Tuesday 17 April 2012

U - Turn 31



Dengan tangan yang menatang dulang berisa mangkuk dan cawan, Ie melangkah menuruni anak tangga. Sebentar tadi dia dah selesai menjalankan tugasnya sebagai seorang abang yang bertanggungjawab. Cewahh! Dia baru sahaja selesai buat breakfast delivery untuk orang sakit yang dah tak dapat nak bangun kat dalam bilik tu. Bukan service setakat delivery je tau, dengan suap-suap sekali Ie buat.
Kasihan tengok K yang nampak lemah tak bermaya. Semalam demam K semakin teruk dan kerana itulah Ie kena tolak tepi rasa tak sedap badan dia. Tengah-tengah malam Ie bawak K pergi klinik sebab suhu badan K naik mendadak dan itu membuatkannya takut. Badan panas tapi K menggigil kuat macam berada dalam igloo dengan hanya mengenakan pakaian renang. Haaa, macam mana tu?
Doktor cakap K demam panas. Tapi keadaannya tak berapa teruk jadi dia dibenarkan balik. Doktor tu siap pesan pada Ie supaya jaga K dengan baik. Jadi, Ie memang perlu jaga K sehingga demam K kebah. Doktor tu tak payah suruh pun dia dah pasti akan jaga jugak.
Tapi masalah si K ni ialah dia payah nak makan ubat! Kata Puan Khalija, K memang dari kecik liat sikit nak telan ubat tak kiralah jenis tablet ke liquid ke, dia memang tak suka! Pujuklah dengan cara apa sekalipun,dia tetap takkan makan! Tapi... Semalam Ie suruh K makan ubat, okey je? Tak susah pun? Aikk?? Heheh..Hebat kan? Mukhrie Amsyar mana pernah kalah!
“ Haa Ie! Macam mana dengan Kyra?” soal Tuan Azam sebaik sahaja Ie melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah. Dulang diletak atas meja. “ Dah okey dah?”
Ie senyum. “ Dah okey sikit dy. Tapi suara tarakk!” Ie tertawa. Lucu bila mengenangkan K yang tak dapat bersuara. Pakai bahasa isyarat je. Batuk dengan sakit tekak sekali! Pakej yang hebat.
Tuan Azam menggelengkan kepala melihat Ie yang ketawa. Boleh pulak anak dia ni gelakkan orang yang tengah sakit? “ Kamu tu dah okey?” bukannya Tuan Azam tak tahu yang si Ie ni pun jangkit demam K sampai tak boleh buat apa-apa kat pejabat. Tapi bila balik rumah, okey pulak? Siap boleh gendong si K dari bilik sampai ke kereta? Apa cerita?
“ Okey sikit... Ie dah makan ubat dah.”
“ Lepas ni daddy nak temankan mak ke pasar. Kamu duduk rumah. Jangan pergi mana-mana!”
Ai ai sir! Tapi Ie nak pesan something boleh?”
“ Apa dia?”
“ Beli M&Ms.”
_never leave_
Ya ALLAH... Apa yang aku dah buat ni... Ya ALLAH.. Ya ALLAH..
Miqhal meraup mukanya. Lama. Bangun pagi dan menyedari yang Ryana tengah memeluk erat tubuhnya membuatkan dada Miqhal terasa sesak tiba-tiba. Segala yang terjadi semalam bermain-main difikirannya berulang-ulang kali.
Bagaimana dia boleh tidak dapat menahan nafsu lelakinya semalam sedangkan sudah beberapa bulan benda itu berjaya dikawal? Semalam dia terleka! Terleka dengan segala kata-kata dan gurauan antara dia dan Ryana sehingga terlupa yang dia dah berjanji yang dia tidak akan menyentuh Ryana. Dia terhanyut bersama nafsunya yang terangsang apabila melihat Ryana yang nampak seksi sekali.
Bisikan syaitan kah yang berjaya menghasutnya semalam? Tapi...apa yang dia buat itu memang tak salah rasanya kerana Ryana tu isteri dia. Dia ada hak untuk berbuat begitu. Malah sejak dia melafazkan akad nikah lagi dia sudah punya hak untuk melakukan apa yang dia lakukan semalam. Lagipun, dia sendiri tahu yang tanggungjawab suami bukan hanya memberi nafkah zahir sahaja tapi batinnya jugak. Cuma dia..
