Friday, 17 February 2012

U - Turn 25



“ Kenapa tak turun makan?” Miqhal merebahkan diri ke katil. Ryana tengah duduk di sofa panjang yang terletak di sudut kanan bilik.
“ Tak lapar..” jawab Ryana tanpa mengangkat muka dari novel Jauh Kau Pergi karya Dhiya Zafira.
“ You tak lapar..yang kat dalam perut you tu lapar. Fikir la sikit.” ujar Miqhal seolah-olah ingin mengingatkan Ryana yang ada satu nyawa lagi yang berada dalam perutnya. “ Kita pindah dari sini.” melihat Ryana yang membisu, Miqhal kembali bersuara.
“ Pindah?” novel terus ditutup. Ryana berpaling ke arah Miqhal. “ Pindah mana?”
“ Kondo I. Pack your things. Esok pindah.”
“ Cepatnya?”
“ Terpulang pada youlah. You nak ikut I, you pindah. Kalau you tak nak, you stay lah sini. I tak kisah.” Miqhal mengatur posisi baringnya supaya lebih selesa. Dia mengiring ke kiri, tidak lagi memandang Ryana. Bantal peluk dipeluk erat.
“ Okey.” Ryana mengeluh. Sejak bergelar suami isteri, Ryana sedar yang Miqhal yang dinikahinya bukan lagi Miqhal yang dikenalinya bertahun-tahun yang dulu. Miqhal yang bergelar suaminya itu adalah orang lain. Bukan lagi orang yang sama yang pernah berkongsi suka dan duka, gelak dan tawa dengannya. Tapi dia tidak boleh menyalahkan Miqhal atas perubahan sikap lelaki itu. Dia tahu semua itu berpunca dari dirinya sendiri. Dia yang melibatkan Miqhal dalam masalahnya. Dia yang menyebabkan Miqhal terperangkap di dalam perkahwinan yang masih belum tahu samada akan bertahan atau tidak ini.
_never leave_
“ K?” Miqhal berhenti di muka pintu apabila melihat seorang gadis tengah berdiri membelakanginya. Dia tahu yang tengah berdiri itu perempuan walaupun cara pemakaiannya persis seorang lelaki kerana dia kenal benar dengan trucker cap Quiksilver merah biru itu. Dan juga kasut Nike yang tersarung di kaki gadis itu.
“ Morning!” K berpaling dengan senyuman di bibirnya.
Miqhal menutup pintu dan menyambung semula langkahnya yang terhenti sebentar tadi. Briefcase diletak atas meja. Dan kemudian dia berpaling ke arah K yang bersandar di dinding kaca yang membolehkan dia melihat pemandangan di luar.
“ Masih tak nak cakap dengan aku lagi?” soal K perlahan setelah agak lama mereka berdiam diri.
Miqhal tunduk. Tidak mampu untuk terus menatap wajah itu. Kalaulah K tahu tentang perkahwinannya. Entah apa yang akan terjadi lepas ni. Sungguh dia tidak berniat untuk mengkhianati K. Apatah lagi untuk melukakan hati gadis itu. Dia benar-benar sayangkan K. Dan kerana itulah dia menyembunyikan tentang statusnya yang sudah bergelar suami orang dari pengetahuan K. Bukan saja K, malah Ad dan Denn juga tidak diberitahu tentang itu. Perkahwinan itu hanya akan melukakan hati mereka. Mereka tidak perlu tahu.
“ Kau kata kau takkan tinggalkan aku walau apa pun terjadi..tapi hari tu..” K berjeda seketika, menanti reaksi Miqhal. Tapi hampa. Lelaki itu masih tunduk. “ Sorry...” K mendekati Miqhal yang bersandar dimeja kerjanya. Miqhal masih tidak memberi respon. K semakin resah. Dia berdiri mencangkung sedikit supaya dapat melihat muka Miqhal yang masih tunduk. “ Sorry??”
Miqhal dah tak dapat nak mengelak lagi. Kalau tadi dia dapat mengelak dari menatap wajah itu dengan menundukkan muka, tapi kini muka K dah betul-betul dihadapannya. Dia nak pejam mata tapi dia tidak mampu nak menipu diri lagi. Dia amat merindui wajah itu.
