“ Kenapa sampai macam ni?” Miqhal cuba untuk bertenang. Berhadapan dengan Ryana sekarang ni memang cukup mencabar jiwanya. Apatah lagi setelah apa yang disampaikan oleh papa dan mamanya tempoh hari. Malah, dia turut mendengar permintaan yang sama datang dari mulut Uncle Rahman, ayah Ryana sendiri. Susah untuknya menolak permintaan dari Uncle Rahman apatah lagi permintaan itu disokong penuh oleh kedua ibu bapanya sendiri.
“ Stop asking me that question!” Ryana meraup wajahnya. Dia memang nampak kusut sekarang ini. Semua orang ingin tahu kenapa dan mengapa.
“ You yang buat, kenapa sekarang tak tahu pulak?” sinis. Perjumpaan kali ini, bukan macam perjumpaan mereka yang biasa. Perjumpaan kali ini amat ketara perbezaannya.
“ I mintak maaf sebab kena libatkan you dalam masalah ni..” air mata dah mengalir. Dia memang murah dengan air mata akhir-akhir ini. Mudah saja air matanya mengalir. Mungkin kerana musibah yang menimpa dirinya.
“ Air mata tak selesaikan masalah. Kenapa tak fikir dulu sebelum buat?”
“ I tak tahu, okey??”
“ Orang hantar belajar tinggi-tinggi, ingatkan bijak... Reti berfikir. Tapi ni pulak yang jadi. Otak mana letak? Tak guna? Tuhan bagi akal untuk berfikir. Untuk bezakan mana baik, mana buruk.” suara Miqhal perlahan tapi tegas. Dia cuba untuk tidak meninggikan suaranya walaupun jiwa sekarang terasa ingin menjerit.
“ Kalau datang sini semata-mata nak membebel, lebih baik you balik lah.” Ryana mengeluh. Miqhal pun sama dengan orang lain. Tak habis-habis nak membebel. Ryana tahu kesalahannya. Ryana sedar perbuatannya yang dulu kini dah menyusahkan semua orang. Dia tahu! Jadi tidak perlulah setiap orang berjumpa dengannya dan menyedarkannya tentang hakikat itu lagi. Dia sudah cukup sedar dengan semuanya. “ I tahu I salah! Dah benda nak berlaku, I nak buat apa lagi?!”
“ Kerana tindakan bodoh you ni, orang lain dapat susah.” Miqhal mengeluh keras. Angin malam tidak dapat menyejukkan hatinya saat ni. Letak sejuta aircond sekalipun, belum tentu dapat menyejukkan hatinya yang tengah mendidih. “ Mana lelaki tu? Kenapa dia tak bertanggungjawab??”
“ Kalau susah sangat, tak payah buat.” Ryana mengelap kasar air mata di pipinya. Dia melontarkan pandangan tepat di wajah Miqhal. Teman baiknya semenjak kecil lagi. Malah Miqhal sudah dianggap seperti keluarga sendiri. “ I tak mintak pun you kahwin dengan I.”
“ You tak mintak, tapi mak bapak you? Pernah you fikir apa yang diaorang rasa ke? Kenapa you tak nak bagitau siapa lelaki sial tu? Dia buat dajal kat you dan you biarkan je?” kasar kata-kata Miqhal tapi dia tak peduli.
“ You tak kenal dia jadi jangan memandai nak kata dia jahat! Dia tak salah, okey? I yang salah!”
Miqhal gelak sinis. “ You ni dah kena manderem ke apa ni? Dia dah buat you terkontang-kanting seorang diri macam ni, dia tinggalkan you macam orang bodoh, and you still pro dia?! Eh come on lah! I tahu you cintakan dia tapi sedarlah yang cinta you tu takkan ke mana..! Kalau dia betul-betul cintakan you, sayangkan you, dia akan bertanggungjawab! Bukannya menghilangkan diri macam sekarang ni!”
“ You takkan faham...”
“ Jadi buat I faham!”
“ Go, Miq! Leave me.”
“ No!”
“ Please. Leave.”
***
Dah hampir seminggu Miqhal hilang. Dia betul-betul pergi kali ini. Langsung tak ada berita. Dia benar-benar tak nak bercakap dengan K untuk kali ini. Dah banyak kali K telefon, satu pun dia tak angkat. SMS pulak tak berbalas. Teringin jugak rasanya nak serang office Miqhal. Bukan tak nak, cuma tak ada masa. K mengeluh. Merajuk benar Miqhal dengannya.
