Sedar tak sedar, dah masuk bulan Ramadhan. Dah hampir setengah bulan umat Islam menjalani ibadah puasa. Ours Diner sekarang cuma beroperasi dari pukul 5 petang sempena bulan Ramadhan. Restoran itu juga menyediakan juadah untuk berbuka puasa yang dihidangkan ala buffet.
“ K!”
“ Ya..” K bersuara lemah. Sebelah tangan memegang telefon yang ditekapkan ke telinga, sebelah lagi menekan-nekan punat remote Astro.
“ Hari ini berbuka puasa dengan aku, nak? Kau cuti kan?” suara Denn di hujung talian.
“ Apa cerita? Tiba-tiba ajak aku berbuka sama ni. Mana pergi jiran kesayangan?”
Denn gelak. “ Alah K... Takyah lah nak sindir-sindir aku. Dia tak ada lah K. Tu yang aku ajak kau tu!” memang semenjak kenduri hari tu, Denn dah rapat sikit dengan Nasyrah. Selalu je lepak-lepak sama. Texting tu kira macam makanan harian dah..
“ Kira aku ni macam spare tyre lah ni?”
“ Tak K. Muka kau langsung tak macam tayar!” seloroh Denn.
K mencebir. Macamlah Denn dapat melihat reaksi dia tu. Lepas tu dia gelak sendiri. Nasib baiklah Lyqa tak ada kat sini, kalau tak, memang confirm kena tegur pasal gelak tiba-tiba! “Miqhal dengan Ad?”
“ Diaorang ada hal. Aku dengan kau je. Boleh lah ye?” suara Denn penuh mengharap.
“ Kau ni ajak-ajak aku, kau memang sure ke kau boleh keluar?”
“ Yalah K... Aku dah bagitau mak aku dah. Dia dah kasi greenlight!”
“ Haaa... Tu yang aku nak dengar tu! Kau ambik aku kat rumah?” K gelak. Sengaja je nak sakitkan hati Denn sedangkan dia tahu lelaki tu mana reti nak memandu.
“ Mana pergi skuter kau?”
“ Yalah-yalah. Pukul berapa?”
“ Nak pergi awal pun boleh. Aku bosan asyik hadap PS je kat rumah ni.”keluh Denn. Sempat dia menebar pandangan ke seluruh ruang bilik hiburan yang warna hitam putih itu. Sebabnya warna hitam putih?
1 ) Denn memang takkan tengok warna lain selain dua kaler tu!
2 ) Memang kaler bilik itu hitam putih. Khas untuk Denn.
“ Sekarang, nak?” K terus tekan butang merah kat remote. Lepas tu remote TV diambil dan dia tekan butang yang jugak berwarna merah.
Tadi dah bagitau bunda dan bunda kasi greenlight sebab dia kata pergi dengan K. Kalau sebut nama K, Ad dengan Akid, senang sikitlah nak lepas. Tapi sebelum lepas tu, tetap kena soal ala-ala polis soal penjenayah. Denn lihat jam di dinding bilik. Dah pukul 3.30. “ Boleh!”
***
“ Kau dah shopping raya ke, Denn?” soal K sebaik saja melangkah masuk ke dalam shopping mall. Dah tengah-tengah bulan Ramadhan ni, memang semua mall sesak dengan pengunjung yang buat persediaan untuk aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
“ Malaslaa... Selalunya mak aku yang handle benda tu semua.”
“ Kau ni boringlah!”
Denn sengih. “ Kenapa? Kau nak teman aku shopping?”
“ Kalau kau nak, aku no hal!”
“ Okey. Kalau macam tu, tahun ni aku jadi kurang bosan sikitlaa.. Kau teman aku shopping nanti tau?”
“ Haaa, macam tu laa. Ni tak.. Semua benda mak yang buat! Apalah kau ni...”
“ Aku dah biasa, K. Nak buat macam mana.”
K berhenti di hadapan premis Nike. Dia tersenyum tiba-tiba.
Denn pelik bila tengok K yang macam tengah terbang entah ke mana tu.“ Oi..Tengok kedai Nike pun boleh senyum sampai ke telinga? Kau ni apahal? Takkan angau kat tauke Nike kut?” Denn menolak perlahan kepala K.
K tergelak kecil. “ Kalau aku tengok Nike ni kan Denn.. aku akan ingat sorang je!” ujar K dengan mata yang masih melekat kat sign Nike berwarna jingga tu.
“ Siapa? Miqhal?”Denn cepat menjangka. Siapa lagi yang boleh buat mata K bersinar-sinar macam tu kalau bukan Miqhal?
