Tuesday, 17 April 2012

U - Turn 32



“ Morning?” ucap Ad sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam kedai dobi tersebut. Kedai dobi yang bertemakan warna merah jambu. Lembut. Nyaman mata memandang.
Morning! Ya encik?” sambut seorang perempuan yang berada di kaunter.
Ad tersenyum kepada perempuan yang mungkin baru habis sekolah. Pasti cari duit sendiri sementara menanti untuk menyambung pelajaran. “ Mana boss?”
Gadis itu mengerutkan dahinya. Mungkin pelik bila dengar soalan dari lelaki yang tak pernah-pernah datang ke kedai dobi mereka. Pelanggan baru ke? Tapi tengok tangan, kosong je! Tak ada plastik pakaian pun yang perlu dicuci? “ Boss?”
Ad mengangguk. “ Azreen. Kan?”
“ Yep. Encik ni siapa? Kawan dia ke?”
“ Ya. Dia ada ke?”
Sorry tapi Kak Ayin belum datang lagi lah.. Dia ada hal kut sebab tadi dia SMS saya suruh jaga kedai.. Kenapa? Ada hal penting ke?”
Ad tersenyum seraya menggeleng. “ Tak apalah. Nanti saya datang lagi. Thanks!”
Orite! Tapi encik, lain kali kalau nak datang bawaklah sehelai dua baju untuk dicuci!” gadis itu tersengih seraya mengangkat jari telunjuk dan jari hantunya. Menunjukkan ‘peace’.
Ad tertawa kecil dengan seloroh gadis tersebut. Dia kemudiannya berpaling dan melangkah untuk keluar tapi langkah kakinya terhenti di muka pintu. Baru saja di nak membuka pintu, pintu itu sudah ditarik dari luar dan kini berdirilah seorang gadis bertudung dihadapannya.
“ Adry! What a surprise??” Ayin tersenyum girang. Beberapa hari lepas dia SMS bertanyakan khabar pemuda di hadapannya kini dan sekarang pemuda itu dah berdiri dihadapannya.
Ad tersenyum. “ Apa cerita ni boss masuk lambat? Macam mana nak jadi contoh?” usik Ad.
Ayin tersengih. “ Eh, kau buat apa kat kedai aku ni?”
“ Cari kau lah.” Ad membelek diri Ayin. Masih tidak berubah. Cuma tudung dikepalanya menampakkan sedikit kelainan. Kalau dulu, gadis itu selesa dengan rambut yang diikat ekor kuda. “ Breakfast?”
“ Emm, kejap!”
Ad ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada Ayin melangkah masuk ke dalam kedai. Dia hanya memandang gadis itu yang sudah meluru ke arah kaunter. Bercakap sesuatu dengan pekerjanya dan kemudian kembali berpaling kepada Ad. “ So?”
“ Okey, jom! Tapi kau kena belanja pekerja aku sekali sebab dia belum makan lagi... Kan Ayu?” Ayin menoleh sekilas ke arah gadis di kaunter.
Ayu tersengih. “ Tapau something ek?”
Ad tertawa. “ No hal!”
_never leave_
Ad meneguk Milo panas dari gelasnya. Sesekali matanya menatap wajah Ayin yang leka dengan Nasi Lemak. Tadi gadis itu bersungut bila Ad tak nak makan. Ajak orang pergi sarapan tapi dia sendiri tidak order makanan. Ad hanya tersengih bila dengar Ayin merungut.
“ Kau apa cerita?” soal Ayin.
“ Hah?Aku?” Ad membetulkan posisi duduknya. Ralit sangat perhati anak dara orang makan, sampai duduk pun dah tak betul.
Ayin mengangguk. Pinggan nasi lemak ditolak tepi. Gelas berisi Horlick panas diambil dan air itu diteguk beberapa kali.
“ Aku macam ni lah... Macam yang kau tengok..” jawab Ad ringkas. Takkanlah dia nak bercerita panjang lebar tentang hidupnya yang satu ketika dahulu pernah huru-hara bila dia berhutang dengan along?
“ Dari apa yang aku tengok, kau nampak bahagia. Badan pun dah berisi... Tak cekeding macam dulu!” Ayin tergelak dihujung ayatnya.
Ad mencebir. Dia kemudiannya menilik diri sendiri. Betul ke dia dah berisi? Ni mesti sebab hari-hari makan sedap! Opah yang masak memanglah kena makan! Masakan opah first class beb! Takkan nak tolak? “ Kira okeylah tak cekeding. Kalau cekeding sangat susah pulak, kang terbang pulak bila angin kuat!” selorohnya semakin membuatkan tawa Ayin berpanjangan. Ad hanya tersenyum. Lama sungguh dia tidak mendengar tawa itu. Tawa yang dahulu pernah mengisi hari-harinya. Ahh, kenangan!
