Monday, 23 January 2012

U - Turn 10



“ Apa cerita jiran kau?” Ad soal lalu melabuhkan punggung bawah pohon rendang menghadap padang bola. Ada beberapa orang kanak-kanak sedang berlatih main bola kat tengah padang. Mudah-mudahan mereka akan jadi pemain bolasepak terkenal satu hari nanti sebab nampak sangat diaorang main dengan bersungguh-sungguh.
Denn mengambil tempat kat sebelah Ad yang tengah menyalakan api rokok. Hobi Ad memang merokok. Dia dengan Dunhill kotak merah tu memang tak boleh nak dipisahkan. “ Cerita apa?” Denn juga leka tengok match kat padang. Nampak macam menarik. Tapi jadi kurang menarik bila semuanya hitam putih. Denn mengeluh pendek.
You like her that much huh?”
Denn senyum hambar. “ Aku tau aku tak layak untuk dia.” Denn mengeluh. Terbayang wajah ayu si Nasyrah, jiran sebelah rumahnya. Susahnya nak pikat gadis ayu tu. Mungkin taklah susah mana, tapi bagi Denn yang tak berapa nak normal, untuk memikat seorang gadis, memang kerja yang sangat mencabar! Sebab keyakinan diri yang super tipis dalam dirinya. Dia sedar dia bukan macam orang lain. Bukan macam Miqhal dan Ad yang normal! Diaorang senang je nak tackle awek. Lebih-lebih lagi si Miqhal tu. Tak payah tackle pun tak apa, sebab perempuan-perempuan tu sendiri yang datang padanya. Hmmm..
“ Weh, come on! Cuba jadi hero sikit!”
“ Aku rasa aku..” Denn diam sejenak. Dia mendongak ke langit. “ Tak layak pun nak jadi hero...”
Ad menggeleng kepala. Denn ni memanglah tak pernah nak yakin dengan diri sendiri. “ Hey, tak ada manusia sempurna dalam dunia ni...”
“ Tapi aku jauh tak sempurna dari korang semua.”
“ Cinta bukannya hanya melihat dari segi sempurnanya seseorang itu...”
“ Kau nak cakap yang orang macam aku ni pun boleh bercinta?”
“Denn, semua orang boleh bercinta! Everyone deserve to be loved and to love... Orang buta pun boleh kahwin dan ada anak kan?”
Denn mengeluh. Tapi orang buta tu bukan aku! Aku yang lemah. Aku yang selalu kalah. Aku yang selalu mengalah. Aku yang tidak pernah mahu keluar dari terus jadi orang yang kalah. IfGlee’ is the other way to say ‘Loser’, then aku rasa ‘Denn’ is the other way to say ‘Loser Forever’!
Sometimes, dengan cinta kita boleh melihat kesempurnaan seseorang tu walaupun luarannya dia tak sempurna.” Ad menenyeh puntung rokok ke tanah. “ Cuba, buddy! Work hard never killed anyone!
Denn menghela nafas panjang. Cuba. Memang dia mengaku dia tak pernah mencuba. Boleh dikatakan langsung tak pernah mencuba nak buat si dia ‘nampak’ kewujudannya. Bila diajak pergi apa-apa majlis kat rumah sebelah, Denn adalah orang pertama yang akan menolak dan bagi macam-macam alasan. Sebab? Sebab dia rasa diri tak mampu nak tengok wajah tu lama-lama. Tapi, bila difikir-fikirkan, sampai bila dia nak terus macam tu? Nak ke budak rumah sebelah tu tengok dia kalau dia tak menonjolkan diri sendiri? Dia tahu dia perlu berani. Berani untuk mengambil langkah. Berani untuk mengambil sebarang risiko. Jadi.. “ Berapa peratus untuk aku berjaya dalam cubaan ni?”
Ad berpaling melihat Denn. Dia dah dapat rasa yang lepas ni Denn akan mula bertindak sebab sebelum ni kalau bukak cerita pasal budak rumah sebelah, Denn akan terus tutup kes, langsung tak nak mencuba! Tapi kali ini, Denn bagaikan dah mula berani mengorak langkah. “ 100% kalau kau yakin dengan diri sendiri.”
***
“ Kyra... Cantik nama tu.” puji opah sambil tangan laju menyiang ikan yang entah apa nama tu. “ Boleh kan kalau opah nak panggil K, Kyra?”
K berhenti memotong bawang. Permintaan opah istimewa sikit sebab sebelum ini belum pernah lagi sesiapa buat permintaan macam apa yang opah buat sekarang ni. “ Sukahati opahlaa...” akhirnya dia kembali memotong bawang. Opah suruh potong dadu, tapi K pun tak tahu bentuk bawang yang dia potong sekarang ni macam dadu ke tak? Lantaklaa... Lepas ni masuk perut jugak.
