Miqhal melangkah dengan tenang di dalam coffee house L’Amour Hotel. Matanya melilau-lilau mencari kelibat seseorang. Diperhati segenap ruang coffee house. Banyak jugak pengunjung. Dan kebanyakannya orang-orang korporat yang tengah mencari tempat yang selesa dan sesuai dengan status untuk berbincang tentang perniagaan.
Mata Miqhal terhenti pada seorang perempuan yang juga tengah memandangnya dengan pandangan yang...menggoda?? Miqhal menarik nafas dalam. Di scan gadis itu dari atas sampai bawah. Seksi dengan gaun paras lutut. Wajah yang agak menarik dengan kulit yang putih melepak. Miqhal membalas senyuman gadis itu. Dan tiba-tiba gadis seksi itu melambai ke arahnya. Miqhal mengerut dahi tapi langkah kaki tetap diatur ke meja gadis yang tengah berseorangan tersebut. Takkan Syed dah tukar jantina kut? Ishh!
“ Yes?” Miqhal menyoal lembut. Suara yang penuh berdiplomasi dengan lirikan mata yang dah ala-ala Romeo Kelas Satu.
“ I’m Sasha!” gadis itu menghulur tangan kepada Miqhal.
Akid tersenyum. Huluran itu disambut. “ Daiym.” Dengan orang asing, dia lebih selesa mengenalkan dirinya dengan nama yang lain. “ Have we met before?” takut jugak kalau yang ni pun jadi macam kes isteri Basil dulu. Hishh! Mintak jauh laa..
Sasha tersenyum lagi dengan lirikan manja. “ Are you looking for someone, Mr.Daiym?” soalnya manja tanpa menjawab soalan Miqhal sebentar tadi.
Miqhal mengangguk. “ How did you know that?”
Sasha tergelak kecil. “ From your look.”
“ Oh!” nampak sangat ke? Huhu... “ Tak patut gadis cantik macam you berseorangan macam ni? Where’s your partner?” soal Miqhal hanya berbasa-basi.
“ You are my partner.”
Miqhal tersenyum tapi dahi dah berkerut kehairanan. Nampak sangat gadis seksi yang kat depan dia ni tengah mengorat dia. Dunia sekarang! Bukan lelaki saja yang sibuk usha awek, awek pun dah pandai usha lelaki! “ Soon!” tambah gadis itu lagi masih dengan senyuman menggodanya itu.
“ Ahaa!” Miqhal pura-pura gelak. “ Funny! I think I should..”
“ Honey!”
Miqhal dan Sasha sama-sama berpaling pada seorang lelaki yang datang dari ceruk mana entah. Tiba-tiba je dah berdiri di sebelah Sasha.
“ Buddy??” semakin berkerut dahi Miqhal melihat pemuda dihadapannya. “ Kenal ke?” soal Miqhal.
“ My...girl!”
Nyata perubahan di riak wajah Miqhal. Terkejut dan terkilan. Tak sangka perempuan yang menegurnya dengan senyuman menggoda dan lirikan manja itu adalah teman wanita pemuda ini. Ya ALLAH! Miqhal tiba-tiba rasa bersalah sebab dalam diam dia dah menggelar Sasha sebagai perempuan murahan.
“ Darling.. What took you so long to come here? Lelaki ni cuba nak pikat I...” Sasha berdiri dan memeluk manja lengan teman lelakinya.
“ What?” aku pulak yang cuba nak usha dia? Permainan apakah ini wahai perempuan? Aku tersungguhlah bukan dalam mood nak bermain ‘game’ sekarang! Ugh, please!
“ Hey, you’re here!”
Miqhal berpaling saat bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang. “ Syed!” dan seseorang itu adalah orang yang sepatutnya dia jumpa di coffee house ini dan bukan dua orang di hadapannya yang tengah pandang dia dengan pandangan yang...menjengkelkan! “ Look. Whatever it is, Im sorry, okay? Itu cuma salah faham je. I got to go!” Miqhal terus menarik lengan Syed ke meja yang agak jauh dari pasangan sebentar tadi.
Ad pandang Sasha. “ Betul dia cuba nak goda you?”
