ALLAHUAKHBAR... ALLAHUAKHBAR... ALLAHUAKHBAR...
Takbir dah bergema. Hari Raya pun menjelma. Hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa. Ada yang seronok bila aidilfitri menjelang. Sebabnya, dah tak payah puasa lagi dah! Tak payah nak tahan lapar tahan dahaga. Boleh je nak minum makan bila-bila masa diaorang nak. Tapi ada jugak yang sedih bila Ramadan dah pergi. Sebab bukan selalu bulan penuh rahmat itu muncul. Sekali dalam setahun je. Itupun belum tahu lagi tahun depan masih berkesempatan ataupun tidak kita nak menyambut kedatangannya. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Kita hanya mampu berdoa supaya kita dipanjangkan umur.
Bagi kanak-kanak pula, inilah masa yang dinanti-nanti! Inilah masanya mereka nak bersuka ria. Nak kumpul duit raya! Biasalah tu... bukan kanak-kanak je yang sibuk kumpul duit raya, orang dewasa juga masih ada yang kumpul duit raya! Ada yang dapat sampai beratus-ratus, tu memang belanja sakanlah lepas tu. Memang seronok!
Miqhal dah segak berbaju Melayu cekak musang berwarna ungu. Lengkap bersampin dan bersongkok. Memang dah macam lelaki Melayu terakhir. Balik dari masjid, perkara pertama yang dia buat ialah jenguk dapur. Sebab mama tengah masak! Kalau hari Raya, memang mama yang masak. Sebab papa takkan kasi orang lain ambil alih tugas tu. Lagipun, masakan mama Miqhal memang class! Habis mama masak, mereka buat sesi bermaaf-maafan. Petang nanti dah nak bertolak balik kampung. Cadangnya, sebelum bertolak, nak jumpa K. Nak mintak maaf dengan budak tu. K masih merajuk lagi. Dan harap-harap lembutlah hati dia di hari Raya yang mulia ni.
Ad tergesa-gesa sarung baju Melayu yang dah sedia digosok dan digantung kat almari. Dia dah terlambat! Overslept! Sembahyang sunat hari Raya pun dah terlepas. Ibu dah bising berleter. Orang hari raya, bersemangat! Bangun awal-awal pagi, tapi Ad masih berlingkar atas tilam. Sampai abang dia yang sulung tu bertakbir kat tepi telinga dia, baru dia nak bangun! Ni lah susahnya bila dah berkumpul ramai-ramai satu keluarga. Berborak sampai lupa nak tidur! Kalau hari raya, memang keluarga Ad akan berkumpul di Kampung Arum. Segala sepupu-sepapat yang susah nak jumpa, haa, masa ni lah nak jumpa!
Denn tengah syok makan lemang dengan kuah kacang. Memang favourite dia dua benda alah tu. Kalau dah jumpa benda tu, memang dia dah tak ingat dunia lagi! Hati tengah riang sebab lepas balik dari masjid, dia terus ketuk pintu rumah sebelah. Semua hairan bila dia tiba-tiba melencong ke rumah sebelah, dia tak peduli dan terus masuk. Pagi-pagi dah tengok Nasyrah, memang indahlah harinya! Dia jumpa Nasyrah kat depan pintu je, nak ucap Selamat Hari Raya dan mintak ampun mintak maaf. Tapi terserempak pulak dengan Tuan Naseer, abah Nasyrah. Last-last dia masuk jugak rumah. Jumpa dengan keluarga Nasyrah. Rasa janggal tapi keluarga Nasyrah sambut dia dengan ramah. Dan yang istimewanya, dia merupakan tetamu pertama yang diterima! Dan KAWAN pertama yang jumpa Nasyrah pagi-pagi raya!
K duduk termenung kat ruang tamu. Lyqa dengan mak kat dapur. Tengah siapkan apa yang patut sebab lepas ni ada saudara yang nak datang berkunjung. Tadi dah ziarah pusara ayah tercinta. Terasa sangat kehilangan ayah bila tiba aidilfitri. Orang lain berseronok dengan ibu bapa, tapi K bersedih terkenang ayah yang dah pergi tinggalkan mereka. Rindunya pada ayah, Tuhan saja yang tahu. Dia lebih rapat dengan arwah ayahnya berbanding Lyqa yang lebih rapat dengan mak. Bila ayahnya dikhabarkan mati lemas semasa memancing dengan kawannya, K rasa macam batu besar menghempap kepala. Tapi itulah kenyataan yang dia kena terima. Di usia 15 tahun, dia dah kehilangan kasih sayang seorang ayah. Tapi dia bersyukur sebab dia masih ada emak, yang sangat sayangkannya. Dan seorang adik yang selalu menghiburkannya. Tak lupa jugak tiga orang sahabatnya yang sentiasa ada untuk menceriakan harinya.
