“ Bukan adik yang tak nak kerja. Dah daddy and bunda tak benarkan, macam mana adik nak kerja?” Denn bersuara mempertahankan diri apabila Ezzat; abang dan Aween; kakaknya sibuk berpakat untuk mengutuk menyindir memperli dan yang sewaktu dengannya. Tak habis-habis lagi nak bangkitkan hal tu.
“ Kalau kerja pun, kau reti ke nak kerja?? Dari kecik lagi dok terperap dalam rumah ni.” tukas Aween dengan jelingan tajamnya. Kalau Denn tak lahir ke dunia, dia lah akan menjadi anak bongsu dan mungkin jugak anak kesayangan tapi semuanya berubah bila Denn lahir. Tambahan pula dengan ‘keistimewaan’ yang Denn ada. Walaupun dia tidaklah benci sangat dengan Denn, tapi bila Ezzat dah mulakan sesi kutuk-mengutuk ni, dia join jugak!
“ Kalau kau kerja pun kau akan menyusahkan orang kut. Sebab tu daddy dan bunda kurung kau dalam rumah ni.” tambah Ezzat lagi. “ Tapi still aku tak puas hati lah dengan kau ni. Aku dengar Daddy ada projek untuk kau.”
Denn berpaling. Tak tahu pulak dia kalau projek-projek macam tu. Daddy pun tak ada bagitau apa-apa pun tentang tu. “ Projek apa?”
“ Entah... Projek untuk orang-orang kurang upaya macam kau agaknya.” Ezzat dan Aween gelak.
Denn mengetap bibir geram. Memang tak berubah lagi hobi Ezzat dengan Aween ni. Masih lagi suka menyindir Denn. Nasib baiklah mereka tak tinggal serumah. Kalau tak, peratus Denn untuk bergelar orang gila memang akan menaik.
Dan Denn terus bangkit tinggalkan kolam renang.
“ Wehh, kau nak pergi mana tu?” suara Ezzat tidak memberi apa-apa kesan kepada Denn. “ Aku belum habis cakap lagi lah!”
Denn masih meneruskan langkahnya walau langkah terasa berat. Hati tiba-tiba rasa sebak. Mata dah panas semacam. Akhirnya dia kalah. Dia terduduk di satu sudut di ruangan menonton. Sakitnya bila kena hina. Apatah lagi hinaan tu semua datang dari darah daging sendiri. Orang yang diharap untuk melindungi turut mencercanya.
Bukan dia pinta untuk menjadi ‘istimewa’ di mata daddy dan bunda. Bukan dia pinta untuk menjadi anak kesayangan dalam keluarga itu. Tak... Dia tak pernah minta semua tu! Kalau diberi pilihan, dia lebih rela menjadi orang biasa. Anak biasa. Macam Aiqal. Macam Ezzat dan Aween. Yang apabila berbuat salah akan dihukum oleh daddy! Bukan seperti dia... Walau sebesar mana pun salahnya, jarang daddy dan bunda nak berkasar dengannya. Dan semua itu sebab apa? Sebab dia istimewa! Sebab dia...cacat! Dia tak kenal erti warna! Tak pernah tengok warna! Hidupnya hanya hitam putih.
Dia tak pernah dapat melihat betapa cantiknya dunia yang berwarna-warni. Bumi yang hijau dengan alam semulajadi. Dia tidak pernah dapat melihat semua tu. Pokok, hitam. Bunga ros kaler pink pun hitam dipandangan matanya. Benda indah-indah semuanya jadi tak indah.
Air mata dah mengalir di pipi Denn. Bukan dia tak pernah dihina, pernah! Malah selalu. Tapi entah kenapa hari ini dia terlalu rapuh nak menerima semua kutukan tu. Sakitnya hati Tuhan saja yang tahu!
Kalaulah dia boleh sembuhkan penyakit dia tu, memang dia akan buat. Dia jugak ingin menjadi normal. Hidup macam orang lain. Ada kerja sendiri. Ada duit sendiri. Dia juga ingin merasa macam mana rasanya mendapat gaji pertama. Tapi dia tidak mampu... Bunda dengan daddy dah bersepakat tidak membenarkan dia bekerja, dia nak buat macam mana? Nak menengking melawan? Memang tak akan di buat. Dia tak nak jadi anak derhaka.
Dari dulu lagi hidupnya macam ni. Sentiasa dipenuhi dengan kata-kata kutukan sehingga menyebabkan dia tekad untuk keluar dari sekolah. Hari-hari dia kena buli kat sekolah, siapa yang tahan? Jenuh kena paksa dek daddy dan bunda, tapi dia masih dengan keputusannya. Dia dah tak mampu nak tahan semua tu dan lebih baik lagilah dia lari dari keadaan. Dan penghujungnya,pada umur dia 11 tahun dia bersekolah di rumah.
Bukan tidak ada yang memberi moral support, ada. Daddy, bunda dan Abang Aiqalnya selalu memberi kata-kata perangsang dan menaikkan semangatnya. Tapi seperti biasa, dia sentiasa kalah dengan kutukan-kutukan Ezzat dan Aween, si kembar yang satu kepala.
“ Adik...”
Denn rasa bahunya disentuh oleh seseorang. Dia mendongak. Seorang lelaki berdiri dihadapannya dengan muka yang penuh concern.
“ Nangis?” soal Aiqal. Pipi Denn yang basah itu tak mampu nak sembunyikan apa-apa lagi. “ Setan duaorang tu buat apa sampai adik nangis macam ni? Bagitau abang!” macam tengah pujuk budak kecik tapi itulah yang dia selalu buat bila Denn kena buli oleh adik dia yang dua orang lagi tu. Sebagai abang sulung, dia lebih bersikap melindungi.
“ I’m okay!” tegas. Denn terus berlalu pergi.
Aiqal mengeluh. Dia bersimpati dengan nasib adik bongsu dia tu. Dari kecik sampai besar hidup dengan dunia sendiri. Tapi nasib baik jugaklah dia ada kawan. Aiqal kenal dengan Miqhal, Ad dan K yang selalu datang ke rumah ni. Dan Aiqal berterima kasih dengan budak tiga orang tu sebab buat Denn menikmati hidupnya. Miqhal, Ad dan K terima adik dia tanpa melihat kekurangan Denn. Itu yang membuatkan Aiqal kurang mengerti kenapa Ezzat dan Aween tidak dapat menerima kekurangan Denn seperti Miqhal, Ad dan K menerima semua itu? Sedangkan Ezzat dan Aween merupakan keluarga dan selalunya keluarga lebih memahami lebih mengenali kita berbanding dari orang luar. Memang betullah ada masanya keluarga macam orang luar... Dan orang luar macam keluarga.
U-TURN
No comments:
Post a Comment