Friday, 17 February 2012

U - Turn 25



“ Kenapa tak turun makan?” Miqhal merebahkan diri ke katil. Ryana tengah duduk di sofa panjang yang terletak di sudut kanan bilik.
“ Tak lapar..” jawab Ryana tanpa mengangkat muka dari novel Jauh Kau Pergi karya Dhiya Zafira.
“ You tak lapar..yang kat dalam perut you tu lapar. Fikir la sikit.” ujar Miqhal seolah-olah ingin mengingatkan Ryana yang ada satu nyawa lagi yang berada dalam perutnya. “ Kita pindah dari sini.” melihat Ryana yang membisu, Miqhal kembali bersuara.
“ Pindah?” novel terus ditutup. Ryana berpaling ke arah Miqhal. “ Pindah mana?”
“ Kondo I. Pack your things. Esok pindah.”
“ Cepatnya?”
“ Terpulang pada youlah. You nak ikut I, you pindah. Kalau you tak nak, you stay lah sini. I tak kisah.” Miqhal mengatur posisi baringnya supaya lebih selesa. Dia mengiring ke kiri, tidak lagi memandang Ryana. Bantal peluk dipeluk erat.
“ Okey.” Ryana mengeluh. Sejak bergelar suami isteri, Ryana sedar yang Miqhal yang dinikahinya bukan lagi Miqhal yang dikenalinya bertahun-tahun yang dulu. Miqhal yang bergelar suaminya itu adalah orang lain. Bukan lagi orang yang sama yang pernah berkongsi suka dan duka, gelak dan tawa dengannya. Tapi dia tidak boleh menyalahkan Miqhal atas perubahan sikap lelaki itu. Dia tahu semua itu berpunca dari dirinya sendiri. Dia yang melibatkan Miqhal dalam masalahnya. Dia yang menyebabkan Miqhal terperangkap di dalam perkahwinan yang masih belum tahu samada akan bertahan atau tidak ini.
_never leave_
“ K?” Miqhal berhenti di muka pintu apabila melihat seorang gadis tengah berdiri membelakanginya. Dia tahu yang tengah berdiri itu perempuan walaupun cara pemakaiannya persis seorang lelaki kerana dia kenal benar dengan trucker cap Quiksilver merah biru itu. Dan juga kasut Nike yang tersarung di kaki gadis itu.
“ Morning!” K berpaling dengan senyuman di bibirnya.
Miqhal menutup pintu dan menyambung semula langkahnya yang terhenti sebentar tadi. Briefcase diletak atas meja. Dan kemudian dia berpaling ke arah K yang bersandar di dinding kaca yang membolehkan dia melihat pemandangan di luar.
“ Masih tak nak cakap dengan aku lagi?” soal K perlahan setelah agak lama mereka berdiam diri.
Miqhal tunduk. Tidak mampu untuk terus menatap wajah itu. Kalaulah K tahu tentang perkahwinannya. Entah apa yang akan terjadi lepas ni. Sungguh dia tidak berniat untuk mengkhianati K. Apatah lagi untuk melukakan hati gadis itu. Dia benar-benar sayangkan K. Dan kerana itulah dia menyembunyikan tentang statusnya yang sudah bergelar suami orang dari pengetahuan K. Bukan saja K, malah Ad dan Denn juga tidak diberitahu tentang itu. Perkahwinan itu hanya akan melukakan hati mereka. Mereka tidak perlu tahu.
“ Kau kata kau takkan tinggalkan aku walau apa pun terjadi..tapi hari tu..” K berjeda seketika, menanti reaksi Miqhal. Tapi hampa. Lelaki itu masih tunduk. “ Sorry...” K mendekati Miqhal yang bersandar dimeja kerjanya. Miqhal masih tidak memberi respon. K semakin resah. Dia berdiri mencangkung sedikit supaya dapat melihat muka Miqhal yang masih tunduk. “ Sorry??”
Miqhal dah tak dapat nak mengelak lagi. Kalau tadi dia dapat mengelak dari menatap wajah itu dengan menundukkan muka, tapi kini muka K dah betul-betul dihadapannya. Dia nak pejam mata tapi dia tidak mampu nak menipu diri lagi. Dia amat merindui wajah itu.
K... Aku sayang kau... Jangan tinggalkan aku. Aku tak boleh hidup tanpa kau. Mungkin satu hari nanti aku akan lukakan hati kau tapi kau kena tahu K... Aku tak berniat nak buat macam tu. Tak pernah terlintas langsung untuk aku kahwin dengan orang lain selain dari kau, K..tapi..
K tersentak bila melihat air mata yang keluar dari mata Miqhal. Dan airmata itu jatuh betul-betul di pipi K. Miqhal menangis?? K semakin terkejut apabila tubuhnya didakap oleh Miqhal. Erat sehingga dia rasa sukar nak bernafas. Tapi itu tidak penting. Yang lebih penting sekarang adalah untuk mencari jawapan kenapa dan mengapa Miqhal menangis?? Ya, Miqhal masih belum berhenti menangis. Bahu K terasa basah dengan air mata lelaki itu.
“ Don’t say anything B.” ujar Miqhal dalam tangisnya. K yang baru nak bersuara kembali terdiam. “ Just let me hug you.”
_never leave_
 “ Kuat merajuk jugak kau ni eh!” K menyiku Miqhal yang berjalan seiringan dengannya.
“ Dah berapa kali kau ulang ayat tu B? Yang sudah tu sudah laa.” Miqhal mendengus perlahan. K sengih.
“ Asal suara lu serak der?” sengaja nak mengusik si Miqhal sedangkan dia tahu suara Miqhal kedengaran agak serak itu kerana terlalu lama menangis. K pun tak sangka yang hari ini dia dapat melihat air mata seorang lelaki. Air mata Miqhal pulak tu!
Miqhal menghentikan langkah lalu berpaling melihat K dengan renungan tajam. Dia bercekak pinggang. Tidak suka bila terasa diri macam dipersendakan. Dia tahulah dia nangis macam budak umur tiga tahun tadi dan dia tahu K tak jangka pun yang dia akan nangis macam tu. Tapi tak perlulah K perli-perli dia macam tu. Dia pun tahu malu jugak. Lagipun K sepatutnya terharu dan bangga. Sebab bukan senang seorang lelaki nak mengalirkan air mata hanya kerana seorang perempuan. Tapi apa yang berlaku sebentar tadi cukup untuk menjelaskan kedudukan sebenar K dihati Miqhal.
K sengih takut. “ Okey-okey. Aku zip mulut!”
“ Tahu takut!” Miqhal menyambung langkah semula tapi terhenti bila dia terserempak dengan papanya dipertengahan jalan menuju ke lif. “ Pa!” sapanya perlahan. Sempat dia mengerling K disebelah. K hanya tersenyum. Ahh, kau tak tahu apa yang terjadi K! Boleh lah kau senyum macam tu. Kalau kau tahu yang aku ni suami orang, confirm kau dah tak senyum macam tu lagi dah!
“ Nak pergi mana ni?” soal Tuan Addam lantas menjeling sekilas K yang setia berdiri disebelah Miqhal. Betul-betul bercinta ke anaknya dengan gadis yang tak serupa gadis ini?
Breakfast, pa...” jawab Miqhal. “ Papa dah breakfast? Kalau belum, boleh join sekali!” pelawa Miqhal sekadar untuk mengaburi si ayah. Mintak-mintak janganlah papanya bersetuju dengan pelawaan itu. Dia cuma ingin berdua bersama K saja hari ini. Sudah lama dia tidak bersama dengan gadis itu. Kalau papa ikut sekali, mana boleh bermesra terang-terangan! Lagipun, takut jugak kalau papa bukak cerita pasal Ryana. Parah!
“ Tak payahlah. Papa dah breakfast kat rumah tadi. Kamu pergi saja dengan K. Lepas breakfast tu jangan nak mengular pulak!” pesan Tuan Addam sebelum mengorak langkah pergi. Sempat dia memberikan senyuman kepada K dan K membalas senyuman itu dengan senang hati.
