Tuesday 17 April 2012

U - Turn 33



Bila K melangkah masuk ke dalam kereta, dia terus terkaku apabila tubuhnya didakap erat oleh Miqhal. Erat sampaikan nak bernafas pun payah. Tahulah dah empat hari tak jumpa, tapi tak perlulah nak peluk-peluk macam ni! Badan dahlah bau rokok!
“Miqhal, I can’t breath!” bila K cakap macam tu, barulah Miqhal melonggarkan pelukan sedikit. K menarik nafas lega. Tapi masih pelik bila Miqhal masih tidak meleraikan pelukan. “ Eh, berapa kotak kau hisap rokok ni? Sampai baunya lekat sangat!”
Miqhal tersenyum nipis mendengar soalan K itu. Dia tahu K tak gemarkan asap rokok. Tapi gadis itu masih ketawa suka apabila Miqhal menunjukkan bentuk ‘O’ yang dibuatnya dengan asap rokok. Dia juga tahu K tidak suka dia merokok tapi itu salah satu cara untuk dia meringankan kepala hotak yang terasa berat dengan masalah!
“ Nak lunch dengan hug je ke?” soal K sinis.
Miqhal meleraikan pelukan. Dia memegang kedua-dua belah pipi K. Merenung dalam ke mata itu. Lama sebelum dia mengeluh lalu mengucup dahi K. “ Demam dah okey?” K hanya mengangguk. “Ie jaga eh?”
“ Siapa lagi kalau bukan dia? Nak harap kau? Hampehhh!”
Miqhal tertawa hambar. “ Sorry.” Miqhal tahu dia salah. Dia sepatutnya berada disisi gadis itu semasa K sakit tapi apa yang dia buat? Dia lari menyembunyikan diri.
“ Kau pergi mana? Left without saying anything? Call pun tak!”
Miqhal melepaskan muka K. Dia membetulkan duduknya. Enjin kereta dihidupkan. “ Macam mana Ie jaga kau?”
“ Kenapa nak tahu?”
“ Aku dengar Denn cerita macam hebat je si Ie tu...” Miqhal dah memandu keluar dari kawasan perumahan tempat kediaman K. “ Yes, I’m jealous.”
K tertawa. “Ie abang, okey? Berapa kali aku nak kena ulang benda yang sama?”
“ Abang tu lelaki jugak.”
Whatever lah Miqhal... Kau belum jawab lagi soalan aku. Kau pergi mana sebenarnya?”
“ Aku ada hal nak kena urus. Busy sangat. So sorry, okey?”
K mengerutkan dahi. Itu je ke penjelasan Miqhal? “ Tapi tadi called suara macam seksa sangat kenapa? Kau nangis kan tadi?”
Miqhal tersenyum pahit. “ Missing you like crazy! Seksa giler!”
K mencemik. Gila jiwang ayat tu! “ Hahh tu lah... Tinggallah aku lagi! Lepas ni kalau kau tinggalkan aku macam ni, jangan harap aku nak terima kau balik macam aku terima kau sekarang ni.. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku smackdown kau sekarang!”
“ Takkan buat lagi lepas ni. Promise! Sakit tekak eh? Suara lain.”
K mengangguk. “ Tapi dah okey sikit dah... Hari tu sampai hilang suara..”
“ Tahu. Denn cakap.”
“ Kau jumpa Denn?” Miqhal angguk. “ Jumpa Denn dapat, kenapa jumpa aku tak dapat?”
Dammit! “ Kita nak makan kat mana ni, B? You decide lah.. Tapi taknak kat OD! Ramai orang kenal kitalah. Susah nak manja-manja!” Miqhal tidak menghiraukan pertanyaan K sebentar tadi. Dia anggap je yang dia tak dengar. Tapi K tak bersuara membuatkan Miqhal menoleh sekilas. “ B?”
You’re hiding something from me, kan?” duga K.
Miqhal gelak, cuba menutup resah dihatinya. “ Hiding apanya?”
“ Aku tanya lain, kau jawab lain. Apa tu?”
Miqhal tersenyum segaris. “ Not now, B. Dah lama sangat aku tak jumpa kau... So, please... Takmo gaduh!”
K mencemik tak puas hati. “ Memang kau sembunyikan sesuatu dari aku!”
Miqhal mengeluh. “ Okay, I’m sorry!”
“ I don’t need your sorry!”
“ Then what?”
“ Your explaination!”
