dia? Masih lagi ke dia pakai cap merah biru tu? Masih lagi ke makan M&Ms hari-hari? Hmm... Baru empat bulan berjauhan. Dia rasa bagaikan bertahun-tahun.
K gelak. “ Sugardaddy kepala hotak engkau!” bila Ad bukak cerita pasal sugardaddy tu, dia terus terbayang macam mana kalau betul dia ada sugardaddy! Mesti dia dah pakai Ferrari sekarang ni... Wahaha! Berangan! Tapi...ada ke Dato’-Dato’ dan Tan Sri-Tan Sri yang nakkan dia?? Haha. Jawapannya, anda fikirlah sendiri!
Ad turut tertawa. “ Weh, I miss you doh!”
K terdiam sejenak. Tiba-tiba dia rasa nak nangis. Sedih! Dia betul-betul rindukan lelaki yang tengah bercakap dengannya sekarang ni.
“ K... Kau dengar tak ni?” soal Ad lagi bila K tak memberi respon.
“ Baliklah Ad...!” rengek K macam budak kecik.Air mata yang mengalir di pipinya dikesat pantas. Takut kalau-kalau ada yang melihat.
Ad tertawa. Hambar. “ Kau nangis ke?” dia dapat mengesan suara K yang dah lain macam. Nada suara pun sayu je. “ Janganlah nangis...”
“ Aku nak kau kat sini. Aku ada banyak benda nak cerita dengan kau. Baliklah...” pujuk K lagi.
Ad mengeluh. “ Janganlah macam ni... Ni yang aku tak suka on phone ni! Kalau kau tak berhenti nangis, aku tak nak cakap dengan kau lagi! Aku letak phone! Aku letak ni.... Aku letak....” Ad cuba untuk menakut-nakutkan K.
“ Ehh jangan-jangan!”
“ Haaa... Tau takut!” taktiknya berjaya. “ Apa benda yang macam banyak sangat yang kau nak cerita tu? Cerita lah... Aku dengar ni.”
“ Tak bestlah cerita dalam phone!” rengus K. Airmatanya dah berhenti mengalir. Dia berbaring malas di sofa ruang menonton. Hari ini dia tidak bekerja. Kenapa? Sebab demam. Ya, bunyinya macam lucu. Yalah, macam tak padan je dia demam. Tak kena lah! Tapi dia betul-betul tidak sihat. Suhu badannya naik mendadak dan dia asyik pening kepala je. Sekarang ni dapat flu pulak. Dan coming soon batuk pulak kut sebab tekak dah rasa lain macam. Hebat kan? Full package of demam!
“Miqhal dengan Denn okey?”
“Miqhal okey. Denn terlebih okey!”
“ Kenapa? Resort dia dah siap eh?”
“ Belum lagi lah. Tapi dia nak....”
“ Eleh... Nak suspen pulak! Cakaplah dia nak apa? Nak kahwin?”
“ Ya, tepat sekali!! Hohoho!”
“ K, you’re not kidding kan??”
“ I am not!” tegas K. Dalam dia bercakap dengan Ad, sempat dia mengangkat kepala kepada Ie yang melintasi ruang menonton. Dilihatnya lelaki itu masih dengan pakaian kerja. Balik dari kerja kut. Tapi jam baru pukul tiga. Awalnya?
“ Bila dia nak kahwin?”
“ Haaa yang tu kau kena tanya dia sendiri. That’s why lah kau perlu balik Ad! We need you here!”
For what? Nak suruh aku jadi bestman ke apa ni?”
“ Tak. Kau perlu jadi tok kadi. So, kau mesti balik!” K bangkit duduk bila Ie dah memberi isyarat yang dia nak duduk kat sofa yang sama. K hanya memandang hairan bila Ie dah melabuhkan punggung disebelahnya.
Ad gelak. “ Okey... Aku balik.”