“Miqhal, kau dah tak duduk serumah dengan papa kau lagi ke?” soal K semasa berada dalam kereta. Dari tadi dia terfikirkan pasal tu. Tadi Miqhal siap tanya lagi Tuan Addam samada lelaki itu sudah bersarapan pagi atau belum. Kalau duduk serumah, takkan benda tu pun tak tahu?
Miqhal tak terus menjawab sebaliknya dia menyibukkan diri dengan pemanduannya. Sebenarnya dalam kepala sibuk cari jawapan yang sesuai untuk soalan K tadi.
“Miqhal, aku cakap dengan kau ni..”
“ Ya. Aku dengar.”
“ Jawablah! Soalan diberi untuk dijawab. Bukan hanya didengar!”
“ Aku memang dah pindah.”
“ Kenapa? Tak cakap dengan aku pun?”
“ Orang tengah merajuk, faham-fahamlah...”
K gelak. “ Ya jugak eh... Aku lupa! Habis tu, sekarang kau tinggal mana?”
“ Kondo.”
“ Bila kau beli kondo?”
“ Kondo tu memang dah lama aku beli. Tapi kau tahu je lah kan mama aku tu macam mana? Dulu dia tak kasi aku duduk kondo tu. Biasalah... Anak kesayangan la katakan!”
“ Kenapa sekarang kasi pulak? Dia dah tak sayang kau lagi ke?”
Sebab anak kesayangan ni dah berkahwin dengan menantu pilihan dia.  Sebab aku dah berumah tangga. Dah ada isteri. Takkan aku nak terus duduk menumpang rumah mak bapak?? Kalaulah aku boleh bagi jawapan itu kat K! KALAULAH! Tapi masalahnya sekarang, aku tak boleh! Jadi..aku perlu cari jawapan lain untuk soalan K tu..atau cari cara lain. Ya! Cara lain! “ B, siapa lelaki malam tu?” cara terbaik untuk mengelak dari terus disoal siasat adalah dengan menyoal balik tukang soal siasat!
“ Lelaki mana?” K blur. Tiba-tiba tukar topik. Apehal??
“ Hummer.” Miqhal membelok masuk ke petak parkir tidak jauh dari Ours Diner. Brek tangan ditarik. Enjin dimatikan. Tali pinggang keledar ditanggalkan. Dia kemudian berpaling melihat K yang dah resah semacam di sebelah. “ Hei, tanya pasal dia je, menggelabah! Kau berskandal dengan dia ke apa ni? Cakap terus terang dengan aku. Sugardaddy?”
“ Hisshh! Ada pulak sugardaddy!” K turut menanggalkan tali pinggang keselamatan yang sedari tadi membelit tubuh. Rasa rimas bila terpaksa pakai benda alah tu. Tapi nak tak nak kena jugak pakai. Kalau tak pakai nanti kena saman! Lagipun orang suruh pakai untuk keselamatan diri kita sendiri jugak... Kan??
“ Habis tu?” suara Miqhal serius seperti mukanya saat ni. Langsung tak ada senyuman yang terukir di bibir itu.
“ Aku laparlah, Miqhal... Apa kata kita makan dulu? Aku janji bila perut aku dah kenyang nanti, aku cerita kat kau semuanya... okey??”
“ Tak nak.” Miqhal bersuara tegas. Tak ada kompromi. “ Bagitau aku semuanya dulu. Lepas tu baru boleh makan.”
“Miqhalllll...” K dah merengek.
“ No dear. Tell me right here right now!”
K merengus. “ Dia anak bakal suami mak aku!”
“ Anak bakal apa?”
“ Suami mak aku.”
“ Mak kau?” K angguk. “ Anak bakal suami mak kau?” Miqhal macam tak percaya. Mak K nak kahwin lagi ke?
“ Ya. Atau dalam erti kata yang lain..”
“ Abang tiri kau?” Miqhal dah terlebih dahulu menyampuk. K tersenyum lalu mengangguk. Nampaknya Miqhal dah memahami jalan cerita. “ No no no no..... Tak boleh jadi ni!” Miqhal mengeluh keras.
“ Apa yang tak boleh jadi?”
“ Abang tiri muda macam tu! Dah kahwin ke belum?”
“ Be....lum!” K menggeleng perlahan.
“ Shit!” Miqhal menjerit.
K terkejut. “ Kau ni apahal??”
“ Aku takut.”
“ Takut apa?? Dia bukan penjahat lah! Dia budak baik!”
“ Lagilah aku takut!”
“ Miqhal kau ni kenapa?”
“ Jangan jatuh cinta dengan dia, B? Please??” Miqhal menarik tangan K ke dalam genggamannya. “ Jangan??” ujarnya separuh merayu.
K dah tergelak besar. Hanya kerana itu, Miqhal dah macam orang hilang anak! Menggelabah tak tentu pasal!
“ Aku serius B. Kau jangan nak cuba-cuba main mata dengan dia!” kali ini suara Miqhal dah tegas sikit.
“ Kau ni luculah!” ujar K dalam sisa tawanya. Tangan yang berada dalam genggaman Miqhal ditarik. Pintu dibuka dan dia kemudiannya melangkah keluar dari kereta tanpa mempedulikan Miqhal. Langkah kaki diatur masuk ke Ours diner. Tapi dia terhenti di muka pintu dengan mata yang terarah ke kaunter. Awas!! Bahaya dihadapan! K berpusing nak patah balik tapi ada satu suara yang memanggilnya dan satu tubuh yang menyekat laluannya. Dia mendongak. Miqhal!
“ Kau nak pergi mana?” soal Miqhal pelik.
“ K??” dan suara yang memanggil tadi sudah semakin dekat.
Miqhal mengangkat muka, memandang seorang lelaki yang lengkap berpakaian pejabat yang sedang mengatur langkah mendekati dia dan K. “ Siapa dia, B?” soalnya dengan mata yang masih terarah pada lelaki itu.
“ Hai... Mukhrie.” lelaki itu sendiri menjawab bagi pihak K. Dia menghulurkan tangannya pada Miqhal. “ Panggil Ie je. Sebab kalau nak panggil ‘Mukhrie’ tu kena sebut betul-betul. ‘kh’ tu kena sebut from the epiglottis. MuKHrie.”
K tepuk dahi seraya geleng kepala. Sampai ke cara nak sebut nama dia betul-betul pun dia ajar jugak! Sengal la Bang Ie ni!
Ie senyum. “ So kalau nak senang, panggil Ie je, cukup.”
Miqhal menolak ke tepi sedikit tubuh K yang berada betul-betul dihadapannya. Huluran tangan Ie disambut. “Miqhal.” sempat Miqhal mengerling K yang masih kaku berdiri, langsung tidak berpaling sedangkan ada kenalan yang sudah berdiri dihadapan mereka.
“ Tu kenapa syok sangat tengok pintu? Dah tak nak pandang muka abang lagi?”
K mengetap bibir geram. Ee!! Geramnya aku! Nak tak nak, K berpaling jugak. Ie berdiri dihadapan dengan senyuman lebar. “Miqhal, ni la Ie. Bakal abang tiri aku.” K memperkenalkan Ie kepada Miqhal dengan intonasi suara dan riak muka yang nyata terpaksa.
“ Kalau buang ‘bakal’ kat depan ‘abang tiri’ tu rasanya lagi sedap didengar. Kalau nak sedap lagi buang ‘tiri’ tu sekali.” tambah Ie dengan senyum yang masih tak luntur dari bibir.
“ Bang Ie nak orang buang semua pun boleh jugak! Lagi sedap didengar rasanya!” rengus K.
“ Ok, stop Kyra.” Miqhal pantas bersuara untuk menghalang perang mulut itu dari terus berlancar. “ Ie, kitaorang nak breakfast, kalau kau nak, boleh join sekali?” rasa-rasanya, ajakan ini pun sama je macam yang Miqhal buat dengan papa dia tadi. Ajak-ajak ayam je. Miqhal tak rasa pun nak buat sesi sarapan-pagi-bersama-abang-tiri-K hari ini.
