“ Kau kat mana ni?”
-Miqhal-
Umur: 25
Status: Single
Tentang dia: Dari segi luaran, Miqhal memang boleh dicalonkan sebagai Lelaki Melayu Idaman Universe sebab dia ada muka Melayu yang pure Melayu yang tak ada celup sana-sini. Tampan, manis, segak dan bergaya. Tapi bagi yang mengenali diri Miqhal, mungkin akan berfikir dua atau tiga atau empat atau banyak kali untuk menjadikan dia seorang suami. Sebabnya? Dia seorang yang panas baran, cemburu tahap tak boleh blah dan susah nak percaya dengan orang. Tapi selain dari itu, dia ada sifat lain dalam diri dia yang akan mudah menambat hati orang. Miqhal seorang yang tidak memilih kawan, seorang yang peramah, pemurah dan banyak lagi. Kira dia ada pro and kontras lah. Miqhal jugak seorang yang mudah jatuh sakit. Kawan-kawan dia gelar dia mayat hidup sebab kena jentik sikit, badan dia akan terus lebam. Kena hujan sikit, terus demam. Lambat makan, gastrik. Pendek kata memang susahlah nak jaga dia ni! Selain itu jugak, dia ni tak pandai menyanyi. Semua orang tak pernah dengar dia menyanyi walau humming sekali pun! Jadi..tak ada seorang pun yang tahu macam mana suara dia apabila dia menyanyi.
Info tambahan: Anak ketiga daripada tiga orang adik beradik. Mempunyai dua orang kakak dan itu bermakna Miqhal merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Menjadi satu-satunya anak lelaki membuatkan Miqhal dilebihkan dalam segala hal. Tambahan pula, dia merupakan satu-satunya anak yang boleh diharap untuk menguruskan empayar perniagaan papanya. Dua kakaknya sudah awal-awal angkat kaki. Yang sulung dah berhijrah ke Filipina, ikut suami. Dan yang kedua pulak lebih berminat untuk menjadi seorang pendidik. Jadi tinggallah Miqhal yang sudah awal-awal lagi ditekankan supaya belajar berniaga. Nasib baiklah Miqhal minat dalam hal business-business ni, sekurang-kurangnya tak adalah papa dia nak paksa-paksa dia.
“ Atas jalan lagi ni. Kenapa?”
-Ad-
Umur: 24
Status: In a relationship (tapi tak ada seorang pun yang kenal siapa GF dia sebab dia ni jenis yang main sembunyi-sembunyi makwe! Cantik sangat ke?)
Tentang dia: Berasal dari keluarga yang sederhana. Kereta pun Myvi je. Seorang yang pendiam dan sangat talkative. Pelik? Tapi itu kenyataan. Pendiam bila berada dikalangan orang yang dia tak kenal dan akan jadi sangat talkative bila dikalangan kroni satu kepala. Dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab untuk meleraikan segala pergaduhan mahupun salah faham diantara mereka kerana dia merupakan antara yang paling penyabar dan tak banyak hal. Tapi penyabar-penyabar dia pun ada had dan masa nya. Dia paling pantang bila teman wanita kesayangan buah hati jantung pisang intan payung karat dia tu kena ushar oleh lelaki lain! Dan bila benda tu terjadi,Ad akan transform menjadi seekor raksasa yang sangat ganas! Grrrrrrrrr! Spesies yang agak menakutkan. Ad ni sekali pandang memang orang akan ingat dia berbangsa Cina sebab dia Chinese look. Kulit cerah dengan mata yang sepet. Memang kontralah dengan si Miqhal. Tapi hakikatnya, dia langsung tak ada darah cina dalam badan. Mak bapak dia melayu tulen. Dia pun musykil entah mana dia dapat wajah cina tu. Mungkin masa mak dia mengandungkan dia dulu, mak dia terlalu banyak tengok cerita Cina kut? Eh, ada ke macam tu? Huhu.. Apa-apalah..
Info tambahan: Dia anak orang biasa je. Tak kaya macam Miqhal dengan Denn. Tak jugak miskin papa kedana sampai kena mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi. Hidup dia sederhana. Kerja dia, handle Ours Diner, restoran milik kakaknya. Anak ketiga dari empat orang adik beradik. Abang dia yang paling sulung bekerja sebagai seorang pensyarah, kakak dia pulak menguruskan sebuah lagi cawangan Ours Diner, dan adik dia pulak masih belajar dalam Tingkatan 5. Dalam keluarga, dialah yang agak tak berkerjaya sikit kut sebab dia je yang tak ada kerja. Handle restoran tu pun sebab belas ihsan kakak dia yang kesian tengok dia ke sana-ke sini interviu kerja tapi tak pernah dapat satu pun! Last-last jadi tauke restoran. Dan lama-lama dia pun dah tak rasa nak cari kerja lain lagi sebab dia dah selesa di OD(Ours Diner).