“ Dah kahwin ke?” Ayin bertanya lurus. Tidak perlu berkias-kias. Lagipun dia memang bukan orang yang suka cakap pusing sana pusing sini. Buang masa je! Tengok macam hari tu, bila dia terpandang raut wajah seseorang yang mirip dengan Ad, dia terus SMS Ad bertanyakan khabar. Nasib baik Ad masih menggunakan nombor telefon yang sama. Kalau tidak, sukar jugak nak menjejak lelaki itu.
Ad menggeleng. “ Kenapa? Nak isi borang?”
Ayin mencemik. “ Tak ada maknanya!”
Ad tersengih. “ Kenapa hari tu tiba-tiba text aku? Bertahun hilang...”
Kali ini raut wajah Ayin berubah.Tidak lagi seceria tadi. “ Aku jumpa orang macam muka kau... Lepas tu aku terus text. Lagipun aku ada dengar jugak dari Mirul, dia cakap yang kau ada kat sini.”
“ Kalau tak jumpa orang macam muka aku, haram kau nak ingat aku kan?”
“ Ad.. Pasal dulu tu..”
Ad tersenyum hambar. “ Tak nak cakap pasal benda tu lah... Lain kali kau cerita ekk?”
Ayin mengeluh. “ Aku tak nak cerita. Aku just nak cakap yang aku mintak maaf banyak-banyak..”
Ad hanya mengangguk. Kemudian mereka sama-sama terdiam sehinggalah pelayan kedai datang hantar makanan bungkus untuk Ayu. Ad menjelaskan bayaran dan lepas tu pelayan itu pun pergi. “ Makanan Ayu.” Ujarnya ringkas walaupun dia tahu yang Ayin tahu makanan itu untuk siapa. “ Ayin..” Ayin mengangkat muka, memandang Ad. “ Aku tak terima maaf kau.” Riak wajah Ayin semakin sayu. “ Dan selagi aku tak terima maaf kau tu, selagi tu lah kau kena hadap muka aku! Kau kena breakfast, lunch, dinner semua dengan aku sampailah aku cakap yang maaf kau diterima!”
_never leave_
“Excuse me?” Ie merapati seorang perempuan yang baru sahaja melangkah keluar dari pasaraya.
“ Ya?” perempuan mengandung itu nampak takut-takut untuk menjawab.
Ie tersenyum. Mungkin senyumannya itu dapat menghilangkan gentar di hati perempuan itu. Dia cuba untuk bersikap mesra supaya senang untuk dia berinteraksi dengan perempuan yang mungkin akan membawanya kepada satu rahsia. “ Jangan takut. Saya bukan orang jahat!” gurau Ie. Perempuan itu dilihatnya hanya tersenyum pahit. Malah Ie perasan yang langkah kaki perempuan itu semakin pantas dan Ie terpaksa menaikkan speed langkahnya untuk bersaing dengan dia. “ Wife Miqhal, kan?” soal Ie masih dengan senyuman dibibir. Matanya ligat memerhati wajah wanita itu. Dia cukup yakin, walau hanya sekali pertemuan, dia ingat lagi wajah itu. Perempuan inilah yang berjalan berpimpin tangan dengan Miqhal hari tu.
Perempuan itu menghentikan langkah lalu berpaling. Melihat Ie dengan riak penuh curiga. “ Awak siapa?”
“ Oh, saya kawan Miqhal.” tenang Ie menuturkan pembohongan itu. Memang dia kenal dengan Miqhal tapi dia tidak menganggap lelaki itu sebagai kawannya.
“ Kawan Miqhal? Sorrylah, tapi saya tak kenal awak.” ujar Ryana lagi. Dihatinya tertanya-tanya betulkan lelaki itu kawan Miqhal? Tapi...macam mana lelaki itu tahu tentang pernikahannya dengan Miqhal sedangkan pernikahan itu dirahsiakan?
“ Awak memang tak kenal saya. Tapi saya kenal awak!”
“ Maksud awak?”
“Miqhal ada emel kan gambar awak pada saya. Dari situlah saya tengok awak... Saya ni baru balik dari luar negara. Tak sangka dapat jumpa real-real hari ni. Betulkan?? Awak wife dia?” handal jugak rupanya Ie menipu! Lantaklah kalau dia kata dia bukan wife Miqhal sekalipun lepas ni.. Kalau betul aku salah orang, tak ada rugi apa pun..