***
“ Assalamualaikum!” Miqhal menjenguk sikit kepalanya ke dalam rumah. Ramai orang. Keluarga K lah agaknya.
“ Waalaikummussalam.” seorang lelaki mendekati Miqhal di muka pintu. Dan yang ada kat ruang tamu tu, semua dah berpaling tengok dia kat muka pintu.
Miqhal tersenyum. “ Selamat hari raya.” dia bersalaman dengan lelaki itu.
“ Selamat hari raya. Masuklah.” jemput lelaki itu.
Miqhal menurut. Tiba-tiba rasa kekok masuk rumah K sedangkan sebelum ni dia tak pernah rasa janggal pergi rumah ni. Mungkin kerana ramai tetamu. Miqhal bersalaman dengan tetamu yang hampir memenuhi ruang tamu. Rasanya banyak lagi yang kat dapur. Sebab bunyi riuh semacam je.
“ Pak Long... Mak long pang..” kata-kata K terhenti bila dia tengok seorang lelaki berbaju Melayu ungu yang tengah duduk sebelah Ziman, anak Pak Long Zarul.
“ Aik, dah tak dapat cakap lagi dah bila tengok cik abang baju purple ni ke?” usik Ziman bila dia perasan reaksi K sebaik sahaja terpandang Miqhal.
Miqhal tertawa kecil. Dia masih tengok K yang berdiri tidak jauh dari mereka. K dengan baju Kurung ungu. Sedondon dengan warna baju Melayunya. Miqhal yang beli baju tu untuk K. Tapi tak sangka pulak K akan pakai pagi-pagi raya macam ni. Dan ada satu kelainan pada K. Tudung yang tersarung di kepalanya. Dia nampak lebih...comel!
“ Emm... Pak Long, Mak Long panggil.” K menyudahkan ayatnya yang tergantung.
“ Kawan kamu ke K?” soal Pak Long Zarul, lelaki yang menyambut kedatangan Miqhal sebentar tadi.
“ Ya.” perlahan je K menjawab. Dia tahu Miqhal tengah tengok dia. Lepas ni mungkin Miqhal akan gelak sakan tengok dia bertudung! Tak pernah-pernah Miqhal tengok dia bertudung. Inilah pertama kali lelaki itu tengok dia jadi muslimah sejati! Dia bukannya apa, lepas balik dari menziarahi pusara ayah tadi, terus tudung tu lekat kat kepala dia. Belum sempat nak bukak.
“ Setahu abang, kalau kawan yang datang pagi-pagi raya macam ni, kawan ni kategori lain sikit...” Aliff, anak sulung kepada Pak Ngah Khushairi pulak yang mengusik. Aidil, Ziman dan Nazmee yang berada kat ruang tamu dah tersenyum-senyum.
Nasib baik Pak Ngah Khushairi kat dapur. Kalau tak, makin galaklah K kena gula! Bukan K tak tahu Pak Ngah Khushairi tu...kaki sakat! Sebab tu lah Aliff dengan Aidil tu pun penyakat jugak!
K buat muka selamba. Dia tengok Miqhal. “ Encik Baju Purple, we need to talk.” Ujarnya serius. Geram sebab Miqhal datang tanpa memaklumkan terlebih dahulu. Kalau tak, bolehlah K bersedia sikit nak tepis segala macam usikan sepupu-sepupu dia tu. Tahun ni memang diaorang beraya kat rumah K, sebab tahun lepas dah beraya kat rumah Pak Ngah. Tahun ni giliran Puan Khalija pula yang memegang gelaran ‘Mak Usu’.
Miqhal bangkit, nak menuruti langkah si K yang dah menonong keluar rumah. Tapi tiba-tiba satu suara panggil dia dari belakang buat langkah dia terhenti dan dia berpaling semula.
“ Aunty! Selamat hari raya..” Miqhal terus mengorak langkah mendekati Puan Khalija. Tangan Puan Khalija disalam penuh sopan.
“ Ingatkan siapa yang datang. Haa, Kyra mana?”