“Arghhhhh!!” Miqhal menjerit geram.
Wajah K bermain-main di matanya. K tersenyum. K marah. K menangis. K ketawa. Berselang seli dengan wajah Ryana yang menggodanya semalam. Ryana kah yang menggoda? Tak. Ryana tak bersalah. Ryana tidak menggodanya. Dia sendiri yang tergoda. Dia yang bersalah.
Dia bersalah dengan Ryana kerana meniduri isterinya itu sedangkan dia pernah berjanji dengan Ryana yang dia tidak akan sesekali menyentuh Ryana. Tapi apa yang telah dia buat semalam? Dia melanggar perjanjian itu!
Dan dia bersalah dengan K. Kalaulah K tahu yang dia dah berkahwin. Kalaulah K tahu yang statusnya sekarang adalah suami orang. Kalaulah K tahu Ryana yang dulunya bergelar kawan baik kini sudah bergelar isterinya. Kalaulah K tahu semua itu... Dan kalaulah K tahu apa yang telah dia buat semalam. Ya ALLAH... Dia pasti kecewa. Dia pasti terluka. Dia pasti rasa dikhianati. Ya ALLAH... Apa yang dah aku buat ni..
“ Miq..” Ryana yang sedari tadi memandang suaminya yang nampak gelisah itu menegur. Terkejut dia sebentar tadi apabila Miqhal menjerit. Tapi dia tidak terus menegur. Sebaliknya dia terus-menerus melihat perlakuan Miqhal yang bagai cacing kepanasan. What’s wrong?” Ryana cuba menyentuh bahu itu tapi Miqhal lebih pantas menepis tangannya. Ryana memandang penuh tanda tanya ke arah suaminya yang sudah berdiri menghadapnya. Direnung tepat ke dalam mata Miqhal. Sepasang mata galak itu kelihatan merah dan berkaca-kaca. Menangiskah lelaki itu?
“ I’m sorry..” Miqhal meraup mukanya untuk yang keberapa kali pun dia sendiri tak pasti. “ I’m sorry...”
“ Hey, what’s wrong?” Ryana cuba menyentuh lengan Miqhal tapi sekali lagi lelaki itu mengelak dengan berundur ke belakang. “ Kenapa ni Miq? Tell me! Jangan macam ni... I tak tahu nak buat apa kalau you tak bagitau I apa sebabnya sampai you jadi macam ni... Kenapa?” desak Ryana lagi.
Miqhal menggeleng. “ Tak ada apa-apa.” dia tahu jawapannya itu kedengaran agak bodoh tapi hanya itulah yang terlintas dikepalanya sekarang.
“ Kalau tak ada apa-apa then kenapa macam ni? Menjerit tiba-tiba? Tu mata tu? Merah. Are you crying?
“ No... I cuma..”
“ There’s something wrong with you! You’re not okay! Tell me what is it?” bukan baru sehari dua dia kenal dengan Miqhal. Sudah bertahun-tahun! Dengan riak wajah macam sekarang ni, sesiapa pun tak akan percaya yang Miqhal tu okey!
Miqhal mengeluh berat. Melihat wajah Ryana sekarang ni semakin menyesakkan nafasnya. Dia teringatkan K. Dia teringatkan apa yang telah dia buat pada K. “ Ryana.. I.. Semalam...”
“ Jadi ni pasal semalamlah?”
I’m sorry, Ryana... I tahu I dah..”
No, Miq! I tak kisah pasal tu... I tak kisah pasal perjanjian kita dahulu. I dah tak kisah... You’re my husband and you’ve the right!
No, Ryana! I tak patut buat macam tu! Yes, I am your husband but... It’s doesn’t feel right!
“ Kenapa? Sebab you cintakan orang lain?” tebak Ryana.
Yes! I’m in love with somebody else! Not you! So I tak patut buat apa yang I buat semalam... I’m sorry, Ryana...”
