Monday 23 January 2012

U - Turn 11



K dan Denn kat tempat duduk belakang. Miqhal memandu dan Ad duduk kat sebelah. Mereka dalam perjalanan balik ke Bougainvillea Hill. Bintang Di Surga nyanyian kumpulan Peterpan, band dari Indonesia yang pernah popular satu ketika dahulu tengah main kat radio. Dulu lagu Mungkin Nanti memang jadi siulan ramai. Lagu itu memang hit! Selalu menjuarai carta. Sekarang ni jarang dah nak dengar cerita pasal kumpulan ni. Tapi yang tiptop sekarang cerita tentang vokalis kumpulan tu yang dah dapat gelaran Ariel PeterPorn sejak video lucahnya tersebar. Manusia sekarang.....
Dan nampaknya seluruh isi kereta tengah khusyuk layan lagu dan mungkin layan perasaan sendiri sebab seorang pun tak keluar suara. Lagu Bintang Di Surga ini memang salah satu lagu kegemaran si Miqhal. Selalu je dia paksa si K nyanyi lagu tu.
Sesekali K menoleh melihat Denn, tapi Denn tak perasan sebab Denn tengah pejam mata. Antara ready nak tidur ataupun memang dah tidur. Bosannya bila tengok Denn macam orang tak nak bercakap! Selepas apa yang terjadi malam tadi, Denn kurang dah bercakap dengan K. Memang dah dijangka. Hmm.. Tadi K nak duduk sebelah pemandu, tapi Miqhal beria-ia suruh dia duduk belakang dan nak tak nak, K duduk jugak sebelah Denn kat belakang. Entah kenapa dia rasa kecil hati pulak bila Miqhal beria-ia tak nak bagi dia duduk sebelah..mungkin Miqhal takut terserempak dengan girlfriend-girlfriend dia kut. Tapi apa masalahnya? Sebab K pun dah tak ubah macam spesies Miqhal, Ad dengan Denn. Tak adanya teman wanita Miqhal tu nak salah faham ke apa... Hmm...
Miqhal dapat tengok K dari cermin pandang belakang. Dia boleh tengok gadis itu yang selalu curi tengok orang kat sebelah. Miqhal tersenyum. K nampak sungguh comel bila intai orang macam tu! Tapi semua tu tak bermakna jika Denn langsung tak pedulikan K. Miqhal kadang-kadang kesian tengok K yang macam kena bodoh oleh cinta, oleh perasaan sukanya pada Denn. Bila tengok K yang lebih terhegeh-hegeh untuk mendapat perhatian si Denn, Miqhal rasa nak marah sebab Denn memang langsung tak perasan tentang tu. Tak boleh jugaklah nak salahkan Denn sebab dia sendiri tahu kawan dia yang seorang tu memang tengah angau dengan anak jirannya. Sebab tulah 237 kali pun K lalu depan si Denn tu, memang lelaki tu takkan perasan. Tapi betul ke K selalu terhegeh-hegeh kat Denn? Atau Miqhal je yang terhegeh-hegeh nak satukan K dengan Denn?
Ad tengah bercakap ditelefon. Kejap dengan intonasi suara yang lembut ala-ala romantik. Kejap pulak bertukar jadi tegang. Dan Ad tiba-tiba campak handphone masuk laci dashboard kereta. Miqhal tak sempat tanya apa-apa bila Ad dah naikkan volume radio dan terus pejam mata. Itu tandanya Ad taknak bercakap dengan sesiapa dalam masa ni.
Nampaknya hanya K dan Miqhal saja yang ‘hidup’. Bosannya bila perjalanan selama 5 jam ini hanya diisi dengan sepi. Tak ubah macam  memandu seorang diri. Bosan! Boring! Bosan! Boringgggg!
“ K!” Miqhal sempat kerling sekilas cermin pandang belakang untuk tengok K. “ Kau ngantuk ke?”
“ Tak.” perbualan pertama antara K dengan Miqhal selepas Miqhal buat hal semalam.
Miqhal tutup radio. Dan keadaan dalam kereta bertambah sunyi. K tak membantah apa-apa kat belakang bila Miqhal menutup radio. “ Nyanyi K!”