“ Takpelah. Maybe next time. Kau bawaklah raksasa ni makan...
Muka dia pun dah nak bertukar tu. Kejap lagi dapatlah kau merasa macam mana breakfast dengan raksasa!”
U-TURN

U - Turn 24



“ Tahniah Miq.” Fatina terlebih dahulu merapati adiknya. Tubuh itu dipeluk erat. Adiknya itu sudah selamat bergelar suami sebentar tadi hanya dengan sekali lafaz. Fatina sendiri tidak menyangka Miqhal akan menamatkan zaman bujangnya. Tapi sedih bila mengenangkan perkahwinan Miqhal tidak seperti perkahwinan orang lain. Tiada majlis yang gah berlangsung. Cukup hanya majlis akad nikah. Itupun cuma orang terdekat saja yang tahu tentang pernikahan Miqhal. Permintaan Miqhal sendiri. Dia tak nak orang ramai tahu dia sudah berkahwin. “ Be a good hubby, dear...” kedua-dua belah pipi Miqhal dikucup sebelum dia berundur ke belakang.
“ Kau tak nak peluk aku ke, ngah?” soal Miqhal pada Afia yang hanya memandang.
Afia tersenyum cuma. Dia masih tak percaya yang Miqhal sudah bergelar suami. Secepat ini. Apabila menerima khabar itu dari papa, dia tidak percaya tetapi apabila berfikir logik, untuk apa papanya berbohong? Dan akhirnya dia membuat keputusan untuk balik.
Miqhal merapati Afia lalu tubuh itu didakap erat. “ Susah sangat ke nak cakap yang angah rindu Miq?” dah lama dia tak berjumpa dengan Afia ini. Sibuk dengan kerja mendidik anak bangsa dia tu.
Congrats, Miq!” belakang tubuh adiknya itu diusap lembut. Lama sungguh dia tidak memeluk tubuh ini. Masa kecik-kecik dulu tubuh ini kecil je. Sekarang dah besar dari dia. Betapa pantas masa berlalu.
_never leave_
K mengalami masalah kemurungan yang serius semenjak Miqhal hilang dalam hidup dia. Dia dah cuba cari Miqhal tapi Miqhal macam halimunan. Hilang macam tu je. Bila K pergi office Miqhal, setiausaha Miqhal cakap yang Miqhal tengah bercuti. Dan kiranya pagi tadi dia nak ambush rumah Miqhal tapi ada halangan pulak bila Uncle Azam tiba-tiba kata nak datang makan tengah hari kat rumah. Masalah betul. Tahu-tahu je hari ini K cuti. Mesti Ie yang jadi wartawan tak bergaji ni!
“ Diam je K?” Tuan Azam hairan apabila melihat K yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Masa makan tengah hari tadi pun K tidak banyak bercakap. Jauh berbeza dari apa yang digambarkan oleh Ie. Kata Ie, K ni banyak cakap. Ceria. Suka merungut. Tapi K yang kat depan dia sekarang ni tidak macam yang Ie gambarkan. Malah senyuman yang dilemparkan gadis itu untuknya semasa menyambut kedatangannya tadi ternyata cukup hambar. Tidak gembirakah K dengan kehadirannya? Tapi menurut Puan Khalija, K sudah dapat menerima semuanya.Jadi kenapa? “ K?” Tuan Azam menguatkan sedikit suaranya apabila melihat K seperti tidak mendengar sapaannya.
“ Hahh?” K nyata terpinga-pinga. Memang sah. Sah lah jasad dia je yang ada kat ruang tamu sekarang. Tapi jiwanya entah terbang ke mana entah. “ Uncle cakap dengan K ke?”
“ Tak... Dengan sofa tu. Sofa tu kan pandai bercakap. Sofa, sofa sihat??” Ie pulak menjawab bagi pihak Tuan Azam.
“Ie.” suara Tuan Azam bergetar memberi amaran kepada anaknya untuk berhenti mengusik K. “ K, are you okay?”
“ I’m fine.” K menyandar lemah. Sempat dia menjeling tajam Ie di sebelahnya. Ie memang hari-hari menyusahkan hidupnya. Mungkin lelaki itu terlalu teruja kerana dapat dua orang adik secara tiba-tiba. Yalah, dah lama dia hidup seorang diri macam tu. Cuma ada seorang ayah je. Tak ada adik beradik yang lain. Kesian jugak tengok Ie ni.
But you don’t look okay. Kenapa? Tak suka uncle datang ke?” Tuan Azam cuba menduga hati K. Puan Khalija dan Lyqa berada di dapur, mungkin tengah mengemas meja makan. Sepatutnya K pun berada di dapur tapi Tuan Azam sendiri yang melihat Ie menarik tangan K mengikutnya ke ruang tamu.
“ Eh, tak adalah uncle. Orang suka...” K cuba menceriakan suaranya. Kesian pulak Tuan Azam. Tak pasal-pasal kena tempias kemurungan dia ni.
“ K ni dy, gaduh dengan boyfriend dia. Sebab tu jadi macam ni... Kan?” Ie menyiku K tanpa melihat wajah K. Pasti gadis itu marah.
“ Mukhrie. Kenapa suka sangat sakat K?” Tuan Azam tidak senang dengan perlakuan si anak.
K tersengih. Yeah uncle! Marah dia! Marah dia uncle! Hahaha!
“ Bukan sakat dy. Ie cakap benda betul je...” Ie masih bersuara bersahaja.
Ignore him, K. Dia memang macam tu. Sewel!”
K gelak bila dengar Tuan Azam kutuk Ie. Dikerling sekilas si pemuda disebelah. Ie merungut geram tapi tiada sebutir pun rungutan Ie masuk ke kepala K. “ Give me five, uncle!” telapak tangan K dan Tuan Azam bersatu. Tuan Azam tersenyum senang melihat gelagat K yang sudah ceria. “ Sewel!” sengaja ditekankan perkataan itu supaya Ie mendengar.
“ Amboi dy... Dah ada anak baru, anak yang lama dilupa ehh? Takpe... Takpe...” Ie bersuara ala-ala merajuk.
Tuan Azam tergelak. “ Stop being childish, son. You’re big enough. Kasi peluang untuk adik menang lah.”
Ie mencemik. “ Daddy memang..sayang K je lebih.”
K tertawa bila melihat Ie yang merajuk macam budak kecik. Ini ke lelaki yang mengaku dirinya abang? Abang ke ni? Merajuk macam budak umur tiga tahun!
“ Ada apa riuh je ni? K buli Abang Ie eh?” muncul Puan Khalija dari dapur.
“ Ya, aunty. K buli Ie. Aunty marahlah K ni aunty...” Ie bangkit lalu merapati Puan Khalija.
“ Elehh. Orang pulak! Tak ada, mak. Dia yang buli orang... Kan uncle kan?” K meminta sokongan dari Tuan Azam.
Tuan Azam dan Puan Khalija tertawa melihat gelagat K dan Ie yang bagaikan budak kecil.
Uncle, jawablah...” gesa K lagi.
“ Yalah-yalah... Ie yang buli K.” Tuan Azam mengusap lembut kepala K yang dah tersengih riang.
 K mengenyitkan mata ke arah Ie. Dia menang lagi! Lelaki itu mencebir. Tak puas hati lah tu bila Tuan Azam menyebelahi K.
“ Bang Ie! Hari tu abang ada mintak number phone kawan Lyqa tu kan..?” Lyqa muncul dari belakang.
“ Hahh?” Ie berpaling tengok Lyqa lalu memberi isyarat supaya tidak meneruskan kata-katanya. Mati dia kena gelak K bila tahu dia ushar budak sekolah menengah!
“ Apa?” Lyqa tidak memahami isyarat Ie.
K dah gelak besar. “ Apa barang ushar budak kecik, der??”
_never leave_
“ Maafkan saya.”