Ryana tersenyum. Hambar. Siapa tak terluka apabila suami sendiri mengaku yang dia mencintai orang lain? Setiap isteri pasti akan terluka..tapi.. “ You tak perlu mintak maaf kat I... You tak buat salah apa-apa pun dengan I..” tangan Miqhal digenggam. Kali ini lelaki itu tidak mengelak. “ I sendiri yang rela... I menyerah semalam. Jadi, semuanya bukan salah you, okey?”
“ Ryana..you..”
“ Shushh..” jari telunjuk diletakkan dibibir Miqhal membuatkan lelaki itu terdiam. “ Jangan salahkan diri you... Apa yang terjadi semalam atas kemahuan I jugak. You tak bersalah..” Ryana cuba meyakinkan Miqhal.
Keadaan jadi hingar bila telefon bimbit Miqhal berdering. Ryana melepaskan tangan suaminya dan perlahan dia mengatur langkah pergi meninggalkan Miqhal seorang diri di dapur. Miqhal hanya memandang Ryana pergi sambil tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Nama Denn di skrin telefon. Dia pantas menjawab.
“ Ya?”
“Miqhal, kau kat mana?”
“ Rumah. Kenapa?”
“ Kau nak join aku sekali tak?”
Join apa?” Miqhal kembali melabuhkan punggung di kerusi di meja bar.
“ Aku dengar K demam. Ni aku nak pergi jenguk dia... Jomlah ikut sekali!”
Mendengar nama K disebut, Miqhal menjadi bungkam tiba-tiba. Rasa bersalahnya semakin memuncak. Kekasih hati sedang demam tapi dia kat sini boleh memadu asmara dengan Ryana. Kekasih jenis apa dia ni? Miqhal mengutuk dirinya sendiri.
“Miqhal... Kau diam apesal? Jawablah oii... Kalau kau nak pergi sekali, kau ambik aku kat rumah, boleh? Kalau kau tak nak, tak apa... Aku pergi sendiri.”
Miqhal mengeluh pendek. “ Aku ada hal.” Miqhal menolak. Bukan masa yang sesuai untuk berjumpa dengan K. Walaupun hatinya meronta untuk melihat sendiri keadaan gadis itu. “ Weh, pergi Bukit Indah lepas kau jenguk K. Aku ada benda nak cakap.”
_never leave_
“ Macam mana K? Okey?” soal Miqhal sebaik sahaja Denn melabuhkan punggung disebelahnya. Dia menoleh sekilas ke belakang. Sebuah kereta mewah sudah terparkir dibelakang kereta Miqhal. “ Kau drive ke?”
Denn tersengih. “ Aku pinjam driver bapak aku lah.” Miqhal tergelak kecil. “ Oh ya, K kirim salam. Asal kau tak pergi jenguk dia, Miqhal? Kesian aku tengok dia. Demam teruk tu... Sampai baring je atas katil. Suara pun tak ada. Lucu pulak aku tengok K macam tu...”
Miqhal mengeluh pendek. “ Teruk sangat ke demam dia?” ya, memang dia tahu K tak sihat sebab semalam K mintak cuti. Miqhal ingatkan cuma demam sikit-sikit je tapi bila dengar Denn cakap tadi, rupa-rupanya demam K dah melarat. Sampai tak ada suara.
“ Kau gaduh dengan dia ke?” Denn cuba menduga.
“ Taklah.”
“ Habis tu? Sampai M&Ms dia pun orang lain yang bekalkan sekarang ni...”
“ Siapa bagi dia M&Ms?” Miqhal tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang tu. Siapa yang telah mengambil alih tugasnya?
“ Abang tiri dia tu.. emm, siapa nama dia aku tak ingatlah... B? Eh bukan. Nama dia kan bunyi ala-ala nama K jugak..”
“Ie?”
“ Haa, Ie! Dia lah. Kau patut tengoklah macam mana dia layan K! Fuhh, first class derr!” beria-ia Denn bercerita. Memang itulah yang diperhatikannya semasa dia jenguk K tadi. Ie jaga K macam jaga bini! Bila K batuk macam teruk sikit je, Ie terus pergi kat dia. Usap-usap belakang K. Denn pasti, kalau Miqhal ada sekali tadi, pasti lelaki tu dah memerah muka sebab cemburu!
Miqhal menahan resah di hatinya. Sepatutnya bukan Ie yang berada di sisi K sekarang! Tetapi Miqhal! Kalau tidak kerana hal semalam, awal-awal pagi lagi Miqhal dah pecut ke rumah tu. Bukan Miqhal tak kenal dengan Puan Khalija. Kalau dengan Miqhal, Puan Khalija memang bagi kepercayaan penuh.
“Hah, apa benda yang kau nak cakap kat aku tu?” tukas Denn apabila melihat Miqhal yang mendiamkan diri.
“ Hmm... Nothing! Weh, macam mana dengan persiapan untuk majlis kau tu?”
“Jangan tanya pasal tu lah... Kursus kahwin pun aku tak pergi lagi ni. Peninglah aku!”
“ Ehh, nak kahwin dengan Nasyrah pun merungut? Dulu bukan main gila lagi kau kat dia... Ni belum kahwin lagi dah macam ni? Apa cerita?”
Denn mengeluh. “ Bukan pasal Nasyrah lah... Nasyrah okey. Cuma abang aku tu je..”
“ Ezzat?” Denn mengangguk. “ Dia buat hal lagi?”
“ Hari tu dia mengamuk bila dapat tahu aku nak kahwin dengan Nasyrah. Entah dari mana dia tahu entah... Tapi kira macam bagus jugaklah dia mengamuk tu.. At least kitaorang tahu apa yang dia pendam selama ni..”
“ Apa yang dia pendam? Setahu aku kau tu je yang main pendam-pendam macam ni..” sempat Miqhal memerli Denn.
“ Hah tu lah pasal... Aku pun tak terfikir yang selama ni rupa-rupanya Ezzat tu main pendam-pendam jugak. Masa dia mengamuk hari tu, dia kata selama ni parents aku tak pernah bagi tumpuan pada dia.. Sebab semua tumpuan tertumpu kat aku. Dia buat baik pun parents aku tak pernah puji. Tak pernah ‘nampak’ dia. Bila dia buat jahat, barulah dia dapat sedikit perhatian..”
 “ And aku agak sebab tu lah kut dia jadi jahat sampai sekarang... Sebab dia nak parents kau ‘nampak’ dia... Benda ni banyak berlaku Denn. Selalunya anak bongsulah yang dapat perhatian lebih.. Bila dah macam tu, kakak-kakak atau abang-abang akan jealous. Dan bila jealous mulalah buat benda yang bukan-bukan..Yang jadi mangsanya yang bongsu tu lah..”
“ Eii, cakap melalui pengalaman ke?” ujar Denn seraya tersengih bila melihat wajah Miqhal yang agak serius menyuarakan pendapat sebentar tadi.
Miqhal tertawa kecil. “ Tapi kakak aku tak sampai tahap macam Ezzat buat kat kau tu... So, macam mana? Takkan kau nak biar benda ni rosakkan kau punya plan nak kahwin?”
“ Aku kena settle benda ni dulu. Kahwin tu belakang kira lah..”
“ Eleh! Bila dah confirm dapat Nasyrah, kahwin terus belakang kira ekk?”
Denn tergelak. “ Bukan macam tu lah! Aku tunggu resort aku siap. Aku nak buat wedding aku kat sana... Amacam?”
“ Sukahati kau lah! Kau punya wedding, bukan aku!”
“ Hahh, kau bila lagi nak kahwin? Kalau nak, boleh join aku dengan Nasyrah! Propose lah K tu!”
Miqhal tersenyum pahit. Kalaulah Denn tahu yang dia dah kahwin. Agaknya apa reaksi kawannya itu? Pastinya marah sebab dia tak kahwin dengan K sebaliknya dengan orang lain. Dan persoalan Denn terus dibiarkan tidak berjawab.
_never leave_
“ Ni kenapa tak tidur lagi ni? Pejam mata tu!” paksa Ie bila tengok mata K yang terkebil-kebil tengok siling bilik. Dia tinggalkan K sekejap selepas Denn balik. Tapi bila masuk bilik ni sejam lepas tu, ingatkan K tidur, rupa-rupanya tak. Berangan entah apa-apa sampai orang masuk bilik pun tak sedar.