“ Eii, apa mengeluh ni?”
K angkat muka. Ie tersengih di hadapannya. “ Selamat pagi Bang Ie ~~” K berdiri dan mengalunkan ucapan selamat pagi seperti anak murid mengucapkan salam kepada guru bila guru itu masuk ke kelas.
Ie tersenyum lebar seraya menepuk-nepuk kepala K. “ Selamat pagi adikku sayang.”
K mencemik. Menyampah! “ Dah tak ada restoran lain lagi ke di dunia ni Bang Ie? Hari-hari muka Bang Ie je yang tercongok kat sini! Tak boring ke?” K kembali duduk di kerusinya. Kali ni dia bertugas sebagai cashier.
“ Sepatutnya K bersyukur tau. Sebab abang datang bawak rezeki. Bukan bala! Kalau abang tak datang, OD jugak yang rugi.” jawab Ie penuh yakin.
K mengeluh. “ Whatever... Encik pergilah duduk. Lepas ni ada pelayan kami datang ambik order encik ya. Terima kasih kerana memilih OD sebagai tempat untuk bersarapan.” K memaniskan mukanya.
“ Mak pesan suruh bawak K sarapan sama dengan abang.”
K mengeluh keras. Inilah yang terpaksa dia hadap hari-hari semenjak dia mengenali seorang lelaki yang bernama Mukhrie Amsyar.“ Bang Ie ni main mak-mak lah! Orang kerja Bang Ie... Tolonglah faham~” tekan K.
“ Tak nak faham. Jom laa... Orang ajak sarapan. Bukannya ajak pergi berperang pun.” Ie masih memaksa.
“ K, aku nak ajak kau pergi berperang.”
K angkat muka cari suara yang mencelah tiba-tiba. Ie pulak terus berpaling. “ Denn!!” K tersenyum riang. Inilah kali pertama dia bertemu muka dengan Denn selepas gathering kat Bukit Indah hari tu. Ad pulak seperti yang dimaklumkan, pergi sebentar untuk mencari ketenangan. Kononnya.
Denn angkat tangan. “ Hai der! Lu nak ayat gua punya awek ka?” soalnya pada Ie.
K dah tahan gelak. Apa yang Denn cuba buat ni? Tapi K tidak menghalang, dia hanya membiarkan. Ingin melihat sejauh mana lakonan si Denn ni.
“ Lu rasa lu nak breakfast dengan penumbuk, try lah ushar awek gua!” Denn siap tunjuk buku lima lagi depan Ie.
Ie tergelak kecil. Reaksi menunjukkan yang dia langsung tidak gentar. Bila tengok penampilan lelaki yang berlagak samseng kat depan dia ni, langsung tak buat dia bergegar lutut. Lelaki itu kemas, segak dan nampak baik dengan cermin mata bingkai hitam dia tu. Tidak padan untuk melakonkan watak gangster. Tapi kalau ya pun lelaki ni gangster, Ie tidak takut. Dia yakin dia boleh kalahkan lelaki tu dengan hanya satu tumbukan. Ceh! “ Der! Lu dah salah faham ni... Gua bukan nak ushar awek lu!”
“ Habis tu? Lu paksa-paksa dia breakfast dengan lu kenapa?”
“ Dia adik gua. Gua punya hal lah nak ajak dia breakfast ke dinner ke.. Lu apehal? Kalau lu masuk pinang adik gua, gua confirm tak kasi greenlight tau!” sinis Ie menjawab.
Denn pandang K minta penjelasan. K dah terburai ketawa. Mendengar tawa itu, Ie pun berpaling tengok K.
Denn terus masuk belakang kaunter mendekati K.“ K! Apa cerita? Sejak bila kau ada abang ni?” ujarnya perlahan supaya tidak didengari oleh Ie yang masih memerhati mereka.
K sengih. “ Denn, ni Ie. Bang Ie, ni Denn.” K memperkenalkan kedua-dua mereka.
“ Boyfriend K ke?” soal Ie.
“ Abang!” Denn terus menghulurkan tangan untuk bersalam. “ Abang dah makan? Kalau belum, abang order la apa-apa. Saya belanja. Boy!!” Denn terus menghilang ke dapur. Yang kedengaran hanya suaranya yang menyampaikan order kepada Boy.
K tergelak melihat reaksi Denn yang terus melarikan diri. Tadi bukan main tunjuk gangster lagi! “ Bang Ie. Bang Ie pergi makan laa..”