“ Okey, aku pergi jumpa Denn lepas Denn balik jenguk kau. Lepas tu, aku mula busy... Dengan kerja lagi plus mama aku buat hal.. Serabut tau B!”
“ Betul?”
“ Ya!” Miqhal mengangguk. Dia terpaksa berbohong kali ini.
“ Okey. I accept that... Kita pergi makan pizza!Ajak Bang Ie sekali. Boleh?” K cuba nak menduga reaksi Miqhal.
“ Kau pernah tak makan kasut saiz lapan?” Miqhal menjeling tajam ke arah K. K dah ketawa lepas. “ Kalau rasa teringin, try lah ajak Abang IeFGHIJKL kau tu!”
“ Gila penjealous lah kau ni! And nama dia bukan ‘E’ yang huruf tu k? Dia ‘Ie’.”
“ Sukahati aku laa nak sebut apa pun....”
_never leave_
“ Black and silver? What do you think?” Nasyrah memandang Denn yang dihadapannya.
Denn meneguk Cokenya sebelum menentang mata Nasyrah. Satu senyuman terukir dibibirnya. Senyuman bersyukur, mungkin. Bersyukur ke atas anugerah Tuhan padanya yang satu ini. Nasyrahlah anugerah terindah dalam hidupnya. Hidupnya terasa lengkap sebaik sahaja Nasyrah bersetuju untuk menjadi isterinya. Dan dia berjanji, akan menjaga Nasyrah macam dia menjaga nyawanya sendiri.
“ Denn?” Nasyrah mengerutkan dahi, kehairanan. Orang tanya dia, dia senyum-senyum pulak!
“ Yea, what?” soal Denn bagaikan orang bodoh.
“ Saya tanya awak, black and silver okey tak untuk barang hantaran?”
Black? Hari tu kata nak baby blue?”
“ Tak jadilah... Black cantik lagi kan?”
Up to you. Macamlah saya boleh tengok semua tu... Awak nak kaler merah ke kuning ke hijau ke, kat mata saya ni tetap hitam dan putih je tau. Tak ingat ke?”
Nasyrah sengih. Terlupa sekejap hakikat itu. “ Sorry!” kepala Denn diusap lembut. Lelaki itu tersenyum. “ I love you..”
Semakin lebar senyuman Denn apabila Nasyrah melafazkan kalimah cinta itu. Tangan Nasyrah digenggam erat. “ Thank you for loving me... Walaupun saya ni tak sempurna macam orang lain.”
“ Haa, mulalah tu!” Nasyrah memang dah arif benar dengan perangai Denn yang satu ni. Suka sangat merendah diri.
Denn tertawa kecil. “ Orang cakap benda betul ni..”
“ Apa yang betul? Orang lain pun tak sempurna lah Denn. Tak ada orang sempurna dalam dunia ni... Saya pun tak sempurna!” tegas Nasyrah.
Denn semakin galak ketawa. “ Okey-okey-okey. Saya sorry, okey? Saya takkan cakap macam tu lagi... Janganlah marah?” hidung Nasyrah dicuit. “ Senyum sikit!” Nasyrah masih berwajah masam. Denn tersenyum melihat rajuk Nasyrah yang dia tahu takkan sampai ke mana tu. Tapi walaupun rajuk tu selalunya tak berpanjangan, tapi Denn tetap berusaha untuk memujuk. “ Okay, I’m sorry! Tapi apa yang saya cakap tu betullah... Memang betul orang lain tak sempurna, tapi saya ni lagi tak sempurna dari orang lain tu. Sebab tu saya berterima kasih sangat dengan Tuhan. Tuhan anugerahkan cinta awak untuk saya... Dengan cinta awak tu, saya jadi sempurna... You should know that, sayang... Awak lengkapkan hidup saya. Thanks!
Terharu Nasyrah mendengar kata-kata Denn tu. Sebelum ini dia pernah bercinta tapi rasanya inilah kali pertama dia bercinta dengan erti kata sebenar. Kerana cinta dia belajar menerima kekurangan orang lain. Dengan cinta dia dapat melihat kesempurnaan Denn walaupun orang lain bercakap mengenai kecacatan lelaki itu. “ Denn... Dulu saya ingat awak ni..”
“ Saya apa?” Denn menjungkit keningnya.
Nasyrah tersenyum. “ Tak pandai nak cakap bunga-bunga macam tadi tu..”