“ Aik? Macam mana kau tahu?” kali ini K dah tak tengok Nike tu lagi. Pandangannya beralih ke wajah pemuda yang berkaca mata bingkai hitam kat sebelahnya. Pemuda yang sentiasa kemas. Mungkin segala pakaian hariannya di susun atur oleh bunda tercinta, sebab tu sentiasa kemas. Tak pernah selekeh.
“ Jadi betullah?” Denn angkat kening dua kali dengan sengih mengusik.
K tak menjawab sebaliknya dia atur langkah ke kerusi rehat tak jauh dari premis Nike. Denn mengekorinya. “ Hari tu Miqhal bagi aku benda nih.” K angkat kaki, tunjuk Nike Dunk High yang tersarung di kakinya.
Denn angguk dengan senyum yang masih tak lebur. Kali ini senyumnya semakin lebar. “ Aku bagi kau cap Roxy, tak adapun kau senyum bila tengok kedai Roxy. Pelik!”
K sengih. “Miqhal ni special case.”
“ Special??Okay..That sound interesting!” Denn semakin menumpukan perhatian pada bicara K.
“ Kasut yang ni..adalah benda yang selama ni aku dok ushar tapi kumpul duit bulan-bulan pun masih tak mampu nak beli.”
“ Kenapa tak bagitau aku yang kau nakkan kasut tu? Aku boleh beli apa!”
“ Takkan aku nak suruh kau beli pulak!” budak ni la pun. Ingat dia jenis yang suka-suki suruh orang beli barang yang dia nak ke? K bukan jenis yang macam tu. Dia jenis yang kalau nak satu benda tu, berusaha sendiri untuk dapatkannya.
“Miqhal boleh pulak kau suruh?”
“ Mana ada aku suruh Miqhal beli!” cepat je K menyangkal.
Denn mengerut dahi. Hairan. “ Kalau kau tak suruh, macam mana Miqhal tahu yang kau memang nak benda tu?”
“ Tu yang aku pelik tu. Aku terkejut siot bila dia bagi aku kotak Nike tu! Kau tahu kan Miqhal tu jenis yang macam mana? Tak adanya dia nak wrap dengan present paper ke apa ke.. Dia main bagi macam tu je.”
Denn gelak kecil. Memang tahu dengan perangai Miqhal. Tak suka benda-benda tu semua sebab dia rasa tak penting. Lepas balut cantik-cantik nanti orang bukak koyak jugak balutan tu. Then, masuk dalam tong sampah! Tak ada guna kan? Tu bagi Miqhal yang full dengan pendapat dia sendiri. “ Entah-entah Miqhal tu stalk kau tak?”
“ Agaknya!” K mengangguk-angguk, bersetuju dengan pendapat Denn.
Denn ketawa lepas. Ada pulak Miqhal nak buat kerja intai-intai orang! Tak mungkin laa..tapi kalau bukan dia intai pergerakan K, macam mana dia tahu K selalu ushar kasut tu? Miqhal ni memang something lah! Bila dengan K, dia memang something! Tiba-tiba Denn teringat pasal parti hari jadi K. Selama ini dia memang nak berterus terang tapi selalu tak ada kesempatan. Sekarang nampaknya dia ada peluang.
“ K.”
“ Ya?”
“ Sebenarnya.. pasal birthday party kau yang dulu tu.. benda tu bukan aku yang plan!”
Huh? K memandang Denn.
“ Yang sebetulnya, bukan aku yang rancang semuanya K. Miqhal yang buat. Kitaorang just tolong mana yang patut.”
“ Jadi..memang Miqhal lah?”
Denn angguk tapi dengan kerutan di dahi. “Kenapa aku rasa kau tak terkejut langsung pun K?”
“ Sebab aku rasa aku tahu bukan kau yang plan semua tu.” K senyum beberapa saat. Tapi lepas tu dia mengeluh.
“ Senyum kejap lepas tu mengeluh. Care to share with me why, K?”
K menggeleng. “ Nothing to share. Weh, kita nak berbuka kat mana ni?”
“ You can choose the place if and only if you tell me apa benda yang tengah berserabut dalam kepala hotak kau tu?” Taktik!
K buat muka. Perlu ke main ugut??Huh~ “ Apa?? Tak ada benda yang berserabut pun!”
“ Be honest lah K! Kau tak sukakan aku kan?”
“ Aku suka.”
“ Maksud aku, suka yang macam Miqhal maksudkan tu! Apa yang Miqhal cakap masa kat kampung tu, tak betul kan?”
“ Err..”
“ Kau sukakan Miqhal... Kan?”
“ Denn! Cut it out laa.”
“ Jangan fikir aku tak tahu K. Miqhal tu je yang bodoh! Sebab dia tak nampak cinta kau.”
“ Janganlah cakap dia bodoh!” dia bukan tak nampak cinta aku. Dia cuma dikaburi oleh kekeliruan aku yang dulu. Bukan salah dia. Salah aku!
“ Elehhh! Pro Miqhal!!”K sengih. Kata-kata K tu dah bagi jawapan pada soalan si Denn tadi. “ Kenapa tak bagitau terus terang?”
“ Kau ingat senang?”
“ Susah ke?” lurus Denn menyoal.
“ Apa kata kau dulu yang bagitau terus terang perasaan kau kat Nasyrah? Boleh?”
Bila dengar ayat K tu, Denn terus terdiam. Nasyrah.........
***
“ Kalau kau masih marah pasal Sasha tu, aku mintak maaf. Aku tak tahu dia awek kau.” dah berkesempatan duduk semeja dengan Ad, Miqhal pun mintak maaf. Sebab dia dah bosan nak terus-terusan bermasam muka dengan Ad. Lama dah tak duduk makan semeja sekali dengan Ad. Hari ini jumpa pun sebab Miqhal datang Ours Diner cari K, tapi K on leave sebab tak sihat. Dia cuma jumpa Ad je. Dan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, dia ajak Ad berbuka bersama.
“ Lain kali jangan nak sambar je.” sinis Ad bertutur.
Miqhal senyum pahit. Aku tak sambar pun. Awek kau tu yang sambar aku! Rasa macam nak je Miqhal jawab macam tu, tapi takut benda semakin berlarutan pulak. Biarlah Ad terus menyalahkan dia. “ Sorry, bro!”
Ad senyum nak tak nak. “ Apa cerita sekarang? Aku ada jumpa kau dengan awek cantik. Latest ke?”
“ Awek mana pulak?” bosan.
“ Dengan aku tak payah nak sembunyi laa!”
“ Siapa??” Miqhal masih tak dapat nak jangka siapa perempuan yang bermain di kepala Ad.
“ Bukan main mesra lagi bertepuk tampar kat PC hari tu. Sampai K pun terbantut hasrat nak tengok wayang. Kau punya pasal la!”
Kali ini Miqhal dah tak senyum lagi dah. Dia terdiam. Mencerna maksud disebalik kata-kata Ad sebentar tadi. ‘Sampai K pun terbantut hasrat nak tengok wayang.’ “ Ad! Ulang balik apa kau cakap tadi. Aku rasa macam kurang faham sikitlah..”
“ Aku cakap straight pun kau tak faham?”
“ Kau sebut K ke tadi?”
“ Yalah..K! Kyra!” Ad geleng kepala tengok Miqhal yang tiba-tiba blur.
Miqhal menghembus kepulan asap terakhir dari mulut.“ Sumpah! Aku tak faham doh! Cuba kau cerita dari mula.” dia menonyoh puntung rokok ke dalam ashtray dan lepas tu dia mengatur posisi duduknya supaya lebih bersedia mendengar cerita dari Ad yang nampak macam best je ni!
“ Aku tak nak cerita dari mula. Cuma aku nak suruh kau stop jadi cupid.”
Cupid? Miqhal semakin tak faham.
“ Stop jadi second hero.”
Second hero?Apa semua ni? “ Weh Ad. Cakap jangan pakai kiasan boleh tak?”
“Kau tak payah nak act like a second hero macam dalam drama Korea tu. Kau tak payah nak berkorban untuk kebahagiaan K. Kau fikir satukan K dengan Denn, akan buat K happy? Macam tu?” dah lama Ad ingin menjelaskan perkara sebenar kepada Miqhal, cuma belum jumpa masa yang sesuai lagi. Dan lepas kejadian jumpa Miqhal dengan awek cantik kat Pegasus Cinema(PC) hari tu sampai buat K hilang selera tengok wayang, selera makan dan semua selera, Ad rasa masanya dah tiba untuk memaklumkan pada Miqhal segala-galanya. Kalau dia tak jadi orang tengah, siapa lagi? Nak harapkan Denn? Hampeh!
“ Memanglah. K sukakan Denn. Jadi tak salah kalau aku nak satukan mereka. Aku just nak buat K happy!” Miqhal menegakkan pendapatnya. Memang itupun niatnya sejak dia tahu yang K sukakan Denn. Dia memang nak satukan mereka tu. Sebab baginya, dengan cara itu, K akan bahagia.
“ Aku malas nak terang panjang lebar kat kau. Aku just nak cakap satu benda je.” Miqhal diam, menanti bicara seterusnya dari Ad. “K suka kau. Bukan Denn. Bukan aku. Tapi dia suka kau. Aku tahu kau suka K jugak. So... Ushar dia der! Jangan sampai dia terlepas. Sebab aku rasa aku tak pernah tengok mata kau bersinar bila tengok ‘lelaki’ macam kau tengok K mula-mula dulu!”
U-TURN
No comments:
Post a Comment