“ Dia kat luar tengah tunggu saya. Ada nak dibincangkan sikit.”
“ Tak habis-habis lagi ke?” soal Puan Khalija yang faham akan keadaan Miqhal dan K. Lama juga rajuk si K ni.
Miqhal sengih.
“ Pergilah. Jangan lama-lama. Lepas ni masuk, makan ya?”
Miqhal mengangguk dan berlalu keluar. K sedang duduk atas skuter, menantinya. Miqhal selamba naik atas skuter, kat tempat duduk belakang. “ Haaa.. Apa tunggu lagi? Jalanlah!” dia cuba berjenaka.
Tapi K langsung tak ketawa. Dia berpaling, tengok Miqhal yang masih dengan sengih menyakitkan hati itu. “ Siapa jemput kau datang rumah ni?”
“ Cantik Cik Kyra pakai tudung.” lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab Miqhal.
“Miqhal..!”
“ Ya, Kyra... Saya kat sini...” Miqhal bersuara lembut. Dia mematuhi arahan Ad. Ad yang suruh dia tackle Kyra. Dan itulah yang dia buat sekarang.
K mencemik. Jangan tak tahu! Miqhal akhir-akhir ini macam pelik sikit. Selalu je cakap pakai ‘awak-saya’ dengan K. “ Kau demam ke?”
“ Haa, tu lah pasal. Saya sampai terdemam-demam pujuk orang tu... Tapi orang tu masih tak layan jugak. Kesian saya...”
K gelak sinis. “ Cut it out laa, Miqhal! Nak ber ‘awak-saya’ dengan aku pulak! Aku bukan Ryana, okey?”
“ Siapa cakap kau Ryana? Aku tahu kau K. Aku kenal lagi Kyra aku. Kyra aku yang baik. Kyra aku yang cantik. Kyra aku yang..”
“Miqhal!!” K geram. Geram sebab Miqhal masih ingin mempersendakan dirinya.
“ K... Aku tahu la aku salah. Aku bukannya sengaja nak marah kau hari tu. Sorrylah, K. Sempena hari raya ni, maafkanlah ek? Please?” Miqhal genggam tangan K dengan muka yang penuh mengharap. K diam, tak bagi respon. “ Ampun K! Ampun!” Miqhal bawak tangan K ke dahinya.
Lama mereka berkeadaan macam tu sampailah tiba-tiba ada cahaya macam cahaya kilat yang menarik perhatian mereka. K dan Miqhal terus berpaling ke pintu.
“ Fuhh! Gambar ni nanti cuci besar-besar letak dalam frame lepas tu lekat kat dinding ruang tamu, memang gempaklah! Boleh jadi cover Mangga untuk bulan ni!” Nazmee dah tersengih-sengih dengan kamera kat tangan. “ Em, Kak! Mak Usu suruh bawak cik abang Kakak ni masuk.” pesan Nazmee sebelum kembali menghilang ke dalam rumah.
K cuba menarik tangannya dari genggaman Miqhal tapi Miqhal semakin kuat menggenggam.
“ Maafkan aku tak?” soal Miqhal.
K tahu kalau dia tak maafkan, sampai esoklah tangan dia akan terus dalam genggaman Miqhal! “ Ya... Aku maafkan. Lepas la tangan aku!”
“ Good girl! Selamat hari raya, sayang!” tangan itu sempat dikucup sebelum dilepaskan. Dan Miqhal cepat-cepat melarikan diri sebelum K sempat memberi respon.
***
Denn terus mendekati Nasyrah sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kereta. Tak sangka dia ikut jugak keluarga Nasyrah balik ke kampung. Tapi dia tak naik satu kereta dengan Nasyrah. Dia tumpang kereta Aqil, abang kepada Nasyrah yang baru kahwin tu. Nasyrah naik kereta satu lagi bersama ibu dan abahnya.
Belum sempat lagi Denn nak cakap apa-apa, suara dari dalam rumah yang tersergam indah kat depan dah menarik perhatian mereka.
“ Haa.. Pak Ngah! Masuklah... Asal lambat?” seorang lelaki dengan baju Melayu hijau yang berdiri kat tangga rumah menyambut kedatangan Tuan Naseer sekeluarga.
Selain lelaki itu, ada beberapa orang budak kecil yang tengah berkejar-kejaran kat halaman rumah. Dan kalau nak di tengok dari segi kenderaan yang banyak kat laman rumah ni, Denn dah boleh agak yang akan ada ramai lagi kat dalam.