“ Yessssss!!!!” K dah bersorak riang. Hilang semua lemah badan dia bila dia akhirnya berjaya memujuk Ad untuk kembali semula ke Bougaivillea. Dia tak kisah dengan Ie yang memandangnya penuh kehairanan. Yang dia tahu, dia tersangat lah gembira! “ Betul eh???”
“ Iye! Tapi dengan satu syarat!”
“ Apa-apa je derr!!” K menjegilkan mata bila Ie menariknya supaya duduk semula ke sofa sebab tadi dia berdiri bila dengar Ad bersetuju untuk balik. Tindakan refleks.
“ Kau kena jemput aku balik... Boleh?”
No hal! Tapi kau kat mana??”
Ad tersenyum mendengar soalan itu. Memang tak ada sesiapa pun yang tahu dia di mana sekarang ni. Kecuali keluarganya sebab dua bulan yang lepas abangnya balik kampung dan terjumpalah dia di rumah opah. Jadi dari situlah dia kantoi! Bila abang dia dah tahu, berita tu tersebarlah sampai semua keluarga dia tahu. “ Bila aku rasa nak balik nanti, aku text kau alamatnya ehh?”
“ Alaaa... Balik esoklah, Ad???”
“ Eh tak boleh... Aku ada hal... Nanti aku text kau, okey? Tapi jangan bagitau Miqhal dan Denn tau. Aku nak buat surprise sikit!”
“ Yalah-yalah... Tapi.. Kau kat mana, Ad? Kang tak pasal-pasal aku kena pergi London jemput kau! Gila ke apa??”
Ad gelak. “ Bukan London lah. Aku dekat je... Jalan kaki pun boleh sampai!”
“ Yalah tu... Eh, Ad.. Kat sini ada lalat lah.. Sibuk je dengar orang cakap!” sengaja K menekankan suaranya. Dia menjeling geram ke arah Ie yang merenungnya dengan muka bersahaja. “Nanti kau text aku bagi alamat tau.”
“ Yalah-yalah. By the way, siapa lalat tu? Miqhal eh?”
“ Lalat ni lebih teruk dari Miqhal. Miqhal tu kira lalat handsome. Ni lalat yang... Awwww!!!!” K meraung bila Ie mengapit kepalanya dengan lengan. “ Bang Ie!!!!!”
Siapa Bang Ie?? Ad merenung telefon bimbitnya. Pelik bila tiba-tiba K menjerit memanggil nama tu. Telefon kembali ditekapkan ditelinga. Ad menggeleng kepala bila mendengar K yang merungut-rungut marah. Dan terdengar jugak suara seorang lelaki yang tengah gelak. Mungkin itulah Bang Ie yang K sebut tadi. Dan mungkin itu jugaklah lalat yang dimaksudkan oleh K. “ K???”
“ Later!”
Dan talian terus diputus.
“ Bang Ie! Lepaslah!!” K cuba menolak tangan sasa Ie.
“ Siapa lalat, siapa???”
“ Okey-okey! Sorry! Lepaslah Bang Ie! Orang demam ni...” K cuba meraih simpati.
“ Demam?” tangan Ie yang bebas ditekap ke dahi K. Panas. “ Siannya dia...” Ie tidak lagi mengapit kepala K sebaliknya kepala itu ditarik lembut supaya landing atas bahunya. “ Dah makan ubat ke belum ni?” soalnya perlahan.
K mengatur sedikit posisi badannya supaya dia lebih selesa. “ Bukan ubat yang menyembuhkan penyakit kita..Tapi Tuhan. So..”
“ Tapi kita perlu berusaha untuk sembuh. So, kena makan jugak ubat!” Ie terus memotong. K mencebir. “ Dah pergi klinik? Kalau belum, abang bawak K ke klinik sekarang.”
“ Dah!” cepat je K menjawab bila dengar perkataan ‘klinik’. Sedangkan dia tak jejak pun tempat yang bernama klinik tu. Dia memang tak suka pergi klinik! Tolonglah!! “ Bang Ie tak kerja ke? Awal betul balik hari ni...” melihat Ie yang diam, cepat-cepat K mengambil peluang itu untuk menukar topik.