“ Kenapa tiba-tiba nak mintak maaf?” Nasyrah pandang Denn yang berwajah serba salah. Kemunculan lelaki itu yang datang tiba-tiba di pejabatnya memang mengejutkan. Selalunya kalau Denn nak datang, lelaki itu akan memberitahunya terlebih dahulu. Bukan main serbu macam sekarang ni. “ Bukan awak kan yang suruh Ezzat masuk meminang saya?”
Pantas Denn menggeleng. Dia tidak sebodoh itu. Tidak pernah terlintas pun di fikiran dia untuk menyuruh daddy dan bundanya masuk meminang Nasyrah untuk Ezzat! Walaupun dia kurang keyakinan diri, walaupun dia tidak sempurna seperti Ezzat, dia tidak akan melepaskan Nasyrah kepada orang lain semudah itu.
“ Habis tu kenapa nak mintak maaf dengan saya?”
“ Nasyrah... Awak terima dia?” entah kenapa soalan itu pula yang terpacul keluar dari mulut Denn sedangkan tujuan dia ke sini bukan untuk bertanyakan tentang keputusan Naysrah. Dia ke sini untuk menjelaskan semuanya pasal diri dia kepada Nasyrah.
Nasyrah membungkam. Memang dia terkejut apabila Tuan Eizlan dan Puan Mona datang ke rumah meminang dia untuk Ezzat. Untuk Ezzat! Itu yang mengejutkan dia. Kalau untuk Denn, dia tidaklah terkejut sangat sebab dia memang rapat dengan Denn. Tapi Ezzat..bercakap pun sekali dua je. Hmm...
Sorry saya tahu saya tak ada hak nak tanya awak pasal tu.”
“ Awak nak saya terima ke?” soal Nasyrah tiba-tiba membuatkan Denn tergamam. “ Kalau awak nak saya terima, saya akan terima.”
“ Nasyrah....”
“ Apa perasaan awak yang sebenarnya pada saya, Denn?” Nasyrah menolak tepi segala perasaan malunya. Dia perlu tahu tentang itu. Dia perlu tahu apa perasaan sebenar Denn terhadapnya.
Denn memejamkan mata untuk sejenak. Dia tahu kali ini dia tidak boleh lari lagi. Kalau dia tidak berterus terang, dia mungkin akan kehilangan Nasyrah untuk selama-lamanya. Dia tidak boleh menjadi lelaki pengecut. Dia harus mengaku.
“ Nasyrah..” Denn mencapai kedua-dua tangan Nasyrah lalu digenggam erat. “ Saya sukakan awak..” diam sebentar. Nasyrah pun tidak bersuara. “ Saya sayangkan awak..” Denn menarik nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan. Kali ini dia memberanikan diri untuk menentang mata Nasyrah. Supaya Nasyrah tahu yang dia benar-benar maksudkan apa yang bakal dia katakan lepas ni. Supaya Nasyrah tahu dia tidak berbohong. “ Saya..cintakan awak.”
Nasyrah memejam mata sebaik sahaja kalimah itu meluncur keluar dari mulut Denn. Kalimah cinta yang sudah lama dia tunggu. Sangkanya dia tidak akan mendengar kalimah itu dari mulut Denn sendiri, ternyata sangkaannya meleset.
“ Tapi saya tak sempurna, Nasyrah.”
“ Tiada orang yang sempurna dalam dunia ni, Denn.” pantas Nasyrah memintas. Dia membalas genggaman tangan Denn.
Denn menggeleng. “ Awak tak faham...” susahnya nak jelaskan perkara yang sebenar. Dia takut dia akan kehilangan Nasyrah hanya kerana ketidak sempurnaannya ini.
“ Buat saya faham.”
Denn mengeluh. Dia ingin melepaskan genggaman tangan Nasyrah tapi gadis itu semakin kejap menggenggam tangannya. Denn hanya membiarkan. Mungkinkah ini kali terakhir mereka bersama seperti ini? Mungkinkah apa yang Denn bakal bongkarkan selepas ini akan memusnahkan hubungan mereka?
“ Saya tak macam orang lain, Nasyrah..” ya, dia mesti menjelaskan semua ini sekarang! “ Hidup saya tak berwarna macam orang lain.” Denn tidak beralih dari terus menatap wajah Nasyrah. Mencari sebarang reaksi dari wajah itu. Tetapi kosong. Mungkin Nasyrah masih tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Denn. “ Saya..tak boleh melihat warna.” dan tanpa disedari, Denn semakin erat menggenggam tangan Nasyrah. Dia takut kalau genggamannya longgar, Nasyrah akan lari. Nasyrah akan pergi darinya. Ya... Dia takut kalau itu terjadi.
Nasyrah tersenyum. Ada air mata yang menitis di pipinya. “ Kenapa baru sekarang, Denn?”
“ Saya minta maaf, Nasyrah... Memang saya salah. Sepatutnya saya bagitau awak benda ni dari awal lagi. Tapi saya tak berani. Saya minta maaf...” Denn melepaskan genggaman tangannya. Pantas dia menyeka airmata yang mengalir di pipi Nasyrah. “ Jangan nangis.”
Nasyrah mencapai jemari Denn yang mengusap pipinya. “ Saya menangis bukan kerana sedih.”
“ Maksud awak?”
“ Saya gembira Ezzat masuk meminang saya.”
Denn terasa tubuhnya lemah tak bermaya. Sudah tibakah masanya untuk dia melepaskan Nasyrah pergi? Denn menarik tangannya dari genggaman Nasyrah. Dia bangkit. Matanya dah terasa panas. Dia tidak boleh menangis dihadapan perempuan itu. “ Saya harap awak bahagia dengan Ezzat.” dan dia terus melangkah pergi tanpa berpaling.
U-TURN

Wednesday, 15 February 2012

U - Turn 23



“ Kenapa sampai macam ni?” Miqhal cuba untuk bertenang. Berhadapan dengan Ryana sekarang ni memang cukup mencabar jiwanya. Apatah lagi setelah apa yang disampaikan oleh papa dan mamanya tempoh hari. Malah, dia turut mendengar permintaan yang sama datang dari mulut Uncle Rahman, ayah Ryana sendiri. Susah untuknya menolak permintaan dari Uncle Rahman apatah lagi permintaan itu disokong penuh oleh kedua ibu bapanya sendiri.
“ Stop asking me that question!” Ryana meraup wajahnya. Dia memang nampak kusut sekarang ini. Semua orang ingin tahu kenapa dan mengapa.
 “ You yang buat, kenapa sekarang tak tahu pulak?” sinis. Perjumpaan kali ini, bukan macam perjumpaan mereka yang biasa. Perjumpaan kali ini amat ketara perbezaannya.
“ I mintak maaf sebab kena libatkan you dalam masalah ni..” air mata dah mengalir. Dia memang murah dengan air mata akhir-akhir ini. Mudah saja air matanya mengalir. Mungkin kerana musibah yang menimpa dirinya.
“ Air mata tak selesaikan masalah. Kenapa tak fikir dulu sebelum buat?”
“ I tak tahu, okey??”
“ Orang hantar belajar tinggi-tinggi, ingatkan bijak... Reti berfikir. Tapi ni pulak yang jadi. Otak mana letak? Tak guna? Tuhan bagi akal untuk berfikir. Untuk bezakan mana baik, mana buruk.” suara Miqhal perlahan tapi tegas. Dia cuba untuk tidak meninggikan suaranya walaupun jiwa sekarang terasa ingin menjerit.
“ Kalau datang sini semata-mata nak membebel, lebih baik you balik lah.” Ryana mengeluh. Miqhal pun sama dengan orang lain. Tak habis-habis nak membebel. Ryana tahu kesalahannya. Ryana sedar perbuatannya yang dulu kini dah menyusahkan semua orang. Dia tahu! Jadi tidak perlulah setiap orang berjumpa dengannya dan menyedarkannya tentang hakikat itu lagi. Dia sudah cukup sedar dengan semuanya. “ I tahu I salah! Dah benda nak berlaku, I nak buat apa lagi?!”
