“ Tahniah Miq.” Fatina terlebih dahulu merapati adiknya. Tubuh itu dipeluk erat. Adiknya itu sudah selamat bergelar suami sebentar tadi hanya dengan sekali lafaz. Fatina sendiri tidak menyangka Miqhal akan menamatkan zaman bujangnya. Tapi sedih bila mengenangkan perkahwinan Miqhal tidak seperti perkahwinan orang lain. Tiada majlis yang gah berlangsung. Cukup hanya majlis akad nikah. Itupun cuma orang terdekat saja yang tahu tentang pernikahan Miqhal. Permintaan Miqhal sendiri. Dia tak nak orang ramai tahu dia sudah berkahwin. “ Be a good hubby, dear...” kedua-dua belah pipi Miqhal dikucup sebelum dia berundur ke belakang.
“ Kau tak nak peluk aku ke, ngah?” soal Miqhal pada Afia yang hanya memandang.
Afia tersenyum cuma. Dia masih tak percaya yang Miqhal sudah bergelar suami. Secepat ini. Apabila menerima khabar itu dari papa, dia tidak percaya tetapi apabila berfikir logik, untuk apa papanya berbohong? Dan akhirnya dia membuat keputusan untuk balik.
Miqhal merapati Afia lalu tubuh itu didakap erat. “ Susah sangat ke nak cakap yang angah rindu Miq?” dah lama dia tak berjumpa dengan Afia ini. Sibuk dengan kerja mendidik anak bangsa dia tu.
“ Congrats, Miq!” belakang tubuh adiknya itu diusap lembut. Lama sungguh dia tidak memeluk tubuh ini. Masa kecik-kecik dulu tubuh ini kecil je. Sekarang dah besar dari dia. Betapa pantas masa berlalu.
_never leave_
K mengalami masalah kemurungan yang serius semenjak Miqhal hilang dalam hidup dia. Dia dah cuba cari Miqhal tapi Miqhal macam halimunan. Hilang macam tu je. Bila K pergi office Miqhal, setiausaha Miqhal cakap yang Miqhal tengah bercuti. Dan kiranya pagi tadi dia nak ambush rumah Miqhal tapi ada halangan pulak bila Uncle Azam tiba-tiba kata nak datang makan tengah hari kat rumah. Masalah betul. Tahu-tahu je hari ini K cuti. Mesti Ie yang jadi wartawan tak bergaji ni!
“ Diam je K?” Tuan Azam hairan apabila melihat K yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Masa makan tengah hari tadi pun K tidak banyak bercakap. Jauh berbeza dari apa yang digambarkan oleh Ie. Kata Ie, K ni banyak cakap. Ceria. Suka merungut. Tapi K yang kat depan dia sekarang ni tidak macam yang Ie gambarkan. Malah senyuman yang dilemparkan gadis itu untuknya semasa menyambut kedatangannya tadi ternyata cukup hambar. Tidak gembirakah K dengan kehadirannya? Tapi menurut Puan Khalija, K sudah dapat menerima semuanya.Jadi kenapa? “ K?” Tuan Azam menguatkan sedikit suaranya apabila melihat K seperti tidak mendengar sapaannya.
“ Hahh?” K nyata terpinga-pinga. Memang sah. Sah lah jasad dia je yang ada kat ruang tamu sekarang. Tapi jiwanya entah terbang ke mana entah. “ Uncle cakap dengan K ke?”
“ Tak... Dengan sofa tu. Sofa tu kan pandai bercakap. Sofa, sofa sihat??” Ie pulak menjawab bagi pihak Tuan Azam.
“Ie.” suara Tuan Azam bergetar memberi amaran kepada anaknya untuk berhenti mengusik K. “ K, are you okay?”
“ I’m fine.” K menyandar lemah. Sempat dia menjeling tajam Ie di sebelahnya. Ie memang hari-hari menyusahkan hidupnya. Mungkin lelaki itu terlalu teruja kerana dapat dua orang adik secara tiba-tiba. Yalah, dah lama dia hidup seorang diri macam tu. Cuma ada seorang ayah je. Tak ada adik beradik yang lain. Kesian jugak tengok Ie ni.
“ But you don’t look okay. Kenapa? Tak suka uncle datang ke?” Tuan Azam cuba menduga hati K. Puan Khalija dan Lyqa berada di dapur, mungkin tengah mengemas meja makan. Sepatutnya K pun berada di dapur tapi Tuan Azam sendiri yang melihat Ie menarik tangan K mengikutnya ke ruang tamu.