Mungkin betul dia ni kawan Miqhal. Kalau tak, tak mungkin dia tahu tentang perkahwinan ini. Mungkin dia salah satu kawan karib Miqhal. Ryana membuat kesimpulan sendiri. “ Ya, saya wife dia.”
Naaaa! That’s what I wanna hear, lady! “ Alhamdulillah, nasib baik saya tak silap orang! Saya pun takut saya tersilap. Maklumlah, pelanduk dua serupa kan banyak?” tukas Ie ramah. Ryana tersenyum nipis. “ Awak sorang je ke? Miqhal tak ikut sekali?”
“ Tak... Dia kerja.”
“Miqhal ni memang nak kena! Adakah patut dia biarkan isteri mengandung pergi beli barang sorang diri. Ishh... Tak apa, awak jangan risau. Nanti saya sound hubby awak tu!”
Ryana tertawa kecil. Senang dengan celoteh lelaki yang masih tidak diketahui namanya itu. “ Saya sendiri yang nak pergi. Dia tak suruh pun..”
Ie tersenyum. Lega bila Ryana sudah mula mempercayainya. “ Ni bila saya akan jadi uncle ni?”
Ryana yang perasan mata Ie memandang perutnya hanya tersenyum. Tahulah dia apa maksud soalan Ie tu. “ Insya-ALLAH dalam lima bulan lagi awak akan jadi uncle..”
So, kandungan dah masuk 4 bulan? Maksudnya, dah lama jugak la Miqhal berkahwin. “ Great! Tak sabar nak tunggu!” Ie berpura-pura gembira. Dia kemudiannya mengerling sekilas jam tangan. Alamak! “ Eh, saya dah lewatlah..”
“ Oh ya ke?”
“ Nak pergi jemput adik... Mesti bisinglah dia lepas ni! By the way, nice to meet you!”
“ Ya, me too!”
“ Kirim salam kat Miqhal ye?”
“ Okey, Insya-ALLAH.”
Drive elok-elok! Saya pergi dulu.” belum sempat Ie nak mengorak langkah, Ryana memanggilnya. “ Ya?”
“ Lupa pulak nak tanya nama awak.”
“ Oh. Saya Mukhrie.”
Lamunan Ie terhenti apabila telefon bimbitnya berdering. Dengan handsfree ditelinga, dia tidak mempunyai masalah untuk menjawab panggilan tersebut. Panggilan dari Lyqa!
“ Ya adikku sayang! I’m on my way! Tunggu diam-diam tak boleh ke? Dah beribu kali dah call abang, macam mana abang nak fokus driving ni! Alaa!!” rengus Ie sambil tangannya sibuk bermain dengan stereng. Dia tahu dia dah lambat. Hampir sejam lewat jemput Lyqa dari sekolah. Pemandu mereka bercuti hari ini jadi dia lah yang terpaksa jadi pemandu tak bergaji untuk menghantar dan menjemput Lyqa dari sekolah. “ Tunggu okey? Sabar! Dah. Jangan call lagi!”
Talian dimatikan. Ie mengeluh. Bukan mengeluh kerana tidak suka menjemput Lyqa dari sekolah, tapi kerana teringat pertemuan yang tak diduga sebentar tadi. Kerana pertemuan itu jugaklah dia terlewat untuk mengambil Lyqa. Miqhal! Dia perlu berurusan dengan lelaki itu!
_never leave_
Dah masuk empat hari. Demam K pun dah kebah. Suara pun dah pulih walaupun masih kedengaran serak sedikit. Tapi dia masih bercuti. Ie masih mengawal ketat dirinya. Bila K cakap yang dia nak bekerja, Ie lah orang pertama yang membantah. Dan akhirnya, dia kalah.
Dan masuk empat hari jugaklah K tak dengar apa-apa berita tentang Miqhal. Hati memang meronta nak menelefon tapi ego bermaharajalela dalam dirinya. Kalau betul Miqhal sayangkan dia, Miqhal akan mencarinya. Dan dia hanya menunggu...
Bila dah macam ni, K rasa macam Miqhal tak sayangkan dia pulak. Yalah, dia demam teruk tapi batang hidung lelaki itu tak nampak langsung! Bukan sahaja tak datang melawat, panggilan telefon dari Miqhal pun tak ada. Sekarang ni, K rasa Ie sayang dia lebih dari Miqhal! Ie siap cuti sebab nak jaga dia. Miqhal?
K merengus. Dia tahu dia tidak sepatutnya membandingkan Miqhal dengan Ie. Mungkin Miqhal punya alasan dia sendiri kenapa dia berbuat seperti itu. Dan K memang tersangat-sangat ingin tahu apa benda yang menghalang Miqhal sampai nak telefon dia pun tak dapat!