K... Aku sayang kau... Jangan tinggalkan aku. Aku tak boleh hidup tanpa kau. Mungkin satu hari nanti aku akan lukakan hati kau tapi kau kena tahu K... Aku tak berniat nak buat macam tu. Tak pernah terlintas langsung untuk aku kahwin dengan orang lain selain dari kau, K..tapi..
K tersentak bila melihat air mata yang keluar dari mata Miqhal. Dan airmata itu jatuh betul-betul di pipi K. Miqhal menangis?? K semakin terkejut apabila tubuhnya didakap oleh Miqhal. Erat sehingga dia rasa sukar nak bernafas. Tapi itu tidak penting. Yang lebih penting sekarang adalah untuk mencari jawapan kenapa dan mengapa Miqhal menangis?? Ya, Miqhal masih belum berhenti menangis. Bahu K terasa basah dengan air mata lelaki itu.
“ Don’t say anything B.” ujar Miqhal dalam tangisnya. K yang baru nak bersuara kembali terdiam. “ Just let me hug you.”
_never leave_
 “ Kuat merajuk jugak kau ni eh!” K menyiku Miqhal yang berjalan seiringan dengannya.
“ Dah berapa kali kau ulang ayat tu B? Yang sudah tu sudah laa.” Miqhal mendengus perlahan. K sengih.
“ Asal suara lu serak der?” sengaja nak mengusik si Miqhal sedangkan dia tahu suara Miqhal kedengaran agak serak itu kerana terlalu lama menangis. K pun tak sangka yang hari ini dia dapat melihat air mata seorang lelaki. Air mata Miqhal pulak tu!
Miqhal menghentikan langkah lalu berpaling melihat K dengan renungan tajam. Dia bercekak pinggang. Tidak suka bila terasa diri macam dipersendakan. Dia tahulah dia nangis macam budak umur tiga tahun tadi dan dia tahu K tak jangka pun yang dia akan nangis macam tu. Tapi tak perlulah K perli-perli dia macam tu. Dia pun tahu malu jugak. Lagipun K sepatutnya terharu dan bangga. Sebab bukan senang seorang lelaki nak mengalirkan air mata hanya kerana seorang perempuan. Tapi apa yang berlaku sebentar tadi cukup untuk menjelaskan kedudukan sebenar K dihati Miqhal.
K sengih takut. “ Okey-okey. Aku zip mulut!”
“ Tahu takut!” Miqhal menyambung langkah semula tapi terhenti bila dia terserempak dengan papanya dipertengahan jalan menuju ke lif. “ Pa!” sapanya perlahan. Sempat dia mengerling K disebelah. K hanya tersenyum. Ahh, kau tak tahu apa yang terjadi K! Boleh lah kau senyum macam tu. Kalau kau tahu yang aku ni suami orang, confirm kau dah tak senyum macam tu lagi dah!
“ Nak pergi mana ni?” soal Tuan Addam lantas menjeling sekilas K yang setia berdiri disebelah Miqhal. Betul-betul bercinta ke anaknya dengan gadis yang tak serupa gadis ini?
Breakfast, pa...” jawab Miqhal. “ Papa dah breakfast? Kalau belum, boleh join sekali!” pelawa Miqhal sekadar untuk mengaburi si ayah. Mintak-mintak janganlah papanya bersetuju dengan pelawaan itu. Dia cuma ingin berdua bersama K saja hari ini. Sudah lama dia tidak bersama dengan gadis itu. Kalau papa ikut sekali, mana boleh bermesra terang-terangan! Lagipun, takut jugak kalau papa bukak cerita pasal Ryana. Parah!
“ Tak payahlah. Papa dah breakfast kat rumah tadi. Kamu pergi saja dengan K. Lepas breakfast tu jangan nak mengular pulak!” pesan Tuan Addam sebelum mengorak langkah pergi. Sempat dia memberikan senyuman kepada K dan K membalas senyuman itu dengan senang hati.
