Wednesday, 8 February 2012

U - Turn 21



“Miqhal asal kau tak pergi sekali dengan K?” soal Ad.
“ Dia yang nak sangat pergi dengan scoot dia tu, takkan aku nak larang pulak?” Miqhal sibuk meninjau segala makanan yang tengah dipanggang oleh Ad dan Denn. Ada ayam bahagian kepak, jagung, sosej dan udang. Tiba-tiba ada makanan laut. “ Eh, mana dapat udang ni?” Musykil!
“ Belilah. K kan suka udang!” jawab Denn lalu tersenyum mengusik ke arah Miqhal. Sengaja nama K ditekankan untuk melihat bagaimana reaksi Miqhal. Tapi Miqhal lebih pandai menyembunyikan apa yang dia rasa. Di wajah itu langsung tidak terlukis apa-apa semasa Denn menekankan nama K.
“ Mana budak ni tak sampai-sampai lagi.” Miqhal bersungut perlahan setelah hampir 15 minit menunggu. BlackBerry dikeluarkan dari poket seluar. Nombor telefon K terus didail. Dah tiga panggilan tak dijawab. Ini kali keempat Miqhal mendail nombor telefon si K ni. Akhirnya panggilannya berjaya disambung. “ Hello!”
“ Dah nak sampai dah ni. Dekat dah. Haa..aku dah nampak kau dari sini! Wahh handsomenya kau malam ni! Okey, tunggu tau!”
Klik.
Talian terputus tanpa Miqhal sempat jawab apa-apa pun. Miqhal merengus geram. Dia tahu K sengaja nak lari dari soalannya. Sebab tu belum apa-apa lagi budak tu dah letak telefon. Memang nak kena nih!
“ K cakap apa?”
Miqhal berpaling tengok Ad. “ Dia kata dia dah dekat. Jangan dengar laa cakap budak tu! Dekat dia bukannya boleh pakai pun. Entah-entah belum keluar rumah lagi.”
“Miqhal. Kau dengan dia okey?”
Miqhal tengok Denn dengan kerutan di dahi tanda tak faham dengan soalan Denn yang macam tiba-tiba je tu. “ Siapa dia?”
“ Ada berapa orang ‘dia’ dalam hidup kau?” sengaja Denn nak suruh si Miqhal ni berfikir sikit.
“ Aku tak jawab soalan yang jenis macam ni, Denn. Mintak maaf! Kalau nak tanya, tanya terus. Toksah berkias bagai! Kalau nak sangat berkias, bukan dengan aku. Tu dengan mamat sebelah kau tu!” Miqhal mengangguk ke arah Ad yang dah mencebir tanda tak puas hati bila diri dilibatkan sama.
Denn hanya ketawa. “ Masa aku tanya pasal dia tadi, siapa yang muncul dalam kepala kau?”
Miqhal tak terus menjawab. Dia pandang Denn tanpa senyum dibibir. Miqhal tahu Denn cuba memerangkapnya. Dan sejujurnya, cuma ada seorang ‘dia’ yang muncul dalam kepala Miqhal tadi. Cuma ada K je. “ Belum cukup straight lagi soalan kau tu. Aku takkan jawab!”
Kali ini Ad pula yang menghamburkan tawa. “ Straight Denn, straight! Kau ni tak faham bahasa lah!”
Denn mencebir. “ Yalah-yalah... Kau dengan K apa cerita?”
Miqhal senyum. “ Kan bagus kalau tanya terus-terang macam tu?” sindirnya. “ Tapi..aku tak rasa aku nak jawab soalan kau tu. Sorry!”
***
“ Siott punya scoot! Time-time cenggini lah kau nak buat hal!” skuter colourful itu disepak sebelum orang yang menyepaknya melabuhkan punggung di jalan raya. Keluhan berat dilepaskan. Helmet ditanggalkan. Tangan mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Tapi belum sempat keypad unlock nak ditekan, K dikejutkan dengan hon yang cukup nyaring dan cukup dekat dengannya. Dia terus mengangkat muka.
“ Adik manissss... Scoot rosak kaa? Mau pergi mana? Meh abang hantar!” seorang pemuda menjengolkan kepala dari tingkap kereta.
K menelan air liur. Selalunya orang tak panggil dia ‘adik manis’ sebab dia tak macam perempuan. Tapi kenapa dia ni...
K dah berdiri dan bersedia nak lari bila pemuda itu melangkah keluar dari kereta dan mendekatinya. “ Jangan datang dekat!” dalam gelisah tu, dia sempat perhati pemuda yang hanya beberapa langkah dihadapannya itu. Lepas ditilik-tilik wajah pemuda itu, memang sah! Sah! Sah lah dia memang tak kenal dengan lelaki rambut spiky tu.
Pemuda yang masih dengan kemeja dan slack itu ketawa. “ Kenapa tak boleh?” langkah kaki tetap diteruskan tanpa gentar.
“ Kau siapa?” soal K kasar. Dia tak boleh nampak lemah dan takut masa ni. Dah lah jalan ni lengang semacam je. Mana pergi pengguna jalan raya ni? Meh lah ramai-ramai guna jalan raya ni! Sekurang-kurangnya tak adalah aku gerun sangat!
“ Eh, kasar nya cakap! Ni abang ni tau!” lelaki tu dah berhenti dan bercekak pinggang di hadapan K. “ Nak pergi mana?”
K mencebir. Abang konon! Sejak bila mak aku lahirkan anak lelaki ni?? Makkkkk!! Asal tak cakap dengan K yang K ada abang?? “ Kau siapa?” jelek.
Lelaki itu senyum. “ Kyra Khalesya Binti Abdul Rahhim..kan?”
“ Mac-macam mana tahu nama aku?” K dah makin gelabah. Betul ke yang kat depan ni abang dia? Yalah, dari tadi dok kenalkan diri dia ‘abang’!
“ Semalam mak awak tunjuk gambar awak kat saya. Siap bagitau nama penuh awak lagi tu. Dan dia pesan, kalau saya jumpa awak kat mana-mana, saya kena tegur awak. Dan dia jugak suruh saya jaga awak. Dia cakap kalau..”
“ Ehhhh jap-jap!” jerit K. “ Apa kena mengena mak aku dalam hal ni?”
“ Mak awak watak utama dalam cerita ni.”
K merengus geram. “ Ini bukan masa untuk bergurau.”
“ Oh ye ke?” lelaki itu sengih.
“ Macam mana kau kenal aku ni?” K dah malas nak terus bersoal jawab dengan lelaki kat depan dia ni. Handsome tu memanglah handsome! Tapi menyakitkan hati! Dahlah scoot buat hal, lelaki ni pun nak buat hal jugak ke? Kalau tahu scoot ni nak meragam, lebih baik aku ikut je si Miqhal naik kereta sekali dengan dia!
“ Kan tadi saya dah cakap... Mak awak yang..”
“ Hurghhhhhh!!!! Tolong jangan main-main boleh tak??” bentak K. “ Dahlah scoot aku buat hal! Kau pulak datang nak bergurau senda dengan jenaka kau yang tak lawak langsung tu! Kau ingat aku berdiri kat tepi jalan ni buat audition Raja Lawak ke apa? Dah lah oii! Blah lah!”
“ Eh, mengamuk pulak budak ni!” lelaki tu masih bersahaja. “ Scoot rosak ke? Nak pergi mana? Abang hantar.” Kali ini dia dah tak main-main lagi. Tangannya menepuk tempat duduk skuter K. Matanya ralit memerhati skuter yang nampak meriah dengan warna itu. Dia tersenyum sendiri. Memang tak susah nak kenal pasti si K ni.
“ Abang-abang! Siapa adik kau ni?? Sejak bila kau jadi abang aku?!”
“ Tak lama lagi kut. Lepas bapak saya kahwin dengan mak awak.”
“ Hah?”
***
“ Asal lambat?” Miqhal terus menerpa ke arah K sebaik saja K datang. Sempat jugak dia menilik siapa yang hantar K ke sini. Sebab K tak datang dengan skuter. Sebaliknya dia dihantar dengan sebuah Hummer hitam.
“ Tepilah!”  K terus langgar bahu Miqhal dan meneruskan perjalanan ke arah Denn dan Ad. “ Bagi aku buat.” Penyepit di tangan Ad terus dirampas dan dia ambil alih kerja yang Ad buat tanpa mempedulikan pandangan penuh pertanyaan dari Ad dan Denn.
“ Asal?” soal Ad pada Miqhal yang baru berdiri di sebelahnya.
Miqhal angkat bahu. “ Tak tahu.” Dia mendekati K. “ Siapa tadi tu?”
Denn terus tarik Miqhal jauh sikit dari K. “ Kalau nak tanya pun, tunggulah dia sejuk dulu.” bisiknya.
“ Aku peduli apa!” Miqhal terus mendekati K semula tanpa mempedulikan cadangan Denn. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena dengan K. “ Siapa tadi tu? Kenapa dia hantar kau? Mana pergi scoot?”
“ Bukan hal kau.” dingin.
Ad dan Denn dah berpandangan sesama sendiri bila tengok nada suara K yang mendatar jawab soalan Miqhal. Bila tengok muka Miqhal yang dah macam bengang semacam, Ad terus tarik Denn tinggalkan mereka berdua.
“ Sejak bila hal kau bukan hal aku B? Sejak kau ada Hummer tu ke?” sinis. Miqhal tak mampu nak bendung perasaan marah yang dah bercampur dengan perasaan cemburu dia. Dia tahu orang yang memandu Hummer tadi ialah lelaki. Dan lelaki itu bukan dari kalangan keluarga K. Dia pasti. Jadi siapa lelaki itu?
“Miqhal aku tak ada mood nak jawab soalan kau. So please leave. Kalau tak nak pergi, kau duduk diam-diam. Jangan cakap dengan aku.” K jawab tanpa pandang Miqhal. Dia tahu Miqhal tengah marah. Marah sebab tak dipedulikan. Marah sebab K agak berkasar dengannya.
Fine. Aku takkan cakap dengan kau lagi.”
U-TURN

No comments:

Post a Comment