“ Kerja... Tapi badan rasa lain macam. Ni yang balik ni... K lah yang bawak wabak! Kalau tak, tak adalah abang pun demam.”
K mengalih kepalanya dari terus terlentok di bahu Ie. Dia memandang lelaki disebelahnya itu dengan pandangan tak percaya.
“ Apa??”
K tak menjawab sebaliknya dia menekapkan telapak tangannya ke dahi Ie. Memang panas! Sahlah lelaki itu pun demam! “ Bang Ie pun demam ke??” K betul-betul tak percaya!
Ie senyum. “ Jom kita makan ubat sama-sama??”
_never leave_
“ Denn!!!!”
Mereka sekeluarga digemparkan dengan kedatangan Ezzat yang tiba-tiba. Denn tersentak. Aiqal dan Tuan Eizlan dah berdiri. Ezzat pula masih dengan langkahnya mendekati Denn. Dengan muka yang merah padam dan dada yang turun naik menahan nafas, cukup mengerikan. Denn lantas bangkit.
“ Abang!”
“ Siapa abang kau??? Siapa??” kolar baju Denn dicengkam kuat hingga membuatkan Denn tercungap-cungap.
“ Astaghfirrullahalazim! Ezzat!” Tuan Eizlan menerpa ke arah Ezzat. Begitu juga Aiqal. Mereka berusaha untuk meleraikan cengkaman Ezzat yang begitu kuat sekali di leher baju Denn. Melihat muka Denn yang dah mula merah,membuatkan mereka semakin bimbang. “ Ezzat! Lepaskan!! Dia adik kau! Jangan jadi bodoh!”
“ Aku tak ada adik cacat macam ni!!” dengus Ezzat.
“ Ezzat!” dengan segala kekuatan, Aiqal menarik tubuh Ezzat sehingga cengkamannya di leher baju Denn terungkai. “ Kau dah gila ke apa ni??!”
“ Eh kau jangan masuk campur lah! Ini hal aku dengan adik kau yang bodoh tu! Dahlah cacat, bodoh pulak tu! Eh, Denn! Kau sedar la diri tu sikit! Kau tu tak sempurna, kau ingat Nasyrah tu terima kau sebab dia betul-betul cintakan kau ke? Jangan mimpi lah Denn! Dia tu cuma kesiankan kau je!”
“ Ezzat... Kita boleh bincang perkara ni baik-baik. Tak perlu bergaduh macam ni...” Puan Mona bersuara.
“ Bincang baik-baik pun tak guna, bunda! Ezzat tahu tak ada sorang pun nanti yang akan support Ezzat! Semua orang sokong budak bodoh ni! Dia kalau bunuh orang sekalipun, bunda dengan daddy tetap akan cakap dia tak bersalah!!” Ezzat menunjal-nunjal kepala Denn.
“ Stop it!” tubuh Ezzat kembali ditolak ke belakang. “ Kau boleh jadi dewasa sikit tak? No wonderlah Nasyrah tolak pinangan kau. Kalau diri kau macam ni, sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak mengamuk, tak ada siapalah yang tahan dengan perangai kau tu! Cubalah bawak bersabar sikit!” Aiqal cuba menahan amarahnya. Kalau diikutkan hati, mahu naik kaki dan tangan dia ke tubuh Ezzat yang sudah melampau tu. Datang tiba-tiba lepas tu nak mengamuk! Orang nak lunch dengan aman pun tak senang. Ni entah dari mana dia dapat berita tentang perkahwinan Denn dan Nasyrah yang akan berlangsung tak lama lagi. Setahu Aiqal, Ezzat berada di luar negara. Pergi bercuti setelah pinangannya ditolak. Sekarang ni tiba-tiba datang. Seram!
“ Aku dah agak dah kau yang hasut Nasyrah supaya tolak pinangan aku!” Ezzat masih tidak berhenti menuduh.