“ Kerana tindakan bodoh you ni, orang lain dapat susah.” Miqhal mengeluh keras. Angin malam tidak dapat menyejukkan hatinya saat ni. Letak sejuta aircond sekalipun, belum tentu dapat menyejukkan hatinya yang tengah mendidih. “ Mana lelaki tu? Kenapa dia tak bertanggungjawab??”
“ Kalau susah sangat, tak payah buat.” Ryana mengelap kasar air mata di pipinya. Dia melontarkan pandangan tepat di wajah Miqhal. Teman baiknya semenjak kecil lagi. Malah Miqhal sudah dianggap seperti keluarga sendiri. “ I tak mintak pun you kahwin dengan I.”
“ You tak mintak, tapi mak bapak you? Pernah you fikir apa yang diaorang rasa ke? Kenapa you tak nak bagitau siapa lelaki sial tu? Dia buat dajal kat you dan you biarkan je?” kasar kata-kata Miqhal tapi dia tak peduli.
“ You tak kenal dia jadi jangan memandai nak kata dia jahat! Dia tak salah, okey? I yang salah!”
Miqhal gelak sinis. “ You ni dah kena manderem ke apa ni? Dia dah buat you terkontang-kanting seorang diri macam ni, dia tinggalkan you macam orang bodoh, and you still pro dia?! Eh come on lah! I tahu you cintakan dia tapi sedarlah yang cinta you tu takkan ke mana..! Kalau dia betul-betul cintakan you, sayangkan you, dia akan bertanggungjawab! Bukannya menghilangkan diri macam sekarang ni!”
“ You takkan faham...”
“ Jadi buat I faham!”
“ Go, Miq! Leave me.”
“ No!”
“ Please. Leave.”
***
Dah hampir seminggu Miqhal hilang. Dia betul-betul pergi kali ini. Langsung tak ada berita. Dia benar-benar tak nak bercakap dengan K untuk kali ini. Dah banyak kali K telefon, satu pun dia tak angkat. SMS pulak tak berbalas. Teringin jugak rasanya nak serang office Miqhal. Bukan tak nak, cuma tak ada masa. K mengeluh. Merajuk benar Miqhal dengannya.
“ Eii, apa mengeluh ni?”
K angkat muka. Ie tersengih di hadapannya. “ Selamat pagi Bang Ie ~~” K berdiri dan mengalunkan ucapan selamat pagi seperti anak murid mengucapkan salam kepada guru bila guru itu masuk ke kelas.
Ie tersenyum lebar seraya menepuk-nepuk kepala K. “ Selamat pagi adikku sayang.”
K mencemik. Menyampah! “ Dah tak ada restoran lain lagi ke di dunia ni Bang Ie? Hari-hari muka Bang Ie je yang tercongok kat sini! Tak boring ke?” K kembali duduk di kerusinya. Kali ni dia bertugas sebagai cashier.
“ Sepatutnya K bersyukur tau. Sebab abang datang bawak rezeki. Bukan bala! Kalau abang tak datang, OD jugak yang rugi.” jawab Ie penuh yakin.
K mengeluh. “ Whatever... Encik pergilah duduk. Lepas ni ada pelayan kami datang ambik order encik ya. Terima kasih kerana memilih OD sebagai tempat untuk bersarapan.” K memaniskan mukanya.
“ Mak pesan suruh bawak K sarapan sama dengan abang.”
K mengeluh keras. Inilah yang terpaksa dia hadap hari-hari semenjak dia mengenali seorang lelaki yang bernama Mukhrie Amsyar.“ Bang Ie ni main mak-mak lah! Orang kerja Bang Ie... Tolonglah faham~” tekan K.
“ Tak nak faham. Jom laa... Orang ajak sarapan. Bukannya ajak pergi berperang pun.” Ie masih memaksa.
“ K, aku nak ajak kau pergi berperang.”
K angkat muka cari suara yang mencelah tiba-tiba. Ie pulak terus berpaling. “ Denn!!” K tersenyum riang. Inilah kali pertama dia bertemu muka dengan Denn selepas gathering kat Bukit Indah hari tu. Ad pulak seperti yang dimaklumkan, pergi sebentar untuk mencari ketenangan. Kononnya.
Denn angkat tangan. “ Hai der! Lu nak ayat gua punya awek ka?” soalnya pada Ie.
K dah tahan gelak. Apa yang Denn cuba buat ni? Tapi K tidak menghalang, dia hanya membiarkan. Ingin melihat sejauh mana lakonan si Denn ni.
 “ Lu rasa lu nak breakfast dengan penumbuk, try lah ushar awek gua!” Denn siap tunjuk buku lima lagi depan Ie.
Ie tergelak kecil. Reaksi menunjukkan yang dia langsung tidak gentar. Bila tengok penampilan lelaki yang berlagak samseng kat depan dia ni, langsung tak buat dia bergegar lutut. Lelaki itu kemas, segak dan nampak baik dengan cermin mata bingkai hitam dia tu. Tidak padan untuk melakonkan watak gangster. Tapi kalau ya pun lelaki ni gangster, Ie tidak takut. Dia yakin dia boleh kalahkan lelaki tu dengan hanya satu tumbukan. Ceh! “ Der! Lu dah salah faham ni... Gua bukan nak ushar awek lu!”
“ Habis tu? Lu paksa-paksa dia breakfast dengan lu kenapa?”
“ Dia adik gua. Gua punya hal lah nak ajak dia breakfast ke dinner ke.. Lu apehal? Kalau lu masuk pinang adik gua, gua confirm tak kasi greenlight tau!” sinis Ie menjawab.
Denn pandang K minta penjelasan. K dah terburai ketawa. Mendengar tawa itu, Ie pun berpaling tengok K.
Denn terus masuk belakang kaunter mendekati K.“ K! Apa cerita? Sejak bila kau ada abang ni?” ujarnya perlahan supaya tidak didengari oleh Ie yang masih memerhati mereka.
K sengih. “ Denn, ni Ie. Bang Ie, ni Denn.” K memperkenalkan kedua-dua mereka.
Boyfriend K ke?” soal Ie.
“ Abang!” Denn terus menghulurkan tangan untuk bersalam. “ Abang dah makan? Kalau belum, abang order la apa-apa. Saya belanja. Boy!!” Denn terus menghilang ke dapur. Yang kedengaran hanya suaranya yang menyampaikan order kepada Boy.
K tergelak melihat reaksi Denn yang terus melarikan diri. Tadi bukan main tunjuk gangster lagi! “ Bang Ie. Bang Ie pergi makan laa..”
“ Jom laa breakfast sekali!” ajak Ie masih tidak menyerah kalah. “ Abang nak jugak tahu pasal gangster sesat tadi tu.”
***
“ Aku betul-betul tak tahu nak buat apa sekarang ni K.”
K turut bersimpati dengan apa yang menimpa Denn. Kesian Denn. Ingatkan cinta dia takkan bermasalah sebab selama ni K tengok Nasyrah bahagia bila bersama Denn. Tapi sekarang wujud pula orang ketiga. Kehadiran orang ketiga memang selalu menyakitkan, kan?
First... Kau kena explain semua yang kau rasa pada Nasyrah.” K bersuara penuh yakin. Dia dah mendengar sebaik yang mungkin masalah Denn sebentar tadi. Dan dia rasa menjelaskan perkara yang sebenar adalah langkah yang terbaik untuk diambil.
“ Dia nak dengar ke semua tu, K?”
“ Dia nak dengar atau tak nak dengar, tu belakang kira! Yang penting kau dah bagitau dia.” K menepuk-nepuk bahu Denn. “ Confident, Denn! Jangan disebabkan rasa rendah diri kau tu, kau hilang dia. Aku tahu kau sayang dia. Kau tak nak hilang dia kan?”
“ Aku boleh jadi gila kalau hilang dia, K.”
“ Haaa... Tahu pun! So, kau tak boleh lemah macam ni. Be strong! Dah tiba masanya untuk kau fight back, Denn! Cukuplah selama ni kau mengalah. Kau lelaki, Denn. Kau kena kuat! Gagah! Perkasa!”
