Wednesday, 25 January 2012

U -Turn 13



“ Oii Denn! Kau kat mana?” suara K menerjah gegendang telinga Denn.
“ Aku kat kenduri jiran aku laa... Kenapa?”
K terdiam sejenak sebelum kembali bersuara. “ Jiran?? Jiran ke Denn? Betul ke apa aku dengar ni? Jiran??”
Denn gelak. “ Ya, jiran! J-I-R-A-N! Jiran!”
“ Jiran yang kau sayang tu ke?”
 Denn angkat muka. Dan tidak jauh darinya,ada seorang perempuan yang tengah berbual-bual dengan sekumpulan tetamu yang juga datang ke kenduri itu. Denn senyum. “ Ya...” perlahan dia menjawab soalan K dengan mata yang tak beralih. Fokus utama tetap pada gadis itu. Akhirnya dia berani mengorak langkah. Selangkah ke hadapan. Harapannya, selepas ini dia akan terus melangkah dan melangkah tanpa berundur.
“ Fulamaaakkk!! Apa tunggu lagi Denn!! Ushar laaaa!” suara K sungguh bersemangat.
“ Dah kau tak hang up, camne aku nak ushar??”
“ Yalah-yalah... Apa-apa, text aku ya! Goodluck!”
“ Thanks.. Bye!”
Talian terputus. Denn bersandar di kerusi. Mengeluh dah masih lagi memandang gadis yang sama. Dari tadi dia tengok jiran kesayangan dia tu. Sungguh cantik. Macam bidadari! Apatah lagi bila pakai baju kurung. Semakin terserlah keayuannya! Rasa nak pergi sapa, tapi tak tahu pulak nak sapa macam mana.
-Hye, Nasyrah kan?
Atau...
-Hye.. Saya Denn..
Atau...
-Hye, Nasyrah kan? Saya Denn..
Ehh. Bukan sama ke macam yang dua atas tu tadi? Hmm.. Memanglah aku ni blur bila part nak tackle awek!
“ Hye. Denn kan?”
Eh, ada orang curi dialog aku lah! Pandangannya terus lekat di wajah gadis yang menyapanya itu. Lidah terasa kelu. Nak keluar suara pun payah semacam. Dia cuma mampu melihat gadis itu yang dah menarik kerusi disebelahnya.
“ Auntie Mona kat dalam eh?”
“ Hahh?” Denn tiba-tiba kalut.
Nasyrah tergelak kecil. Denn hanya mampu tersenyum pahit. “ Yang awak gelabah semacam ni kenapa? Saya tak makan orang laa..”
Denn urut-urut pangkal tengkuk. Itu Cuma salah satu cara nak cover keresahannnya. Dia masih tak tahu nak cakap apa. Kenapa aku susah sangat nak bukak mulut nih!!!!
“ Awak tak sudi ke nak berbual dengan saya?” suara Nasyrah bagaikan orang berjauh hati.
Takkkkkkk!!! Aku sudi!! Tapi....... Kenapa suara aku tak keluar ni!!!!!!!!
“ Tak apalah. Saya masuk dulu...” Nasyrah dah berdiri, bersedia untuk pergi.
Denn pejam mata sejenak. Kau kena yakin Denn! Yakin! Kau boleh berjaya... Kalau kau yakin!
“ Nasyrah.”
Gadis itu berpaling bila terdengar suara Denn. Dia tersenyum. “ Ya?”
“ Auntie Mona...kat dalam.” Denn jawab soalan Nasyrah sebentar tadi. Auntie Mona tu bunda Denn!
Nasyrah angguk. “ Okey...” dia dah bersedia untuk melangkah semula tapi terhenti sekali lagi bila suara Denn kembali menyapa.
“ Tapi anak Auntie Mona kat sini...”
Nasyrah tertawa geli hati. Akhirnya dia kembali mengambil tempat disebelah Denn membuatkan senyuman Denn semakin melebar. Mereka hanya berbalas pandang dan senyuman. Kemudian keadaan sepi seketika di antara mereka. Cuma kedengaran riuh yang memang akan terasa bila kita berada dalam satu majlis. Di atas pelamin, kedua mempelai sedang bersanding. Sama cantik sama padan.
“ Nasyrah....” tiba-tiba Denn bersuara.
“ Ya?”