Denn tersenyum. “ Adik tak buat apa-apa pun. Nasyrah sendiri yang tolak pinangan abang. Sepatutnya abang kena nilai diri abang sendiri. Adik rasa lega sebab Nasyrah tolak pinangan abang. Adik tak nak, kalau  Nasyrah dah kahwin dengan abang nanti, abang buat dia macam sekarang ni. Mengamuk, tengking dia, tunjal kepala dia. Sorry, adik takkan bagi abang peluang buat semua tu.” lembut tapi sinis Denn menuturkan.
Dia sedar ketika ini dia tidak boleh lagi berdiam diri. Dia perlu bersuara walaupun kata-katanya akan menyakitkan. Kalau dia tidak bersuara, dia yang akan disakitkan. Cukuplah sehingga hari ini. Dia tak nak lagi jadi Denn yang cepat mengalah. Dia perlu jadi kuat. Sebab tak lama lagi dia akan ada tanggungjawab yang lebih besar. Kalau dia lemah, mampukah dia bertahan jika rumah tangganya nanti dilanda badai?
“ Celaka kau!!! Kau nak sekolahkan aku pulak ye??!” Ezzat tidak dapat bertindak dengan lebih ganas bila tubuhnya ditahan oleh Tuan Eizlan dan Aiqal. Kalau tidak, pasti lunyai Denn dikerjakannya. Geram bila Denn yang selama ini diam sudah pandai menjawab!
“ Ezzat! Enough is enough!!” Tuan Eizlan bersuara lantang. “ Denn tak bersalah dalam hal ni! Kau sendiri yang bersalah! Jangan asyik nak salahkan orang lain! Betul kata adik kau tu, kau kena nilai diri tu dulu. Baik ke buruk diri tu sebelum mengata orang lain macam-macam! Sekarang ni pergi balik! Balik rumah kau!! Aku taknak tengok muka kau kat sini selagi kau tak berubah! Pergi!”
Fine! Selama ni memang Ezzat jahat! Ezzat tahu! Ezzat sedar! Tapi pernah ke daddy tanya kenapa Ezzat jadi macam ni? Pernah? Pernah ke bunda tanya? Tak pernah kan?” suara Ezzat masih kasar tapi terselit nada sayu dalam suaranya. “ Bila Ezzat buat baik, pernah daddy puji macam daddy selalu puji adik?? Tak pernah, kan? Daddy tak pernah tengok kebaikan yang Ezzat buat... Sebab semua tumpuan daddy, tumpuan bunda, hanya satu! Hanya untuk Denn! Untuk adik! Untuk anak kesayangan daddy dan bunda tu! Pertama kali Ezzat pukul orang sampai lebam kat sekolah dulu tu, tahu kenapa Ezzat buat semua tu? Pernah daddy tanya? Tak pernah kan? Sebab dalam kepala daddy dah terset yang Ezzat ni budak nakal! Bila Ezzat pukul orang, daddy terus buat kesimpulan yang Ezzat bersalah! Sedangkan, budak yang Ezzat belasah tu hina budak cacat. Dan budak cacat yang dia hina tu adik Ezzat, dy... Salah ke kalau Ezzat pertahankan adik Ezzat?”
“ Ezzat...” Puan Mona cuba merapati anaknya tapi Ezzat menggeleng.
“ Ezzat jadi macam ni sebab daddy..Sebab bunda! Sebab semua orang! Semua orang anggap Ezzat jahat!” air mata dah bergenang di tubir mata Ezzat. Segala yang dipendam selama ini sudah diluahkan hampir kesemua. “ Ezzat tak menyesal jadi budak jahat... Sebab dengan jadi budak jahat tu lah Ezzat dapat perhatian dari daddy dan bunda. Ezzat tak menyesal!”
“ Ezzat..Daddy...” Tuan Eizlan ingin mendekati tapi seperti Puan Mona tadi, Ezzat menjauhkan diri. Anaknya itu melangkah selangkah ke belakang. “ Daddy tak tahu, Zat..”
“ Daddy tak pernah ingin tahu... Sebab Ezzat bukan Denn.” sayu Ezzat menuturkan sebelum dia melangkah keluar dari rumah agam itu dengan linangan air mata di pipi. Siapa kata dendam itu dapat memuaskan hati? Langsung tak. Sebab ianya hanya menyeksa diri sendiri!
“ Ya ALLAH... Kita yang bersalah, bang... Kenapa selama ni kita tak pernah nampak semua tu...” Puan Mona hampir rebah tapi sempat disambut oleh Tuan Eizlan. “ Kita yang bersalah bang....”
“ Bunda... Bertenang dulu...” Aiqal cuba menenangkan Puan Mona.
“ Bawak dia balik, Qal. Bawak Ezzat balik..” rintih Puan Mona lagi.
“ Jangan risau bunda... Adik akan bawak Abang Ezzat balik...” Denn menjawab bagi pihak abangnya. Dia dapat melihat Aiqal mengangguk, bersetuju dengan kata-katanya.
_never leave_
“ Kalau baby boy, I nak bagi dia nama Hafiy Andika. What do you think?” soal Ryana sambil tangannya sibuk menyisir rambutnya yang lurus paras bahu.
Miqhal tersenyum nipis. Dikerling Ryana sekilas. Isterinya itu nampak sangat seksi dengan rambut yang masih basah begitu. Ditambah pula dengan baju tidur Ryana yang agak nipis. Entah kenapa Miqhal berminat untuk meneroka setiap inci tubuh Ryana malam ini. Tidak seperti malam-malam sebelumnya. Dia langsung tidak bernafsu. Tapi kenapa hari ini.... Astaghfirrullahalazim!
Miqhal terus memejamkan matanya. Cuba menahan gelora di hati. Dia tidak boleh membiarkan perasaannya terus hanyut. Kalau tidak parah! Walaupun Ryana isterinya tapi... ahhh!! Tak boleh!
“ Miq! You dengar tak I cakap ni?”
Ryana berpaling dari terus menghadap meja solek. Dia memandang Miqhal yang sedang bersandar di kepala katil dengan mata yang terpejam rapat. Tidurkah? Tak mungkin! Mandi pun belum lagi dah nak tidur. Lagipun jarang benar Miqhal tidur awal. Kalau belum masuk pukul 1 pagi, memang lelaki itu takkan berada di bilik. Walaupun dah berbulan-bulan berkongsi bilik, Miqhal belum pernah lagi tidur sekatil dengannya. Sofa panjang disudut bilik tu lah yang jadi katil dia. Pernah Ryana mencadangkan agar dia berpindah ke bilik yang satu lagi, sekurang-kurangnya tidaklah dia tidur atas sofa macam tu. Tapi dia tak nak. Dia kata senang kalau duduk sebilik. Kalau ada sesuatu yang buruk terjadi, dia ada kat dalam bilik tu untuk selamatkan Ryana. Hati perempuan Ryana tersentuh bila mendengar penjelasan Miqhal. Tanpa disedari, wujud perasaan lain di hatinya. Tak salahkan seorang isteri mencintai suaminya sendiri?
“ Apa dia?” soal Miqhal seraya mencelikkan matanya. Tapi dia mengelak dari bertentang mata dengan Ryana. Dia berpura-pura melekakan diri dengan BlackBerry nya.
“ You ngantuk eh? Pergilah mandi dulu... Lepas tu, tidur...” ujar Ryana seraya melangkah mendekati Miqhal. Punggung dilabuhkan dibirai katil. Dia dapat mengesan riak Miqhal yang sedikit gelisah saat dia duduk di atas katil itu. “ Are you okay? You look pale!”
“ Ya..” Miqhal berdehem membetulkan suaranya yang tiba-tiba serak. “ I’m okay. Just tired.” dia cuba menjarakkan dirinya dengan Ryana.