“ Kyra, dah lama kawan dengan Ad?”
“ Dekat nak dua tahun jugak.”
“ Lama tu... Diaorang ada buat benda tak senonoh kat Kyra?”
“ Hishh opah ni... Kalau diaorang buat benda tak senonoh kat K, memang K takkan anggap diaorang kawan la opah. Tapi Alhamdulillah... Cucu opah tu baik.”
Opah senyum walau K takkan nampak senyuman dibibirnya sebab dia berdiri membelakangkan K yang tengah duduk di meja makan sambil buat apa yang diarahkan.
Miqhal masih tidur lagi. Terus tertidur masa K urut kepala dia. Tidur macam baby! Sempat K snap gambar muka Miqhal yang tengah tidur! Simpanan untuk masa depan! Manalah tahu boleh ugut Miqhal dengan gambar tu... Hahaha!
“ Sebab baik sangatlah kut sampai dia kena bodoh oleh perempuan.”
“ Maksud opah?” Ad kena bodoh? Kenapa pulak? Siapa yang perbodohkan Ad? Aku ke? Hishhh... Tak pernah aku nak kerja bodoh-bodoh orang ni! Kalau orang yang memperbodohkan aku tu, banyaklah! Tu... Yang tengah nyenyak tidur kat ruang tamu tu, selalu je aku ni kena bodoh oleh dia!
“ Dia ada bawak balik sorang pompuan.”
“ Pompuan?” Ohhhh... His secret girlfriend! Memang K dah sedia maklum tentang teman wanita Ad yang tidak pernah dia tahu apa namanya apatah lagi bagaimana wajahnya. Sebab tulah dia digelar Ad’s secret girlfriend! “ Girlfriend dia ek?”
“ Agaknya... Opah tak berapa nak berkenan sangat dengan pompuan tu.”
Bahaya kalau sekali jumpa dah tak berkenan ni! Agak-agak, aku ni nanti lulus ke masa jumpa bakal mentua? Berkenan ke mereka tengok aku? Entah-entah pengsan kut sebab terkejut tengok anak diaorang bawak balik lelaki sebagai calon isteri! Hahaha... Sadis! “ Kenapa? Dia jahat ke?”
Opah tertawa kecil. K hanya tersengih. Dia bersandar ke kepala kerusi. Tangannya berhenti bekerja. Kepalanya didongak menghadap atap zink. Mata dipejam celik beberapa kali. Pedih nya mata bila kena menghadap bawang nih! Kalau kat rumah jangan haraplah aku nak sentuh benda-benda ni semua. Semua tu kerja mak dengan Lyqa! Aku duduk makan je... Hehe!
“ Jahat tu tak..cuma... Entahlah... Opah tak suka sangat. Agaknya kalau Ad bawak balik Kyra, opah lebih berkenan tengok Kyra kut daripada dia.”
K gelak besar! Kesian girlfriend Ad sebab tak pasal-pasal kena banding dengan aku! “ Apalah opah ni...”
“ Betul... Kawan si Ad tu, nak salam tangan opah pun macam geli semacam. Tapi Kyra boleh pulak siap peluk-peluk opah.”
K senyum. Tindakan spontan bila tengok opah masa dia datang tadi. Tengok Ad peluk opah, dia pun rasa nak peluk wanita yang dah tua dimamah usia tu. Sebab K tak pernah merasa kasih sayang seorang nenek atau atuk. Dia dah kehilangan kedua-duanya sebelum dia sempat keluar melihat dunia.
“ Sebab tu opah suka Kyra.”
Dan K berpaling bila terasa ada tangan mengusap kepalanya. Ingatkan opah tapi..seorang lelaki dengan rambut berserabut, muka sembab, singlet hitam dan seluar pendek corak askar sudah berdiri disebelahnya.
“ Saya pun suka Kyra ni opah.” Miqhal tersengih lalu melabuhkan punggung di kerusi sebelah K.
K pura-pura tak dengar dan berlagak selamba sedangkan dalam hati dah menjerit suka! Si Miqhal ni selalu datang tiba-tiba! Macam hantu! Mana-mana je ada dia! Tak pernah nak hilang untuk seketika! Tapi kalau dia hilang..entah macam manalah perasaan K ehh? Sebab selama ini, jarang si Miqhal nak hilangkan diri. Selalu je ada dengan mereka. Dan yang penting, selalu je ada bersama K!
“ Bangun dah?” Opah tengah cuci ikan lepas menyiang sisik dan membuang perut ikan itu.
“ Opah masak apa?” soalan untuk opah tapi Miqhal pandang K dengan kening yang terangkat sebelah. K malas nak mempedulikan Miqhal. Dia meneruskan kerjanya. Kalau dilayan Miqhal tu, sampai tahun depan pun tak habis kerja ni!
