“ Pergi mana semalam? Balik malam-malam buta!” Puan Khalija merenung wajah anak sulungnya yang masih dengan set baju tidur walau jam dah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Macam ni lah rupa dia bila tak kerja. Hari Sabtu macam ni memang masa untuk K berehat sebab selalunya dia cuti dari menjadi pelayan kat Ours Diner. Tapi tak sampai ke mana pun rehat dia tu, petang karang confirm dah pergi sukat jalan dengan geng-geng dia. “ Mak bukan tak suka kamu berkawan dengan diaorang. Mak cuma risaukan kamu...” tambah Puan Khalija lagi bila anak sulungnya itu tak menjawab apa-apa, masih dengan milo panas sambil merenung menembusi tingkap dapur. Entah apa yang direnung agaknya.
“ Mak... Orang reti jaga diri laa.” perlahan K menjawab.
“ Tahulah reti jaga diri tapi mak tetap risau jugak. Kamu tu anak mak... Anak sulung... Mak tak nak sesuatu yang buruk terjadi kat kamu. Kat luar tu macam-macam ada K.”
Apa mak aku ni..Nak buat iklan Astro pulak dia...
“ Jenayah sekarang dah semakin berleluasa. Bunuh sana. Rogol sini. K tak takut ke?”
K mengeluh malas. “ Mak... Kalau ikut sangat perasaan takut tu, semua orang duduk terperap je dalam rumah tau mak? Lagipun..siapa yang nak rogol K ni mak?” mak aku ni pun... Cakap cubalah pakai logik sikit! “ Mak takyah risau pening-pening kepala dok fikir pasal orang lah mak... Kalau orang keluar pun, bukan dengan orang lain. Dengan Denn, Ad dan Miqhal jugak. Mak tahu mereka tu baik kan?”
Puan Khalija tak terus menjawab. Anak sulungnya ini kalau part nak melawan cakap orang memang dia lah juara. Ada je yang dibidasnya bila kita cakap sikit. Tapi kata-kata K selalunya dapat diterima akal fikiran jugak. Memang kalau dia keluar, dia akan bersama dengan budak bertiga tu dan Puan Khalija sendiri sudah kenal dengan anak muda kawan K itu semua.
“ Kalau bukan kerana diaorang, orang tak dapat basikal tu balik mak..”
K teringat balik kejadian dua tahun yang lepas. Masa itu lah dia mula mengenali Ad, Denn dan juga Miqhal. Kejadian yang berlaku di Bougainvillea Park tak jauh dari kawasan perumahan K. Masa dia tengah dok syok-syok seorang diri layan aiskrim, tiba-tiba ada budak kecik cuba nak bawak lari basikal dia. Nasib baik dia perasan tentang tu dan dia tak tunggu lama terus pergi kejar budak kecik yang tak ada sivik tu.
Dan dalam kejar-mengejar, dia terlanggar seorang pemuda yang tengah syok borak dengan member dia. Dua-dua jatuh. K tak tunggu lama, dia bingkas berdiri semula. Dan sambung lari balik sambil jerit-jerit maki hamun budak pencuri yang tengah berusaha sedaya upaya mengayuh laju basikalnya. Sampai satu lorong kawasan perumahan, dia dah semput. Dia dah tak mampu nak lari lagi. Tapi tiba-tiba ada tiga orang pemuda lari melepasinya yang berhenti kat tengah jalan. Dan salah seorang dari pemuda tu sempat berpaling dan bagi isyarat yang diaorang akan kejar budak tu. Masa tu K memang lega sangat-sangat sebab masih wujud jugak makhluk yang prihatin hidup di muka bumi ini.
Dan K bersyukur sangat-sangat sebab diaorang berjaya tangkap budak lelaki tu bila budak tu kemalangan kecil langgar batu besar. Nasib baik tak apa-apa dan nasib baik jugak basikal itu pun tak ‘cedera’ teruk. Itu basikal bukan sebarang basikal. Basikal tu boleh terbang! Haha. Dalam mimpi! Tapi betullah... Basikal tu bukannya boleh ditukar ganti sebarang. Sentimental value tinggi jadi takkan dapat kat mana-mana basikal lain. Waima basikal yang boleh transform jadi jet pejuang sekalipun, takkan dapat menggantikan basikal Mountain Bike hitam yang dah bersemadi kukuh dalam hati K. Cewahh... Semenjak dari itu, K mula rapat dengan Ad, Denn dan Miqhal yang berhati mulia tolong dia kejar pencuri!
Puan Khalija tersenyum hambar. Dia tahu betapa K sayangkan basikal pemberian arwah ayah dia tu. Kalau boleh dibawa tidur, memang itulah yang akan dilakukan oleh anaknya. “ Ikut suka kamu lah K... Yang penting, kamu jangan buat benda tak senonoh kat luar tu.”
“ Contoh?” K mengecilkan mata memandang emaknya.
“ Jangan nak cuba-cuba ambik dadah. Jangan nak kerja jadi drug-dealer ke apa...”
“ Hishhh! Tak pernah terfikir pun mak!”
“ Baguslah. Jangan tau cakap je.”
“ Janji mak!” K angkat tangan lagak macam angkat sumpah. “ Lyqa mana? Takkan tak bangun lagi kut?” soal K acuh tak acuh. Dari tadi tak nampak bayang adik dia yang sorang tu. Mana pulak perginya di hari cuti begini. Takkan pergi sekolah kut? Bapak rajin kalau betul pergi sekolah!
“ Dah keluar. Dengan kawan dia.”
“ Ooooo... Lepas ni orang pun nak keluar.” K sengih bila Puan Khalija dah membuntangkan matanya. Mesti tak nak kasi keluar lah tu sebab semalam dari subuh sampai nak masuk subuh balik dia keluar. Lepas balik dari Pearl Beach, lepas semua persengketaan antara dia dan Miqhal selesai, diaorang sambung balik berseronok di taman tema di SummerShine.“ Boleh kannnn???”
U-TURN
No comments:
Post a Comment