“ You tu kerja kuat sangat. Betul kata mama, you ni workaholic. Balik malam-malam macam ni. Dah makan ke belum ni?” soal Ryana lagi. Selepas dia menceritakan perihal arwah Andika kepada Miqhal, dia rasa semakin selesa. Lagipun, selepas Miqhal mengetahui cerita sebenar, Miqhal tak lagi bersikap dingin dengan Ryana. Mereka sudah boleh menjadi kawan baik seperti dulu. Itu sudah cukup untuk Ryana.
Miqhal senyum segaris. BlackBerry diletak tepi. “ Makan kat luar tadi.”
Ryana membalas senyuman suaminya itu. Miqhal memang jarang makan di rumah. Kadang-kadang je. Kalau dia macam muram, muka bengang semacam je, balik dari pejabat pun awal, haa, masa tu lah Ryana akan masak best-best. Sebab Miqhal pasti makan dirumah. Mungkin Miqhal gaduh dengan ‘kawan’ yang selalu temankan dia makan tu, jadi bila tak ada orang nak temankan dia makan, dia pun makanlah kat rumah. Ryana bukan tidak tahu tentang ‘kawan’ yang selalu menemani suaminya itu. Dia selalu terlihat wallpaper laptop Miqhal. Gambar dia tengah tunduk cium tangan seorang gadis bertudung. Warna baju mereka pun sedondon. Nampak sungguh romantik sekali! Memang dia cemburu tapi dia harus ingat yang dari awal lagi Miqhal memang tidak mencintainya. Perkahwinan mereka pun hanya kerana menjaga hati orang tua masing-masing dan demi anak yang berada dalam kandungan Ryana. Jadi, dia tidak seharusnya menyekat Miqhal dari mencintai orang lain.
“ You dah makan?”
“ Dah.” balas Ryana ringkas. “ Tapi kan Miq..I rasa macam nak makan..”
“ Hahh! Mengidam lagi lah ni! Nak makan apa pulak? Hari tu tengah-tengah malam mintak nasi lemak..” Miqhal menggeleng kepala. Begini rupanya gelagat ibu mengandung.
Ryana tersengih. Malam tu dia terpaksa bangunkan Miqhal yang dah tidur nyenyak semata-mata nak suruh Miqhal beli nasi lemak. Walaupun muka Miqhal macam tak rela je nak pergi beli, tapi suaminya itu pergi jugak. Dengan dia-dia sekali yang pergi kedai mamak yang masih beroperasi. Nasib baiklah ada orang jual nasi lemak tengah-tengah malam macam tu. Kalau tak... memang sampai pagilah kut diaorang pusing satu bandar cari nasi lemak! Dan untuk itu, Ryana sangat bersyukur sebab dikurniakan Miqhal sebagai suaminya. Walaupun lelaki itu tidak mencintainya, tapi Miqhal sanggup jugak mengorbankan masa tidurnya hanya kerana dia mengidam nak makan nasi lemak!
“ Ngidam apa lagi ni?” soal Miqhal lagi.
“ Tak ada apalah... I gurau je. Suka tengok reaksi you macam tu!” Ryana tergelak.
“ You sukalah sebab bukan you yang drive dengan mata mengantuk... I yang drive tau! You memang suka dera I!” Miqhal berpura-pura merajuk.
Semakin galak Ryana ketawa. “ First time I tengok you merajuk! Terbang segala kemachoan dan kegagahan!”
Miqhal mencemik namun selepas itu dia turut ketawa. Rasanya inilah pertama kali dia bergelak ketawa seperti itu bersama Ryana selepas perkahwinan mereka. Dan sungguh..dia rasa bahagia saat ini! “ Pandailah you!” kedua-dua belah pipi Ryana dicubit geram. Bila Ryana mengaduh sakit, barulah pipi itu dilepaskan. Dan lepas tu dia ketawa bila tengok pipi Ryana yang dah merah-merah. “ Lama I tak buat macam tu..”
Ryana mencebir sambil tangannya menggosok-gosok pipi bekas cubitan Miqhal tadi. Dulu memang pipi dia selalu jadi mangsa cubitan Miqhal. Bila lelaki tu geram, pipinyalah yang akan jadi mangsa. Sebab dulu dia chubby! Pipi pun montel! Sebab tu kut Miqhal suka.