Denn tergelak.“ Dulu saya bodoh Nasyrah. Saya tak berani mendekati awak sebab saya rasa rendah diri... Sebab saya rasa saya ni tak sempurna untuk awak. Saya memang tak confident dengan diri saya sendiri. Cakap dengan awak pun sampai terketar-ketar seluruh badan..Tergagap-gagap!” Denn menggelengkan kepala. Rasa lucu mengenangkan dirinya dahulu. Nasyrah disebelah hanya tersenyum. “ Tapi sekarang tak lagi... Saya tahu untuk mendapatkan cinta awak saya tak boleh terus-terusan jadi lemah. Saya kena kuat! Saya kena yakin dengan diri saya sendiri. Saya tolak tepi semua tu and now here I am! Menunggu masa untuk berkahwin dengan Nur Nasyrah Amina Binti Naseer yang cantik lagi ayu!” semakin kuat Denn menggenggam tangan Nasyrah. Dia tak peduli dengan mata-mata yang mungkin tengah memandang mereka. Pengunjung agak ramai di Bukit Indah memandangkan cuaca nyaman hari ini. Mentari menyinar menghangatkan sedikit tubuh warga Bougainvillea yang sentiasa diselubungi kedinginan. Biarlah. Kalau boleh Denn ingin memberitahu satu dunia yang dia sangat mencintai gadis yang duduk dihadapannya sekarang. Biar satu dunia tahu! “Saya tak pernah bercinta. Awak cinta pertama saya... Dan saya takkan berhenti berdoa supaya awak juga cinta terakhir saya.”
_never leave_
“ Kak Ayin tu cantik orangnya.”
“ Tetiba cakap pasal Kak Ayin ni kenapa?” ditoleh sekilas ke arah Naura disebelah. Pagi-pagi lagi dia dikejutkan dengan kedatangan gadis itu ke rumah. Siap bawak kuih lagi. Gelak besar bila Ad tengok Naura dengan bekas kuih dia tu. Tak pernah nak berubah!
Naura tersenyum segaris. “ Macamlah orang tak tahu... Abang dengan dia kan?”
“ Abang dengan dia apa?” Ad buat-buat tidak tahu. Kalau Naura pun sudah tahu, pasti seluruh kampung juga sudah tahu. Adalah mulut yang jaja cerita pasal dia dengan Ayin tu. Orang kampung, biasalah..
“ Abang dengan dia ada apa-apa kan?” tebak Naura.
“ Hishh! Mana Naura dapat cerita mengarut ni? Abang dengan Kak Ayin tu kawan je lah... Jangan nak memandai!” dengus Ad.
“ Kawan apanya tu kalau hari-hari jumpa? Dengan orang tak ada pun abang jumpa hari-hari?”
Ad gelak kecil. “ Naura adik abang, sebab tu abang tak jumpa Naura hari-hari..” memang sedari dulu lagi dia sudah menganggap Naura itu adiknya.
Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ad, membuatkan hati perempuan Naura tersentuh. Selama ini itulah tanggapan Ad kepadanya. Kalau pun Ad sayangkannya, pasti sayang itu tidak melebihi sayang seorang abang kepada adik. Itu yang pasti. Naura tahu itu. Tapi hatinya tetap terpaut pada Ad. Dia masih berharap satu hari nanti Ad akan melihatnya sebagai seorang perempuan yang layak digelar teman hidup dan bukannya hanya seorang adik. Tapi nampaknya harapan tinggal harapan. Apatah lagi dengan kemunculan Ayin. Naura pasrah sendiri.
“ Kenapa diam? Naura tak suka abang dengan Kak Ayin?” duga Ad apabila melihat reaksi yang diberikan Naura yang nampaknya agak dingin.
Naura tersenyum hambar seraya menggeleng. Dia tidak boleh membiarkan Ad mengetahui segala isi hatinya. Biarlah hanya dia saja yang tahu apa yang dia pendam selama ini. Biarlah Ad tidak mengetahui tentang hakikat cinta itu sampai bila-bila. Biarlah... “ Taklah... Orang suka!” Naura cuba menceriakan suaranya.
Ad tersenyum. “ Kalau suka, doa-doakanlah, okey?” kening diangkat dua kali.
Naura tertawa melihat gelagat Ad. Tawa yang kedengaran agak hambar. Tapi dia tidak rasa yang Ad perasankan kehambaran dalam setiap tingkah lakunya. Lelaki itu nampak terlalu gembira sekarang ini. Mana mungkin Ad dapat mengesan gelodak hatinya. “ Eh lama sangatlah orang kat sini... Nak baliklah..” Naura turun dari pangkin lalu menyarungkan seliparnya.