“Miqhal, kau dah tak duduk serumah dengan papa kau lagi ke?” soal K semasa berada dalam kereta. Dari tadi dia terfikirkan pasal tu. Tadi Miqhal siap tanya lagi Tuan Addam samada lelaki itu sudah bersarapan pagi atau belum. Kalau duduk serumah, takkan benda tu pun tak tahu?
Miqhal tak terus menjawab sebaliknya dia menyibukkan diri dengan pemanduannya. Sebenarnya dalam kepala sibuk cari jawapan yang sesuai untuk soalan K tadi.
“Miqhal, aku cakap dengan kau ni..”
“ Ya. Aku dengar.”
“ Jawablah! Soalan diberi untuk dijawab. Bukan hanya didengar!”
“ Aku memang dah pindah.”
“ Kenapa? Tak cakap dengan aku pun?”
“ Orang tengah merajuk, faham-fahamlah...”
K gelak. “ Ya jugak eh... Aku lupa! Habis tu, sekarang kau tinggal mana?”
“ Kondo.”
“ Bila kau beli kondo?”
“ Kondo tu memang dah lama aku beli. Tapi kau tahu je lah kan mama aku tu macam mana? Dulu dia tak kasi aku duduk kondo tu. Biasalah... Anak kesayangan la katakan!”
“ Kenapa sekarang kasi pulak? Dia dah tak sayang kau lagi ke?”
Sebab anak kesayangan ni dah berkahwin dengan menantu pilihan dia.  Sebab aku dah berumah tangga. Dah ada isteri. Takkan aku nak terus duduk menumpang rumah mak bapak?? Kalaulah aku boleh bagi jawapan itu kat K! KALAULAH! Tapi masalahnya sekarang, aku tak boleh! Jadi..aku perlu cari jawapan lain untuk soalan K tu..atau cari cara lain. Ya! Cara lain! “ B, siapa lelaki malam tu?” cara terbaik untuk mengelak dari terus disoal siasat adalah dengan menyoal balik tukang soal siasat!
“ Lelaki mana?” K blur. Tiba-tiba tukar topik. Apehal??
“ Hummer.” Miqhal membelok masuk ke petak parkir tidak jauh dari Ours Diner. Brek tangan ditarik. Enjin dimatikan. Tali pinggang keledar ditanggalkan. Dia kemudian berpaling melihat K yang dah resah semacam di sebelah. “ Hei, tanya pasal dia je, menggelabah! Kau berskandal dengan dia ke apa ni? Cakap terus terang dengan aku. Sugardaddy?”
“ Hisshh! Ada pulak sugardaddy!” K turut menanggalkan tali pinggang keselamatan yang sedari tadi membelit tubuh. Rasa rimas bila terpaksa pakai benda alah tu. Tapi nak tak nak kena jugak pakai. Kalau tak pakai nanti kena saman! Lagipun orang suruh pakai untuk keselamatan diri kita sendiri jugak... Kan??
“ Habis tu?” suara Miqhal serius seperti mukanya saat ni. Langsung tak ada senyuman yang terukir di bibir itu.
“ Aku laparlah, Miqhal... Apa kata kita makan dulu? Aku janji bila perut aku dah kenyang nanti, aku cerita kat kau semuanya... okey??”
“ Tak nak.” Miqhal bersuara tegas. Tak ada kompromi. “ Bagitau aku semuanya dulu. Lepas tu baru boleh makan.”
“Miqhalllll...” K dah merengek.
“ No dear. Tell me right here right now!”
K merengus. “ Dia anak bakal suami mak aku!”
“ Anak bakal apa?”
“ Suami mak aku.”
“ Mak kau?” K angguk. “ Anak bakal suami mak kau?” Miqhal macam tak percaya. Mak K nak kahwin lagi ke?
“ Ya. Atau dalam erti kata yang lain..”
“ Abang tiri kau?” Miqhal dah terlebih dahulu menyampuk. K tersenyum lalu mengangguk. Nampaknya Miqhal dah memahami jalan cerita. “ No no no no..... Tak boleh jadi ni!” Miqhal mengeluh keras.
“ Apa yang tak boleh jadi?”
“ Abang tiri muda macam tu! Dah kahwin ke belum?”
“ Be....lum!” K menggeleng perlahan.