“ Sakitlah...” rengek Ryana.
“ Alololoo...” Miqhal mengusap-ngusap pipi Ryana. “ You dah chubby lah! Pipi dah montel macam dulu!” komennya membuatkan Ryana merengus. Miqhal ketawa geli hati. “ Ei betullah I cakap ni... Seriously, you dah gain weight! Ni makan banyak sangatlah ni!” pipi itu ditepuk-tepuk lembut. “ Baby keluar nanti mesti chubby macam mama dia!” ujar Miqhal lagi tanpa menyedari yang Ryana sudah memandangnya dengan mata yang berkaca-kaca. “ Eh, sakit sangat ke sampai mata merah macam nak nangis tu? Sakit sangat ke I cubit?” bila perasankan wajah Ryana yang seperti menahan tangis, senyum dibibir Miqhal terus padam. “ Sorry!” pipi itu diusap-usap lagi dengan harapan sakitnya akan berkurangan.
Air mata Ryana dah jatuh. Membuatkan Miqhal semakin menggelabah. Ryana kemudiannya tersenyum. Tangan Miqhal yang mengelus pipinya digenggam erat. “ Thanks...” ucapnya dalam tangis.
“ Thanks for what?”
“ For everything...” Ryana dah teresak-esak. Entah kenapa dia rasa hiba tiba-tiba. Mungkin melihat layanan Miqhal sebentar tadi membuatkannya terharu. Tadi Miqhal melayannya seperti seorang suami melayan isteri. Dengan gurauannya.. Dengan usikannya... Tanpa sedar Ryana sudah berharap supaya Miqhal akan terus kekal menjadi suaminya sampai bila-bila walaupun dia tahu harapannya itu sangat tipis. Dan ketika ini Ryana betul-betul berharap sesuatu berlaku dan akan merubah semua itu.
Miqhal tersenyum. Perlahan tangannya ditarik dari genggaman Ryana. Air mata di pipi Ryana diusap lembut. Dia dapat merasakan yang kasih sayangnya mula tertumpah pada isterinya. Dia rasa tidak sanggup untuk terus melihat air mata itu jatuh. Tubuh Ryana kemudiannya diraih ke dalam dakapan. Dan tangisan Ryana semakin kuat. “ Sorry for being such a jerk, dear... Lepas kita kahwin I layan you dengan kasar. I tahu you terasa. I’m really sorry... I tak patut buat you macam tu. I’m sorry..”
No... You banyak berkorban untuk I. I’m the one yang patut mintak maaf dengan you... Sebab I, you terpaksa..”
Miqhal meleraikan pelukan lalu jari telunjuknya menekan perlahan bibir itu. “ Shushh.. Shushh...” dia menggelengkan kepala, tidak mahu Ryana terus mengungkit kisah yang mereka sama-sama terpaksa terima.
“ I’m sorry....” rintih Ryana lagi.
“ Look at me..!” Miqhal memegang muka Ryana supaya tidak terus tunduk. “ It’s not your fault, okay? Memang I tak rela kahwin dengan you tapi I dah terima semua ni sebagai takdir I. Sekarang ni you isteri I, Ryana... You tanggungjawab I... Baby dalam perut you tu pun tanggungjawab I... Jangan fikir lagi pasal benda lalu. Okey?”
Ryana merenung dalam wajah dihadapannya sebelum perlahan dia mengangguk. Dia kemudiannya tersenyum. Dadanya terasa lapang ketika ini.
Miqhal membalas senyuman itu. “ And you know what..”
Ryana tidak menjawab, sebaliknya dia hanya mendiamkan diri. Membiarkan Miqhal yang sudah mendekatkan bibir di telinganya untuk menyambung kata-kata.
“ You look so wonderful tonight..”
Dan malam menjadi saksi buat pertama kalinya mereka bersatu sebagai suami isteri.....
U_TURN

No comments:

Post a Comment