“ Awak cantik bila pakai baju kaler purple...” Dia tahu yang Nasyrah menggunakan baju berwarna ungu kerana semua orang pun pakai baju rona sama. Kata Bunda, warna itu merupakan tema untuk majlis persandingan Aqil; abang kepada Nasyrah. Dan pujiannya untuk Nasyrah sebentar tadi hanyalah satu penipuan. Sebab dia tak dapat lihat pun Nasyrah pakai baju kaler purple. Di matanya, baju kurung moden yang tersarung di tubuh Nasyrah itu tak berwarna! Tapi Nasyrah tetap cantik..walau tak berwarna sekalipun!
Wajah Nasyrah berubah seketika tapi lepas tu dia tersenyum. “ Terima kasih...”
Terima kasih Ya ALLAH. Kau bagi aku kesempatan ni. Kau bagi aku peluang untuk mengenali dia... Kau bagi aku peluang untuk mendekati dia... Terima kasih!
Denn mengucap syukur dalam hati.
***
K mendail nombor telefon Miqhal. Dari tadi dia mencari orang yang tak sibuk untuk menemaninya di hari cuti ini. Hari ini Ad bagi dia cuti. Jadi tak payah kerja! Tapi bila tak payah kerja... K bosan sebab tak ada buat apa-apa kat rumah!
“ Ya, Cik Kyra? Ada apa yang boleh saya bantu?”
K sengih seorang bila dengar suara Miqhal di corong talian. “Miqhal! Kau kat mana?”
“ Kat..office. Kenapa?”
“ Yow! Hari Ahad ni, derrrr!! Apa kau buat kat office??”
“ Kerja laa... Kau nak apa ni, budak kecik? Hmhh?? Aku sibuk ni... Kalau hajat di hati kau tu nak kacau aku, lebih baik lupakan je lah. Aku betul-betul sibuk.” Miqhal memang suka buat kerja kat pejabat. Apa-apa kerja yang belum diselesaikan,dia akan selesaikan kat situ jugak. Dia bukan jenis orang yang bawak kerja balik rumah. Bagi dia, rumah bukan tempat untuk bekerja. Kalau dah kat rumah pun buat kerja, tak ada bezalah antara rumah dengan pejabat kan?
“ Oh ye ke?” K mengeluh hampa. Memang sahlah hari ini dia terpaksa hadap TV dari pagi sampai malam! Huarghhhhh!! Bosannnnn!
“ Nak apa sebenarnya ni?” soal Miqhal lagi. Kali ini suaranya dilembutkan sedikit. Dia khuatir jika K berjauh hati pulak kalau dia cakap kasar-kasar sebab si K ni angin dia kadang-kadang tak betul sikit!
“ Tadi aku called Denn, dia pergi kenduri rumah jiran kesayangan dia. Ad tengah sibuk. Jadi, aku call lah kau. Aku cari orang teman aku lepak.” K buat suara mintak kesian.
“ Alolololooo siannya dia.....”
K senyum sendiri bila suara mintak kesian dia sebentar tadi nampaknya membuahkan hasil. Miqhal ni memang jarang nak hampakan aku! Tu yang aku suka tu!
“ Nak ke lepak kat office?” tanya Miqhal.
“ Aku no hal! Tapi kalau kau busy, takpe lah. Aku lepak sorang-sorang je lah.”
Enough mintak kesian, K!” Pecah tawa K. Susah betullah nak tipu si Miqhal ni! “ Datang office aku... Aku tunggu!”
***
K bersiul-siul kecil sambil pandangannya ditebar ke seluruh ruang bilik pejabat Miqhal. Simple tapi cukup cantik. Pandangan K terhenti pada bingkai gambar yang elok tergantung di sudut kiri bilik tersebut. Gambar keluarga Miqhal. Miqhal diapit oleh dua orang perempuan. Mungkin kakak-kakaknya. Dan di hadapan mereka, papa dan mama Miqhal tersenyum bahagia.
“Miqhal..”
“ Ya?” jawab Miqhal tanpa mengalih pandangan dari terus menatap skrin laptop.
“ Berapa umur kau dalam gambar tu?”
“ Gambar mana?” Miqhal angkat muka tengok K yang tengah pandang gambar keluarganya. Pandangan Miqhal turut menghala kearah foto tersebut. “ 18 tahun.” Miqhal tersenyum hambar. Sekarang ni mana ada kakak-kakak tu lagi! Semua dah sibuk dengan hidup masing-masing.
Handsome!” puji K seraya tersengih.
“ Sekarang ni tak handsome lagi ke?” duga Miqhal.
Handsome tapi.. kureng sikitlah sebab kau dah jarang nak jengok muka kat OD. Apa cerita? Takkan tak habis lagi gaduh dengan Ad kut??” K cuba menggali cerita tentang salah faham si Miqhal dengan Ad yang macam tak ada penghujung. K tengok si Ad masih dingin dengan Miqhal. “ Susah sangat nak jumpa kau sekarang ni.” K mengatur sila di atas sofa yang tersedia di sudut kanan ruang pejabat tersebut.
