Wednesday, 25 January 2012

U -Turn 13



“ Oii Denn! Kau kat mana?” suara K menerjah gegendang telinga Denn.
“ Aku kat kenduri jiran aku laa... Kenapa?”
K terdiam sejenak sebelum kembali bersuara. “ Jiran?? Jiran ke Denn? Betul ke apa aku dengar ni? Jiran??”
Denn gelak. “ Ya, jiran! J-I-R-A-N! Jiran!”
“ Jiran yang kau sayang tu ke?”
 Denn angkat muka. Dan tidak jauh darinya,ada seorang perempuan yang tengah berbual-bual dengan sekumpulan tetamu yang juga datang ke kenduri itu. Denn senyum. “ Ya...” perlahan dia menjawab soalan K dengan mata yang tak beralih. Fokus utama tetap pada gadis itu. Akhirnya dia berani mengorak langkah. Selangkah ke hadapan. Harapannya, selepas ini dia akan terus melangkah dan melangkah tanpa berundur.
“ Fulamaaakkk!! Apa tunggu lagi Denn!! Ushar laaaa!” suara K sungguh bersemangat.
“ Dah kau tak hang up, camne aku nak ushar??”
“ Yalah-yalah... Apa-apa, text aku ya! Goodluck!”
“ Thanks.. Bye!”
Talian terputus. Denn bersandar di kerusi. Mengeluh dah masih lagi memandang gadis yang sama. Dari tadi dia tengok jiran kesayangan dia tu. Sungguh cantik. Macam bidadari! Apatah lagi bila pakai baju kurung. Semakin terserlah keayuannya! Rasa nak pergi sapa, tapi tak tahu pulak nak sapa macam mana.
-Hye, Nasyrah kan?
Atau...
-Hye.. Saya Denn..
Atau...
-Hye, Nasyrah kan? Saya Denn..
Ehh. Bukan sama ke macam yang dua atas tu tadi? Hmm.. Memanglah aku ni blur bila part nak tackle awek!
“ Hye. Denn kan?”
Eh, ada orang curi dialog aku lah! Pandangannya terus lekat di wajah gadis yang menyapanya itu. Lidah terasa kelu. Nak keluar suara pun payah semacam. Dia cuma mampu melihat gadis itu yang dah menarik kerusi disebelahnya.
“ Auntie Mona kat dalam eh?”
“ Hahh?” Denn tiba-tiba kalut.
Nasyrah tergelak kecil. Denn hanya mampu tersenyum pahit. “ Yang awak gelabah semacam ni kenapa? Saya tak makan orang laa..”
Denn urut-urut pangkal tengkuk. Itu Cuma salah satu cara nak cover keresahannnya. Dia masih tak tahu nak cakap apa. Kenapa aku susah sangat nak bukak mulut nih!!!!
“ Awak tak sudi ke nak berbual dengan saya?” suara Nasyrah bagaikan orang berjauh hati.
Takkkkkkk!!! Aku sudi!! Tapi....... Kenapa suara aku tak keluar ni!!!!!!!!
“ Tak apalah. Saya masuk dulu...” Nasyrah dah berdiri, bersedia untuk pergi.
Denn pejam mata sejenak. Kau kena yakin Denn! Yakin! Kau boleh berjaya... Kalau kau yakin!
“ Nasyrah.”
Gadis itu berpaling bila terdengar suara Denn. Dia tersenyum. “ Ya?”
“ Auntie Mona...kat dalam.” Denn jawab soalan Nasyrah sebentar tadi. Auntie Mona tu bunda Denn!
Nasyrah angguk. “ Okey...” dia dah bersedia untuk melangkah semula tapi terhenti sekali lagi bila suara Denn kembali menyapa.
“ Tapi anak Auntie Mona kat sini...”
Nasyrah tertawa geli hati. Akhirnya dia kembali mengambil tempat disebelah Denn membuatkan senyuman Denn semakin melebar. Mereka hanya berbalas pandang dan senyuman. Kemudian keadaan sepi seketika di antara mereka. Cuma kedengaran riuh yang memang akan terasa bila kita berada dalam satu majlis. Di atas pelamin, kedua mempelai sedang bersanding. Sama cantik sama padan.
“ Nasyrah....” tiba-tiba Denn bersuara.
“ Ya?”
“ Awak cantik bila pakai baju kaler purple...” Dia tahu yang Nasyrah menggunakan baju berwarna ungu kerana semua orang pun pakai baju rona sama. Kata Bunda, warna itu merupakan tema untuk majlis persandingan Aqil; abang kepada Nasyrah. Dan pujiannya untuk Nasyrah sebentar tadi hanyalah satu penipuan. Sebab dia tak dapat lihat pun Nasyrah pakai baju kaler purple. Di matanya, baju kurung moden yang tersarung di tubuh Nasyrah itu tak berwarna! Tapi Nasyrah tetap cantik..walau tak berwarna sekalipun!
Wajah Nasyrah berubah seketika tapi lepas tu dia tersenyum. “ Terima kasih...”
Terima kasih Ya ALLAH. Kau bagi aku kesempatan ni. Kau bagi aku peluang untuk mengenali dia... Kau bagi aku peluang untuk mendekati dia... Terima kasih!
Denn mengucap syukur dalam hati.
***
K mendail nombor telefon Miqhal. Dari tadi dia mencari orang yang tak sibuk untuk menemaninya di hari cuti ini. Hari ini Ad bagi dia cuti. Jadi tak payah kerja! Tapi bila tak payah kerja... K bosan sebab tak ada buat apa-apa kat rumah!
“ Ya, Cik Kyra? Ada apa yang boleh saya bantu?”
K sengih seorang bila dengar suara Miqhal di corong talian. “Miqhal! Kau kat mana?”
“ Kat..office. Kenapa?”
“ Yow! Hari Ahad ni, derrrr!! Apa kau buat kat office??”
“ Kerja laa... Kau nak apa ni, budak kecik? Hmhh?? Aku sibuk ni... Kalau hajat di hati kau tu nak kacau aku, lebih baik lupakan je lah. Aku betul-betul sibuk.” Miqhal memang suka buat kerja kat pejabat. Apa-apa kerja yang belum diselesaikan,dia akan selesaikan kat situ jugak. Dia bukan jenis orang yang bawak kerja balik rumah. Bagi dia, rumah bukan tempat untuk bekerja. Kalau dah kat rumah pun buat kerja, tak ada bezalah antara rumah dengan pejabat kan?
“ Oh ye ke?” K mengeluh hampa. Memang sahlah hari ini dia terpaksa hadap TV dari pagi sampai malam! Huarghhhhh!! Bosannnnn!
“ Nak apa sebenarnya ni?” soal Miqhal lagi. Kali ini suaranya dilembutkan sedikit. Dia khuatir jika K berjauh hati pulak kalau dia cakap kasar-kasar sebab si K ni angin dia kadang-kadang tak betul sikit!
“ Tadi aku called Denn, dia pergi kenduri rumah jiran kesayangan dia. Ad tengah sibuk. Jadi, aku call lah kau. Aku cari orang teman aku lepak.” K buat suara mintak kesian.
“ Alolololooo siannya dia.....”
K senyum sendiri bila suara mintak kesian dia sebentar tadi nampaknya membuahkan hasil. Miqhal ni memang jarang nak hampakan aku! Tu yang aku suka tu!
“ Nak ke lepak kat office?” tanya Miqhal.
“ Aku no hal! Tapi kalau kau busy, takpe lah. Aku lepak sorang-sorang je lah.”
Enough mintak kesian, K!” Pecah tawa K. Susah betullah nak tipu si Miqhal ni! “ Datang office aku... Aku tunggu!”
***
K bersiul-siul kecil sambil pandangannya ditebar ke seluruh ruang bilik pejabat Miqhal. Simple tapi cukup cantik. Pandangan K terhenti pada bingkai gambar yang elok tergantung di sudut kiri bilik tersebut. Gambar keluarga Miqhal. Miqhal diapit oleh dua orang perempuan. Mungkin kakak-kakaknya. Dan di hadapan mereka, papa dan mama Miqhal tersenyum bahagia.
“Miqhal..”