Ad hanya memandang gadis itu yang nampak tergesa-gesa. “ Makan tengah hari kat sini... Abang suruh opah masak lebih..” ujarnya.
Naura terdiam sejenak. Dia tidak berpaling memandang Ad. Dia hanya berdiri membelakangkan lelaki tersebut. Kerana air mata dah bertakung ditubir matanya. Dia tidak mahu Ad melihat air matanya. “ Tak boleh.. Orang ada hal.” dan dia terus menyusun langkah meninggalkan Ad bersama linangan air mata yang sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia terpaksa melepaskan Ad pergi... Biarlah lelaki itu bergembira.. Cinta itu tidak semestinya memiliki kan? Naura redha....
_never leave_
“ Cik Azreen! Sombong! Orang panggil dia buat dek je eh..” seorang lelaki yang berpakaian segak menyaingi langkah Ayin yang sengaja dipanjangkan supaya lebih cepat sampai dikedainya.
Ayin merengus kuat. Dia rimas. Lelaki ini selalu mengganggunya. Awal-awal pagi lagi dah merosakkan harinya. Kalau tak menunggu di tempat letak kereta, lelaki itu akan menunggunya dia hadapan kedai. Kadang-kadang bawak bunga. Kadang-kadang coklat. Dan kadang-kadang dengan tangan kosong. Tapi Ayin tidak pernah peduli semua tu. Sebab dia memang tidak sukakan lelaki itu!
“ Awal-awal pagi macam ni kita sepatutnya ceria, Azreen... Bukannya masam macam ni!” usik lelaki itu lagi.
Ayin menghentikan langkahnya seraya berpaling. Memandang lelaki itu dengan pandangan tajam bagaikan hendak menelannya hidup-hidup! Kalau membunuh itu tidak salah disisi agama dan undang-undang, pasti lelaki disebelahnya ini sudah lama menjadi arwah! “ Boleh tak jangan ganggu aku??”
Fareed masih dengan senyumannya. “ Amboi... Garangnya! Kau tak rindukan aku ke? Dah lama aku tak datang kacau kau kan..”
Ya, memang betul sudah lama lelaki bernama Fareed ini berhenti dari terus menjadi ‘peminat fanatik’nya. Entah kenapa hari ini lelaki itu tiba-tiba muncul lagi. Ishh! “ Kalau tak datang terus, aku lagi bahagia lah!”
Fareed ketawa. “ I missed you!”
Ayin buat muka menyampah. Memang dia meluat dengan lelaki ini. Mengorat dia bukan main beria-ia tapi dah ada isteri yang tunggu kat rumah! Apa Fareed ingat dia tak tahu ke status lelaki itu yang dah bergelar suami orang tu? Dah ada bini, masih sibuk menggatal!
“ Go away!”
“ No, I won’t!” Fareed masih dengan nadanya bersahaja.
“ Assalamualaikum.”
Satu suara yang datang dari belakang mengejutkan Ayin dan Fareed. Kedua-dua berpaling melihat siapakah gerangannya yang bersuara.
Dan apabila terpandangkan seraut wajah itu, hati Ayin lega. Senyum mula terukir dibibirnya. Dengan sepantas kilat lengan lelaki itu dipaut penuh mesra. Dia sengaja membuat aksi begitu supaya Fareed menyampah!
Ad tersenyum bahagia apabila Ayin memeluk lengannya. Dia memandang lelaki yang dihalau Ayin sebentar tadi dengan rasa bangga sebab Ayin memilih dirinya. Melalui perbualan yang sempat didengari oleh Ad tadi, Ad dapat membuat kesimpulan yang Ayin tidak suka dengan kehadiran lelaki itu disitu. Ayin sudah pun menyuruh lelaki itu pergi tapi lelaki itu tidak mahu. Jadi, tidak salah rasanya jikalau Ad masuk campur.
“ Kau siapa?” soal Fareed kasar. Melihat Ayin memeluk lengan lelaki yang baru sampai itu membakar hatinya.
“ Aku suami dia... Kau siapa?” jawab Ad tegas. Dia perlu melindungi Ayin. Dia tidak suka Ayin diganggu oleh lelaki yang entah siapa ni.
“ Suami??” Fareed bagaikan tidak percaya. Selama ini dia tidak tahu yang Ayin sudah bersuami sebab jarang dia nampak Ayin bersama dengan mana-mana lelaki.