“ Hahh?” K blur. Tiba-tiba je Miqhal suruh dia nyanyi. Gila ke apa?
“ Nyanyi. Aku nak dengar.” permintaan yang lebih kepada satu arahan sebenarnya.
K menjengukkan mukanya diantara tempat duduk Ad dengan tempat duduk Miqhal. “ Kau nak aku nyanyi lagu apa?” K bersuara girang. At least, ada jugak hiburan dia. Tadi memang dia berkira-kira nak nyanyi, tapi takut pulak suara dia ganggu ketenteraman awam apatah lagi bila tengok Ad dengan Denn yang macam orang tengah berkabung je sekarang ni.
Miqhal senyum. “ Apa-apa je lahhh.” suaranya sengaja dileretkan. Dia gembira bila tengok K gembira. Tak adalah muka bosan macam tadi.
“ Aku tak suka ‘apa-apa je lah’ sebab ‘apa-apa je lah’ aku kadang-kadang tak mengikut citarasa orang yang kata ‘apa-apa je lah’ tu.”
Miqhal menoleh sekilas. Dia dapat rasa wajah K begitu dekat dengannya. Tiba-tiba jantung dia berdegup kencang.
“ Nyanyi je.” Terus dia pandang depan semula dan berusaha sedaya upaya untuk menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduan tapi usahanya agak kurang berjaya sebab satu suara yang tengah nyanyi lagu Here By Me – Three Doors Down rasa begitu dekat dengan telinganya sekarang ni. Akhirnya kereta dia membelok masuk satu simpang menuju ke McDonald. Dia takut kalau dia teruskan pemanduan, kereta yang dipandunya akan terbabas. Sungguh dia tak dapat menahan getar di hati saat ini.
“ Makan time!” enjin dimatikan dan terdengar suara K menjerit riang kat belakang.
“ Oii! Bising!!” Ad menampar perlahan kepala K buat K bersungut geram. Baru nak bahagia dah kena tampar kepala! Sadis!
“ Ad!” suara Miqhal memberi amaran.
Ad mencemik wajahnya. Miqhal memang selalu bagi muka kat K. Tapi dalam dia bagi muka tu, dia pun ikut buli si K.
K tersenyum bangga sebab ada orang menyebelahi dia. Miqhal memang selalu jadi penyelamat bila dia kena buli oleh Ad mahupun Denn. Tapi tak ada sesiapa pun yang boleh selamatkan K bila dia dibuli oleh Miqhal. Dan itu adalah perkara yang sangat menyakitkan hati!
***
Hari ini hari istimewa bagi K. Dan disebabkan hari istimewa itulah dia begitu bersemangat pergi ke Ours Diner untuk kerja. Senyuman tak lekang dari bibir. Pergi ambik order dengan senyuman, hantar order pun dengan senyuman. Harinya dipenuhi dengan senyuman. Bangun pagi tadi, dia terus senyum lepas tu sempat cium pipi mak dan Lyqa membuatkan kedua-dua orang yang disayanginya itu agak terkejut sebab si K ni jarang bermanja macam tu.
Memanglah selepas peristiwa di kampung hari tu, Denn tak bercakap banyak dengan K tapi beberapa hari lepas tu semuanya kembali pada asal dan membuatkan hati K lega. Memang dia marahkan si Miqhal sebab memandai bagitau rahsia yang entah apa-apa tu pada Denn. Tapi marahnya tak bertahan lama. Bila Miqhal cakap dengan dia masa perjalanan balik ke Bougainvillea tu, dia dah okey balik dah. Dia layan jugak Miqhal. Sebab dia tak sampai hatilah nak ignore Miqhal lama-lama.
“Miqhal!!” K dah berlari mendapatkan Miqhal yang baru melangkah masuk ke dalam restoran. Lengan lelaki yang mengenakan baju-T biru dan jeans biru lusuh itu dipeluk.
“ Weh-weh! Apa manja-manja dengan aku ni?” Miqhal bersuara kehairanan. Tapi dia hanya membiarkan K memeluk lengannya. Tidak menepis mahupun menolak.
K sengih. “ Denn mana?”