Denn tergelak kecil bila mendengar kata-kata K yang agak lucu itu. K... Memang selalu menghiburkan. Tidak salah dia memilih K untuk berkongsi masalah. Memang sebelum ini dia lebih selesa untuk berkongsi masalahnya dengan Ad tapi..sekarang Ad entah kat ceruk mana entah. Lagipun dia malas nak mengacaubilaukan fikiran kawannya itu dengan permasalahannya. Ad ingin menenangkan diri. Jadi, biarlah. Denn tidak akan sekali-kali membebankan Ad dengan masalahnya pada masa ini.
“ Kalau dia tahu aku ni tak boleh nak melihat warna..kau rasa dia masih nakkan aku ke?” Denn toleh K kat sebelah.
“ Denn, aku ni bukanlah hebat sangat pasal cinta-cinta ni..tapi... Aku selalu dengar orang cakap yang kalau kita cintakan seseorang tu, kita akan terima dia seadanya. Kalau kita cuba nak mengubah dia, itu maknanya kita bukan nakkan dia. Tapi kita nakkan orang lain.” K senyum sendiri. Tak sangka dia boleh mengeluarkan ayat yang agak hebat seperti itu. “ So... Kalau betul Nasyrah cintakan kau, sepertimana kau cintakan dia, dia akan terima kau seadanya Denn.”
Denn senyum lalu meletakkan kedua-dua belah tangannya di bahu K. Wajah itu dipandang lama. Dia bersyukur kerana dianugerahkan seorang teman seperti K. Yang sentiasa ada saat dia memerlukan pertolongan. Yang sentiasa menyokong. Terima kasih YA ALLAH! “ Aku sayang kau, K.”
K senyum senang. “ Aku tahu. Aku pun sayang kau!”
Bila teringatkan tentang masalahnya dengan Nasyrah, senyum di bibir Denn mati serta-merta. Perasaan bimbang kembali menyelubungi dirinya. “ Doakan aku, K...” pintanya perlahan.
“ Aku sentiasa berdoa untuk kawan-kawan aku, Denn. Walaupun diaorang tak mintak.”
“ K, yang hari tu, yang nama Mukhrie tu, orang yang sama yang hantar kau masa BBQ tu eh?” Denn dah bukak topik lain.
K angguk. “ Kenapa?”
“ Dia...gangster?” K gelak. “ Betullah aku tanya ni. Muka dia ada aura ganas semacam je!” Denn buat muka tak bersalah.
“Bukanlah..! jawab K dalam tawanya.
Dan Denn hanya mampu tersengih.
U-TURN

U - Turn 22



“ Budak cacat!” Ezzat menyapa Denn yang tengah bercakap dalam telefon di gazebo luar rumah.
Denn mengangguk kepala ke arah abangnya lalu menyambung perbualannya di dalam telefon. Ezzat memang gemar memanggil dia dengan panggilan tu. Jadi, biarkan. Kalau dia gembira dengan cara itu, biarlah. Kalau dia menangis air mata darah meminta abangnya itu berhenti dari memanggilnya ‘budak cacat’ sekalipun, dia tidak rasa Ezzat akan berbuat begitu. Ezzat takkan berubah. Memang padanlah dia kembar dengan Aween tu. Dua-dua keras kepala. Tapi Aween tu masih okey lagilah sebab kalau dia tak bergabung tenaga dengan Ezzat, dia tak adalah ‘berbisa’ sangat.
Ezzat meneruskan langkah ke dalam rumah dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Dia datang ni ada hajat. Kalau tak, payah dia nak jenguk muka ke sini. Masuk rumah, terus je dia ke ruang makan. Sebab sekarang masa sarapan pagi,jadi dia rasa semua orang ada kat ruang makan.
“ Assalamualaikum!” ujar Ezzat dengan riangnya sebelum mengucup tangan kedua ibu bapanya yang memang nyata terkejut dengan kehadirannya. Dia kemudian duduk sebelah Puan Mona.
“ Amboi... Awal-awal pagi datang ni mesti ada benda lah ni.” Tuan Eizlan bersuara lalu melipat surat khabar yang kini sudah tidak menarik perhatiannya lagi. Kedatangan Ezzat lebih menarik perhatiannya kali ini.
Ezzat tersengih. “ Tak boleh ke Ezzat datang awal pagi? Salah?”
“ Salah tu tak. Malah dialu-alukan!” Tuan Eizlan tersenyum. Senang bila melihat anak teruna yang selalunya datang dengan muka yang masam mencuka, kini datang dengan senyum lebar. Pasti ada berita gembira akan disampaikan pada mereka sebentar lagi.
“ Tapi Ezzat takkan datang kalau tak ada apa-apa, kan?” Puan Mona pula menyampuk.
“ Okey-okey..” akhirnya Ezzat mengalah. Dia tahu kedatangannya ke mari akan menjadi tanda tanya pada seisi rumah. “ Ezzat nak..kahwin!”
“ Kahwin??” Tuan Eizlan dan Puan Mona berpandangan sesama sendiri sebelum kembali memandang Ezzat yang masih tersenyum. “ Patutlah senyum sampai ke telinga!” tambah Tuan Eizlan lagi.
“ Siapa calon menantu bunda ni? Kenapa tak bawak balik dulu, kenal-kenalkan dengan bunda dan daddy.” Puan Mona turut bergembira dengan berita tersebut.
“ Bunda kenal dia.” jawab Ezzat lagi.
“ Siapa Zat?” soal Tuan Eizlan dah tak sabar-sabar.
“ Nasyrah.”
***
Dah tiga hari Ad balik kampung. Rasanya itulah tempat yang paling aman untuk dia melepaskan lelah setelah apa yang berlaku. Rupanya penat kena kejar dengan along ni kan? Sumpah, lepas ni dah tak buat lagi dah kerja hutang-menghutang dengan along! Cukuplah sekali.
Masih terbayang-bayang lagi wajah-wajah cemas ayah dan ibu masa dia balik dengan badan penuh luka-luka. Ingat lagi macam mana risaunya abang dan kakak bila cerita tentang dia berhutang dengan along sampai ke pengetahuan diaorang. Dan adik..sampai takut nak ke sekolah sebab benda ni.
Dah... Dah taknak buat lagi dah. Cukup sekali. Nasib baik percubaan pertama, nyawa tak melayang. Kalau tak... Alhamdulillah. ALLAH masih bagi dia peluang untuk bernafas lagi. Masih diberi peluang untuk terus hidup di dunia. Dan bila adanya peluang yang kedua, kita tahu kita tidak harus mensia-siakannya. Sebab bukan banyak orang yang dapat peluang yang kedua dalam dunia ni?
“ Abang!”
Ad angkat muka bila suara itu menegur. Seorang gadis berdiri di sebelahnya. Dia senyum. “ Tak. Abang tak ada rasa macam nak makan kuih sekarang ni.” Ad gelak bila tengok Naura dah buat muka. Naura ni dulu masa kecik-kecik selalu jual kuih. Dengan bakul berisi kuih kat tangan, dia berjalan satu kampung sambil jerit ‘kuih!!kuih!!’. Sebab itulah dia agak popular. Sebut je nama Naura, semua orang kenal. Naura Kuih! Nama glamer dia. Haha.
“ Orang datang bukan nak jual kuih lah!”gadis berkulit kuning langsat itu merengus perlahan.
“ Okey-okey. Tak perlu marah-marah, okey? Duduk dulu.” ujar Ad tanpa mengalih sedikit pun pandangannya dari terus menatap wajah Naura yang hanya muda beberapa tahun darinya. Dulu masa kecik-kecik, budak ni comot. Sekarang ni dah cantik. Ad tersenyum.
“ Senyum-senyum ni kenapa?” Naura ambil tempat sebelah Ad.
“ Tak jual kuih hari ni?” Ad masih ingin mengusik.
“ Kalau nak sangat kuih tu, datang rumah. Nanti orang buat untuk abang banyak-banyak! Stok untuk setahun! Orang kasi free je!” Naura tengok Ad dengan senyuman yang sengaja dimaniskan.
Ad gelak. “Boleh jadi calon isteri ni!” dia mengerling sekilas ke arah Naura, ingin melihat reaksi gadis itu.
Naura mencebir. “ Tak hinginnn!”
Ad sengih. “ Datang nak apa ni?”
“ Salah ke orang tegur abang? Kalau tak tegur, nanti kata orang sombong.”
“ Pernah ke abang cakap Naura sombong?” duga Ad.
Naura sengih seraya menggeleng. “ Abang cuti ke?” dia dah tukar topik. Ad hanya mengangguk. Malas nak mengulas lebih lanjut. “ Baguslah... Ada jugak teman opah tu.”
“ Kalau abang tak ada, Naura kan ada?”
“ Tak sama... Orang bukan abang.” Naura senyum, menampakkan lesung pipit dikedua-dua belah pipinya. “ Opah selalu cakap pasal abang.”
“ Oh ye ke? Dia cakap apa?”
“ Macam-macam. Abang kan cucu favourite dia?”
Ad sengih. Memang dia merupakan cucu kesayangan opah. Sebab pertama, dia memang antara cucu yang paling kerap balik kampung. Dan sebab kedua, masa kecik-kecik dulu dia tinggal dengan opah kat kampung. Sebab tu dia rapat dengan opah. “ Naura selalu jenguk opah?”
Naura angguk. “ Bila orang balik, orang memang akan jenguk dia.”
Ad angguk. “ Terima kasih.”
“ Untuk apa?”
“ Sebab tolong tengok-tengokkan opah masa abang tak ada...”
No hal lah. Dia dah macam nenek orang dah. Orang sayang dia.”
“ Sayang dia je? Abang?”
Naura diam sejenak sebelum menoleh ke arah Ad yang tengah tersenyum lebar. “ Lelaki memang flirt all the time kan?” dia dah berdiri.
Ad turut berdiri. Flirt all the time? Betul ke? Tapi masa kena kejar dengan along tu, tak ada pulak Ad mengurat! Jadi, tak benarlah semua tu. Ad gelak dalam hati. “ Not all the time. Masa tidur mana boleh flirt!”
Naura mencemik. “ Pandailah tu... Orang nak baliklah.” Naura dah mengatur langkah meninggalkan pohon rendang di tepi padang itu.
“ Kita balik sama-sama.” Ad menyaingi langkah Naura.
***
“ Jadi dia lah kawan yang beli washing machine baru tu?” soal K tanpa berpaling dari melihat wajah Puan Khalija yang serba salah. Lambat-lambat Puan Khalija mengangguk. “ Mak... Kenapa tak bagitau awal-awal?”
“ K. Bukan mak tak nak bagitau K... Mak cuma..”
“ Lyqa tahu pasal ni kan?” K terus memotong bila melihat maknya masih teragak-agak nak menjelaskan perkara sebenar.
“ Hari tu mak dah bawak Lyqa jumpa dengan Uncle Azam...”
“ Kenapa tak bawak orang sekali? Orang bukan anak mak ke?” kali ni nada suara K tidak setegas tadi. Suaranya berubah menjadi lemah dan sayu. “ Orang bukannya nak marah mak pun kalau mak cakap benda yang sebenar..”
“ K, mak bukan nak belakangkan K..tapi... Mak takut K tak dapat nak terima.”
K menggeleng. “ Orang dah besar mak. Orang bukan kecik lagi... Orang boleh faham. Cuma orang tak faham bila mak sembunyikan benda ni dari orang. Jahat sangat ke orang ni, mak?” K terasa jauh hati bila emaknya menyembunyikan perkara yang penting sebegini dari pengetahuannya. Sedangkan Lyqa sudah tahu tentang ini. Kenapa dia tidak diberitahu? “ Kalau mak takut orang halang hubungan mak dengan dia, mak salah. Orang tak jahat macam tu lah mak.”
“ Mak tahu K tak jahat.”
“ Habis tu kenapa tak bagitau orang?”
“ K... K rapat dengan arwah ayah. Mak takut K tak dapat terima pengganti arwah ayah.”
“ Mak... Kalau dia boleh jaga mak dengan baik macam arwah ayah jaga mak sebelum ni, orang tak ada masalah nak terima dia.”
Puan Khalija memeluk tubuh K. “ Mak mintak maaf sayang...”
K membalas pelukan emaknya dengan erat. Dia sayangkan Puan Khalija. Mana mungkin dia menentang perhubungan emaknya dengan Uncle Azam kalau emaknya bahagia bersama lelaki itu? Walaupun K sendiri belum bertemu muka dengan Uncle Azam, tapi dia percaya emaknya tidak salah memilih. Dia yakin dengan keputusan emaknya.
“ K dah jumpa dengan Mukhrie?” soal Puan Khalija sebaik saja pelukan terlerai.
“ Kalau orang tak jumpa dia, mungkin orang belum tahu lagi pasal ni.” ada hikmah juga rupanya K berjumpa dengan pemuda yang agak sengal tu tempoh hari. Tak sangka pulak dengan berjumpa dengan Ie atau Mukhrie, dia boleh tahu semua benda ni. Dan segala persoalan yang dulu bermain-main di kepalanya sudah terjawab bila Ie bercerita. Uncle Azam lah yang beli mesin basuh baru tu sebab mesin basuh yang lama dah rosak. K memang terkejut bila ada lori hantar mesin basuh ke rumahnya. Bila mak dia kata kawan bagi, K memang rasa pelik. Gila baik punya kawan macam tu?? “ Mak... Mak bagi photostate IC orang kat Abang Ie ke?”
Puan Khalija tergelak mendengar soalan yang tiba-tiba keluar dari mulut K. Mungkin K hairan bila Ie tahu banyak benda tentang dirinya. “ Bang Ie cakap macam tu ke?”
K buat muka. “ Bang Ie sengal lah, mak!”
U-TURN

Wednesday, 8 February 2012

U - Turn 21



“Miqhal asal kau tak pergi sekali dengan K?” soal Ad.
“ Dia yang nak sangat pergi dengan scoot dia tu, takkan aku nak larang pulak?” Miqhal sibuk meninjau segala makanan yang tengah dipanggang oleh Ad dan Denn. Ada ayam bahagian kepak, jagung, sosej dan udang. Tiba-tiba ada makanan laut. “ Eh, mana dapat udang ni?” Musykil!
“ Belilah. K kan suka udang!” jawab Denn lalu tersenyum mengusik ke arah Miqhal. Sengaja nama K ditekankan untuk melihat bagaimana reaksi Miqhal. Tapi Miqhal lebih pandai menyembunyikan apa yang dia rasa. Di wajah itu langsung tidak terlukis apa-apa semasa Denn menekankan nama K.
“ Mana budak ni tak sampai-sampai lagi.” Miqhal bersungut perlahan setelah hampir 15 minit menunggu. BlackBerry dikeluarkan dari poket seluar. Nombor telefon K terus didail. Dah tiga panggilan tak dijawab. Ini kali keempat Miqhal mendail nombor telefon si K ni. Akhirnya panggilannya berjaya disambung. “ Hello!”
“ Dah nak sampai dah ni. Dekat dah. Haa..aku dah nampak kau dari sini! Wahh handsomenya kau malam ni! Okey, tunggu tau!”
Klik.
Talian terputus tanpa Miqhal sempat jawab apa-apa pun. Miqhal merengus geram. Dia tahu K sengaja nak lari dari soalannya. Sebab tu belum apa-apa lagi budak tu dah letak telefon. Memang nak kena nih!
“ K cakap apa?”
Miqhal berpaling tengok Ad. “ Dia kata dia dah dekat. Jangan dengar laa cakap budak tu! Dekat dia bukannya boleh pakai pun. Entah-entah belum keluar rumah lagi.”
“Miqhal. Kau dengan dia okey?”
Miqhal tengok Denn dengan kerutan di dahi tanda tak faham dengan soalan Denn yang macam tiba-tiba je tu. “ Siapa dia?”