“ Sayang, siapa ni?” Ad menyoal Ayin pula apabila Fareed tidak menjawab pertanyaannya sebentar tadi. Sengaja dia menekankan perkataan ‘sayang’  supaya lelaki itu mendengarnya lantas mempercayai yang sememangnya dia suami Ayin.
“ Dia ganggu saya. Saya tak kenal dia.” Ayin bersuara berani. Dia yakin dia selamat disamping Ad. Dan dia pasti selepas ini dia akan lepas dari gangguan Fareed yang tak sedar diri ni!
Ad melangkah kehadapan sedikit. Berdiri betul-betul dihadapan Fareed. Ayin tidak lagi memeluk lengannya sebaliknya gadis itu diarah supaya berdiri dibelakangnya. Dengan cara itu dia dapat melindungi Ayin kalau-kalau Fareed bertindak agresif. Dan dengan cara itu jugak dia menghantar mesej kepada Fareed supaya lelaki itu tahu yang untuk mendapatkan Ayin, Fareed kena berhadapan dengan dia dulu!
“ Kenapa ganggu isteri aku? Dah tak ada orang lain lagi ke yang kau nak kacau? Kau tak tahu ke yang dia dah bersuami?” tukas Ad berani. Dia tidak gentar langsung berhadapan dengan Fareed. Dulu dia pernah membelasah beberapa orang budak remaja apabila mereka mengganggu Sasha. Dan dia tidak punya masalah untuk melakukan benda yang sama ke atas Fareed. Ad memang pantang jikalau gadisnya diganggu oleh siapa. Ya, Ayin miliknya! Sejak bila? Itu bukan persoalannya sekarang.
Fareed gentar. Lelaki yang mengaku suami kepada Ayin ini nyata sangat berani. Langsung tidak nampak gentar. Kecut jugak perut Fareed bila memandang Ad yang bertubuh agak sasa kalau nak dibandingkan dengan dirinya yang memang kurus. Dengan satu penumbuk sahaja dari Ad, mungkin dia akan jatuh rebah.
“ Lepas ni jangan cuba-cuba nak dekat dengan Azreen lagi! Aku tak ada masalah kalau setakat nak berlawan dengan orang macam kau... Jangan cabar aku!” ugut Ad lagi.
“ Min..mintak maaf, brader!” Fareed mengundur langkah setapak demi setapak ke belakang dan kemudiannya dia terus melangkah pergi.
Ad tersenyum puas. Hanya dengan gertakan, dia berjaya mengusir pemuda itu. Nasib baik lelaki itu pun tak berdegil. Ad tidak suka menggunakan kekasaran sebenarnya. Dia pun tak nak bergaduh pagi-pagi awal macam ni. Dia berpaling ke arah Ayin. Tak sangka gadis itu juga punya peminat sendiri. Bahaya ni! Tak boleh dibiarkan.
 “ Ada peminat fanatik eh??”
Ayin mengeluh. “ Kalau macam tu rupa peminat fanatik, tak ada peminat lagi baguslah!”
“ Kenapa? Dia smart apa!”
Ayin mencemik. “ Mana tak smart kalau pakaian isteri yang sediakan?”
“ Isteri?”
“ Dia dah ada wife lah! Tapi sibuk menggatal dengan aku! Hishh..Lelaki memang tak pernah cukup sorang kan?” rungut Ayin geram.
“ Eh mana ada. Aku okey je kalau ada kau sorang.” Bersahaja Ad menuturkan. Dia tersenyum meleret apabila Ayin memandangnya dengan kerutan di dahi. “ I mean it.”
“ It’s not funny!” pipi Ad ditolak lembut sebelum Ayin menyambung semula langkahnya menuju ke kedai dobi. Dia tahu Ad mengekori langkahnya dan dia hanya membiarkan. Tidak pula menghalang kerana Ad tidak akan berbuat jahat kepadanya. Itu yang pasti.
Ad hanya mendiamkan diri. Dia memerhati semua pergerakan Ayin dari belakang. Dia mula tertarik dengan gadis itu. Bukan baru hari ini, tetapi sejak pertama kali memandang gadis itu. Sejak pertemuan semula mereka beberapa hari yang lepas. Biarlah orang nak kata dia ni jenis yang mudah jatuh cinta. Baru beberapa hari jumpa semula dah jatuh sayang. Mungkin itu tanggapan orang terhadapnya tapi Ad tidak kisah semua itu. Apa ada dengan waktu? Orang kalau nak jatuh cinta, baru sesaat jumpa pun boleh! Tak mustahil. Dan tanpa sedar nama dan wajah Sasha mula pudar di hati Ad. Yang ada cuma Ayin.