“ Tak tau. Boss kau mana?” Miqhal dah berhenti di hadapan kaunter. K melepaskan lengan Miqhal sebab orang sekeliling dah tengok diaorang macam diaorang tu alien! Mungkin pelik bila K buat aksi manja-manja dengan Miqhal sedangkan kedua-duanya lelaki. Tapi tidak pelik bagi Miqhal yang tahu si K ni bukanlah lelaki jadi tak salah kalau K nak bermanja dengan dia.
“ Tak tauuuuuuu...” K memuncungkan mulutnya.
“ Aku cium karang,free je!”
Terus K pekup mulut dengan tangan. Matanya buntang tengok Miqhal yang dah tertawa suka.
“ Kau ni curi tulang eh? Mentang-mentang boss tak ada, kau pun ambik kesempatan lah ya?”
“ Orang yang bijak kena pandai ambik kesempatan! Aku kan bijak??” K angkat kening dua kali.
“ Yalah. Bijaklah sangat... Lepas tu, makan gaji buta! Ingat elok ke?” bebel Miqhal. K mencemik. “ Dah alang-alang kau curi tulang ni, apa kata kau ikut aku?”
“ Hah? Nak gi mana?”
“ Temankan aku cari barang jap. Aku nak ajak si Ad, tapi dia tak ada. Terpaksalah aku ajak kau walaupun sebenarnya aku tak nak bawak kau!”
“ Tak nak sudahhhh.” K dah mengatur langkah untuk masuk ke bahagian dapur tapi tangannya ditarik oleh Miqhal buat langkahnya terhenti. Dia berpaling.
“ Elehh kau ni K... Nak suruh aku buat drama jugak ke kat sini?”
Pandangan K yang tadinya terpaku kat Miqhal kini beralih ke tangannya yang berada dalam genggaman Miqhal. Ingatkan si Miqhal ni akan lepaskan bila dia dah berhenti tapi makin kuat pulak lelaki ni genggam.
“ Jom!” Miqhal tak mempedulikan K yang masih tengok tangan mereka yang bersatu. Dia terus tarik K keluar dari restoran.
***
“ Kau nak bawak aku pergi mana ni? Main tutup-tutup mata pulak... Aku dah macam orang buta ni weh!” K tak henti-henti merungut. Sebaik saja Miqhal tutup mata dia dengan kain hitam, mulut dia terus tak henti-henti bersungut.
“ Sesekali merasa macam mana jadi orang buta, kan bagus tu?” Miqhal cekap bermain dengan stereng dan gear. Tadi dah bawak K jalan-jalan buang masa kat mall sementara tunggu panggilan dari Ad cakap yang semua dah clear. Bila Ad call je, Miqhal terus jalankan apa yang dirancang.
“ Bagus otak kau!” rengus K. “ Aku tak suka gelap lah. Kau tau kan?”
“ K. Dalam kubur nanti gelap jugak tau?”
K terus terdiam. Tapi diamnya hanya untuk beberapa minit. Selepas itu dia kembali macam tadi. “ Kau nak buat apa sebenarnya ni? Culik aku? Aku tak ada duit nak bagi kau! Tak ada guna kau nak culik aku! Kau culik laa si Denn tu haa... Masuk akal la sikit! Aku ni apa yang ada? Skuter buruk tu jer!”
“ Diam K! Jangan sampai aku buat benda yang kau pun tak terfikir aku akan buat!” ugut Miqhal.
Uuuuuu... Ngeri! Akhirnya K diam. Dia bukannya apa, dia sengaja berpura-pura macam tak tahu apa yang Miqhal rancangkan. Dia tahu kawan-kawannya mesti nak buat surprise party sempena ulangtahun kelahirannya. Dah tau sangat.... Tapi kalau dia act cool, tak bestlah! Nak jugak buat drama sikit-sikit..
Miqhal mengerling sekilas ke arah K yang dah duduk diam kat sebelah. Tau pulak nak diam! Nak kena ugut dulu ke baru reti nak tutup mulut? Miqhal bukan tak tahu yang budak kecik kat sebelah dia ni dah boleh agak tentang rancangannya. Kalau nak tahu, itulah K! Susah sangat nak buat kejutan untuk K ni. K cepat kesan! Bosan!