“ Siapa tu, Pak Ngah? Bakal menantu ke?” bisik lelaki itu ke telinga Tuan Naseer selepas bersalaman.
Tuan Naseer ketawa kecil. “ Pergi tanya dengan Nasyrah tu.”kemudian dia terus melangkah masuk ke rumah. Yang lain turut mengekori Tuan Naseer kecuali Hazeeq dan Hazeeqah yang dah seronok join yang lain kat halaman rumah.
Denn dan Nasyrah merupakan orang terakhir yang masuk rumah. Sebetulnya tadi Nasyrah dah hampir nak melangkah masuk ke dalam rumah tapi berpatah balik bila Denn masih tegak berdiri tidak jauh dari kereta. Terpaksa dia pergi panggil lelaki tu yang nampak pelik semacam.
“ Denn!”
Denn berpaling ke kanan. Seorang lelaki dengan tee dan seluar baju Melayu dah tersenyum dengannya. “ Ad!”
Nasyrah mengerut dahi. Hairan. “ Awak kenal Ad?”
“ Apa pulak tak kenal. Kawan baik aku ni!” Ad dah menjawab bagi pihak Denn.
“ Oh ya ke?” Nasyrah akhirnya tersenyum. Kemudian dia meminta diri untuk ke dapur.
Denn bersalaman dengan semua yang ada kat ruang tamu sebelum dia mengambil tempat di sebelah Ad. “ Kenapa kau tak bagitau aku yang Nasyrah tu cousin kau?” soal Denn perlahan, takut jika orang lain terdengar perbualan mereka.
Ad sengih. “ Saja je. Kalau aku bagitau kau, nanti tak pasal-pasal aku pulak yang kena jadi posmen karat korang dua. Wahh, dah ikut balik kampung nampak! Ada apa-apa ke?”
“ Belum ada apa-apa lagi... AKAN ada kut.” Denn sengih. “ Opah mana?”
“ Kat dapur laa. Kau ni kut ya pun excited jumpa aku, pergilah salam opah dulu!”
***
Angau. Satu word je yang dapat menjelaskan apa yang K rasa sekarang ini. A-N-G-A-U. Dia mengaku yang sekarang ni dia berjalan pun rasa macam terbang. Senyum dah tak boleh nak sembunyi lagi dah sebab bibir rasa nak senyum je! Semuanya sebab...
Hari ini memang Miqhal lain. Lain dari hari-hari yang sebelumnya! Selama hampir dua tahun dia kenal Miqhal, dia tak pernah tengok Miqhal yang hari ini. Miqhal yang terlebih charming dari biasa. Miqhal yang terlebih baik. Miqhal yang terlebih manja. Miqhal yang terlebih tumpukan perhatian pada dia.
Siang tadi, memang banyak benda yang terjadi. Sebaik sahaja dia dan Miqhal melangkah masuk rumah selepas ‘sesi perbincangan’, sekali lagi flash light memancar. Rupa-rupanya Nazmee yang jadi cameraman untuk hari tu memang dah tunggu mereka nak masuk. K tahu, sepupu-sepupunya itu bukannya apa, cuma teruja! Teruja bila ada lelaki yang datang rumah pada hari raya pertama dan pakai baju sedondon dengan dia.
Masa makan, Miqhal memang tak nak jauh dari dia. Dia pun hairan. Nak senduk lauk pun Miqhal suruh dia yang buat. Nak air, suruh dia yang tuang. Baru pergi jauh sikit, Miqhal dah panggil. Dia memang kena gula habis oleh segala kaum kerabat suku sakat yang ada kat situ sebab dia layan Miqhal memang istimewa.
Lama jugak Miqhal kat rumah K. Miqhal borak-borak dengan sepupu-sepupu dia. Dan K suka tengok Miqhal bergaul dengan keluarga dia. Macam dah rapat sangat. Keluarga K pun layan Miqhal bukan macam orang luar. Dan masa sesi bergambar tadi, Miqhal pun masuk sekali! Berdiri sebelah K. Dan K rasa itulah gambar hari Raya yang paling cantik sekali! Tapi alangkah indahnya kalau ayah masih ada...
Lamunan K terganggu bila dia dapat rasa telefon bimbit kat tepinya bergetar. Sony Ericsson W660i itu dicapai. Mesej dari Miqhal.
Sampai kpg dah. And ada this guy name Miqhal suruh cakap kat kau yg dia rindu kau. J
K tersenyum bila membaca SMS tersebut. Laju jemarinya membalas..
Haa tadi pn ada budak nama Kyra cakap yg dia nak kau jaga diri baik-baik n balik cepat. J
***
“ Rasa macam tak percaya kau ikut Nasyrah balik kampung.”
Ad senyum nipis. “ Rasa macam mimpi.” masa tu, cuma dia dengan Ad je yang masih stay kat pangkin. Yang lain dah masuk dalam.
Tadi, opah terkejut tengok Denn yang dikhabarkan datang bersama Tuan Naseer. Kalau Denn ikut Ad, mungkin dia tak terkejut sangat. Tapi selepas diterangkan sikit-sikit, opah mula faham. Dan nampaknya opah pun join sekali usik Denn dengan Nasyrah. Denn tak melatah dengan segala usikan tu. Sebaliknya hati dia melonjak riang. Sebab dia dah rasa diterima dalam keluarga tu. Dan siapa sangka langkah yang dulu diambil hanya selangkah, kini dah pergi lebih jauh?
“ Tak sia-sia aku suruh kau cuba.” Ad kerling sekilas tengok Denn. Muka Denn sekarang ni memang berseri-seri. Dah macam pengantin baru pulak. Seronok sangatlah tu!
“ Kalau tak kerana kau yang beria-ia sokong aku, aku mungkin tak ada disini sekarang...”
“ Ada pulak aku.. Benda ni terjadi sebab diri kau sendiri la. Kau yang berani ambil risiko. Dan inilah hasil yang kau dapat. Kan aku dah cakap? Kau boleh berjaya kalau kau yakin!” Ad dah macam pakar motivasi.
“ Tapi aku takut...” senyum di bibir Denn kian hilang. Ad diam. Tidak bersuara, membiarkan Denn meneruskan bicaranya. “ Sebab aku belum beritahu dia tentang diri aku. Dia belum tahu tentang diri aku yang sebenar. ”
“ Maksud kau?”
“ Dia masih tak tahu yang aku ni buta warna.” Denn mengeluh. “ Aku masih belum ada strength nak bagitau dia semua benda tu... Aku masih lagi tak berani, Ad.”
“ Tak apa, Denn. Take your time. Kalau kau rasa dah sampai masa dia perlu tahu, kau bagitau laa. Jangan risau. Aku kenal Nasyrah tu.” Ad masih bersuara tenang.
“ Kadang-kadang aku teringin nak jadi macam kau, tau tak?”
Ad gelak. “ Kau akan menyesal kalau kau jadi aku.”
“ Kenapa pulak? Kau best apa...”
“ Wooo! That sound so gay, derr! Cut it out!” Ad buka kotak rokok, sebatang rokok dikeluarkan lalu diketip dicelah bibir. Lighter dipetik dan bahagian depan rokok dibakar. Lepas tu, dia terus layan seorang diri, menikmati kenikmatan cancer stick itu.
Denn gelak. “ Bukan tu lah maksud aku. Aku just suka the way you are. Kau cool. Bila tengok cara kau bagi kata-kata semangat kat aku selalu, aku dah rasa macam bercakap dengan adik beradik Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah pulak.”
“ Binawe kau!” Ad turut tergelak.
“ Aku cakap betul ni, Ad! Lepas ni kau dah boleh apply jadi Doktor Cinta laa Ad!”
“ Doktor Cinta?” cinta aku pun entah kemana. Tawa Ad jadi hambar bila terkenang si dia yang jauh di mata dan terasa jauh di hati. Rasa cemburu bila tengok Nasyrah beraya dengan Ad, dan Ad tahu yang Miqhal sekarang pun mungkin tengah seronok bersama K. Cuma dia je yang masih macam ni. Sasha beraya di London. Entah apa-apa entah. Orang yang dok London pun balik beraya ke kampung yang Sasha tu pulak sibuk pergi sana. Tapi bila Sasha yang berkata, dia jadi tak mampu nak membantah.
“ Aaa bercakap tentang cinta ni..kenapa kau tak bawak balik awek kau yang tersangat lah istimewa tu sampai kena sembunyi-sembunyi dengan kitaorang??”
“ Sebab dia istimewa lah aku tak bawak dia balik sini. Nanti kalau korang semua dah tengok, tak istimewa lagi lah!”
“ Elehhhh!”
U-TURN
No comments:
Post a Comment