Sasha angguk. “ Dia pegang tangan I pulak tu.” ujarnya dengan nada suara yang memang teramatlah manja. Mana-mana kaum Adam yang mendengar suara itu, memang confirm cair punyalah!
Ad mengetap bibir geram. Lepas ni dia akan berbincang dengan Miqhal! Tak boleh tidak! MESTI!
***
“ Kenapa tak bagitahu nak balik? Boleh Miq jemput kat airport!” memang hari ini penuh dengan kejutan untuk Miqhal. Siang tadi dia dah dikejutkan dengan permainan antara teman wanita Ad. Dan sekarang dia dikejutkan pula dengan kedatangan seseorang yang memang tak dijangka.
“ Knowing you. Kalau bagitau pun, belum tentu akan pergi jemput.” Jawab gadis itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
Miqhal tersengih. “ But at least inform la dulu. Ni tak, main terjah je rumah orang!”
“ Sorry!”
“ Forgiven!” Miqhal tersenyum manis. Bahu Ryana dipeluk erat. Sudah hampir tiga tahun dia tidak berjumpa dengan Ryana. Ryana merupakan anak kepada kawan mama dan papanya. Masa kecik-kecik dulu kira macam rakan sepermainan jugaklah sebab parents Miqhal selalu berjumpa dengan parents Ryana. Jadi dari situlah mereka mula rapat. “ Kenapa balik tiba-tiba? Nak kahwin?”
“ Ishh! Boleh tak jangan sebut tentang tu?”
“ Okey-okey!” Miqhal dan Ryana meneruskan langkah ke ruang makan di mana Papa dan Mamanya sedang menunggu ketibaan Miqhal dengan tetamu yang tak dijangka itu. “ Pa..Ma..Look who’s here!”
“ Oh there you are! Ryana, come! Kenapa lambat?” sapa Puan Dianne mesra.
Miqhal mengerut dahi. Mamanya langsung tak nampak terkejut pun. Dan papa pun relax je. “ Mama tahu Ryana nak balik?” patutlah menu makan malam pun lain semacam je. Rupa-rupanya ada tetamu istimewa!
Puan Dianne tersenyum. “ Surprise for you honey!”
Sementara Miqhal sibuk bercerita dengan rakan lamanya, K pulak sibuk mendail nombor telefon bimbit Miqhal berkali-kali atas paksaan Ad.
“ Dia tak jawab la, Ad!” K dah bosan. Dari tadi Ad paksa dia suruh call Miqhal dan yang membosankan dia ialah Miqhal langsung tak jawab panggilan-panggilan tu semua! “ Esok-esok tak boleh ke? Kau ni...” dipandang sekitar restoran Ours Diner.Sekarang cuma tinggal beberapa orang pekerja saja lagi yang masih mengelap meja dan menyapu.
“ Benda penting takleh tangguh!” Ad merengus. “ Try lagi!”
K mengeluh. Tapi tangannya bekerja juga. Menelefon Miqhal buat yang keberapa kali entah. Dan jawapannya masih sama. “ Kenapa semua operator telefon perempuan? Tak boleh ke hire operator lelaki yang suara macho-macho? Tak lah aku boring sangat dengar!” rungut K. Ad memandang K semacam. “ What?” K tak faham.
“Kan best kalau suara operator macam suara Miqhal... Mesti kau suka dengar kan??”Ad sengih mengusik.
K mengetap bibir geram.“Okey Ad! I’m done!” K terus bangkit dan berlalu pergi.
“ K! Laa aku gurau je la wey! Datang sini balik!”
" Takmo!" K jawab tanpa berpaling.
" Potong gaji!!"
***
“ Sorry! Mana Ad?” Miqhal melabuhkan punggung di kerusi berhadapan K. M&Ms dihulur pada K. K menyambut huluran itu tanpa banyak cakap. Itu adalah rutin Miqhal. Kalau jumpa dia, memang Miqhal akan bagi M&MS. Sebab benda alah tu memang peneman setia si K.
Wajah bersih gadis dengan cap Quiksilver merah biru dihadapannya itu ditatap. Macam mana lah aku boleh tak perasan yang kau ni perempuan? Muka punyalah licin bersih suci murni. Tapi disebabkan cara pemakaian dengan rambut pendek kau tu, bukan aku seorang je yang tertipu, banyak lagi yang menjadi mangsa. Perangai pun macam lelaki. Kasar! Tapi sensitif..pelik kan?
“ Mana handphone kau?” soal K tanpa menjawab soalan Miqhal.
“ Handphone?” K angguk. Miqhal menyeluk saku seluar lalu mengeluarkan Blackberrynya. “ Here! Kenapa?” dia menggawang-gawangkan Blackberry itu dihadapan K.
“ Kenapa kau tak jawab call aku?”
“ Oh ya ya! I’m sorry, K! Really sorry! Kawan aku, Ryana, baru balik dari Korea dan beberapa hari ini aku banyak luangkan masa dengan dia. And about your phone calls, I’m really sorry... Handphone tertinggal kat rumah..” Miqhal serba salah. Malam Ryana dinner di rumahnya hari tu, memang dia tahu banyak panggilan telefon dari K tapi satu pun tak dijawabnya. Bukannya apa, dia tahu Ad yang suruh K call dia dan dia belum bersedia nak dengar semua sabda pendeta ratu si Ad tu. Kiranya keesokan hari, Miqhal nak jenguk Ours Diner tapi Ryana pulak yang buat macam-macam rancangan. Mana nak tengok wayang lagi, nak main boling lagi. Macam-macam. Tapi Miqhal ikut jugak kerana lama dah tak keluar dengan superbestie dia tu. Sebab tulah dia langsung tak jenguk muka di Ours Diner.
K meneguk Coke nya. “ Kau dengan Ad ada problem eh?”
Miqhal bersandar di kepala kerusi. “ He’s not here?” dia memerhati segenap ruang Ours Diner. Memang tak nampak bayang Ad di mana-mana. Mungkin Ad berada di pejabatnya di dalam?
“ He’s out.”
Miqhal mengeluh. “ Ada salah faham sikit.”
“ No wonderlah muka Ad macam orang telan cuka je.”
“ Ye ke?” K angguk.
“ Apa masalahnya?” soal K ingin tahu. Setahu dia jarang Ad nak bermasam muka dengan kawan sendiri. Ad jenis yang tak banyak hal. Tapi kalau dah macam sekarang, mesti hal nya terlalu besar sampai Ad yang ‘tak banyak hal’ pun jadi ‘banyak hal’ jugak.
“ Kau budak kecik. Ubun-ubun pun masih lembut lagi. Tak payah lah nak masuk campur!” Miqhal sengih.
K mengetap bibir geram. “ I am not budak kecik okay? I’m 22!”
“ Oh 22 eh? Bukan dua tahun ke?” sengaja Miqhal nak mengusik K sebab dia memang tahu yang K pantang bila orang panggil dia budak kecik. Tapi hakikatnya, dia memang yang paling muda antara mereka. Tengok muka je orang dah tahu. Muka macam K ni, kalau nak menyamar jadi budak sekolah menengah pun pass with flying colours rasanya.
“ Shut up!”
Miqhal gelak. “ Denn mana?” rasa lama pulak tak jumpa budak dengan cermin mata bingkai hitam itu.
“ Kau tahu dia manusia paling malang kat muka bumi ni kan?”
“ Ahaa, so?”
“ Kalau kau tak jemput dia kat rumah, macam mana dia nak ada kat sini? Dia tak pandai drive, bro!” K seolah-olah sedang menyedarkan Miqhal tentang itu.
Miqhal tersenyum. “ Jom jemput tuan muda kita tu?”
“ Aku kerja!”
“ I’ll pay you!” Miqhal mengetap bibir geram. K ni kalau masa kerja memang susah nak diajak ponteng. K sengih. “ Nak ke tak ni?”
“ Pay me double!” K angkat kening dua kali. Sengaja nak duga Miqhal.
Miqhal geleng kepala. “ Apa-apa jelah, gila duit!”
U-TURN
No comments:
Post a Comment