Semalam K dapat SMS dari Ad. Ad cakap dia tak boleh balik dalam masa terdekat ni tapi dia memang akan balik before Denn punya wedding, itu yang pasti. Biarlah Ad selesaikan hal dia. Kalau lelaki itu tidak mahu bercerita, K pun malas nak bertanya.
“ Oii!”
K tersentak bila bahunya ditepuk dari belakang.Lyqa tersengih dibelakangnya. “ Nak apa?”
“ Fon bunyi. Tak dengar ke?”
“Hah? Ye ke?” K berpaling kehadapan semula. Telefon bimbit di atas meja kopi dicapai. Memang ada misscalled. Belum sempat K nak melihat siapa yang misscalled, telefon bimbitnya berdering semula. Gambar Miqhal terpampang diskrin.Baru sekarang nak call? K tak terus jawab. Dia membiarkan telefon ditangannya terus berdering. Nak tengok jugak sejauh mana Miqhal berusaha.
“ Gaduh dengan Abang Miqhal eh?” Lyqa dah mula jadi wartawan.
“ Ni tanya orang mesti sebab Bang Ie kan? Kakak tau lepas ni Lyqa akan pergi bagitau semuanya kat Bang Ie. Suka sangat jadi informer Bang Ie tu kenapa? Dia bagi upah apa kat Lyqa?”
Lyqa senyum meleret dan kemudian menghilangkan diri ke dapur. Dia tahu dia tidak akan dapat jawapan dari K. Tengok muka K je dah tahu. Kakaknya itu tengah tension!
Selepas lima panggilan dibiarkan, barulah K menjawab.
“ Hello. B.”
Suara Miqhal nampak sangat lemah membuatkan K semakin lemah nak mendengarnya. Kenapa dengan Miqhal? “ Are you okay?”
Miqhal tersenyum pahit. Lama sungguh rasanya tak mendengar suara itu. Rindu terasa membuak-buak. “ I missed you..” so bad, sayang!
Miqhal memekup wajahnya di meja. Mata dah rasa panas semacam. Dia betul-betul tak dapat menahan perasaannya saat ini. Dia rasa bersalah sebab tu dia halang diri dari berjumpa dengan K. Tapi sekarang...dia betul-betul tidak dapat mengawal rindunya!
“ I’m sorry..” rintih Miqhal.
Air mata dah jatuh. Kalau ada orang lain yang melihatnya sekarang, pasti mereka tersenyum sinis atau ketawa mengejek. Yalah! Seorang lelaki yang gagah perkasa macam dia, nangis tak dapat tahan rindu terhadap kekasih? Hahh! Gila tak jiwang macam tu? Tapi Miqhal tak kisah. Lagipun tak ada sesiapa yang melihatnya. Dia bersendirian di dalam pejabat.
Mendengar suara Miqhal yang sebegitu, melemahkan diri K. Kalau tadi dia marah. Kalau tadi dia betul-betul teringin nak maki hamun Miqhal. Tapi sekarang rasa marahnya hilang berganti dengan sayu. Suara Miqhal begitu menyentuh perasaannya. Miqhal bagaikan terseksa sangat. Kenapa? Tanpa sedar air mata K pun dah jatuh. Tak sanggup rasanya nak dengar suara Miqhal macam tu. Dia lebih rela Miqhal memarahinya. Menengkingnya. Menjerit padanya. Tapi dia tidak sanggup mendengar suara Miqhal yang macam sekarang... Sungguh dia tak sanggup!
Miqhal mengesat air matanya. Dia membetulkan duduk. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembuskan perlahan. Dia cuba mengawal perasaannya tapi air mata masih tidak mahu berhenti mengalir. “ How are you, sayang?”
Not doing so good without you...”
Miqhal tertawa hambar mendengar jawapan dari K. Sudah! Cukuplah! Cukuplah sampai hari ini... Dia dah tidak sanggup lagi. “ Lunch with me? Please?”
K tersenyum dalam tangisnya. “ Kenapa perlu cakap ‘please’? You know you don’t have to begging me kan? I won’t say no lah... I love you what!”
Damnit, baby! Damnit!! Air mata semakin deras mengalir. Setelah apa yang Miqhal lakukan, K masih mahu melafazkan kata cinta itu padanya! Kalau K tahu yang dia dah berkahwin, masih mahukah gadis itu mengucapkan kata-kata tersebut? “ Arghhhh....” Miqhal terus bangkit. Air mata dikesat kasar. “ I’ll be there in 20 minutes.”
“ I’ll wait.”
“ And B..”
“ Ya?”
“ I love you. No matter what!”
U_TURN

No comments:

Post a Comment