“ Ad, tak nak masuk ke?” soal Ayin pelik bila dia masih melihat Ad berdiri dihadapan kedainya sedangkan dia sudah berada di dalam kedai dan sempat pula berborak-borak dengan Ayu.
“ Haa?” Ad bagaikan baru tersedar dari mimpi.
Ayin tertawa. “ Kau ni peliklah! Dahlah! Jom masuk!” tangan Ad ditarik supaya membuntuti langkahnya. Lelaki itu hanya menurut. Dia mendudukkan Ad di kerusi yang disediakan dihadapan kaunter. “ Tunggu sini.” Dan kemudian dia membawa diri ke belakang. Datang semula dengan tupperware merah jambu di tangan. Bekas makanan itu diletakkan atas paha Ad. “ Makanlah. Aku buat tadi..”
Ad memandang tupperware berisi nasi lemak ditangannya. Kemudian dia mendongak melihat Ayin yang mengambil tempat disebelah. “ For me?” soalnya bodoh.
Yes. Makan dan duduk diam-diam kat sini. Aku ada benda nak kena buat..” arah Ayin lalu segera bangkit. Dia hendak melangkah pergi tapi langkahnya dihalang apabila tangannya ditarik oleh Ad membuatkannya terduduk diriba lelaki itu. “ Ad!!”
Ad tersengih. Sebelah tangan tengah memegang Tupperware dan sebelah tangan lagi sedang memeluk Ayin. Dia rasa bahagia saat ini.
“ Ad! Lepaslah...” Ayin meronta-ronta tapi Ad semakin mengeratkan pelukan dipinggangnya. What’s wrong with you?”
Menyaksikan adegan romantis bos dengan Ad yang sudah dianggap sebagai second boss itu membuatkan Ayu yang sedari tadi berada dikaunter tersenyum-senyum sendiri. Dia mendoakan kebahagiaan pasangan dihadapannya itu. Dia suka kalau Ad adalah jodoh Ayin. Walaupun tidak lama mengenali Ad, tapi Ayu tahu Ad seorang lelaki yang baik.
“ Kau siapa yang nak suruh aku duduk diam-diam and makan?” Ad bersuara. “ Aku dah cakapkan yang selagi aku tak maafkan kau, kau kena makan dengan aku... Tak kiralah breakfast ke lunch ke brunch ke dinner ke supper ke... Semua mesti dengan aku! It’s a deal kan? Kau pun dah agree hari tu. So, kenapa hari ni nak suruh aku makan sorang-sorang pulak? Aku belum maafkan kau lagi!”
Ayin mengetap bibir geram. Ya, memang dia menerima cadangan gila Ad hari tu. Dia bersetuju untuk meluangkan masa makannya bersama Ad. Selagi Ad tidak memaafkannya, selagi itulah dia akan makan dengan lelaki itu. Dan hari ini dia terlupa. Kalau dia tak terlupa, dia takkan duduk sebegini rapat dengan Ad! Ahhh! Tadi lepas dari Fareed, tapi sekarang terpaksa berhadapan dengan Ad pulak! Ad pun gatal jugak rupanya.. Nak peluk-peluk orang suka hati dia je!
“ Okey-okey! Aku duduk sini, temankan kau, okey? Puas hati??”
Good!” Ad tersenyum puas. Dia tahu Ayin marah dengan perlakuannya tapi dia tidak peduli. Yang penting, saat ini dia mahukan gadis itu sentiasa berada dekat dengannya.
Let go of me lah Ad..!”
“ Opss, lupa!” serta-merta Ad melepaskan Ayin pergi. Ayin terus melabuhkan punggung disebelah Ad. Ad dengar gadis itu merungut-rungut sendiri. Ad cuma tersenyum. Penutup tupperware dibuka. Nasi lemak begitu membangkitkan seleranya walaupun dia sudah bersarapan dirumah tadi. “ Nak suruh aku makan pakai tangan ke apa ni?” Ad baru tersedar yang Ayin tidak memberi sudu padanya.
“ Pakai tanganlah! Mengada-ngada..”
“ Tangan tak basuh lagi.. Tolong basuh boleh?” tangan kanan diunjuk pada Ayin. Dia ingin mengusik gadis itu. Dia tahu Ayin masih geram dengannya sebab tadi.