“ Ya?” jawab Miqhal tanpa mengalih pandangan dari terus menatap skrin laptop.
“ Berapa umur kau dalam gambar tu?”
“ Gambar mana?” Miqhal angkat muka tengok K yang tengah pandang gambar keluarganya. Pandangan Miqhal turut menghala kearah foto tersebut. “ 18 tahun.” Miqhal tersenyum hambar. Sekarang ni mana ada kakak-kakak tu lagi! Semua dah sibuk dengan hidup masing-masing.
Handsome!” puji K seraya tersengih.
“ Sekarang ni tak handsome lagi ke?” duga Miqhal.
Handsome tapi.. kureng sikitlah sebab kau dah jarang nak jengok muka kat OD. Apa cerita? Takkan tak habis lagi gaduh dengan Ad kut??” K cuba menggali cerita tentang salah faham si Miqhal dengan Ad yang macam tak ada penghujung. K tengok si Ad masih dingin dengan Miqhal. “ Susah sangat nak jumpa kau sekarang ni.” K mengatur sila di atas sofa yang tersedia di sudut kanan ruang pejabat tersebut.
“ Susah apanya...” jawab Miqhal sambil matanya ralit  merenung kertas di tangan. Kemudian kertas tersebut di letak kembali atas meja dan jari jemarinya bekerja pula di atas papan kekunci komputer riba.
“ Dah ada awek terus lupa kawan ke brader?”
“ Mana ada...”
“ Mana ada apa?”
“ Mana ada awek!” Miqhal terus angkat muka dan tengok K.
K mencebir. “ Jangan tipu laa...Selain hal kau dengan Ad tu, aku tahu kau ada hal lain lagi..Kannn??”
“ Kalau betul ada, kenapa? Kau jealous?” duga Miqhal.
“ Cisss!! Aku jealous???” K menerpa ke meja Miqhal. “ Cuba kau pandang muka aku ni!” arah K dan Miqhal menurut. “ Aku jealousss???”
“ Tak mustahil kan?” Miqhal menjungkit kening.
“ Memang punnn.” K mengeluh. Dia melangkah mendekati dinding kaca di belakang tempat duduk Miqhal. Pejabat Miqhal terletak agak tinggi. Bukan agak tinggi lagi dah, memang tinggi! Dari atas ni, kalau tengok jalan raya kat bawah, kereta-kereta macam semut je!
“ Aku bukannya apa K. Aku busy sikit. Bukan tak nak jenguk kau, tapi masa tu tak ada. Kau sendiri tengokkan? Hari ahad pun aku kat sini...” jelas Miqhal lalu menyambung semula kerjanya yang terhenti sebentar tadi. Kedatangan K memang mengganggu sedikit konsentrasinya tapi dia tidak menyalahkan K. Dia tahu K bosan dan sebagai kawan, Miqhal mahu menghilangkan sedikit rasa bosan di hati K. Walaupun hanya lepak di pejabat, sekurang-kurangnya Miqhal dapat tengok K. Sekurang-kurangnya Miqhal tahu K tak buat benda bodoh kat luar sana. Manalah tahu kan...sebab dah bosan sangat kang budak kecik ni pergi lepak dengan mat-mat ganja kat luar sana tu... Haru! Jadi, lebih baik dia bawak si K ni lepak kat office! Lagi selamat!
“ Bukan busy dengan Ryana?”
Miqhal terus berpaling tengok  K. “ Kau kenal Ryana?”
Hello bro! Hari tu kau ada bagitau aku. Kau lupa ke?”
“ Oh ya ke?” Miqhal tersenyum nipis. Dia menolak kerusinya ke belakang. Kini dia dah berada di sebelah K. “ Kawan lama K... Bestfriend pulak tu. Bila dah jumpa balik, macam-macam benda nak buat bersama.”
“ Habis aku ni? Bukan bestfriend kau? Aku pun nak buat banyak benda dengan kau!” suara K macam orang tengah merajuk.
Miqhal tersenyum. Matanya tak alih dari tengok gadis dengan baju-T hitam didalam dan kemeja lengan panjang kotak-kotak putih yang tak dibutangkan di luar serta jeans slim fit hitam. Kasut Nike Dunk High tersarung di kakinya. Bila tengok kasut Nike tu, Miqhal tersenyum sendiri. Kasut tu, Miqhal yang hadiahkan masa birthday K hari tu. Dan seperti biasa, cap Quiksilver merah biru tersarung dikepala.
“ Wey sini jap.” Miqhal tarik tangan K supaya K berdiri di hadapannya.
“ Apa?” K pelik bila Miqhal tenung dia semacam.
Nothing...” Miqhal tunduk. Tiba-tiba jantung dia berdegup kencang. Ya, tiba-tiba!
Muncul idea nakal di benak fikiran si K. Dua tanduk dah naik kat kepala! Mwahahaa! “ Perlu ke buat muka nervous macam tu?”
“ Mana ada... Mana ada nervous!” Miqhal cuba menyembunyikan getar di suaranya. Dia gugup!
“ Ya ke tak nervous??” sengaja K memainkan jari telunjuknya di dada Miqhal.
“ K!” Miqhal menepis tangan K. “ Are you trying to seduce me??”
“ Kalau ya, kenapa?”jawab K berani sedangkan dalam hati dah bergetar. Dalam dia cuba mengusik Miqhal, dia sendiri turut berasa takut. Takut kalau-kalau si Miqhal ni kena rasuk kejap lagi dan buat benda luar alam! Hishhh... Dahlah sekarang tengah berdua-duaan dengan dia. Bukan ke kalau tengah berdua-duaan, orang ketiga adalah syaitan?
“ Kau jangan K..” tangan K yang tadinya ditepis kini digenggam erat. “ Kat sini cuma ada aku dengan kau je tau. Tak ada Denn. Tak ada Ad. Tak ada sesiapa nak selamatkan kau kalau aku buat jahat kat kau. Kau jangan salahkan aku kalau aku buat benda tak senonoh kat kau sebab kau yang goda aku dulu..” suara Miqhal bagaikan orang berbisik.
Miqhal berdiri dan itu menyebabkan K semakin kecut perut sebab dia dengan Miqhal sekarang ni memang rapat habis!
Riak wajah K sekarang memang nampak takut semacam. Pucat je muka. Dah tak ada dah senyum mengusik kat bibir. Mata je yang masih terkebil-kebil tengok Miqhal. Miqhal gelak jahat dalam hati. Aaa..Nak sangat sakat aku kan?? Ni baru aku bagi sikit..!
“ Ingattt... cuma ada aku dengan kau je.” bisik Miqhal lagi.
“ Woiiii!!” K menolak tubuh Miqhal sekuat hati.
Miqhal terduduk semula di kerusinya. Bergema tawa memenuhi ruang pejabat.
K merengus. “ Aku blah!”
“ Alolololoooo...” Miqhal bangkit dan mendekati K. “ Tadi nak sangat goda aku kan? Aku dah tergoda ni, apa tunggu lagi?” Miqhal masih tidak berhenti menyakat.
“ Kau nak ni ke??” K tunjuk penumbuk kat depan muka Miqhal.
Miqhal sengih. Penumbuk si K tu digenggam. “ Okey. Okey.. Dah. Dah. Aku tak kacau kau lagi..” Bahu K dipaut dan mereka berdiri menghadap dinding kaca. Memandang jauh ke hadapan. Keadaan sepi seketika. Kedua-duanya bagaikan tengah meladeni perasaan masing-masing. “ Aku sayang kau.”
Uiiii... Apa Miqhal ni? Takkan sambung lagi kut sesi goda menggoda tadi tu?? K telan air liur yang dah rasa berpasir. Jantung dah dup dap dup dap. Dia kaku tak bersuara.
“ Walaupun aku ada Ryana, tapi takkan sama dengan Kyra. Kyra aku yang baik... Kyra aku yang comel... Kyra aku yang cantik...” Miqhal melagakan kepalanya dengan kepala K.
Pecah tawa K bila dengar segala pujian si Miqhal. Ada ke patut puji aku cantik? Hahah... Agak-agak laa.
“ Kyra aku yang ayu... Kyra aku yang lemah lembut... Kyra aku yang sopan santun..”
Semakin kuat K ketawa. Mana taknya, semua yang disebut Miqhal bercanggah dengan dirinya sebenar. Kalau Ad dengan Denn dengar pun, rasa-rasanya budak berdua tu pun akan buat aksi ketawa sakan sambil guling-guling!
Miqhal tersenyum. Senang hatinya bila dapat dengar tawa K. Rasa macam semua masalah dia terbang. Hatinya terasa sungguh lapang.Itulah istimewanya K bagi Miqhal. Memang betul kata orang, perempuan dengan lelaki memang tak boleh berkawan. Salah seorang mesti tergelincir. Samalah macam apa yang berlaku sekarang.
Miqhal mengaku yang dia memang dah ‘tergelincir’ dengan K. Sejak dari awal lagi, dia dah rasa something bila tengok K. Tapi masa tu dia terus nafikan perasaannya sebab dia ingat K tu lelaki. Tapi bila kebenaran terbongkar, bila Miqhal tahu K tu perempuan, perasaan yang dinafikan pada mulanya semakin bercambah. Dan sehinggalah sekarang.. Perasaan itu semakin mekar di hatinya.
Tapi Miqhal tahu K sukakan Denn. Dan Miqhal berusaha sedaya upaya untuk menyatukan K dengan Denn supaya K bahagia. Tapi sampai bila dia boleh terus menyembunyikan perasaannya? Sampai bila dia nak berpura-pura bahagia bila tengok K dengan Denn bersatu?
 “ K... Aku cakap benda ni sekali je tau. Tak akan ada ulangan. Jadi kau kena dengar betul-betul.” tukas Miqhal perlahan.
“ Apa dia?” K bersuara bersahaja.
“ Aku sayang Kyra aku.”
U-TURN

U - Turn 12


Miqhal melangkah dengan tenang di dalam coffee house L’Amour Hotel. Matanya melilau-lilau mencari kelibat seseorang. Diperhati segenap ruang coffee house. Banyak jugak pengunjung. Dan kebanyakannya orang-orang korporat yang tengah mencari tempat yang selesa dan sesuai dengan status untuk berbincang tentang perniagaan.
Mata Miqhal terhenti pada seorang perempuan yang juga tengah memandangnya dengan pandangan yang...menggoda?? Miqhal menarik nafas dalam. Di scan gadis itu dari atas sampai bawah. Seksi dengan gaun paras lutut. Wajah yang agak menarik dengan kulit yang putih melepak. Miqhal membalas senyuman gadis itu. Dan tiba-tiba gadis seksi itu melambai ke arahnya. Miqhal mengerut dahi tapi langkah kaki tetap diatur ke meja gadis yang tengah berseorangan tersebut. Takkan Syed dah tukar jantina kut? Ishh!
Yes?” Miqhal menyoal lembut. Suara yang penuh berdiplomasi dengan lirikan mata yang dah ala-ala Romeo Kelas Satu.
I’m Sasha!” gadis itu menghulur tangan kepada Miqhal.
Akid tersenyum. Huluran itu disambut. “ Daiym.” Dengan orang asing, dia lebih selesa mengenalkan dirinya dengan nama yang lain. “ Have we met before?” takut jugak kalau yang ni pun jadi macam kes isteri Basil dulu. Hishh! Mintak jauh laa..
Sasha tersenyum lagi dengan lirikan manja. “ Are you looking for someone, Mr.Daiym?” soalnya manja tanpa menjawab soalan Miqhal sebentar tadi.
Miqhal mengangguk. “ How did you know that?”
Sasha tergelak kecil. “ From your look.”
“ Oh!” nampak sangat ke? Huhu... “ Tak patut gadis cantik macam you berseorangan macam ni? Where’s your partner?” soal Miqhal hanya berbasa-basi.
You are my partner.
Miqhal tersenyum tapi dahi dah berkerut kehairanan. Nampak sangat gadis seksi yang kat depan dia ni tengah mengorat dia. Dunia sekarang! Bukan lelaki saja yang sibuk usha awek, awek pun dah pandai usha lelaki! “ Soon!” tambah gadis itu lagi masih dengan senyuman menggodanya itu.
“ Ahaa!” Miqhal pura-pura gelak. “ Funny! I think I should..”
“ Honey!”
Miqhal dan Sasha sama-sama berpaling pada seorang lelaki yang datang dari ceruk mana entah. Tiba-tiba je dah berdiri di sebelah Sasha.
Buddy??” semakin berkerut dahi Miqhal melihat pemuda dihadapannya. Kenal ke?” soal Miqhal.
“ My...girl!”
Nyata perubahan di riak wajah Miqhal. Terkejut dan terkilan. Tak sangka perempuan yang menegurnya dengan senyuman menggoda dan lirikan manja itu adalah teman wanita pemuda ini. Ya ALLAH! Miqhal tiba-tiba rasa bersalah sebab dalam diam dia dah menggelar Sasha sebagai perempuan murahan.
Darling.. What took you so long to come here? Lelaki ni cuba nak pikat I...” Sasha berdiri dan memeluk manja lengan teman lelakinya.
“ What?” aku pulak yang cuba nak usha dia? Permainan apakah ini wahai perempuan? Aku tersungguhlah bukan dalam mood nak bermain ‘game’ sekarang! Ugh, please!
“ Hey, you’re here!”
Miqhal berpaling saat bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang. “ Syed!” dan seseorang itu adalah orang yang sepatutnya dia jumpa di coffee house ini dan bukan dua orang di hadapannya yang tengah pandang dia dengan pandangan yang...menjengkelkan! “ Look. Whatever it is, Im sorry, okay? Itu cuma salah faham je. I got to go!” Miqhal terus menarik lengan Syed ke meja yang agak jauh dari pasangan sebentar tadi.
Ad pandang Sasha. “ Betul dia cuba nak goda you?”
Sasha angguk. “ Dia pegang tangan I pulak tu.” ujarnya dengan nada suara yang memang teramatlah manja. Mana-mana kaum Adam yang mendengar suara itu, memang confirm cair punyalah!
Ad mengetap bibir geram. Lepas ni dia akan berbincang dengan Miqhal! Tak boleh tidak! MESTI!
***
“ Kenapa tak bagitahu nak balik? Boleh Miq jemput kat airport!” memang hari ini penuh dengan kejutan untuk Miqhal. Siang tadi dia dah dikejutkan dengan permainan antara teman wanita Ad. Dan sekarang dia dikejutkan pula dengan kedatangan seseorang yang memang tak dijangka.
Knowing you. Kalau bagitau pun, belum tentu akan pergi jemput.” Jawab gadis itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
Miqhal tersengih. “ But at least inform la dulu. Ni tak, main terjah je rumah orang!”
 “ Sorry!”
Forgiven!” Miqhal tersenyum manis. Bahu Ryana dipeluk erat. Sudah hampir tiga tahun dia tidak berjumpa dengan Ryana. Ryana merupakan anak kepada kawan mama dan papanya. Masa kecik-kecik dulu kira macam rakan sepermainan jugaklah sebab parents Miqhal selalu berjumpa dengan parents Ryana. Jadi dari situlah mereka mula rapat. “ Kenapa balik tiba-tiba? Nak kahwin?”
“ Ishh! Boleh tak jangan sebut tentang tu?”
“ Okey-okey!” Miqhal dan Ryana meneruskan langkah ke ruang makan di mana Papa dan Mamanya sedang menunggu ketibaan Miqhal dengan tetamu yang tak dijangka itu. “ Pa..Ma..Look who’s here!”
Oh there you are! Ryana, come! Kenapa lambat?” sapa Puan Dianne mesra.
Miqhal mengerut dahi. Mamanya langsung tak nampak terkejut pun. Dan papa pun relax je. “ Mama tahu Ryana nak balik?” patutlah menu makan malam pun lain semacam je. Rupa-rupanya ada tetamu istimewa!
Puan Dianne tersenyum. “ Surprise for you honey!”
Sementara Miqhal sibuk bercerita dengan rakan lamanya, K pulak sibuk mendail nombor telefon bimbit Miqhal berkali-kali atas paksaan Ad.
“ Dia tak jawab la, Ad!” K dah bosan. Dari tadi Ad paksa dia suruh call Miqhal dan yang membosankan dia ialah Miqhal langsung tak jawab panggilan-panggilan tu semua! “ Esok-esok tak boleh ke? Kau ni...” dipandang sekitar restoran Ours Diner.Sekarang cuma tinggal beberapa orang pekerja saja lagi yang masih mengelap meja dan menyapu.
“ Benda penting takleh tangguh!” Ad merengus. “ Try lagi!”
K mengeluh. Tapi tangannya bekerja juga. Menelefon Miqhal buat yang keberapa kali entah. Dan jawapannya masih sama. “ Kenapa semua operator telefon perempuan? Tak boleh ke hire operator lelaki yang suara macho-macho? Tak lah aku boring sangat dengar!” rungut K. Ad memandang K semacam. “ What?” K tak faham.
“Kan best kalau suara operator macam suara Miqhal... Mesti kau suka dengar kan??”Ad sengih mengusik.
K mengetap bibir geram.“Okey Ad! I’m done!” K terus bangkit dan berlalu pergi.
“ K! Laa aku gurau je la wey! Datang sini balik!”
" Takmo!" K jawab tanpa berpaling.
" Potong gaji!!"
***
Sorry! Mana Ad?” Miqhal melabuhkan punggung di kerusi berhadapan K. M&Ms dihulur pada K. K menyambut huluran itu tanpa banyak cakap. Itu adalah rutin Miqhal. Kalau jumpa dia, memang Miqhal akan bagi M&MS. Sebab benda alah tu memang peneman setia si K.
Wajah bersih gadis dengan cap Quiksilver merah biru dihadapannya itu ditatap. Macam mana lah aku boleh tak perasan yang kau ni perempuan? Muka punyalah licin bersih suci murni. Tapi disebabkan cara pemakaian dengan rambut pendek kau tu, bukan aku seorang je yang tertipu, banyak lagi yang menjadi mangsa. Perangai pun macam lelaki. Kasar! Tapi sensitif..pelik kan?
“ Mana handphone kau?” soal K tanpa menjawab soalan Miqhal.
Handphone?” K angguk. Miqhal menyeluk saku seluar lalu mengeluarkan Blackberrynya. “ Here! Kenapa?” dia menggawang-gawangkan Blackberry itu dihadapan K.
“ Kenapa kau tak jawab call aku?”
“ Oh ya ya! I’m sorry, K! Really sorry! Kawan aku, Ryana, baru balik dari Korea dan beberapa hari ini aku banyak luangkan masa dengan dia. And about your phone calls, I’m really sorry... Handphone tertinggal kat rumah..” Miqhal serba salah. Malam Ryana dinner di rumahnya hari tu, memang dia tahu banyak panggilan telefon dari K tapi satu pun tak dijawabnya. Bukannya apa, dia tahu Ad yang suruh K call dia dan dia belum bersedia nak dengar semua sabda pendeta ratu si Ad tu. Kiranya keesokan hari, Miqhal nak jenguk Ours Diner tapi Ryana pulak yang buat macam-macam rancangan. Mana nak tengok wayang lagi, nak main boling lagi. Macam-macam. Tapi Miqhal ikut jugak kerana lama dah tak keluar dengan superbestie dia tu. Sebab tulah dia langsung tak jenguk muka di Ours Diner.
K meneguk Coke nya. “ Kau dengan Ad ada problem eh?”
Miqhal bersandar di kepala kerusi. “ He’s not here?” dia memerhati segenap ruang Ours Diner. Memang tak nampak bayang Ad di mana-mana. Mungkin Ad berada di pejabatnya di dalam?
“ He’s out.”
Miqhal mengeluh. “ Ada salah faham sikit.”
No wonderlah muka Ad macam orang telan cuka je.”
“ Ye ke?” K angguk.
“ Apa masalahnya?” soal K ingin tahu. Setahu dia jarang Ad nak bermasam muka dengan kawan sendiri. Ad jenis yang tak banyak hal. Tapi kalau dah macam sekarang, mesti hal nya terlalu besar sampai Ad yang ‘tak banyak hal’ pun jadi ‘banyak hal’ jugak.
“ Kau budak kecik. Ubun-ubun pun masih lembut lagi. Tak payah lah nak masuk campur!” Miqhal sengih.
K mengetap bibir geram. “ I am not budak kecik okay? I’m 22!”
“ Oh 22 eh? Bukan dua tahun ke?” sengaja Miqhal nak mengusik K sebab dia memang tahu yang K pantang bila orang panggil dia budak kecik. Tapi hakikatnya, dia memang yang paling muda antara mereka. Tengok muka je orang dah tahu. Muka macam K ni, kalau nak menyamar jadi budak sekolah menengah pun pass with flying colours rasanya.
“ Shut up!”
Miqhal gelak. “ Denn mana?” rasa lama pulak tak jumpa budak dengan cermin mata bingkai hitam itu.
“ Kau tahu dia manusia paling malang kat muka bumi ni kan?”
“ Ahaa, so?”
“ Kalau kau tak jemput dia kat rumah, macam mana dia nak ada kat sini? Dia tak pandai drive, bro!” K seolah-olah sedang menyedarkan Miqhal tentang itu.
Miqhal tersenyum. “ Jom jemput tuan muda kita tu?”
“ Aku kerja!”
“ I’ll pay you!” Miqhal mengetap bibir geram. K ni kalau masa kerja memang susah nak diajak ponteng. K sengih. “ Nak ke tak ni?”
“ Pay me double!” K angkat kening dua kali. Sengaja nak duga Miqhal.
Miqhal geleng kepala. “ Apa-apa jelah, gila duit!”
U-TURN

Monday, 23 January 2012

U - Turn 11



K dan Denn kat tempat duduk belakang. Miqhal memandu dan Ad duduk kat sebelah. Mereka dalam perjalanan balik ke Bougainvillea Hill. Bintang Di Surga nyanyian kumpulan Peterpan, band dari Indonesia yang pernah popular satu ketika dahulu tengah main kat radio. Dulu lagu Mungkin Nanti memang jadi siulan ramai. Lagu itu memang hit! Selalu menjuarai carta. Sekarang ni jarang dah nak dengar cerita pasal kumpulan ni. Tapi yang tiptop sekarang cerita tentang vokalis kumpulan tu yang dah dapat gelaran Ariel PeterPorn sejak video lucahnya tersebar. Manusia sekarang.....
Dan nampaknya seluruh isi kereta tengah khusyuk layan lagu dan mungkin layan perasaan sendiri sebab seorang pun tak keluar suara. Lagu Bintang Di Surga ini memang salah satu lagu kegemaran si Miqhal. Selalu je dia paksa si K nyanyi lagu tu.
Sesekali K menoleh melihat Denn, tapi Denn tak perasan sebab Denn tengah pejam mata. Antara ready nak tidur ataupun memang dah tidur. Bosannya bila tengok Denn macam orang tak nak bercakap! Selepas apa yang terjadi malam tadi, Denn kurang dah bercakap dengan K. Memang dah dijangka. Hmm.. Tadi K nak duduk sebelah pemandu, tapi Miqhal beria-ia suruh dia duduk belakang dan nak tak nak, K duduk jugak sebelah Denn kat belakang. Entah kenapa dia rasa kecil hati pulak bila Miqhal beria-ia tak nak bagi dia duduk sebelah..mungkin Miqhal takut terserempak dengan girlfriend-girlfriend dia kut. Tapi apa masalahnya? Sebab K pun dah tak ubah macam spesies Miqhal, Ad dengan Denn. Tak adanya teman wanita Miqhal tu nak salah faham ke apa... Hmm...
Miqhal dapat tengok K dari cermin pandang belakang. Dia boleh tengok gadis itu yang selalu curi tengok orang kat sebelah. Miqhal tersenyum. K nampak sungguh comel bila intai orang macam tu! Tapi semua tu tak bermakna jika Denn langsung tak pedulikan K. Miqhal kadang-kadang kesian tengok K yang macam kena bodoh oleh cinta, oleh perasaan sukanya pada Denn. Bila tengok K yang lebih terhegeh-hegeh untuk mendapat perhatian si Denn, Miqhal rasa nak marah sebab Denn memang langsung tak perasan tentang tu. Tak boleh jugaklah nak salahkan Denn sebab dia sendiri tahu kawan dia yang seorang tu memang tengah angau dengan anak jirannya. Sebab tulah 237 kali pun K lalu depan si Denn tu, memang lelaki tu takkan perasan. Tapi betul ke K selalu terhegeh-hegeh kat Denn? Atau Miqhal je yang terhegeh-hegeh nak satukan K dengan Denn?
Ad tengah bercakap ditelefon. Kejap dengan intonasi suara yang lembut ala-ala romantik. Kejap pulak bertukar jadi tegang. Dan Ad tiba-tiba campak handphone masuk laci dashboard kereta. Miqhal tak sempat tanya apa-apa bila Ad dah naikkan volume radio dan terus pejam mata. Itu tandanya Ad taknak bercakap dengan sesiapa dalam masa ni.
Nampaknya hanya K dan Miqhal saja yang ‘hidup’. Bosannya bila perjalanan selama 5 jam ini hanya diisi dengan sepi. Tak ubah macam  memandu seorang diri. Bosan! Boring! Bosan! Boringgggg!
“ K!” Miqhal sempat kerling sekilas cermin pandang belakang untuk tengok K. “ Kau ngantuk ke?”
“ Tak.” perbualan pertama antara K dengan Miqhal selepas Miqhal buat hal semalam.
Miqhal tutup radio. Dan keadaan dalam kereta bertambah sunyi. K tak membantah apa-apa kat belakang bila Miqhal menutup radio. “ Nyanyi K!”
“ Hahh?” K blur. Tiba-tiba je Miqhal suruh dia nyanyi. Gila ke apa?
“ Nyanyi. Aku nak dengar.” permintaan yang lebih kepada satu arahan sebenarnya.
K menjengukkan mukanya diantara tempat duduk Ad dengan tempat duduk Miqhal. “ Kau nak aku nyanyi lagu apa?” K bersuara girang. At least, ada jugak hiburan dia. Tadi memang dia berkira-kira nak nyanyi, tapi takut pulak suara dia ganggu ketenteraman awam apatah lagi bila tengok Ad dengan Denn yang macam orang tengah berkabung je sekarang ni.
Miqhal senyum. “ Apa-apa je lahhh.” suaranya sengaja dileretkan. Dia gembira bila tengok K gembira. Tak adalah muka bosan macam tadi.
“ Aku tak suka ‘apa-apa je lah’ sebab ‘apa-apa je lah’ aku kadang-kadang tak mengikut citarasa orang yang kata ‘apa-apa je lah’ tu.”
Miqhal menoleh sekilas. Dia dapat rasa wajah K begitu dekat dengannya. Tiba-tiba jantung dia berdegup kencang.
“ Nyanyi je.” Terus dia pandang depan semula dan berusaha sedaya upaya untuk menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduan tapi usahanya agak kurang berjaya sebab satu suara yang tengah nyanyi lagu Here By Me – Three Doors Down rasa begitu dekat dengan telinganya sekarang ni. Akhirnya kereta dia membelok masuk satu simpang menuju ke McDonald. Dia takut kalau dia teruskan pemanduan, kereta yang dipandunya akan terbabas. Sungguh dia tak dapat menahan getar di hati saat ini.
“ Makan time!” enjin dimatikan dan terdengar suara K menjerit riang kat belakang.
“ Oii! Bising!!” Ad menampar perlahan kepala K buat K bersungut geram. Baru nak bahagia dah kena tampar kepala! Sadis!
“ Ad!” suara Miqhal memberi amaran.
Ad mencemik wajahnya. Miqhal memang selalu bagi muka kat K. Tapi dalam dia bagi muka tu, dia pun ikut buli si K.
K tersenyum bangga sebab ada orang menyebelahi dia. Miqhal memang selalu jadi penyelamat bila dia kena buli oleh Ad mahupun Denn. Tapi tak ada sesiapa pun yang boleh selamatkan K bila dia dibuli oleh Miqhal. Dan itu adalah perkara yang sangat menyakitkan hati!
***
Hari ini hari istimewa bagi K. Dan disebabkan hari istimewa itulah dia begitu bersemangat pergi ke Ours Diner untuk kerja. Senyuman tak lekang dari bibir. Pergi ambik order dengan senyuman, hantar order pun dengan senyuman. Harinya dipenuhi dengan senyuman. Bangun pagi tadi, dia terus senyum lepas tu sempat cium pipi mak dan Lyqa membuatkan kedua-dua orang yang disayanginya itu agak terkejut sebab si K ni jarang bermanja macam tu.
Memanglah selepas peristiwa di kampung hari tu, Denn tak bercakap banyak dengan K tapi beberapa hari lepas tu semuanya kembali pada asal dan membuatkan hati K lega. Memang dia marahkan si Miqhal sebab memandai bagitau rahsia yang entah apa-apa tu pada Denn. Tapi marahnya tak bertahan lama. Bila Miqhal cakap dengan dia masa perjalanan balik ke Bougainvillea tu, dia dah okey balik dah. Dia layan jugak Miqhal. Sebab dia tak sampai hatilah nak ignore Miqhal lama-lama.
“Miqhal!!” K dah berlari mendapatkan Miqhal yang baru melangkah masuk ke dalam restoran. Lengan lelaki yang mengenakan baju-T biru dan jeans biru lusuh itu dipeluk.
“ Weh-weh! Apa manja-manja dengan aku ni?” Miqhal bersuara kehairanan. Tapi dia hanya membiarkan K memeluk lengannya. Tidak menepis mahupun menolak.
K sengih. “ Denn mana?”
“ Tak tau. Boss kau mana?” Miqhal dah berhenti di hadapan kaunter. K melepaskan lengan Miqhal sebab orang sekeliling dah tengok diaorang macam diaorang tu alien! Mungkin pelik bila K buat aksi manja-manja dengan Miqhal sedangkan kedua-duanya lelaki. Tapi tidak pelik bagi Miqhal yang tahu si K ni bukanlah lelaki jadi tak salah kalau K nak bermanja dengan dia.
“ Tak tauuuuuuu...” K memuncungkan mulutnya.
“ Aku cium karang,free je!”
Terus K pekup mulut dengan tangan. Matanya buntang tengok Miqhal yang dah tertawa suka.
“ Kau ni curi tulang eh? Mentang-mentang boss tak ada, kau pun ambik kesempatan lah ya?”
“ Orang yang bijak kena pandai ambik kesempatan! Aku kan bijak??” K angkat kening dua kali.
“ Yalah. Bijaklah sangat... Lepas tu, makan gaji buta! Ingat elok ke?” bebel Miqhal. K mencemik. “ Dah alang-alang kau curi tulang ni, apa kata kau ikut aku?”
“ Hah? Nak gi mana?”
“ Temankan aku cari barang jap. Aku nak ajak si Ad, tapi dia tak ada. Terpaksalah aku ajak kau walaupun sebenarnya aku tak nak bawak kau!”
“ Tak nak sudahhhh.” K dah mengatur langkah untuk masuk ke bahagian dapur tapi tangannya ditarik oleh Miqhal buat langkahnya terhenti. Dia berpaling.
“ Elehh kau ni K... Nak suruh aku buat drama jugak ke kat sini?”
Pandangan K yang tadinya terpaku kat Miqhal kini beralih ke tangannya yang berada dalam genggaman Miqhal. Ingatkan si Miqhal ni akan lepaskan bila dia dah berhenti tapi makin kuat pulak lelaki ni genggam.
“ Jom!” Miqhal tak mempedulikan K yang masih tengok tangan mereka yang bersatu. Dia terus tarik K keluar dari restoran.
***
“ Kau nak bawak aku pergi mana ni? Main tutup-tutup mata pulak... Aku dah macam orang buta ni weh!” K tak henti-henti merungut. Sebaik saja Miqhal tutup mata dia dengan kain hitam, mulut dia terus tak henti-henti bersungut.
“ Sesekali merasa macam mana jadi orang buta, kan bagus tu?” Miqhal cekap bermain dengan stereng dan gear. Tadi dah bawak K jalan-jalan buang masa kat mall sementara tunggu panggilan dari Ad cakap yang semua dah clear. Bila Ad call je, Miqhal terus jalankan apa yang dirancang.