“ Ada berapa orang ‘dia’ dalam hidup kau?” sengaja Denn nak suruh si Miqhal ni berfikir sikit.
“ Aku tak jawab soalan yang jenis macam ni, Denn. Mintak maaf! Kalau nak tanya, tanya terus. Toksah berkias bagai! Kalau nak sangat berkias, bukan dengan aku. Tu dengan mamat sebelah kau tu!” Miqhal mengangguk ke arah Ad yang dah mencebir tanda tak puas hati bila diri dilibatkan sama.
Denn hanya ketawa. “ Masa aku tanya pasal dia tadi, siapa yang muncul dalam kepala kau?”
Miqhal tak terus menjawab. Dia pandang Denn tanpa senyum dibibir. Miqhal tahu Denn cuba memerangkapnya. Dan sejujurnya, cuma ada seorang ‘dia’ yang muncul dalam kepala Miqhal tadi. Cuma ada K je. “ Belum cukup straight lagi soalan kau tu. Aku takkan jawab!”
Kali ini Ad pula yang menghamburkan tawa. “ Straight Denn, straight! Kau ni tak faham bahasa lah!”
Denn mencebir. “ Yalah-yalah... Kau dengan K apa cerita?”
Miqhal senyum. “ Kan bagus kalau tanya terus-terang macam tu?” sindirnya. “ Tapi..aku tak rasa aku nak jawab soalan kau tu. Sorry!”
***
“ Siott punya scoot! Time-time cenggini lah kau nak buat hal!” skuter colourful itu disepak sebelum orang yang menyepaknya melabuhkan punggung di jalan raya. Keluhan berat dilepaskan. Helmet ditanggalkan. Tangan mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Tapi belum sempat keypad unlock nak ditekan, K dikejutkan dengan hon yang cukup nyaring dan cukup dekat dengannya. Dia terus mengangkat muka.
“ Adik manissss... Scoot rosak kaa? Mau pergi mana? Meh abang hantar!” seorang pemuda menjengolkan kepala dari tingkap kereta.
K menelan air liur. Selalunya orang tak panggil dia ‘adik manis’ sebab dia tak macam perempuan. Tapi kenapa dia ni...
K dah berdiri dan bersedia nak lari bila pemuda itu melangkah keluar dari kereta dan mendekatinya. “ Jangan datang dekat!” dalam gelisah tu, dia sempat perhati pemuda yang hanya beberapa langkah dihadapannya itu. Lepas ditilik-tilik wajah pemuda itu, memang sah! Sah! Sah lah dia memang tak kenal dengan lelaki rambut spiky tu.
Pemuda yang masih dengan kemeja dan slack itu ketawa. “ Kenapa tak boleh?” langkah kaki tetap diteruskan tanpa gentar.
“ Kau siapa?” soal K kasar. Dia tak boleh nampak lemah dan takut masa ni. Dah lah jalan ni lengang semacam je. Mana pergi pengguna jalan raya ni? Meh lah ramai-ramai guna jalan raya ni! Sekurang-kurangnya tak adalah aku gerun sangat!
“ Eh, kasar nya cakap! Ni abang ni tau!” lelaki tu dah berhenti dan bercekak pinggang di hadapan K. “ Nak pergi mana?”
K mencebir. Abang konon! Sejak bila mak aku lahirkan anak lelaki ni?? Makkkkk!! Asal tak cakap dengan K yang K ada abang?? “ Kau siapa?” jelek.
Lelaki itu senyum. “ Kyra Khalesya Binti Abdul Rahhim..kan?”
“ Mac-macam mana tahu nama aku?” K dah makin gelabah. Betul ke yang kat depan ni abang dia? Yalah, dari tadi dok kenalkan diri dia ‘abang’!
“ Semalam mak awak tunjuk gambar awak kat saya. Siap bagitau nama penuh awak lagi tu. Dan dia pesan, kalau saya jumpa awak kat mana-mana, saya kena tegur awak. Dan dia jugak suruh saya jaga awak. Dia cakap kalau..”
“ Ehhhh jap-jap!” jerit K. “ Apa kena mengena mak aku dalam hal ni?”
“ Mak awak watak utama dalam cerita ni.”
K merengus geram. “ Ini bukan masa untuk bergurau.”
“ Oh ye ke?” lelaki itu sengih.
“ Macam mana kau kenal aku ni?” K dah malas nak terus bersoal jawab dengan lelaki kat depan dia ni. Handsome tu memanglah handsome! Tapi menyakitkan hati! Dahlah scoot buat hal, lelaki ni pun nak buat hal jugak ke? Kalau tahu scoot ni nak meragam, lebih baik aku ikut je si Miqhal naik kereta sekali dengan dia!
“ Kan tadi saya dah cakap... Mak awak yang..”
“ Hurghhhhhh!!!! Tolong jangan main-main boleh tak??” bentak K. “ Dahlah scoot aku buat hal! Kau pulak datang nak bergurau senda dengan jenaka kau yang tak lawak langsung tu! Kau ingat aku berdiri kat tepi jalan ni buat audition Raja Lawak ke apa? Dah lah oii! Blah lah!”
“ Eh, mengamuk pulak budak ni!” lelaki tu masih bersahaja. “ Scoot rosak ke? Nak pergi mana? Abang hantar.” Kali ini dia dah tak main-main lagi. Tangannya menepuk tempat duduk skuter K. Matanya ralit memerhati skuter yang nampak meriah dengan warna itu. Dia tersenyum sendiri. Memang tak susah nak kenal pasti si K ni.
“ Abang-abang! Siapa adik kau ni?? Sejak bila kau jadi abang aku?!”
“ Tak lama lagi kut. Lepas bapak saya kahwin dengan mak awak.”
“ Hah?”
***
“ Asal lambat?” Miqhal terus menerpa ke arah K sebaik saja K datang. Sempat jugak dia menilik siapa yang hantar K ke sini. Sebab K tak datang dengan skuter. Sebaliknya dia dihantar dengan sebuah Hummer hitam.
“ Tepilah!”  K terus langgar bahu Miqhal dan meneruskan perjalanan ke arah Denn dan Ad. “ Bagi aku buat.” Penyepit di tangan Ad terus dirampas dan dia ambil alih kerja yang Ad buat tanpa mempedulikan pandangan penuh pertanyaan dari Ad dan Denn.
“ Asal?” soal Ad pada Miqhal yang baru berdiri di sebelahnya.
Miqhal angkat bahu. “ Tak tahu.” Dia mendekati K. “ Siapa tadi tu?”
Denn terus tarik Miqhal jauh sikit dari K. “ Kalau nak tanya pun, tunggulah dia sejuk dulu.” bisiknya.
“ Aku peduli apa!” Miqhal terus mendekati K semula tanpa mempedulikan cadangan Denn. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena dengan K. “ Siapa tadi tu? Kenapa dia hantar kau? Mana pergi scoot?”
“ Bukan hal kau.” dingin.
Ad dan Denn dah berpandangan sesama sendiri bila tengok nada suara K yang mendatar jawab soalan Miqhal. Bila tengok muka Miqhal yang dah macam bengang semacam, Ad terus tarik Denn tinggalkan mereka berdua.
“ Sejak bila hal kau bukan hal aku B? Sejak kau ada Hummer tu ke?” sinis. Miqhal tak mampu nak bendung perasaan marah yang dah bercampur dengan perasaan cemburu dia. Dia tahu orang yang memandu Hummer tadi ialah lelaki. Dan lelaki itu bukan dari kalangan keluarga K. Dia pasti. Jadi siapa lelaki itu?
“Miqhal aku tak ada mood nak jawab soalan kau. So please leave. Kalau tak nak pergi, kau duduk diam-diam. Jangan cakap dengan aku.” K jawab tanpa pandang Miqhal. Dia tahu Miqhal tengah marah. Marah sebab tak dipedulikan. Marah sebab K agak berkasar dengannya.
Fine. Aku takkan cakap dengan kau lagi.”
U-TURN