“ Eh, tak adalah uncle. Orang suka...” K cuba menceriakan suaranya. Kesian pulak Tuan Azam. Tak pasal-pasal kena tempias kemurungan dia ni.
“ K ni dy, gaduh dengan boyfriend dia. Sebab tu jadi macam ni... Kan?” Ie menyiku K tanpa melihat wajah K. Pasti gadis itu marah.
“ Mukhrie. Kenapa suka sangat sakat K?” Tuan Azam tidak senang dengan perlakuan si anak.
K tersengih. Yeah uncle! Marah dia! Marah dia uncle! Hahaha!
“ Bukan sakat dy. Ie cakap benda betul je...” Ie masih bersuara bersahaja.
“ Ignore him, K. Dia memang macam tu. Sewel!”
K gelak bila dengar Tuan Azam kutuk Ie. Dikerling sekilas si pemuda disebelah. Ie merungut geram tapi tiada sebutir pun rungutan Ie masuk ke kepala K. “ Give me five, uncle!” telapak tangan K dan Tuan Azam bersatu. Tuan Azam tersenyum senang melihat gelagat K yang sudah ceria. “ Sewel!” sengaja ditekankan perkataan itu supaya Ie mendengar.
“ Amboi dy... Dah ada anak baru, anak yang lama dilupa ehh? Takpe... Takpe...” Ie bersuara ala-ala merajuk.
Tuan Azam tergelak. “ Stop being childish, son. You’re big enough. Kasi peluang untuk adik menang lah.”
Ie mencemik. “ Daddy memang..sayang K je lebih.”
K tertawa bila melihat Ie yang merajuk macam budak kecik. Ini ke lelaki yang mengaku dirinya abang? Abang ke ni? Merajuk macam budak umur tiga tahun!
“ Ada apa riuh je ni? K buli Abang Ie eh?” muncul Puan Khalija dari dapur.
“ Ya, aunty. K buli Ie. Aunty marahlah K ni aunty...” Ie bangkit lalu merapati Puan Khalija.
“ Elehh. Orang pulak! Tak ada, mak. Dia yang buli orang... Kan uncle kan?” K meminta sokongan dari Tuan Azam.
Tuan Azam dan Puan Khalija tertawa melihat gelagat K dan Ie yang bagaikan budak kecil.
“ Uncle, jawablah...” gesa K lagi.
“ Yalah-yalah... Ie yang buli K.” Tuan Azam mengusap lembut kepala K yang dah tersengih riang.
K mengenyitkan mata ke arah Ie. Dia menang lagi! Lelaki itu mencebir. Tak puas hati lah tu bila Tuan Azam menyebelahi K.
“ Bang Ie! Hari tu abang ada mintak number phone kawan Lyqa tu kan..?” Lyqa muncul dari belakang.
“ Hahh?” Ie berpaling tengok Lyqa lalu memberi isyarat supaya tidak meneruskan kata-katanya. Mati dia kena gelak K bila tahu dia ushar budak sekolah menengah!
“ Apa?” Lyqa tidak memahami isyarat Ie.
K dah gelak besar. “ Apa barang ushar budak kecik, der??”
_never leave_
“ Maafkan saya.”
“ Kenapa tiba-tiba nak mintak maaf?” Nasyrah pandang Denn yang berwajah serba salah. Kemunculan lelaki itu yang datang tiba-tiba di pejabatnya memang mengejutkan. Selalunya kalau Denn nak datang, lelaki itu akan memberitahunya terlebih dahulu. Bukan main serbu macam sekarang ni. “ Bukan awak kan yang suruh Ezzat masuk meminang saya?”
Pantas Denn menggeleng. Dia tidak sebodoh itu. Tidak pernah terlintas pun di fikiran dia untuk menyuruh daddy dan bundanya masuk meminang Nasyrah untuk Ezzat! Walaupun dia kurang keyakinan diri, walaupun dia tidak sempurna seperti Ezzat, dia tidak akan melepaskan Nasyrah kepada orang lain semudah itu.
“ Habis tu kenapa nak mintak maaf dengan saya?”
“ Nasyrah... Awak terima dia?” entah kenapa soalan itu pula yang terpacul keluar dari mulut Denn sedangkan tujuan dia ke sini bukan untuk bertanyakan tentang keputusan Naysrah. Dia ke sini untuk menjelaskan semuanya pasal diri dia kepada Nasyrah.
Nasyrah membungkam. Memang dia terkejut apabila Tuan Eizlan dan Puan Mona datang ke rumah meminang dia untuk Ezzat. Untuk Ezzat! Itu yang mengejutkan dia. Kalau untuk Denn, dia tidaklah terkejut sangat sebab dia memang rapat dengan Denn. Tapi Ezzat..bercakap pun sekali dua je. Hmm...