“ Dah sampai ke?” soal K bila kereta terasa tak bergerak.
“ Dahhhhh.” Miqhal sengaja meleretkan suaranya. Bosan! Dia melangkah keluar dari kereta dan berlari-lari anak untuk membuka pintu kereta untuk K. “ Keluarlah K.”
“ Ehh, kau dah bukak pintu ke? Mana aku tahu!” K sengih.
“ Ni..pegang tangan aku ni!” Miqhal hulur tangan.
“ Mana la aku tahu kat mana tangan kau, ngok!”
Miqhal terus capai tangan K dan tangan itu digenggamnya erat. “ Ikut je tau. Jangan bising!”
“ Saya yang menurut perintah!”
Miqhal memimpin K berjalan masuk ke perkarangan rumah. Sebenarnya mereka merancang birthday party yang bertempat di rumah K sendiri. Itupun mak K yang beria-ia nak buat kat situ. Nak tak nak, ikut je lah. Apa salahnya kan? Jimat bajet tak perlu nak tempah-tempah restoran apa segala. Masak pun mak K yang uruskan. Lagi satu penjimatan! Tak payah nak upah katerer! Lagipun mak K kalau part masak-memasak memang first class lah!
“ Ok. Sekarang baru boleh bukak mata!” Miqhal membuka ikatan di mata K.
K mencelikkan matanya. Rasa sakit sebab lama sangat kena tutup dengan kain tu. Kepala pun rasa pening semacam. “ Blackout ke?” soalnya bila apa yang ditengok semuanya masih hitam walaupun balutan di matanya sudah pun dibuka.
Surprise.” Suara Miqhal langsung tak berbunyi teruja.
Serentak dengan itu, ruang tamu rumah K terang benderang. “ HAPPY BIRTHDAYYYY!!” gabungan suara Ad, Denn, Lyqa dan Puan Khalija memecah kesunyian.
K menutup mulut ala-ala terkejut. Dia berpaling ke arah Miqhal di sebelah dengan muka super terharu sangat-sangat yang teramat-amat! Dramaqueen jugak si K ni rupanya... “ Aku pun tak ingat birthday aku sendiri...” alaaa...tipu!
Miqhal buat muka menyampah.“ Tak ingat waklu! Yang set reminder kat handphone aku sehari before birthday tu bukan kau ke? Elehhh..”
K tertawa. Kantoi! “ Thank you-thank you! Siapa buat semua ni?”
“ Aaa... Denn yang buat!” cepat-cepat Miqhal menjawab.
K pandang Denn. Denn hanya tersenyum nipis. “ Thanks Denn!”
“ K! Peluklah mak kau tu... Kau ni!” Miqhal menolak tubuh K.
“ Yalah! Takyahlah tolak-tolak! Kau ni kejam la Miqhal!” K terus mendakap tubuh Puan Khalija. Dan seterusnya tubuh Lyqa.
Miqhal dah ambik tempat sebelah Ad. “ Budak tu poyo je lebih!”
Ad gelak. “ Kenapa?”
“Dia buat-buat lupa birthday dia sendiri. Macamlah aku tak tahu lakonan dia tu.”
“ Hahaha. Aku rasa dia tahulah surprise ni!”
“ Memang dia tahu pun. Susahlah nak surprise budak jenis macam K ni! Semua dia tahu!”
“ Aku rasa next year, kita upah orang culik dia betul-betul! Amacam?” cadang Ad.
Tapi Miqhal tak sempat bagi kata balas bila K dah berdiri di hadapannya dengan muka yang riang gumbira dan mata yang bersinar-sinar! “ Nak apa ni?”
“ Alaaaa kau ni... Baik sikit dengan aku hari ni tak boleh ke? Birthday aku kannnn...” K buat muka kesian.
“ Yalah-yalah. Kau nak apa sayang intan payung berkarat??” soal Miqhal lembut lalu merendahkan sikit badannya supaya paras mukanya sama level dengan muka K.
K sengih. “ Nak Lamborghini kau tu boleh??”
U-TURN

1 comment: