_never leave_
Selepas kenduri di rumah Nasyrah hari tu, hubungan Denn dan Nasyrah semakin akrab. Mula-mula memanglah Denn agak kalut bila kena berdepan dengan Nasyrah, tapi bila dia mula kenal gadis itu dengan lebih dekat, dia rasa senang. Rasa kurang yakin sebelum ini macam dah pergi begitu je. Sebab Nasyrah memang jenis yang ceria dan banyak cakap.
Cuma Nasyrah belum diberitahu tentang kekurangan diri Denn. Denn pula kalau boleh tidak mahu Nasyrah tahu yang dia buta warna. Sebab dia khuatir Nasyrah tidak lagi mahu berkawan dengannya bila gadis itu tahu yang dirinya cacat. Tapi sampai bila dia boleh merahsiakan semua itu?
Denn dan Nasyrah sedang beratur di kaunter. Mungkin kerana hari ini hari Ahad, jadi keadaan dia Giant memang agak sesak. Nak bayar pun kena beratur panjang. Nasib baiklah barang yang kena beli banyak. Kira macam berbaloi lah jugak beratur panjang-panjang macam sekarang ni. Kalau setakat nak beli Coke setin, memang buang masa lah!
“ Alamak!!”
“ Kenapa ni?” Denn pandang Nasyrah kat sebelah.
“ Lupa nak ambik sagu.”
“ Sagu?”
“ Ya. Mama pesan suruh beli sagu... Awak tolong ambilkan untuk saya, boleh?” pinta Nasyrah.
“ Demi awak, no hal punyalah!” Denn tersenyum riang.
Nasyrah tersenyum. “ Awak ambil yang kaler pink tau. Sagu ni ada macam-macam kaler. Mama pesan suruh beli kaler pink. ” tambahnya lagi. “ Ambil dua paket.”
Terus hilang senyum di bibir Denn. Pink? Macam mana nak aku nak tahu yang mana satu pink? Masalah!! Masalah!!
“ Kenapa?” soal Nasyrah yang perasan perubahan riak wajah Denn. Denn hanya menggeleng seraya tersenyum hambar. “ Kalau awak tak nak, tak apalah... Saya boleh ambil sendiri.”
“ Ehh, takpe... Takpe. Saya ambil untuk awak. Tunggu sini okey?” Denn terus melangkah pergi.
Nasyrah tersenyum nipis. Dia bukannya nak menyeksa Denn. Dia tahu Denn penat lepas pusing Giant ni. Nasyrah bukannya kejam sangat pun. Cuma dia ada agenda tersendiri yang perlu dilaksanakan.
Denn berhenti ditempat paket sagu digantung. Berkerut dahinya memandang apa yang terpamer di depan mata. Memanglah kat paket ada tulis sagu tapi tak ada pulak tulis warna apa. Memang masalah! Denn mengeluh keras. Lama jugak dia berdiri kat situ tapi apa yang dia dapat lihat, sama. Tak ada perubahan. Sagu itu tetap berwarna hitam! Dan akhirnya dia menutup mata dan ambil dua paket sagu tanpa melihat. Mudah-mudahan nasib menyebelahinya kali ini! Mudah-mudahan sagu yang diambilnya memang warna pink!
Selepas beberapa minit, Denn kembali berdiri disebelah Nasyrah.“ Nah.” paket sagu dihulur.
Nasyrah menyambut juga huluran Denn. Memang seperti yang dijangka sagu itu bukanlah berwarna merah jambu sebaliknya berwarna hijau. Nasyrah tersenyum seraya menggelengkan kepalanya. Paket sagu itu dimasukkan jugak ke dalam troli.
Denn tidak berani nak menentang mata Nasyrah. Dia tidak tahu samaada sagu yang diambilnya itu berwarna merah jambu atau bukan. Kalau bukan warna merah jambu, mesti Nasyrah dah menyoalnya macam-macam. Tapi Nasyrah diam je. Tak ada soal apa-apapun. Denn tersenyum sendiri. Mungkin nasib menyebelahinya hari ini...
***
“ Aku dah cakap dah... Kalau hari hujan, tak payah datang. Degil sangat ni kenapa? Tengok apa dah jadi sekarang?” Miqhal bengang bila tengok K yang dah basah kuyup. Bukan basah kuyup je, tapi skuter dia kemek sikit kat bahagian tepi. Bila tengok skuter K macam tu, Miqhal terus merapati K. Tubuh gadis itu dibelek-belek. Memang sah budak ni accident! Badan luka-luka! “ Kalau kau tak degil, benda ni tak jadi tau K. Boleh tak sekali-sekala tu kau dengar cakap aku?” lengan K dicengkam dan tubuh itu macam melayang bila Miqhal heret dia masuk dalam rumah.
K tak mampu nak kata apa-apa. Tak sangka Miqhal boleh marah sebegitu rupa. Niat di hati nak menggembirakan Miqhal je. Tadi Miqhal call ajak teman dia berbuka puasa bersama kat rumah Miqhal memandangkan parents dia berbuka kat luar. Tapi bila hujan turun, Miqhal call sekali lagi cakap cancel je, tak payah pergi rumah dia. Tapi masa tu K dah on the way. Malas nak berpatah balik walaupun hujan semakin menggila. Dan kat simpang nak masuk Bougain Height tempat tinggal Miqhal, motor K hilang kawalan sikit. Tahu-tahu je, dia dah cium jalan raya! Nasib baik tak ada apa-apa. Nasib baik jugak tak banyak kenderaan lalu situ. Kalau tak, beraya kat hospital la gamaknya!
K tersentak bila Miqhal mendudukkan dia di sofa ruang tamu. Kasar! Kemudian dia tengok Miqhal berlalu entah pergi mana entah. K rasa macam nak nangis. Sebab Miqhal tak pernah sekasar ini dengan dia. Kalau Miqhal tak suka dia datang, Miqhal boleh suruh dia balik je. Miqhal tak perlulah nak layan dia macam ni.
Miqhal datang semula dengan first aid kit kat tangan kanan dan tuala kat tangan kiri. Dia duduk berlutut di permaidani. First aid diletak kat atas meja dan towel diletak kat sebelah K. “ Bak sini, aku tengok luka kau tu!” tukasnya masih lagi dengan nada kasar. Macam orang terpaksa.
K tak memberi respon. Matanya masih tak beralih dari tengok Miqhal. Rasa macam tak percaya. Lelaki kat depan dia ni Miqhal ke bukan? Ada jin ke dalam badan Miqhal sampai Miqhal jahat sangat dengan dia?
“ Sinilah! Nak aku ulang banyak kali jugak, baru nak faham?” tangan K ditarik supaya Miqhal boleh lihat luka di telapak tangannya. “ Kalau tak buat aku risau sehari tak boleh ke?” bebel Miqhal perlahan tapi masih boleh didengari oleh K.
K terus merentap kasar tangannya dari genggaman Miqhal membuatkan lelaki itu merenungnya tajam. Mungkin terkejut bila K bertindak begitu. “ Kalau kau rasa aku ni menyusahkan kau, aku boleh balik. Aku tak ingin pun benda ni jadi. Aku tak mintak pun jatuh motor.” Mendatar K bersuara tapi mata dah rasa panas semacam. Bila-bila masa je air mata boleh mengalir.
Miqhal menghela nafas panjang. Bila tengok muka K, dia tahu gadis itu tersinggung. Sebab kekasarannya barangkali. Dia bukan sengaja nak berkasar, tapi tengok K dalam keadaan macam tu,dia rasa bengang tiba-tiba. Dia dah larang K pergi, tapi K tak dengar larangannya. Makin buat dia geram. Nasib baik luka sikit je? Macam mana kalau teruk? Miqhal takut nak menghadapi semua itu! Kalaulah benda tu betul-betul terjadi, pasti dia tidak akan dapat berhenti dari menyalahkan diri sendiri. Sebab kalau tidak kerana dia yang menyuruh K untuk pergi ke rumah, semua itu takkan berlaku kan?
Miqhal capai lagi tangan K tapi K pantas menepis. “ Jangan melawan boleh tak??” tengking Miqhal. “ Degil!”
K tergamam. Lepas tu dia hanya membiarkan luka kat tangan dan kakinya dirawat oleh Miqhal. Dia dah tak melawan lagi dah lepas tu. Pertama kali kena tengking Miqhal. Pertama kali Miqhal meninggikan suara padanya. Rasa macam sakit sangat. Rasa macam ada benda tajam tusuk kat dada. Dan rasa macam nak..
Tangan Miqhal yang melekatkan plaster di luka terakhir terhenti bekerja bila ada air jatuh kat tangannya. Dia mendongak. Memang tepat jangkaannya. K tengah nangis! Cepat-cepat Miqhal menyiapkan kerjanya walau hati dah resah. Dia telah buat K nangis!
Lepas tu, tuala yang diletakkan di sebelah K tadi, dicapai. Dan dia berdiri mencangkung. Tengok wajah K yang basah. Dia mengeluh. Kat luar hujan, kat dalam pun ‘hujan’... Masalah!
“ K...” Miqhal bersuara.
“ Aku nak balik.” K dongak kepala, nak tahan air mata dari jatuh. Tapi macam tak berjaya je. Sebab air mata dia makin deras mengalir. Dah tak dapat nak tahan lagi dah.
Makin menggunung rasa bersalah dalam diri Miqhal. “ Aku tak nak hilang kau. Nasib baik luka kecik je, kalau teruk macam mana? Kalau kau tinggalkan aku macam mana? Aku tak nak benda tu terjadi. Aku taknak hilang kau.” lembut suara Miqhal memujuk. Pipi K yang basah dilap dengan tuala. “ Sorry. Aku tak marah kau. Tadi tu aku bengang dengan diri sendiri. Aku patut jemput kau dari rumah bukannya biar kau datang sini sendiri. Kalau tak, semua ni takkan jadi.”
K cepat-cepat berpaling ke lain. Rasa macam tak patut je dia menangis depan Miqhal. Hanya kerana kena tengking, dia boleh nangis macam orang kena belasah? Sedangkan dulu masa kena tengking dengan cikgu kat sekolah, dia boleh lagi gelak-gelak. Tapi bila Miqhal tinggikan suara sikit, dia dah menangis teruk! Apa cerita??
“ Tuan Miqhal, dah nak masuk waktu berbuka.” datang seorang perempuan mendekati mereka.
Miqhal memandang Lina, pembantu dirumahnya. “ Dah siapkan makanan?” soalnya.
“ Sudah, tuan.”
Miqhal mengangguk.“ Awak boleh pergi.”
Perempuan itu kemudiannya berlalu ke belakang semula. Tinggal Miqhal dengan K.
“ Jom.” tukas Miqhal, masih dengan nada memujuk. K masih tak bagi reaksi. “ Kesian dia... Sanggup tu tempuh onak dan duri semata-mata nak berbuka puasa dengan aku. Sampai luka-luka badan.” seloroh Miqhal. “ Dah alang-alang kau berkorban untuk aku, tak guna jugak kalau kau balik tanpa berbuka dengan aku kan? Sia-sia je pengorbanan. Sia-sia je jatuh motor.” K tenung Miqhal tajam. Miqhal senyum. “ Jom..?”
K geleng. “ Aku nak balik.” Dia dah berdiri. “ Aku tak nak susahkan kau.” memang dia kecik hati sekarang ni!
Miqhal turut berdiri. “ Alolololooo... Merajuk pulak.”
K merengus! Menyampah betul la! Tadi dah marah-marah orang, dah tengking-tengking orang, ni nak bergurau senda pulak!!
“ Dah.. Dah.. Lepas berbuka nanti, sambung lagi rajuk kau tu.” Miqhal dah paut bahu K dan dorong gadis itu supaya mengikutinya. Pada mulanya K mengeraskan badan tapi bila Miqhal masih memaksa, akhirnya dia menurut jua. “ Naik atas, bilik pertama sebelah kanan. Tukar baju tu.” arah Miqhal bila sampai di kaki tangga.
Bila berbuka puasa, keadaan sunyi je. Dah macam tengah berbuka puasa dalam library! Senyap. K masih dengan rajuknya. Mogok tak nak bercakap dengan Miqhal, tapi makan tetap makan! Berselera pulak dia makan walau lepas nangis tadi! Miqhal pulak, tengok je lah K makan. K nampak cute dengan baju-T hijau miliknya tersarung di badan gadis itu. Tapi bimbang jugak, budak tu masih tak nak cakap dengan dia! Masalah....
***
Selepas kejadian hari tu, K masih tak nak tegur Miqhal. Tapi Miqhal asyik kejar dia. Dalam sehari, Miqhal call dia banyak kali tapi satu pun tak dilayan oleh K. Masih merajuk lagi tu. Dah banyak dah SMS yang Miqhal hantar, dia baca, tapi dia tak reply. Dia bukanlah merajuk sangat pun, dia cuma nak tengok sejauh mana kesungguhan Miqhal nak pujuk dia.
“ K!”
“ Ya, mak??” K masih bermalas-malas di ruang tamu. Lyqa kat sebelah tengah layan telemovie sempena hari raya kat TV3. Cerita hari raya ni macam biasalah. Kalau tak sadis, tak dramatik, tak ada yang mati, bukan cerita lah tu!
“ Kenapa Miqhal hantar SMS dengan mak ni?”
Hah?? K terus berlari ke dapur mendapatkan Puan Khalija. “ Mana mak?”
Puan Khalija menghulurkan telefon bimbitnya pada K. “ Gaduh ke?”
K tak menjawab soalan maknya sebaliknya dia tengah teruja nak tengok SMS si Miqhal ni. Tengok apa dia cakap...
Aunty. Di sini, sy, Daiym Miqhal, ingin mnyusun 10 jari meminta maaf kpda aunty krna sy telah buat ANAK aunty yg bnama KYRA KHALESYA menangis. Sy mintak ampun mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, aunty. Sy x sengaja. Tlg pujuk ank aunty bagi pihak sy. X baik merajuk lama-lama. Tlg peluk cium anak aunty untuk sy. Eheh, acah je. Selamat Hari Raya, aunty. Sy mintak maaf!
“ Bukan main lagi si Miqhal tu. Siap peluk cium lagi. Dia buat apa dengan K sampai K nangis?” soal Puan Khalija dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.
K tergelak bila habis baca SMS dari Miqhal. Bagero! Miqhal siap pakai ayat skema lagi tu! Dah puas hantar SMS kat aku, sekarang ni dia nak guna mak aku pulak ya??
“ K..Mak tanya ni.” Puan Khalija bersuara lagi. “ Miqhal pukul K?” senyuman di bibir Puan Khalija sudah hilang diganti dengan riak wajah risau.
“ Takde la mak. Ada pulak fikir macam tu. Sebelum dia pukul orang, orang yang dulu belasah dia tau mak!”
“ Habis tu kenapa K nangis?”
“Jangan risau, dia tak buat apa-apa pun.” K sengih. Kalau la mak tahu yang dia menangis hanya kerana Miqhal marah dia, mahu mak nya gelak sakan. Kalau tak gelak pun, mak pergi belajar macam mana cara Miqhal marah sampai buat aku nangis. Sebab dia belum pernah lagi nangis kalau mak marah. Dia sengih-sengih lagi adalah. Jadi, Miqhal memang hebat sebab dah berjaya buat dia nangis!
K letak telefon bimbit Puan Khalija atas meja. “ Mak masak apa untuk berbuka?” dia dah tukar topik, jadi faham-fahamlah!
***
“ Dah besar panjang pun main bunga api jugak?” Denn dah merapati Nasyrah yang tengah sibuk layan anak saudara dia main bunga api.
“ Hye Uncle Denn!” tegur Hazeeq, anak kepada kakak Nasyrah.
“ Hye, Hazeeq!” Denn mengusap lembut kepala Hazeeq. “ Adik mana?” Denn tahu yang Nasyrah ada dua orang anak saudara iaitu Hazeeq dan Hazeeqah, adik kepada Hazeeq.
“ Adik tidur lah Uncle. Uncle nak main?” Hazeeq dah hulur satu bunga api pada Denn.
Denn mengambilnya lalu mendekati pelita. Hujung bunga api tu dicucuh pada api pelita. Dan kemudian bunga api pun bernyala. Dia kembali merapati Nasyrah. “ Cantik kan bunga api ni?” soalnya lalu memandang Nasyrah kat sebelah. “ Colourful!”
Nasyrah tersenyum nipis. Wajah Denn ditenung. Tapi lelaki itu cepat-cepat berpaling ke depan semula. Nasyrah menggeleng kepala. Denn masih tidak boleh menatap matanya. Lelaki itu masih malu! Dah macam perempuan pulak dah!
“ Baju raya kaler apa, Cik Nasyrah?” tukas Denn tanpa memandang Nasyrah.
“ Tahun ni tema kaler pink... Awak?”
Denn tunduk sekejap sebelum kembali mengangkat muka. Aku? Tiap-tiap tahun kaler hitam. Tak pun putih. “ Bunda pilih kaler hijau.” Denn jawab jugak soalan Nasyrah tadi.
“ Ooo... Bunda pilih? Kenapa awak tak pilih?”
Sebab saya tak kenal warna! Denn senyum pahit. Tapi senyumannya tersembunyi dari dilihat oleh Nasyrah. “ Tahun lepas saya yang pilih theme colour.” hanya untuk menyembunyikan kebenaran. “ Tahun ni, jangan lupa beraya kat rumah saya tau!”
“ Takkan lupalah... Awak tu je yang lupa nak pergi rumah sebelah ni nanti. Kalau family Aunty Mona datang, tak pernahnya anak dia yang nama Denn tu ada sekali.”
Denn gelak kecil. Memanglah aku tak ada! Sebab aku tak mampu nak tengok kau! “ Tapi kali ni, pagi-pagi raya lagi saya dah jenguk rumah awak! Siap sedia la ye!”
“ Pagi raya nak buat apa?”
“ Nak mintak maaf dengan awak lah. Nak duit raya sekali! Boleh?”
Nasyrah senyum. “ Boleh. Lepas tu, kena tolong saya layan tetamu, boleh?”
Denn senyum. Pagi raya aku dah bersama dengan dia. Tolong dia layan tetamu. Dah macam suami isteri sambut raya! Sungguh sempurna hari itu nanti! “ Pleasure, lady..”
“ Uncle!” Hazeeq tiba-tiba menjerit.
Perhatian Denn dan Nasyrah terus tertumpu ke arah Hazeeq yang dah berlari mendapati mereka. Tadi dia dok sibuk dengan bunga api dan pelita kecil dia tu. Mungkin bunga api dah habis stok kut, sebab tu lah tiba-tiba datang.
“ Ya Ziq?” Denn bersuara.
“ Tahun ni uncle ikut kitaorang balik kampung Nek Opah tau!”
Denn gelak. “ Mana boleh.”dia sempat jeling Nasyrah kat sebelah, nak tengok reaksi gadis itu. Nasyrah hanya tersenyum.
“ Kenapa tak boleh? Boleh je..” selamba Hazeeq menjawab.
“ Mana muat kalau uncle nak ikut sekali...” Denn dah duduk mencangkung lalu meletak tangannya di bahu Hazeeq yang dah berdiri disebelahnya.
“ Alaa..Muat! Kalau tak muat, nanti uncle boleh duduk atas aunty.” Denn dan Nasyrah dah berpandangan sesama sendiri. “ Aunty boleh pangku uncle. Macam yang aunty selalu buat kat Hazeeq tu. Kan aunty kan?” petah sungguh Hazeeq berkata-kata.
Denn dah ketawa. Nasyrah tersenyum malu. “ Aunty mana boleh pangku uncle. Uncle kan berat.” Denn mencubit pipi Hazeeq. “ Tapi... Uncle boleh pangku aunty.” Denn sengaja memperlahankan suaranya tapi Nasyrah masih dapat mendengar. “ Kan aunty kan?” Denn mendongak melihat Nasyrah.
Nasyrah hanya ketawa kecil. Denn.. Denn.. Diam-diam berisi jugak kau ni ye. Dalam malu-malu tu pandai jugak nak mengusik orang!
U-TURN
No comments:
Post a Comment