“ Sorry saya tahu saya tak ada hak nak tanya awak pasal tu.”
“ Awak nak saya terima ke?” soal Nasyrah tiba-tiba membuatkan Denn tergamam. “ Kalau awak nak saya terima, saya akan terima.”
“ Nasyrah....”
“ Apa perasaan awak yang sebenarnya pada saya, Denn?” Nasyrah menolak tepi segala perasaan malunya. Dia perlu tahu tentang itu. Dia perlu tahu apa perasaan sebenar Denn terhadapnya.
Denn memejamkan mata untuk sejenak. Dia tahu kali ini dia tidak boleh lari lagi. Kalau dia tidak berterus terang, dia mungkin akan kehilangan Nasyrah untuk selama-lamanya. Dia tidak boleh menjadi lelaki pengecut. Dia harus mengaku.
“ Nasyrah..” Denn mencapai kedua-dua tangan Nasyrah lalu digenggam erat. “ Saya sukakan awak..” diam sebentar. Nasyrah pun tidak bersuara. “ Saya sayangkan awak..” Denn menarik nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan. Kali ini dia memberanikan diri untuk menentang mata Nasyrah. Supaya Nasyrah tahu yang dia benar-benar maksudkan apa yang bakal dia katakan lepas ni. Supaya Nasyrah tahu dia tidak berbohong. “ Saya..cintakan awak.”
Nasyrah memejam mata sebaik sahaja kalimah itu meluncur keluar dari mulut Denn. Kalimah cinta yang sudah lama dia tunggu. Sangkanya dia tidak akan mendengar kalimah itu dari mulut Denn sendiri, ternyata sangkaannya meleset.
“ Tapi saya tak sempurna, Nasyrah.”
“ Tiada orang yang sempurna dalam dunia ni, Denn.” pantas Nasyrah memintas. Dia membalas genggaman tangan Denn.
Denn menggeleng. “ Awak tak faham...” susahnya nak jelaskan perkara yang sebenar. Dia takut dia akan kehilangan Nasyrah hanya kerana ketidak sempurnaannya ini.
“ Buat saya faham.”
Denn mengeluh. Dia ingin melepaskan genggaman tangan Nasyrah tapi gadis itu semakin kejap menggenggam tangannya. Denn hanya membiarkan. Mungkinkah ini kali terakhir mereka bersama seperti ini? Mungkinkah apa yang Denn bakal bongkarkan selepas ini akan memusnahkan hubungan mereka?
“ Saya tak macam orang lain, Nasyrah..” ya, dia mesti menjelaskan semua ini sekarang! “ Hidup saya tak berwarna macam orang lain.” Denn tidak beralih dari terus menatap wajah Nasyrah. Mencari sebarang reaksi dari wajah itu. Tetapi kosong. Mungkin Nasyrah masih tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Denn. “ Saya..tak boleh melihat warna.” dan tanpa disedari, Denn semakin erat menggenggam tangan Nasyrah. Dia takut kalau genggamannya longgar, Nasyrah akan lari. Nasyrah akan pergi darinya. Ya... Dia takut kalau itu terjadi.
Nasyrah tersenyum. Ada air mata yang menitis di pipinya. “ Kenapa baru sekarang, Denn?”
“ Saya minta maaf, Nasyrah... Memang saya salah. Sepatutnya saya bagitau awak benda ni dari awal lagi. Tapi saya tak berani. Saya minta maaf...” Denn melepaskan genggaman tangannya. Pantas dia menyeka airmata yang mengalir di pipi Nasyrah. “ Jangan nangis.”
Nasyrah mencapai jemari Denn yang mengusap pipinya. “ Saya menangis bukan kerana sedih.”
“ Maksud awak?”
“ Saya gembira Ezzat masuk meminang saya.”
Denn terasa tubuhnya lemah tak bermaya. Sudah tibakah masanya untuk dia melepaskan Nasyrah pergi? Denn menarik tangannya dari genggaman Nasyrah. Dia bangkit. Matanya dah terasa panas. Dia tidak boleh menangis dihadapan perempuan itu. “ Saya harap awak bahagia dengan Ezzat.” dan dia terus melangkah pergi tanpa berpaling.
U-TURN
salah faham nih.. mesti nasyrah nak ckp..gembira sbb kalo x deen xkan luahkan perasaan die..
ReplyDeletevery true mizz acu. keep on reading! :)
ReplyDelete