“ Jom laa breakfast sekali!” ajak Ie masih tidak menyerah kalah. “ Abang nak jugak tahu pasal gangster sesat tadi tu.”
***
“ Aku betul-betul tak tahu nak buat apa sekarang ni K.”
K turut bersimpati dengan apa yang menimpa Denn. Kesian Denn. Ingatkan cinta dia takkan bermasalah sebab selama ni K tengok Nasyrah bahagia bila bersama Denn. Tapi sekarang wujud pula orang ketiga. Kehadiran orang ketiga memang selalu menyakitkan, kan?
“ First... Kau kena explain semua yang kau rasa pada Nasyrah.” K bersuara penuh yakin. Dia dah mendengar sebaik yang mungkin masalah Denn sebentar tadi. Dan dia rasa menjelaskan perkara yang sebenar adalah langkah yang terbaik untuk diambil.
“ Dia nak dengar ke semua tu, K?”
“ Dia nak dengar atau tak nak dengar, tu belakang kira! Yang penting kau dah bagitau dia.” K menepuk-nepuk bahu Denn. “ Confident, Denn! Jangan disebabkan rasa rendah diri kau tu, kau hilang dia. Aku tahu kau sayang dia. Kau tak nak hilang dia kan?”
“ Aku boleh jadi gila kalau hilang dia, K.”
“ Haaa... Tahu pun! So, kau tak boleh lemah macam ni. Be strong! Dah tiba masanya untuk kau fight back, Denn! Cukuplah selama ni kau mengalah. Kau lelaki, Denn. Kau kena kuat! Gagah! Perkasa!”
Denn tergelak kecil bila mendengar kata-kata K yang agak lucu itu. K... Memang selalu menghiburkan. Tidak salah dia memilih K untuk berkongsi masalah. Memang sebelum ini dia lebih selesa untuk berkongsi masalahnya dengan Ad tapi..sekarang Ad entah kat ceruk mana entah. Lagipun dia malas nak mengacaubilaukan fikiran kawannya itu dengan permasalahannya. Ad ingin menenangkan diri. Jadi, biarlah. Denn tidak akan sekali-kali membebankan Ad dengan masalahnya pada masa ini.
“ Kalau dia tahu aku ni tak boleh nak melihat warna..kau rasa dia masih nakkan aku ke?” Denn toleh K kat sebelah.
“ Denn, aku ni bukanlah hebat sangat pasal cinta-cinta ni..tapi... Aku selalu dengar orang cakap yang kalau kita cintakan seseorang tu, kita akan terima dia seadanya. Kalau kita cuba nak mengubah dia, itu maknanya kita bukan nakkan dia. Tapi kita nakkan orang lain.” K senyum sendiri. Tak sangka dia boleh mengeluarkan ayat yang agak hebat seperti itu. “ So... Kalau betul Nasyrah cintakan kau, sepertimana kau cintakan dia, dia akan terima kau seadanya Denn.”
Denn senyum lalu meletakkan kedua-dua belah tangannya di bahu K. Wajah itu dipandang lama. Dia bersyukur kerana dianugerahkan seorang teman seperti K. Yang sentiasa ada saat dia memerlukan pertolongan. Yang sentiasa menyokong. Terima kasih YA ALLAH! “ Aku sayang kau, K.”
K senyum senang. “ Aku tahu. Aku pun sayang kau!”
Bila teringatkan tentang masalahnya dengan Nasyrah, senyum di bibir Denn mati serta-merta. Perasaan bimbang kembali menyelubungi dirinya. “ Doakan aku, K...” pintanya perlahan.
“ Aku sentiasa berdoa untuk kawan-kawan aku, Denn. Walaupun diaorang tak mintak.”
“ K, yang hari tu, yang nama Mukhrie tu, orang yang sama yang hantar kau masa BBQ tu eh?” Denn dah bukak topik lain.
K angguk. “ Kenapa?”
“ Dia...gangster?” K gelak. “ Betullah aku tanya ni. Muka dia ada aura ganas semacam je!” Denn buat muka tak bersalah.
“Bukanlah..!” jawab K dalam tawanya.
Dan Denn hanya mampu tersengih.
U-TURN
apehal abg dia nii..betul2 nak kat nasyrah tu ke saja nak balas dendam kat deen jer.. aduhaii.. nasyrah bukan ngan deen ke nti cik writer?
ReplyDeletenak tahu, kena teruskan mbaca la mizz acu.. heheheh..
ReplyDelete