“ Boleh!” Ayin mengangguk dengan senyuman yang sengaja dimaniskan. “ Ayu!! Tolong ambik pisau kat belakang! Akak nak potong tangan dia ni! Nak basuh tangan sendiri pun suruh orang!”
Ad ketawa lepas. Ganas jugak bakal isterinya ini! Wahhh..belum apa-apa lagi dah bakal isteri eh?? Keyakinan diri si Ad ni memang melampau! “ Gurau sikit pun nak marah... Nah, pegang jap. Orang nak basuh tangan!” bekas makanan dihulur pada Ayin dan gadis itu menyambut hulurannya. Ad berlalu ke bahagian belakang kedai dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Hari ini dia sungguh gembira. Dan akan dia pastikan yang Ayin akan sentiada berada disisinya selepas ini kerana hanya bersama Ayin sahaja dia dapat gembira seperti ini.
_never leave_
“ Macam mana? Dah bagitau K?” Afia menyoal Miqhal yang sedari tadi nampak leka merenung langit malam. Mama mengajak Miqhal dan isterinya untuk makan malam bersama di rumah agam itu memandangkan sudah agak lama Miqhal tidak menjengukkan muka.
“ Bagitau apa?” soal Miqhal dengan mata yang masih tidak beralih dari terus menatap indahnya langit yang dihiasi bintang-bintang.
“ Tentang Miq dengan Ryana. Kau tak pernah fikir pasal tu ke?”
Kali ini Miqhal menoleh, memandang Afia disebelah. Kenapalah kakaknya itu tiba-tiba mengutarakan pasal benda tu. “ Belum tiba masanya..”
Afia menggelengkan kepala melihat perangai adiknya. Miqhal bagaikan tidak ambil peduli pasal itu. Tidak sedarkah Miqhal yang sekarang ini dia sedang bermain dengan dua hati? Hati seorang isteri dan hati seorang kekasih! “ Sampai bila Miq? Sampai K dapat tahu sendiri?”
“ K takkan tahu.”
“ Jangan yakin sangatlah, Miq! Tuhan kalau nak tunjuk, dengan apa-apa cara sekalipun Dia boleh buat! Kau nak ke kalau satu hari nanti K terserempak kau dengan Ryana? Kau nak K tahu semua ni dengan cara macam tu ke?”
Miqhal mengeluh. Telefon bimbit disimpan kembali dalam poket seluar. Sekarang ini dia perlu berurusan dengan Afia. Lagipun topik yang diutarakan Afia kali ini agak menarik untuk dibincangkan. “ Aku tak berani..” dia berterus terang.
Berdua-duaan dengan Afia di gazebo halaman rumah memberinya peluang untuk meluahkan apa yang terpendam dilubuk hati. Ryana dan keluarganya yang lain mungkin sedang berbual-bual di dalam. Miqhal malas hendak turut serta.
“ Tapi kau kena buat jugak... Tak kesiankan K ke?”
“ Aku serba salahlah, ngah.”
“ Kenapa? Dah keliru nak pilih yang mana satu?”
“ Bukan! Tapi...” Miqhal teringatkan peristiwa malam itu. Malam dimana dia menuntut haknya sebagai seorang suami kepada Ryana. Patutkah dia memberitahu Afia semua itu?
“ Kesian K, Miq. Dia tak tahu apa-apa. Kau sembunyikan semua ni dari dia sama je macam kau tipu dia..” Afia menyuarakan pendapatnya. “ Kalaulah aku kat tempat K sekarang ni. Aku tak rasa aku dapat maafkan kau, Miq..”
Miqhal mengeluh. Agaknya K akan maafkan dia tak kalau satu hari nanti K dapat tahu tentang semua ni?“ Aku dah sentuh Ryana.”
“ You what??”
You heard me. Aku tak tahu apa yang merasuk aku malam tu.. Tahu-tahu je bangun pagi tengok Ryana kat sebelah. Memang aku dah macam orang gila masa tu! K tengah demam dan aku boleh berasmara dengan Ryana. Aku tahu aku memang tak patut buat macam tu... Aku cuba lari dari K. Aku halang diri dari jumpa K sebab aku rasa bersalah sangat-sangat. Tapi tak lama..” Miqhal ketawa rendah mengenangkan dirinya yang tidak dapat bertahan lama dari menjauhkan diri dari K. Empat hari bagaikan empat tahun. “ Lepas tu aku cari dia balik.. Aku tahu aku takkan boleh hidup tanpa dia..”
“ Kau tak cintakan Ryana kan?”
“ Aku cintakan K!” tegas Miqhal.