“ Susah apanya...” jawab Miqhal sambil matanya ralit  merenung kertas di tangan. Kemudian kertas tersebut di letak kembali atas meja dan jari jemarinya bekerja pula di atas papan kekunci komputer riba.
“ Dah ada awek terus lupa kawan ke brader?”
“ Mana ada...”
“ Mana ada apa?”
“ Mana ada awek!” Miqhal terus angkat muka dan tengok K.
K mencebir. “ Jangan tipu laa...Selain hal kau dengan Ad tu, aku tahu kau ada hal lain lagi..Kannn??”
“ Kalau betul ada, kenapa? Kau jealous?” duga Miqhal.
“ Cisss!! Aku jealous???” K menerpa ke meja Miqhal. “ Cuba kau pandang muka aku ni!” arah K dan Miqhal menurut. “ Aku jealousss???”
“ Tak mustahil kan?” Miqhal menjungkit kening.
“ Memang punnn.” K mengeluh. Dia melangkah mendekati dinding kaca di belakang tempat duduk Miqhal. Pejabat Miqhal terletak agak tinggi. Bukan agak tinggi lagi dah, memang tinggi! Dari atas ni, kalau tengok jalan raya kat bawah, kereta-kereta macam semut je!
“ Aku bukannya apa K. Aku busy sikit. Bukan tak nak jenguk kau, tapi masa tu tak ada. Kau sendiri tengokkan? Hari ahad pun aku kat sini...” jelas Miqhal lalu menyambung semula kerjanya yang terhenti sebentar tadi. Kedatangan K memang mengganggu sedikit konsentrasinya tapi dia tidak menyalahkan K. Dia tahu K bosan dan sebagai kawan, Miqhal mahu menghilangkan sedikit rasa bosan di hati K. Walaupun hanya lepak di pejabat, sekurang-kurangnya Miqhal dapat tengok K. Sekurang-kurangnya Miqhal tahu K tak buat benda bodoh kat luar sana. Manalah tahu kan...sebab dah bosan sangat kang budak kecik ni pergi lepak dengan mat-mat ganja kat luar sana tu... Haru! Jadi, lebih baik dia bawak si K ni lepak kat office! Lagi selamat!
“ Bukan busy dengan Ryana?”
Miqhal terus berpaling tengok  K. “ Kau kenal Ryana?”
Hello bro! Hari tu kau ada bagitau aku. Kau lupa ke?”
“ Oh ya ke?” Miqhal tersenyum nipis. Dia menolak kerusinya ke belakang. Kini dia dah berada di sebelah K. “ Kawan lama K... Bestfriend pulak tu. Bila dah jumpa balik, macam-macam benda nak buat bersama.”
“ Habis aku ni? Bukan bestfriend kau? Aku pun nak buat banyak benda dengan kau!” suara K macam orang tengah merajuk.
Miqhal tersenyum. Matanya tak alih dari tengok gadis dengan baju-T hitam didalam dan kemeja lengan panjang kotak-kotak putih yang tak dibutangkan di luar serta jeans slim fit hitam. Kasut Nike Dunk High tersarung di kakinya. Bila tengok kasut Nike tu, Miqhal tersenyum sendiri. Kasut tu, Miqhal yang hadiahkan masa birthday K hari tu. Dan seperti biasa, cap Quiksilver merah biru tersarung dikepala.
“ Wey sini jap.” Miqhal tarik tangan K supaya K berdiri di hadapannya.
“ Apa?” K pelik bila Miqhal tenung dia semacam.
Nothing...” Miqhal tunduk. Tiba-tiba jantung dia berdegup kencang. Ya, tiba-tiba!
Muncul idea nakal di benak fikiran si K. Dua tanduk dah naik kat kepala! Mwahahaa! “ Perlu ke buat muka nervous macam tu?”
“ Mana ada... Mana ada nervous!” Miqhal cuba menyembunyikan getar di suaranya. Dia gugup!
“ Ya ke tak nervous??” sengaja K memainkan jari telunjuknya di dada Miqhal.
“ K!” Miqhal menepis tangan K. “ Are you trying to seduce me??”
“ Kalau ya, kenapa?”jawab K berani sedangkan dalam hati dah bergetar. Dalam dia cuba mengusik Miqhal, dia sendiri turut berasa takut. Takut kalau-kalau si Miqhal ni kena rasuk kejap lagi dan buat benda luar alam! Hishhh... Dahlah sekarang tengah berdua-duaan dengan dia. Bukan ke kalau tengah berdua-duaan, orang ketiga adalah syaitan?
“ Kau jangan K..” tangan K yang tadinya ditepis kini digenggam erat. “ Kat sini cuma ada aku dengan kau je tau. Tak ada Denn. Tak ada Ad. Tak ada sesiapa nak selamatkan kau kalau aku buat jahat kat kau. Kau jangan salahkan aku kalau aku buat benda tak senonoh kat kau sebab kau yang goda aku dulu..” suara Miqhal bagaikan orang berbisik.
Miqhal berdiri dan itu menyebabkan K semakin kecut perut sebab dia dengan Miqhal sekarang ni memang rapat habis!
Riak wajah K sekarang memang nampak takut semacam. Pucat je muka. Dah tak ada dah senyum mengusik kat bibir. Mata je yang masih terkebil-kebil tengok Miqhal. Miqhal gelak jahat dalam hati. Aaa..Nak sangat sakat aku kan?? Ni baru aku bagi sikit..!
“ Ingattt... cuma ada aku dengan kau je.” bisik Miqhal lagi.
“ Woiiii!!” K menolak tubuh Miqhal sekuat hati.
Miqhal terduduk semula di kerusinya. Bergema tawa memenuhi ruang pejabat.
K merengus. “ Aku blah!”
“ Alolololoooo...” Miqhal bangkit dan mendekati K. “ Tadi nak sangat goda aku kan? Aku dah tergoda ni, apa tunggu lagi?” Miqhal masih tidak berhenti menyakat.
“ Kau nak ni ke??” K tunjuk penumbuk kat depan muka Miqhal.
Miqhal sengih. Penumbuk si K tu digenggam. “ Okey. Okey.. Dah. Dah. Aku tak kacau kau lagi..” Bahu K dipaut dan mereka berdiri menghadap dinding kaca. Memandang jauh ke hadapan. Keadaan sepi seketika. Kedua-duanya bagaikan tengah meladeni perasaan masing-masing. “ Aku sayang kau.”
Uiiii... Apa Miqhal ni? Takkan sambung lagi kut sesi goda menggoda tadi tu?? K telan air liur yang dah rasa berpasir. Jantung dah dup dap dup dap. Dia kaku tak bersuara.
“ Walaupun aku ada Ryana, tapi takkan sama dengan Kyra. Kyra aku yang baik... Kyra aku yang comel... Kyra aku yang cantik...” Miqhal melagakan kepalanya dengan kepala K.
Pecah tawa K bila dengar segala pujian si Miqhal. Ada ke patut puji aku cantik? Hahah... Agak-agak laa.
“ Kyra aku yang ayu... Kyra aku yang lemah lembut... Kyra aku yang sopan santun..”
Semakin kuat K ketawa. Mana taknya, semua yang disebut Miqhal bercanggah dengan dirinya sebenar. Kalau Ad dengan Denn dengar pun, rasa-rasanya budak berdua tu pun akan buat aksi ketawa sakan sambil guling-guling!
Miqhal tersenyum. Senang hatinya bila dapat dengar tawa K. Rasa macam semua masalah dia terbang. Hatinya terasa sungguh lapang.Itulah istimewanya K bagi Miqhal. Memang betul kata orang, perempuan dengan lelaki memang tak boleh berkawan. Salah seorang mesti tergelincir. Samalah macam apa yang berlaku sekarang.
Miqhal mengaku yang dia memang dah ‘tergelincir’ dengan K. Sejak dari awal lagi, dia dah rasa something bila tengok K. Tapi masa tu dia terus nafikan perasaannya sebab dia ingat K tu lelaki. Tapi bila kebenaran terbongkar, bila Miqhal tahu K tu perempuan, perasaan yang dinafikan pada mulanya semakin bercambah. Dan sehinggalah sekarang.. Perasaan itu semakin mekar di hatinya.
Tapi Miqhal tahu K sukakan Denn. Dan Miqhal berusaha sedaya upaya untuk menyatukan K dengan Denn supaya K bahagia. Tapi sampai bila dia boleh terus menyembunyikan perasaannya? Sampai bila dia nak berpura-pura bahagia bila tengok K dengan Denn bersatu?
 “ K... Aku cakap benda ni sekali je tau. Tak akan ada ulangan. Jadi kau kena dengar betul-betul.” tukas Miqhal perlahan.
“ Apa dia?” K bersuara bersahaja.
“ Aku sayang Kyra aku.”
U-TURN

No comments:

Post a Comment