K mencemik. Dia tidak melihat Ie yang sudah duduk di kerusi hijau berbentuk bintang tepi katilnya. Walaupun dia tidak melihat, dia tahu Ie duduk di situ. Sebab itu memang tempat Ie. Denn pun datang tadi duduk kat kerusi lain. Ie tetap di tempat duduknya. Langsung tak beralih. Kalau dia mampu nak bersuara, memang dia dah halau dah Ie keluar dari biliknya masa Denn datang. Yalah, ada ke patut orang tengah bercerita, dia boleh duduk diam kat sebelah katil dengar orang bercakap? Langsung tak beri privacy! Sekurang-kurangnya keluar lah sekejap tapi Ie tetap Ie. Dia dengan kepala dia sendiri.
“ Orang demam, kena rehat banyak-banyak... Bukan termenung macam ni dengan dahi berkerut-kerut macam tu! Macam fikir masalah negara!” ujar Ie lagi sambil tangannya menutup mata K. Cepat je gadis itu menepis tangannya. Ie tertawa. “ Get a rest, dear...”
K malas nak melayan abang tirinya yang dah bertukar menjadi doktor yang tersangat-sangat bertanggungjawab semenjak dia demam.Segala macam hal Ie yang jaga. Mak K pulak biar je Ie handle semuanya. Dari sarapan pagi sampai makan malam, semuanya berhantar kat bilik. Makan pulak bersuap bagai. Macamlah dia tak boleh nak suap sendiri tapi Ie tetap tak bagi dia buat semua tu. Ie tetap nak suapkan dia makan. Semua benda Ie nak buat. Sampai K pun dah penat berbaring je. Nak berjalan dia rasa tak larat, sebab bila dia angkat dari baring, secara automatiknya kepala dia akan rasa pening. Pening yang bukan setakat pening. Pening ni buat dia terus baring tak angkat-angkat lagi dah.
“ Strepsils ni dah makan?” Ie mencapai paket Strepsils Max perisa Blackcurrent di atas meja sisi katil K. Dia mengambil sebiji lalu dimasukkan ke dalam mulut. “ Sedap!” sebiji lagi diambil dan disua ke mulut K. “ Makan.” Arahnya.
K hanya menurut. Lagipun Strepsils tu untuk tekak dia cepat pulih. Bila sakit tekak dia dah okey, suara dia dah kembali, haaa bolehlah dia nak bambu si Ie ni! Dah banyak sangat pendam dalam hati. Kalau dikeluarkan satu hari pun tak cukup.
“ Goodgirl!” kepala K diusap lembut. K buat muka meluat. Ie tergelak. Paket Strepsils diletak balik ke tempat asal. Kemudian tangannya ligat mengatur comforter K yang sudah terlurut sikit. Kadang-kadang K terbatuk-batuk. Semakin merisaukan hati Ie yang mendengarnya. Batuk tu tak teruk sangat tapi bila datang sekali dengan selesema dan pening kepala serta sakit tekak, itu yang semakin memeritkan. Kalau boleh, nak saja Ie ganti tempat K sekarang ni. Biar dia yang merasa kesakitan tu. Biar dia yang tidak dapat bercakap. Dia tak sanggup nak tengok K terus macam ni. Tak tenteram hatinya.
K hanya membiarkan. Sejak arwah ayah meninggal, tidak ada lagi lelaki yang buat macam Ie buat sekarang ni. Miqhal pun tak pernah jaga dia macam Ie jaga dia. Sebab dia jarang demam. Ini pertama kali kut dia demam teruk macam ni. Dan sekarang yang jaga dia Ie. Miqhal? Sejak semalam, lelaki tu terus menghilang. Call pun tak. K mengeluh hampa.
“ Mengeluh?”
K memandang Ie yang masih dengan jeans dan tee siang tadi. Tak mandi lagi ke lelaki ni? Tadi keluar sekejap takkan tak mandi? Hisyy..
“ Okey, abang tahu apa dalam kepala K tu... Abang belum mandi lagi. Tadi abang keluar kejap jumpa kawan. Anyway, ada orang datang melawat ke masa abang tak ada?”
K tergelak. Lucu. Rasa macam duduk kat hospital je sekarang ni. Ie ni memang entah apa-apa lah. Takkan benda tu pun dia nak ambik tahu kut! Asal tak buat je buku catatan keluar masuk bilik ni? Siapa yang datang, kena tulis nama dulu dan sebelum keluar tandatangan kat buku tu. Senang lagi Ie nak periksa!
“ Gelak pulak dia! Ada ke tak?”
K menggeleng dengan senyuman yang masih bermain di bibirnya. Macam ni rupanya ada abang? Tapi best jugak. Sekurang-kurangnya K tahu ada jugak yang ambil berat pasal dirinya.
“ Hero kesayangan awak tu tak datang ke?” soal Ie dengan muka kelat. Memang seharian dia menunggu kedatangan Miqhal. Tapi bayang lelaki tu tak jugak muncul. Buah hati sakit takkan langsung taknak datang menjenguk?
Hilang senyuman di bibir K. Dia berpaling ke lain. Malas nak bertentang mata dengan Ie. Suasana bungkam tiba-tiba. Miqhal. Memang dia menunggu kedatangan lelaki tu tapi sampai sekarang tak datang-datang. Tidak kisah kah lelaki itu tentang dirinya?
“ K, abang bukan nak campur tangan hal K... Bukan nak busybody... Bukan nak cuba kongkong hidup K.. Tapi..” Ie berhenti sejenak. Memandang susuk tubuh yang sudah baring mengiring menghadap kiri bilik. “ Jujurlah K.. Abang tak berkenan sangat dengan Miqhal...”
K diam tidak berkutik. Apa yang Ie katakan semuanya dia dengar. Masuk ke dalam kepalanya dan dia cuba mentafsirkan apa maksud disebalik kata-kata itu. Tak berkenan? Ya, dia nampak itu. Sejak Ie terdengar pertengkaran kecil diantara dia dengan Miqhal, selepas itu dia mula perasan yang Ie tidak suka dengan Miqhal.
“ Okey, abang tak cakap pasal tu lagi..” Ie tarik tubuh K supaya kembali menghadapnya tapi gagal. K mengeraskan badannya. Ie mengeluh. “ Nak tidur dah ke?” K masih tidak memberi respon. “ Please answer me K. Gerakkan sikit badan tu, boleh tak? At least abang tahu yang K masih bernyawa!”
K tersenyum nipis. Dah hilang sabarlah si Ie ni. Ie ni pun dua kali lima je dengan Miqhal. Pemarah! Perlahan dia berpaling menghadap Ie.
“ Haa, hidup lagi! Ngantuk?” K menggeleng. “ Nak abang bacakan bedtime story ke?” Ie menjungkit keningnya lalu tersengih.
K pantas menggeleng. Jangan dibiarkan bila Ie dah mula nak bukak cerita. Bukan cerita macam Cinderella ke Snow White ke.. Bukan! Cerita yang entah apa-apa entah... Dahlah ending kejam! Ada tadi dia cerita yang kisah ala-ala tanggang, tahu apa endingnya? Budak yang jadi tanggang tu mati kena gilis dengan treller lepas kena gilis, dia kena langgar pulak dengan bas. Hancur lumat tubuh badan budak tu. Dan yang last sekali, kena panah petir dan lepas tu terbakar habis tinggal abu! Dan abu mayat tu terbang entah ke mana. Hahhh! Gila tak gila cerita macam tu??
Ie tertawa. “ Okey. Kali ini abang taknak bercerita lah... Abang nak nyanyi je. Amacam?” K tak memberi respon. “ I take that as a yes lah eh?”
K mencemik. K tahu, kalau dia menggeleng, Ie akan tetap menyanyi.
Ie tersengih. “ Nak lagu apa? Metalicca? Aerosmith? Bon Jovi? Amy Search?” kemudian dia tertawa gembira. Best usik K bila gadis itu tidak ada suara untuk melawan. Dia melawan dengan mimik muka je. Kalau K ada suara, pasti gadis itu dah memekak memintanya untuk keluar dari bilik. “ Okey. Abang nyanyi lagu ni je lah... Dengar eh..”