“ Kau sorang je ke?” soal Miqhal lagi.
“ Nope. Denn ada sekali.” jawab Ad seraya mengerling sekilas ke arah seorang lelaki berkaca mata bingkai hitam disebelahnya.
-Denn-
Umur: 24 tahun
Status: Single but totally not available (tengah usha anak jiran sebelah tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi!).
Tentang dia: Kalau dilihat dari luaran, Denn pun tak kurang hebat jugak. Dengan cermin mata bingkai hitam dia tu dan penampilan yang sentiasa kemas, dia pun menjadi perhatian gadis-gadis di luar sana. Tapi Denn ni bukan jenis yang peramah lebih-lebih lagi kalau dengan perempuan. Haaa, sebab tu lah anak jiran sebelah sampai sekarang tak berjaya dipikat lagi. Nak tegur pun dia dah menggeletar kaki tangan. Itulah masalah besar si Denn ni. Pemalu dan tidak berkeyakinan diri. Masalah.. Masalah.. Dia memang hopeless and helpless kalau part mengurat awek. Rupa? Ada.. Harta? Lebih dari cukup.. Tapi keyakinan diri tu kureng sikit!
Info tambahan: Anak bongsu dari empat orang adik beradik. Dia merupakan anak yang paling manja sekali tak kiralah manja dengan mak atau pun bapak. Walaupun dia tak manja, mak bapak dia tetap manjakan dia, tetap lebihkan dia. Sebab itulah abang dan kakak dia anti sikit dengan dia. Tak boleh nak tengok dia senang sikit, pasti datang hantu dua orang tu pergi kacau emosi dia. Memang tak boleh harap lah abang dan kakak dia tu. Abang sulung dia je lah yang boleh dijadikan tempat untuk dia meluahkan apa-apa yang tak boleh diluah pada bunda dan daddy dia. Denn ni kerja dia duduk rumah goyang kaki kerana dia punya parents tak bagi dia bekerja. Sebabnya? Dia ni agak istimewa sikit dan disebabkan keistimewaan itulah dia dimanjakan dan juga dipulaukan. Dan kerana keistimewaan itu jugaklah dia kurang yakin dengan diri.
“ Datang rumah aku. Aku tak tahu majlis apa benda yang tengah berlangsung sekarang ni, tapi korang datang je lah. Tolong habiskan makanan! Aku tahu korang suka part makan-makan ni..” tukas Miqhal, sempat lagi dia berbalas lambaian dengan seorang gadis yang berada di dalam hall di mana majlis itu berlangsung. Miqhal pula melarikan diri ke luar ruang yang berdindingkan kaca itu dengan alasan ingin membuat panggilan sekejap.
“ Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal! Pucuk dicita ulam mendatang! Kecik tapak tangan, stadium aku tadahkan!” bukan main riang gumbira lagi Ad menjawab.
“ Bukan main lagi... Kebulur ke apa ni? Restoran kau dah jual basikal ke?” perli Miqhal.
Ad tertawa kecil. “ OD tutup laa. Renovation. Eh majlis kat rumah kau tu tema apa ek?”
“ Does it matter?” Miqhal menyoal mendatar. Banyak cakap pulak si Ad ni! Datang je lah! Aku dah bosan gila nak menghadap orang-orang kaya tu semua! Cakap mereka bukan boleh pakai sangat! Banyak yang auta dari fakta!
“ Yalah. Kalau tema ala-ala omputeh, aku dengan Denn balik ambik Tux, tapi kalau tema Melayu, kitaorang sarunglah baju Melayu. Kenalah ikut tema, kan?”
“ Pandailaa.. kalau mixed of both macam mana?”
“ Kitaorang pakailah Tux dengan sampin! Tak ada masalah.”
Ketawa pecah. Gila nak pakai Tuxedo dengan sampin? Memang fashion crime lah! Mana entah si Ad ni dapat idea entah apa-apa macam tu. Terlebih kreatif !
“ Pakai apa-apa je as long as it is sopan!”
“ Ai ai sir!”
U-TURN
No comments:
Post a Comment