“ Habis tu kenapa kau tidur dengan Ryana? Angah tahu dia isteri kau tapi..”
I don’t know angah! Jangan tanya sebab aku sendiri tak tahu kenapa malam tu aku boleh kalah dengan nafsu!”
Afia mengeluh. Situasi adiknya semakin sukar. “ Lepas ni apa, Miq?”
“ Biar semuanya macam ni... Macam biasa. Biar K tak tahu apa-apa. Aku kenal K. Aku tahu apa reaksi dia kalau dapat tahu semua ni... Aku belum bersedia lagi nak kehilangan dia!”
“ Angah tak tahu pulak adik angah ni seorang yang selfish!” sindir Afia.
“ I’m not being selfish okay?”
Then what? Kau biarkan K macam orang bodoh tak tahu apa-apa sebab kau tak mahu K tinggalkan kau, kan? Kau tak mahu hati kau terluka! Itu selfish namanya!”
“ Angah takkan faham..! Aku sayang K. Aku tak sanggup kehilangan dia..”
“ Ryana? Kau tak sayang Ryana?”
Miqhal mengeluh. Kenapa asyik-asyik pasal Ryana yang dipersoalkan kakaknya? “Aku tak tahu...”
Tahulah Afia kini hati Miqhal sudah mula berbelah bahagi. Antara rasa cinta dan tanggungjawab bergelar suami. Situasi adiknya itu semakin sukar nampaknya. “ Think, Miq... Think! Kalau kau tak nak K terluka, lebih baik kau lepaskan dia..”
“ Kau tau tak apa yang kau cakap ni, ngah? Mati hidup balik pun aku takkan lepaskan K lah!” Miqhal terus melangkah pergi menuju ke keretanya. Dalam sekelip mata BMW hitamnya sudah memecut laju meninggalkan perkarangan rumah.
Afia mengeluh sendirian. Miqhal mencintai K lebih dari segalanya. Sampai adiknya itu sanggup menyembunyikan semuanya hanya kerana tidak mahu K pergi jauh darinya. Bukan Afia bertindak kejam untuk menyuruh Miqhal melepaskan K. Afia cuma merasakan yang itu adalah cara yang terbaik untuk tidak melukakan K lagi. Tapi melihatkan reaksi Miqhal tadi, Afia tahu Miqhal tidak akan melepaskan K semudah itu.
Ryana yang mendengar pertengkaran kecil Afia dan Miqhal menghela nafas panjang. Sedari tadi dia di situ. Berdiri beberapa tapak di belakang mereka. Tapi Afia dan Miqhal langsung tidak menyedari kedatangannya. Dan dia mendengar segalanya. Walau hati terasa sedikit terluka, Ryana cuba menenangkan diri. Perlahan langkah diatur mendekati Afia. Bahu kakaknya itu ditepuk lembut. “ Biarkan dia..”
Afia sedikit tersentak dengan kedatangan Ryana yang tiba-tiba. Ryana dengarkah semua yang dia dan Miqhal bincangkan tadi? “ Ryana..”
Ryana tersenyum nipis. Dia mengambil tempat disebelah kakak iparnya. “ Dia memang cintakan orang lain, ngah.. Kita tak boleh nak halang..”
“ Ryana tahu?”
Ryana mengangguk. “ Tapi Ryana tak marahkan dia sebab sentuh Ryana malam tu... Ryana tahu dia tak bersalah lagipun dia suami Ryana jadi dia ada hak nak buat macam tu... Kalaulah angah tengok macam mana rupa dia lepas semua tu berlaku ngah...”
“ Kenapa?” Afia begitu ingin tahu tentang satu-satunya adiknya itu.
“ Dia tertekan sangat..sampai menangis. Bukan sekali tau..tapi banyak kali Ryana caught dia menangis. Mungkin dia rasa bersalah sangat sebab dah khianati cinta K.. Dia tak jujur dengan K.. Bila tengok dia macam tu, tahulah Ryana yang sesiapa pun takkan dapat ganti tempat K dalam hati dia. Not even me!” Ryana tersenyum pahit. “ Lepas baby ni lahir, Ryana akan minta dia lepaskan Ryana. Ryana nak tengok dia hidup bahagia...”
“ Ryana...” Afia meraih tubuh Ryana ke dalam dakapannya. Afia tahu Ryana cuba untuk menjadi tabah. “ Be strong, okay?” belakang Ryana diusap penuh kasih.
U_TURN

No comments:

Post a Comment