Another day
Without your smile
K memandang Ie dengan kerutan di dahi bila Ie mula menyanyikan lagu Inggeris itu. Dia tahu lagu tu. Lagu Westlife. Tapi kenapa mesti lagu itu yang jadi pilihan Ie? Lagu tu dah lama. Kenapa tak pilih lagu yang baru?
Another day just passes by
But now I know
How much it means
For you to stay
Right here with me
Ie memejam matanya sejenak. Lagu itu mengingatkannya pada seseorang. Dia pun pernah menyanyikan lagu ini pada seseorang itu. Seseorang yang kini menghilang entah kenapa. Tapi Ie tahu, dia bahagia dengan kehidupannya. Beberapa tahun lepas, Ie menerima berita yang perempuan itu sudah berkahwin. Dan Ie bersyukur dan berdoa supaya perempuan yang pernah menginap di kamar hatinya itu berbahagia dengan kehidupan yang baru.
The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad I can’t take it any longer
Yes, it hurts so bad. Siapa tak terluka kalau gadis yang dicintai sepenuh hati akhirnya berpaling kepada lelaki lain? Kerana itulah Ie hampir hilang arah. Hidup macam tak hidup. Lepas berbulan-bulan, barulah dia pulih. Hati yang terluka dirawat dengan kelab-kelab malam dan pub. Terkinja-kinja menghilangkan tekanan. Perempuan bertukar macam tukar baju.
I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
Wah wah wah! Bukan main lagi Ie nyanyi, sampai tutup-tutup mata. Memang feel lah tu! K nak tidur pun tak jadi bila tengok Ie mulut nyanyi tapi diri sendiri entah terbang ke mana entah. Pasti ada sesuatu pasal lagu ni yang buat Ie jadi macam sekarang.
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing everything you do
I wanna grow old with you
Ie tersenyum hambar. Entah kenapa lagu itu yang menjadi pilihannya. Lagu itu yang terlintas difikirannya sebentar tadi. Walaupun hati menentang hebat, tapi mulut dah mula menyanyikan bait-bait lagu tersebut. Menjaga K sekarang mengingatkan dia pada perempuan itu. Perempuan yang bernama Farah. Dulu Farah pun pernah terlantar macam K sekarang. Dan Ie jugalah yang menjaga. Cuma bezanya Farah bukan demam tapi kemalangan kecil. Tapi sama jugak sakit. Lagu ini jugalah yang pernah Ie nyanyikan untuk Farah. Dan Farah terlelap. Tapi K?
K mengangkat kening dua kali dengan senyum mengusik di bibir. Dia tahu ada sesuatu disebalik lagu tersebut. Dari riak wajah Ie, dia dah dapat mengagak. Dan dari pandangan mata, K menghantar pertanyaan kepada Ie. Dia tahu Ie faham. Ie macam ada kuasa psikik.
Ie menjegilkan matanya. “ Orang suruh tidurlah, bukan sengih-sengih macam ni! Tak padan dengan diri lemah macam tu... Pergi tidur!” arah Ie. Dia tahu apa yang bermain dalam kepala K sekarang. Tidak susah nak mengagak dengan pandangan K tu.
“ Apa cerita?” sedaya upaya K cuba untuk bercakap.
Ie gelak besar dengar suara K yang serak dan lepas tu hilang terus. “ Sibuk jugak nak bercakap!”
K tersengih. Dia menjungkit keningnya, masih menunggu jawapan dari Ie.
Ie tersenyum. “ I’ll tell you everything but not now, okay? Sekarang, abang nak K pejam mata and tidur... Rehat cukup-cukup so that your demam akan cepat sembuh. Bila dah sembuh, dah sihat, dah dapat your voice back, barulah abang akan ceritakan apa yang K nak tahu tu... Deal?” dia menghulurkan tangannya.
K memang tidak bersetuju tapi apa yang dia boleh buat? Nak membantah? Memang tak boleh. Suara tak ada, jadi kekuatan pun kurang! Akhirnya, huluran tangan itu disambut jugak dan itu tandanya dia bersetuju.
U_TURN

No comments:

Post a Comment