“ Bagus otak kau!” rengus K. “ Aku tak suka gelap lah. Kau tau kan?”
“ K. Dalam kubur nanti gelap jugak tau?”
K terus terdiam. Tapi diamnya hanya untuk beberapa minit. Selepas itu dia kembali macam tadi. “ Kau nak buat apa sebenarnya ni? Culik aku? Aku tak ada duit nak bagi kau! Tak ada guna kau nak culik aku! Kau culik laa si Denn tu haa... Masuk akal la sikit! Aku ni apa yang ada? Skuter buruk tu jer!”
“ Diam K! Jangan sampai aku buat benda yang kau pun tak terfikir aku akan buat!” ugut Miqhal.
Uuuuuu... Ngeri! Akhirnya K diam. Dia bukannya apa, dia sengaja berpura-pura macam tak tahu apa yang Miqhal rancangkan. Dia tahu kawan-kawannya mesti nak buat surprise party sempena ulangtahun kelahirannya. Dah tau sangat.... Tapi kalau dia act cool, tak bestlah! Nak jugak buat drama sikit-sikit..
Miqhal mengerling sekilas ke arah K yang dah duduk diam kat sebelah. Tau pulak nak diam! Nak kena ugut dulu ke baru reti nak tutup mulut? Miqhal bukan tak tahu yang budak kecik kat sebelah dia ni dah boleh agak tentang rancangannya. Kalau nak tahu, itulah K! Susah sangat nak buat kejutan untuk K ni. K cepat kesan! Bosan!
“ Dah sampai ke?” soal K bila kereta terasa tak bergerak.
“ Dahhhhh.” Miqhal sengaja meleretkan suaranya. Bosan! Dia melangkah keluar dari kereta dan berlari-lari anak untuk membuka pintu kereta untuk K. “ Keluarlah K.”
“ Ehh, kau dah bukak pintu ke? Mana aku tahu!” K sengih.
“ Ni..pegang tangan aku ni!” Miqhal hulur tangan.
“ Mana la aku tahu kat mana tangan kau, ngok!”
Miqhal terus capai tangan K dan tangan itu digenggamnya erat. “ Ikut je tau. Jangan bising!”
“ Saya yang menurut perintah!”
Miqhal memimpin K berjalan masuk ke perkarangan rumah. Sebenarnya mereka merancang birthday party yang bertempat di rumah K sendiri. Itupun mak K yang beria-ia nak buat kat situ. Nak tak nak, ikut je lah. Apa salahnya kan? Jimat bajet tak perlu nak tempah-tempah restoran apa segala. Masak pun mak K yang uruskan. Lagi satu penjimatan! Tak payah nak upah katerer! Lagipun mak K kalau part masak-memasak memang first class lah!
“ Ok. Sekarang baru boleh bukak mata!” Miqhal membuka ikatan di mata K.
K mencelikkan matanya. Rasa sakit sebab lama sangat kena tutup dengan kain tu. Kepala pun rasa pening semacam. “ Blackout ke?” soalnya bila apa yang ditengok semuanya masih hitam walaupun balutan di matanya sudah pun dibuka.
Surprise.” Suara Miqhal langsung tak berbunyi teruja.
Serentak dengan itu, ruang tamu rumah K terang benderang. “ HAPPY BIRTHDAYYYY!!” gabungan suara Ad, Denn, Lyqa dan Puan Khalija memecah kesunyian.
K menutup mulut ala-ala terkejut. Dia berpaling ke arah Miqhal di sebelah dengan muka super terharu sangat-sangat yang teramat-amat! Dramaqueen jugak si K ni rupanya... “ Aku pun tak ingat birthday aku sendiri...” alaaa...tipu!
Miqhal buat muka menyampah.“ Tak ingat waklu! Yang set reminder kat handphone aku sehari before birthday tu bukan kau ke? Elehhh..”
K tertawa. Kantoi! “ Thank you-thank you! Siapa buat semua ni?”
“ Aaa... Denn yang buat!” cepat-cepat Miqhal menjawab.
K pandang Denn. Denn hanya tersenyum nipis. “ Thanks Denn!”
“ K! Peluklah mak kau tu... Kau ni!” Miqhal menolak tubuh K.
“ Yalah! Takyahlah tolak-tolak! Kau ni kejam la Miqhal!” K terus mendakap tubuh Puan Khalija. Dan seterusnya tubuh Lyqa.
Miqhal dah ambik tempat sebelah Ad. “ Budak tu poyo je lebih!”
Ad gelak. “ Kenapa?”
“Dia buat-buat lupa birthday dia sendiri. Macamlah aku tak tahu lakonan dia tu.”
“ Hahaha. Aku rasa dia tahulah surprise ni!”
“ Memang dia tahu pun. Susahlah nak surprise budak jenis macam K ni! Semua dia tahu!”
“ Aku rasa next year, kita upah orang culik dia betul-betul! Amacam?” cadang Ad.
Tapi Miqhal tak sempat bagi kata balas bila K dah berdiri di hadapannya dengan muka yang riang gumbira dan mata yang bersinar-sinar! “ Nak apa ni?”
“ Alaaaa kau ni... Baik sikit dengan aku hari ni tak boleh ke? Birthday aku kannnn...” K buat muka kesian.
“ Yalah-yalah. Kau nak apa sayang intan payung berkarat??” soal Miqhal lembut lalu merendahkan sikit badannya supaya paras mukanya sama level dengan muka K.
K sengih. “ Nak Lamborghini kau tu boleh??”
U-TURN

U - Turn 10



“ Apa cerita jiran kau?” Ad soal lalu melabuhkan punggung bawah pohon rendang menghadap padang bola. Ada beberapa orang kanak-kanak sedang berlatih main bola kat tengah padang. Mudah-mudahan mereka akan jadi pemain bolasepak terkenal satu hari nanti sebab nampak sangat diaorang main dengan bersungguh-sungguh.
Denn mengambil tempat kat sebelah Ad yang tengah menyalakan api rokok. Hobi Ad memang merokok. Dia dengan Dunhill kotak merah tu memang tak boleh nak dipisahkan. “ Cerita apa?” Denn juga leka tengok match kat padang. Nampak macam menarik. Tapi jadi kurang menarik bila semuanya hitam putih. Denn mengeluh pendek.
You like her that much huh?”
Denn senyum hambar. “ Aku tau aku tak layak untuk dia.” Denn mengeluh. Terbayang wajah ayu si Nasyrah, jiran sebelah rumahnya. Susahnya nak pikat gadis ayu tu. Mungkin taklah susah mana, tapi bagi Denn yang tak berapa nak normal, untuk memikat seorang gadis, memang kerja yang sangat mencabar! Sebab keyakinan diri yang super tipis dalam dirinya. Dia sedar dia bukan macam orang lain. Bukan macam Miqhal dan Ad yang normal! Diaorang senang je nak tackle awek. Lebih-lebih lagi si Miqhal tu. Tak payah tackle pun tak apa, sebab perempuan-perempuan tu sendiri yang datang padanya. Hmmm..
“ Weh, come on! Cuba jadi hero sikit!”
“ Aku rasa aku..” Denn diam sejenak. Dia mendongak ke langit. “ Tak layak pun nak jadi hero...”
Ad menggeleng kepala. Denn ni memanglah tak pernah nak yakin dengan diri sendiri. “ Hey, tak ada manusia sempurna dalam dunia ni...”
“ Tapi aku jauh tak sempurna dari korang semua.”
“ Cinta bukannya hanya melihat dari segi sempurnanya seseorang itu...”
“ Kau nak cakap yang orang macam aku ni pun boleh bercinta?”
“Denn, semua orang boleh bercinta! Everyone deserve to be loved and to love... Orang buta pun boleh kahwin dan ada anak kan?”
Denn mengeluh. Tapi orang buta tu bukan aku! Aku yang lemah. Aku yang selalu kalah. Aku yang selalu mengalah. Aku yang tidak pernah mahu keluar dari terus jadi orang yang kalah. IfGlee’ is the other way to say ‘Loser’, then aku rasa ‘Denn’ is the other way to say ‘Loser Forever’!
Sometimes, dengan cinta kita boleh melihat kesempurnaan seseorang tu walaupun luarannya dia tak sempurna.” Ad menenyeh puntung rokok ke tanah. “ Cuba, buddy! Work hard never killed anyone!
Denn menghela nafas panjang. Cuba. Memang dia mengaku dia tak pernah mencuba. Boleh dikatakan langsung tak pernah mencuba nak buat si dia ‘nampak’ kewujudannya. Bila diajak pergi apa-apa majlis kat rumah sebelah, Denn adalah orang pertama yang akan menolak dan bagi macam-macam alasan. Sebab? Sebab dia rasa diri tak mampu nak tengok wajah tu lama-lama. Tapi, bila difikir-fikirkan, sampai bila dia nak terus macam tu? Nak ke budak rumah sebelah tu tengok dia kalau dia tak menonjolkan diri sendiri? Dia tahu dia perlu berani. Berani untuk mengambil langkah. Berani untuk mengambil sebarang risiko. Jadi.. “ Berapa peratus untuk aku berjaya dalam cubaan ni?”
Ad berpaling melihat Denn. Dia dah dapat rasa yang lepas ni Denn akan mula bertindak sebab sebelum ni kalau bukak cerita pasal budak rumah sebelah, Denn akan terus tutup kes, langsung tak nak mencuba! Tapi kali ini, Denn bagaikan dah mula berani mengorak langkah. “ 100% kalau kau yakin dengan diri sendiri.”
***
“ Kyra... Cantik nama tu.” puji opah sambil tangan laju menyiang ikan yang entah apa nama tu. “ Boleh kan kalau opah nak panggil K, Kyra?”
K berhenti memotong bawang. Permintaan opah istimewa sikit sebab sebelum ini belum pernah lagi sesiapa buat permintaan macam apa yang opah buat sekarang ni. “ Sukahati opahlaa...” akhirnya dia kembali memotong bawang. Opah suruh potong dadu, tapi K pun tak tahu bentuk bawang yang dia potong sekarang ni macam dadu ke tak? Lantaklaa... Lepas ni masuk perut jugak.
“ Kyra, dah lama kawan dengan Ad?”
“ Dekat nak dua tahun jugak.”
“ Lama tu... Diaorang ada buat benda tak senonoh kat Kyra?”
“ Hishh opah ni... Kalau diaorang buat benda tak senonoh kat K, memang K takkan anggap diaorang kawan la opah. Tapi Alhamdulillah... Cucu opah tu baik.”
Opah senyum walau K takkan nampak senyuman dibibirnya sebab dia berdiri membelakangkan K yang tengah duduk di meja makan sambil buat apa yang diarahkan.
Miqhal masih tidur lagi. Terus tertidur masa K urut kepala dia. Tidur macam baby! Sempat K snap gambar muka Miqhal yang tengah tidur! Simpanan untuk masa depan! Manalah tahu boleh ugut Miqhal dengan gambar tu... Hahaha!
“ Sebab baik sangatlah kut sampai dia kena bodoh oleh perempuan.”
“ Maksud opah?” Ad kena bodoh? Kenapa pulak? Siapa yang perbodohkan Ad? Aku ke? Hishhh... Tak pernah aku nak kerja bodoh-bodoh orang ni! Kalau orang yang memperbodohkan aku tu, banyaklah! Tu... Yang tengah nyenyak tidur kat ruang tamu tu, selalu je aku ni kena bodoh oleh dia!
“ Dia ada bawak balik sorang pompuan.”
“ Pompuan?” Ohhhh... His secret girlfriend! Memang K dah sedia maklum tentang teman wanita Ad yang tidak pernah dia tahu apa namanya apatah lagi bagaimana wajahnya. Sebab tulah dia digelar Ad’s secret girlfriend! “ Girlfriend dia ek?”
“ Agaknya... Opah tak berapa nak berkenan sangat dengan pompuan tu.”
Bahaya kalau sekali jumpa dah tak berkenan ni! Agak-agak, aku ni nanti lulus ke masa jumpa bakal mentua? Berkenan ke mereka tengok aku? Entah-entah pengsan kut sebab terkejut tengok anak diaorang bawak balik lelaki sebagai calon isteri! Hahaha... Sadis! “ Kenapa? Dia jahat ke?”
Opah tertawa kecil. K hanya tersengih. Dia bersandar ke kepala kerusi. Tangannya berhenti bekerja. Kepalanya didongak menghadap atap zink. Mata dipejam celik beberapa kali. Pedih nya mata bila kena menghadap bawang nih! Kalau kat rumah jangan haraplah aku nak sentuh benda-benda ni semua. Semua tu kerja mak dengan Lyqa! Aku duduk makan je... Hehe!
“ Jahat tu tak..cuma... Entahlah... Opah tak suka sangat. Agaknya kalau Ad bawak balik Kyra, opah lebih berkenan tengok Kyra kut daripada dia.”
K gelak besar! Kesian girlfriend Ad sebab tak pasal-pasal kena banding dengan aku! “ Apalah opah ni...”
“ Betul... Kawan si Ad tu, nak salam tangan opah pun macam geli semacam. Tapi Kyra boleh pulak siap peluk-peluk opah.”
K senyum. Tindakan spontan bila tengok opah masa dia datang tadi. Tengok Ad peluk opah, dia pun rasa nak peluk wanita yang dah tua dimamah usia tu. Sebab K tak pernah merasa kasih sayang seorang nenek atau atuk. Dia dah kehilangan kedua-duanya sebelum dia sempat keluar melihat dunia.
“ Sebab tu opah suka Kyra.”
Dan K berpaling bila terasa ada tangan mengusap kepalanya. Ingatkan opah tapi..seorang lelaki dengan rambut berserabut, muka sembab, singlet hitam dan seluar pendek corak askar sudah berdiri disebelahnya.
“ Saya pun suka Kyra ni opah.” Miqhal tersengih lalu melabuhkan punggung di kerusi sebelah K.
K pura-pura tak dengar dan berlagak selamba sedangkan dalam hati dah menjerit suka! Si Miqhal ni selalu datang tiba-tiba! Macam hantu! Mana-mana je ada dia! Tak pernah nak hilang untuk seketika! Tapi kalau dia hilang..entah macam manalah perasaan K ehh? Sebab selama ini, jarang si Miqhal nak hilangkan diri. Selalu je ada dengan mereka. Dan yang penting, selalu je ada bersama K!
“ Bangun dah?” Opah tengah cuci ikan lepas menyiang sisik dan membuang perut ikan itu.
“ Opah masak apa?” soalan untuk opah tapi Miqhal pandang K dengan kening yang terangkat sebelah. K malas nak mempedulikan Miqhal. Dia meneruskan kerjanya. Kalau dilayan Miqhal tu, sampai tahun depan pun tak habis kerja ni!
“ Nak masak asam pedas ni haa... Lepas tu, buat sambal belacan sikit. Buat cicah dengan ulam.” jawab opah.
Miqhal mengeluh. “ Asam tak pedas, tak ada ke opah?” Opah dan K tertawa. “ Gelak!” kepala K diluku. K  merengus.
Opah menggeleng kepala tengok perangai K dengan Miqhal. Dia perasan yang Miqhal suka kacau K. Dan dia jugak perasan yang Miqhal selalu ada di mana K ada. Tadi masa dia balik dari kedai, dia tengok K tengah urut kepala Miqhal dan Miqhal tengah membebel entah apa-entah dan lepas tu K ketuk kepala Miqhal buat Miqhal terus bangkit dari baring. Hajat nak marah K tapi bila tengok opah kat muka pintu, terus tak jadi. Opah hanya tersenyum. K nak ikut opah ke dapur tapi Miqhal menegah dan memintanya menyambung urutan dikepala. Opah terus suruh K urut kepala Miqhal semula. Nak tak nak, K turuti jua dan sekali lagi Miqhal menang!
“ Kenapa ye opah tengok Miqhal suka kacau Kyra?”
Gulp!! Soalan cepumas dari opah buat Miqhal terdiam. Nampak sangat ke? “ Mana ada...”
“ Ada je!” sampuk K.
“ Haaa..Tengok... Orang cakapkan, kalau selalu gaduh macam ni..”
“ Opah... Ad dengan Denn belum balik lagi?” pantas Miqhal memintas. Dia tahu apa sambungan kata-kata opah tadi. Kalau selalu gaduh, mesti akhirnya jatuh suka. Dan dia malas nak fikir tentang tu! Walaupun kadang-kadang benda tu bersiar-siar kat mindanya, cepat-cepat dia halau pergi. Tapi..benda tu memang suka memilih otaknya sebagai destinasi pelancongan!
***
“ Kalau kita tinggal kat sini kan best? Hari-hari dapat hirup udara segar... Suasana kampung ni memang istimewa kan? Walau jauh mana pun seseorang tu pergi, dia mesti akan rindu nak rasa suasana kampung.” K baring menengadah langit di pangkin luar rumah.
Langit masih indah dihiasi bulan dan jugak bintang. Disebelah kiri K, ada Denn yang juga tengah baring, disebelah Denn ada Ad yang tengah bersila makan kacang dan sebelah kanan K pula ada Miqhal yang juga tengah baring menengadah langit, sama seperti Denn dan K.
“ Bougain okey apa? Udara pun segar... Sejuk... Sembap je sentiasa... Nyaman!” Miqhal pula bersuara memberi pendapat.
“ Sebab sembap sentiasalah kau tu jadi lembab semacam!” K mencemik. “ Anak-anak orang kaya macam kau ni memang jarang nak suka kampung!”
“Eh, Cik Kyra, mulut tu jaga bebaik eh?? Aku pun ada kampung tau!” Miqhal tak mahu mengalah.
Denn dan Ad yang sedari tadi hanya mendengar cuma mampu tersenyum. Diaorang tahu yang kalau K dan Miqhal dah berbual atau ‘berbual’ memang sakit telingalah mendengarnya!
“ Oh ye ke Encik Miqhal? Kampung kau tu ada ke segala sawah padi dan pemandangan yang hijau macam kat sini?” K berpaling melihat Miqhal yang masih melihat ke langit.
Miqhal tak terus menjawab. Kalau balik raya, dia mesti balik Kampung Dahlia. Kampung Dahlia kalau nak dilihat dari segi suhu, memang tak jauh beza lah dengan Bougainvillea Hill. Sama je sejuk. Sama je terletak kat tanah tinggi. Yang bezanya cuma kampung Dahlia tu kampung,dan Bougain tu bandar. Pemandangan kat Kampung Dahlia tu memanglah menghijau tapi taklah sehijau Kampung Arum ni yang penuh dengan bendang apa segala. Memang Kampung Arum lebih terserlah ciri kekampungan ditambah lagi dengan rumah opah ni, memang pure kampung punya rumah lah! Kalau kat Kampung Dahlia, Tuan Addam, papa si Miqhal ni dah bina sebuah banglo kat sana. Jadi bila balik situ je, memang duduk kat banglo tu lah. Langsung tak terasa suasana kampung! Jadi.... Haruskah dia mengalah?? Jawapannya? TIDAK SAMA SEKALI KALAU DENGAN K!
“ Tapi kampung la jugak namanya kan? Kau ada ke kampung? Ada? Ada??” provok Miqhal.
“ Okey-okey! Enough kawan-kawanku! Toksah nak bergaduh! Bawak berzikir dalam hati banyak-banyak!” Ad bersuara untuk meleraikan ‘perbualan’ antara K dan Miqhal. “ Korang ni pantang ada masa lapang sikit laa..mesti gaduh! Tak ada hobi lain ke? Kumpul setem ke? Mewarna ke?” tukas Ad berbaur gurauan. Denn dah tergelak.
K dan Miqhal diam. Tu mesti tengah adakan sesi merungut dalam hati lah tu. Budak dua orang ni patut kahwinkan je! Habis cerita!
“ Ini bukan gaduh, der! Ini bermesra namanya!” Miqhal mempertahankan diri.
“ Elehh...”
“ Okey kawan-kawan..” belum sempat K nak habiskan ayat untuk membalas kata-kata Miqhal tadi tu, Ad terus menyampuk buat K terus terdiam. “ Apa kata kita bukak topik lain?”
“ Okey, kita bukak topik ‘Kenapa Miqhal suka melawan cakap orang? Kenapa selalu dia je yang betul?’” K bersuara geram.
“ Dah orang yang cakap tu memang salah, sebab tu lah aku je yang betul!” Miqhal bersuara bersahaja. Ya, bersahaja yang menyakitkan hati!
Denn tiba-tiba bangkit duduk buat orang sebelah menyebelah pelik melihatnya. Kemudian Denn berpusing supaya dapat menghadap K, Miqhal dan Ad. “ Korang rasa tahun-tahun yang akan datang kita masih macam ni ke?” Denn dah malas nak terus-terusan berada di alam pertengkaran antara K dengan Miqhal. “ Siapa yang kahwin dulu agaknya ye?”
“Miqhal laa yang kahwin dulu! For sure!” K bersuara yakin. “ Tahun-tahun yang akan datang, Miqhal mesti dah busy dengan anak-anak dia... Kan Miqhal kan??” K tersengih tengok Miqhal. Denn dan Ad menyokong kata-kata K membuatkan K semakin lebar sengihnya. Yalah, seronok ada orang sokong ni!
“ Kenapa aku pulak??” Miqhal dah bangkit duduk jugak dengan muka tak puas hati.
“ Sebab... Kau kan abang???” K gelak sakan dalam hati. Tagline Miqhal nampaknya dah memakan diri sendiri. Hahaha! Ambik kau! Nak sangat jadi abang kannn???
Tiga pasang mata kini memandangnya dengan pandangan yang menyakitkan hati. Kenapa hari ini semua orang nak sakitkan hati aku? Si K yang tak pandai melawan ni pun  dah melawan nampaknya! “ Ehh, tak semestinya! Aku yakin kita masih stay macam ni...”
“ Nak bawak anak lepak sekali kat Bukit Indah ke Encik Miqhal oii??” celah Ad buat K dan Denn tergelak.
“ Sambil tidurkan anak, sambil loyar buruk, ye tak?” tambah K lagi.
Miqhal mengetap bibir geram. Tak apa.. Tak apa... Hari ini hari kau, K! Esok, lusa, tulat dan hari-hari yang seterusnya semua hari aku! Haaaa, jaga kau!!
“ Selalunya kalau orang tu diam... Tu ertinya dia kalah. Betul ke Miqhal?” K angkat kening dua kali.
“ K, kalau kau tak diam, aku bocorkan rahsia kau!” nampaknya Miqhal dah main ugut pulak!
“ Uuuuu...Rahsia! Aku suka word tu!” Denn dah buat muka excited!
“ Rahsia apa Miqhal?” Ad pun nampaknya sama macam Denn.
“ Lalalaa... Bagitau laa.. Tak takut! Lalaaa...” K berlagak tenang. Sempat bersiul-siul pulak tu!
“ Kau tau tak DENN??” sengaja Miqhal menguatkan suaranya dikala menyebut nama Denn untuk melihat reaksi K. Tapi K masih dengan muka bersahaja. “ Si K ni, ada crush dengan someone!”
“ Fuhhh... Pompuan tak suka lelaki yang suka bergosip ni. Aku tak hairan kalau muka-muka korang ni jadi bujang terlajak!” K sengih.
“ Denn!!K suka kau!”
Diam. Semua terdiam. Sunyi je sebaik sahaja Miqhal habis menuturkan ayat tu. Ad yang makan kacang pun berhenti mengunyah. K dah keras langsung tak bergerak. Miqhal sendiri pun terdiam. Denn hanya duduk pandang Miqhal dengan muka tak percaya.
“ Buat apa kat luar tu? Naik laa.. Kan banyak nyamuk kat situ?”
Dan empat pasang mata terus beralih ke muka pintu di mana seorang perempuan tua tengah berdiri. Opah tengah menggamit mereka supaya masuk ke rumah.
“ Aaaa, ya opah! Nak masuk lah ni!” dan seperti yang di jangka, K lah orang pertama yang lesap masuk rumah. Nampaknya dia berjaya lepas dari roadblock! Nasib yang agak baik untuk hari ini!
U-TURN