“ Nak masak asam pedas ni haa... Lepas tu, buat sambal belacan sikit. Buat cicah dengan ulam.” jawab opah.
Miqhal mengeluh. “ Asam tak pedas, tak ada ke opah?” Opah dan K tertawa. “ Gelak!” kepala K diluku. K  merengus.
Opah menggeleng kepala tengok perangai K dengan Miqhal. Dia perasan yang Miqhal suka kacau K. Dan dia jugak perasan yang Miqhal selalu ada di mana K ada. Tadi masa dia balik dari kedai, dia tengok K tengah urut kepala Miqhal dan Miqhal tengah membebel entah apa-entah dan lepas tu K ketuk kepala Miqhal buat Miqhal terus bangkit dari baring. Hajat nak marah K tapi bila tengok opah kat muka pintu, terus tak jadi. Opah hanya tersenyum. K nak ikut opah ke dapur tapi Miqhal menegah dan memintanya menyambung urutan dikepala. Opah terus suruh K urut kepala Miqhal semula. Nak tak nak, K turuti jua dan sekali lagi Miqhal menang!
“ Kenapa ye opah tengok Miqhal suka kacau Kyra?”
Gulp!! Soalan cepumas dari opah buat Miqhal terdiam. Nampak sangat ke? “ Mana ada...”
“ Ada je!” sampuk K.
“ Haaa..Tengok... Orang cakapkan, kalau selalu gaduh macam ni..”
“ Opah... Ad dengan Denn belum balik lagi?” pantas Miqhal memintas. Dia tahu apa sambungan kata-kata opah tadi. Kalau selalu gaduh, mesti akhirnya jatuh suka. Dan dia malas nak fikir tentang tu! Walaupun kadang-kadang benda tu bersiar-siar kat mindanya, cepat-cepat dia halau pergi. Tapi..benda tu memang suka memilih otaknya sebagai destinasi pelancongan!
***
“ Kalau kita tinggal kat sini kan best? Hari-hari dapat hirup udara segar... Suasana kampung ni memang istimewa kan? Walau jauh mana pun seseorang tu pergi, dia mesti akan rindu nak rasa suasana kampung.” K baring menengadah langit di pangkin luar rumah.
Langit masih indah dihiasi bulan dan jugak bintang. Disebelah kiri K, ada Denn yang juga tengah baring, disebelah Denn ada Ad yang tengah bersila makan kacang dan sebelah kanan K pula ada Miqhal yang juga tengah baring menengadah langit, sama seperti Denn dan K.
“ Bougain okey apa? Udara pun segar... Sejuk... Sembap je sentiasa... Nyaman!” Miqhal pula bersuara memberi pendapat.
“ Sebab sembap sentiasalah kau tu jadi lembab semacam!” K mencemik. “ Anak-anak orang kaya macam kau ni memang jarang nak suka kampung!”
“Eh, Cik Kyra, mulut tu jaga bebaik eh?? Aku pun ada kampung tau!” Miqhal tak mahu mengalah.
Denn dan Ad yang sedari tadi hanya mendengar cuma mampu tersenyum. Diaorang tahu yang kalau K dan Miqhal dah berbual atau ‘berbual’ memang sakit telingalah mendengarnya!
“ Oh ye ke Encik Miqhal? Kampung kau tu ada ke segala sawah padi dan pemandangan yang hijau macam kat sini?” K berpaling melihat Miqhal yang masih melihat ke langit.
Miqhal tak terus menjawab. Kalau balik raya, dia mesti balik Kampung Dahlia. Kampung Dahlia kalau nak dilihat dari segi suhu, memang tak jauh beza lah dengan Bougainvillea Hill. Sama je sejuk. Sama je terletak kat tanah tinggi. Yang bezanya cuma kampung Dahlia tu kampung,dan Bougain tu bandar. Pemandangan kat Kampung Dahlia tu memanglah menghijau tapi taklah sehijau Kampung Arum ni yang penuh dengan bendang apa segala. Memang Kampung Arum lebih terserlah ciri kekampungan ditambah lagi dengan rumah opah ni, memang pure kampung punya rumah lah! Kalau kat Kampung Dahlia, Tuan Addam, papa si Miqhal ni dah bina sebuah banglo kat sana. Jadi bila balik situ je, memang duduk kat banglo tu lah. Langsung tak terasa suasana kampung! Jadi.... Haruskah dia mengalah?? Jawapannya? TIDAK SAMA SEKALI KALAU DENGAN K!
“ Tapi kampung la jugak namanya kan? Kau ada ke kampung? Ada? Ada??” provok Miqhal.
“ Okey-okey! Enough kawan-kawanku! Toksah nak bergaduh! Bawak berzikir dalam hati banyak-banyak!” Ad bersuara untuk meleraikan ‘perbualan’ antara K dan Miqhal. “ Korang ni pantang ada masa lapang sikit laa..mesti gaduh! Tak ada hobi lain ke? Kumpul setem ke? Mewarna ke?” tukas Ad berbaur gurauan. Denn dah tergelak.
K dan Miqhal diam. Tu mesti tengah adakan sesi merungut dalam hati lah tu. Budak dua orang ni patut kahwinkan je! Habis cerita!
“ Ini bukan gaduh, der! Ini bermesra namanya!” Miqhal mempertahankan diri.
“ Elehh...”
“ Okey kawan-kawan..” belum sempat K nak habiskan ayat untuk membalas kata-kata Miqhal tadi tu, Ad terus menyampuk buat K terus terdiam. “ Apa kata kita bukak topik lain?”
“ Okey, kita bukak topik ‘Kenapa Miqhal suka melawan cakap orang? Kenapa selalu dia je yang betul?’” K bersuara geram.
“ Dah orang yang cakap tu memang salah, sebab tu lah aku je yang betul!” Miqhal bersuara bersahaja. Ya, bersahaja yang menyakitkan hati!
Denn tiba-tiba bangkit duduk buat orang sebelah menyebelah pelik melihatnya. Kemudian Denn berpusing supaya dapat menghadap K, Miqhal dan Ad. “ Korang rasa tahun-tahun yang akan datang kita masih macam ni ke?” Denn dah malas nak terus-terusan berada di alam pertengkaran antara K dengan Miqhal. “ Siapa yang kahwin dulu agaknya ye?”
“Miqhal laa yang kahwin dulu! For sure!” K bersuara yakin. “ Tahun-tahun yang akan datang, Miqhal mesti dah busy dengan anak-anak dia... Kan Miqhal kan??” K tersengih tengok Miqhal. Denn dan Ad menyokong kata-kata K membuatkan K semakin lebar sengihnya. Yalah, seronok ada orang sokong ni!
“ Kenapa aku pulak??” Miqhal dah bangkit duduk jugak dengan muka tak puas hati.
“ Sebab... Kau kan abang???” K gelak sakan dalam hati. Tagline Miqhal nampaknya dah memakan diri sendiri. Hahaha! Ambik kau! Nak sangat jadi abang kannn???
Tiga pasang mata kini memandangnya dengan pandangan yang menyakitkan hati. Kenapa hari ini semua orang nak sakitkan hati aku? Si K yang tak pandai melawan ni pun  dah melawan nampaknya! “ Ehh, tak semestinya! Aku yakin kita masih stay macam ni...”
“ Nak bawak anak lepak sekali kat Bukit Indah ke Encik Miqhal oii??” celah Ad buat K dan Denn tergelak.
“ Sambil tidurkan anak, sambil loyar buruk, ye tak?” tambah K lagi.
Miqhal mengetap bibir geram. Tak apa.. Tak apa... Hari ini hari kau, K! Esok, lusa, tulat dan hari-hari yang seterusnya semua hari aku! Haaaa, jaga kau!!
“ Selalunya kalau orang tu diam... Tu ertinya dia kalah. Betul ke Miqhal?” K angkat kening dua kali.
“ K, kalau kau tak diam, aku bocorkan rahsia kau!” nampaknya Miqhal dah main ugut pulak!
“ Uuuuu...Rahsia! Aku suka word tu!” Denn dah buat muka excited!
“ Rahsia apa Miqhal?” Ad pun nampaknya sama macam Denn.
“ Lalalaa... Bagitau laa.. Tak takut! Lalaaa...” K berlagak tenang. Sempat bersiul-siul pulak tu!
“ Kau tau tak DENN??” sengaja Miqhal menguatkan suaranya dikala menyebut nama Denn untuk melihat reaksi K. Tapi K masih dengan muka bersahaja. “ Si K ni, ada crush dengan someone!”
“ Fuhhh... Pompuan tak suka lelaki yang suka bergosip ni. Aku tak hairan kalau muka-muka korang ni jadi bujang terlajak!” K sengih.
“ Denn!!K suka kau!”
Diam. Semua terdiam. Sunyi je sebaik sahaja Miqhal habis menuturkan ayat tu. Ad yang makan kacang pun berhenti mengunyah. K dah keras langsung tak bergerak. Miqhal sendiri pun terdiam. Denn hanya duduk pandang Miqhal dengan muka tak percaya.
“ Buat apa kat luar tu? Naik laa.. Kan banyak nyamuk kat situ?”
Dan empat pasang mata terus beralih ke muka pintu di mana seorang perempuan tua tengah berdiri. Opah tengah menggamit mereka supaya masuk ke rumah.
“ Aaaa, ya opah! Nak masuk lah ni!” dan seperti yang di jangka, K lah orang pertama yang lesap masuk rumah. Nampaknya dia berjaya lepas dari roadblock! Nasib yang agak baik untuk hari ini!
U-TURN

No comments:

Post a Comment