“ Shit!” Miqhal menjerit.
K terkejut. “ Kau ni apahal??”
“ Aku takut.”
“ Takut apa?? Dia bukan penjahat lah! Dia budak baik!”
“ Lagilah aku takut!”
“ Miqhal kau ni kenapa?”
“ Jangan jatuh cinta dengan dia, B? Please??” Miqhal menarik tangan K ke dalam genggamannya. “ Jangan??” ujarnya separuh merayu.
K dah tergelak besar. Hanya kerana itu, Miqhal dah macam orang hilang anak! Menggelabah tak tentu pasal!
“ Aku serius B. Kau jangan nak cuba-cuba main mata dengan dia!” kali ini suara Miqhal dah tegas sikit.
“ Kau ni luculah!” ujar K dalam sisa tawanya. Tangan yang berada dalam genggaman Miqhal ditarik. Pintu dibuka dan dia kemudiannya melangkah keluar dari kereta tanpa mempedulikan Miqhal. Langkah kaki diatur masuk ke Ours diner. Tapi dia terhenti di muka pintu dengan mata yang terarah ke kaunter. Awas!! Bahaya dihadapan! K berpusing nak patah balik tapi ada satu suara yang memanggilnya dan satu tubuh yang menyekat laluannya. Dia mendongak. Miqhal!
“ Kau nak pergi mana?” soal Miqhal pelik.
“ K??” dan suara yang memanggil tadi sudah semakin dekat.
Miqhal mengangkat muka, memandang seorang lelaki yang lengkap berpakaian pejabat yang sedang mengatur langkah mendekati dia dan K. “ Siapa dia, B?” soalnya dengan mata yang masih terarah pada lelaki itu.
“ Hai... Mukhrie.” lelaki itu sendiri menjawab bagi pihak K. Dia menghulurkan tangannya pada Miqhal. “ Panggil Ie je. Sebab kalau nak panggil ‘Mukhrie’ tu kena sebut betul-betul. ‘kh’ tu kena sebut from the epiglottis. MuKHrie.”
K tepuk dahi seraya geleng kepala. Sampai ke cara nak sebut nama dia betul-betul pun dia ajar jugak! Sengal la Bang Ie ni!
Ie senyum. “ So kalau nak senang, panggil Ie je, cukup.”
Miqhal menolak ke tepi sedikit tubuh K yang berada betul-betul dihadapannya. Huluran tangan Ie disambut. “Miqhal.” sempat Miqhal mengerling K yang masih kaku berdiri, langsung tidak berpaling sedangkan ada kenalan yang sudah berdiri dihadapan mereka.
“ Tu kenapa syok sangat tengok pintu? Dah tak nak pandang muka abang lagi?”
K mengetap bibir geram. Ee!! Geramnya aku! Nak tak nak, K berpaling jugak. Ie berdiri dihadapan dengan senyuman lebar. “Miqhal, ni la Ie. Bakal abang tiri aku.” K memperkenalkan Ie kepada Miqhal dengan intonasi suara dan riak muka yang nyata terpaksa.
“ Kalau buang ‘bakal’ kat depan ‘abang tiri’ tu rasanya lagi sedap didengar. Kalau nak sedap lagi buang ‘tiri’ tu sekali.” tambah Ie dengan senyum yang masih tak luntur dari bibir.
“ Bang Ie nak orang buang semua pun boleh jugak! Lagi sedap didengar rasanya!” rengus K.
“ Ok, stop Kyra.” Miqhal pantas bersuara untuk menghalang perang mulut itu dari terus berlancar. “ Ie, kitaorang nak breakfast, kalau kau nak, boleh join sekali?” rasa-rasanya, ajakan ini pun sama je macam yang Miqhal buat dengan papa dia tadi. Ajak-ajak ayam je. Miqhal tak rasa pun nak buat sesi sarapan-pagi-bersama-abang-tiri-K hari ini.
“ Takpelah. Maybe next time. Kau bawaklah raksasa ni makan...
Muka dia pun dah nak bertukar tu. Kejap lagi dapatlah kau merasa macam mana breakfast dengan raksasa!”
U-TURN

3 comments: