Sunday, 22 January 2012

U - Turn 2


“ Oiii! Kalau ya pun kebulur, malu-malulah sikit! Tuan rumah belum jemput makan lagi kau dah memandai nak ambik makanan!” Si chinese-look menyiku kawan di sebelah yang dah ready nak ambik makanan. Belum sampai seminit diaorang jejak kaki kat rumah agam ni, tapi budak seorang ni dah sedia dengan pinggan kat tangan. Advance gile! Tuan rumah pun belum nampak muka lagi, dia dah ready nak makan!
 “ Kau kata Miqhal suruh datang sini makan, kan? Ni kita dah datang apa tunggu lagi? Makanlah!” si cap Quiksilver merah-biru dikepala menjawab bengang apabila dirinya dihalang dari makan. Perut dahlah lapar gila tapi si Ad ni sibuk nak bersopan-santun berbudi bahasa pulak! Macamlah orang lain tengok apa yang dia buat. Orang-orang kaya yang ada ni semua takkan peduli hal merekalah.
“ Kalau ya pun, tunggulah Miqhal datang dulu. Ni Miqhal belum nampak batang hidung pun lagi kau dah nak melantak!” si cermin mata bingkai hitam pulak mencelah.
“ Apa kena mengena batang hidung Miqhal dengan perut aku yang dah bawak lagu Metalicca ni?”
Papppp!!
“ Awww!!” terjerit si topi Quiksilver merah-biru itu apabila kepalanya ditampar oleh seseorang dari belakang. Dia pantas berpaling lipat maut dengan muka yang dah nak bertukar jadi Hulk. “ Agak kasar ye gurauan anda tu!” ditenungnya Miqhal yang sudah mengambil tempat disebelahnya.
Miqhal mencebir. “ Kata kau dengan Denn je, ni kau bawak T-rex ni kenapa?” dia menyoal Ad yang tersenyum dihadapannya.
“ Kalau aku tak bawak dia, kau pulak yang sibuk soal macam-macam. Ni aku dah bawak, kira okeylah tu!” jawab Ad.
Miqhal tidak menjawab sebaliknya dia mengiakan kata-kata Ad itu dalam hati. Kalau budak T-rex ni tak ada, dia akan sibuk suruh Ad pergi ambil sebab takkan lengkap sesi makan-makan kalau Dinasour ni tak ada sama. Miqhal mengerling sekilas budak sebelah yang masih berwajah bengang.
-K-
Umur: 22 tahun
Status: Single (sebab jual mahal sangat..) 
Tentang dia: berwajah comel sebab itulah dia menjadi pelayan yang paling diminati di OD. K ni bekerja sebagai pelayan di OD. Dia adalah yang paling muda diantara yang lain dan kerana faktor itulah dia sering menjadi mangsa buli. Dan dia hanya mampu menerima dengan redha. K seorang yang happy go lucky, banyak cakap,banyak makan, banyak kerenah dan macam-macam ‘banyak’ lagi. K bukan K kalau tak ada cap Quiksilver merah-biru tersarung dikepalanya! Bila dia tak ada, akan keluar suara-suara sumbang yang bertanya, ‘Budak kecik mana?’ ataupun ‘Weii, aku baru nak ajak pergi makan. Mana  dinasour?’ ataupun ‘K mana? Radio kereta aku takleh pakaila... Aku nak suruh dia nyanyi!’ Dan kerana itulah dia merupakan orang yang terpenting dikalangan mereka. Kalau nak pergi mana-mana, dia mesti turut serta!
Info tambahan: Berasal dari keluarga yang sederhana. Mempunyai seorang adik perempuan yang masih bersekolah. Bapanya meninggal semasa dia masih bergelar budak high school lagi dan tinggALLAH mak dia sorang-sorang menyara mereka. Dan kerana tidak sanggup untuk terus melihat maknya bersusah payah bekerja mencari duit, K pun mengambil keputusan untuk berhenti mengejar degreenya dan dengan berbekalkan diploma dalam perniagaan, dia bekerja di restoran OD.
“ Ni majlis apa ni, Miq?” soal Denn seraya menebarkan pandangan ke seluruh ruang yang berhias cantik menawan itu.
“ Entah... Majlis pencarian bakal menantu a.k.a. bakal isteri aku kut sebab dari tadi mak aku tak habis-habis nak kenalkan aku dengan anak kawan-kawan dia!” Miqhal merengus. Memanglah umur dia dah masuk 25 tahun dan dah patut ada steady girlfriend pun tapi dah dia tak berkenan dengan mana-mana perempuan, nak buat macam mana? Masanya belum tiba..
“ Memang patutlah mak kau buat majlis pencarian ni sebab kau tu dah tua tapi tak reti-reti nak kahwin lagi!” K sengih apabila sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya, Miqhal terus merenungnya tajam.
“ Korang pergilah makan.” Miqhal bersuara perlahan.
Yesss!! Makan!!” K bersorak kecil.
“ ‘Korang’ dalam ayat aku tadi tu aku tujukan untuk Ad dengan Denn je... Kau tak termasuk sekali, harap maaf.”
“ Kenapa pulak?” K tak puas hati.
“ Korang pergi makanlah.” ujar Miqhal lagi sebelum dia hilang dari pandangan dengan mengheret K mengikutnya sekali.
Ad dan Denn leka memandang Miqhal dan K yang sudah melangkah jauh meninggalkan mereka. Seketika kemudian mereka berpandangan sesama sendiri. Ad terus angkat bahu tanda tak ada idea kemana Miqhal membawa K.
                                                                                 ***
Plan esok camne?” Ad mengusap-ngusap body Lamborghini hitam itu sebelum badannya disandarkan ke kereta mewah tersebut. Lamborghini milik Encik Miqhal, sebab tu lah Ad berani nak sentuh-sentuh macam tu. Kalau milik orang lain memang dia takkan berani sentuh sebarang! Kang scratch kat mana-mana, satu hal pulak nak kena bayar ganti rugi!
Plan? Kita ada plan apa-apa ke untuk esok?” soal K dengan muka blur.
“ Hahh, ni kau punya pasal la ni Miqhal! Kau bagi dia makan banyak sangat. Otak dia pun dah lembab semacam je!” Ad tarik visor cap K sehingga menutup sebahagian dari muka K.
Uhhh please for God sake!! Jangan main cap aku boleh tak??” K menaikkan semula topinya dan terserlah wajahnya yang memang nyata tengah geram.
Wajah itu menggelikan hati Ad, Miqhal dan Denn yang melihat. Tawa mereka terus bergabung. Nasib baiklah mereka berada di luar rumah. Kalau tak tawa mereka memang akan menarik perhatian sesiapa yang mendengar. Memang beginilah selalunya. K tu dah kira macam hiburan mereka. Buli-buli, sakat-sakat tu dah macam rutin harian. Dalam satu hari tu mesti ada segmen ‘Mari membuli K!’.
“ Gelaklah! Gelak!! Ha ha ha!! Aku sepak kereta kau ni karang..!” K buat aksi macam nak sepak Lamborghini kesayangan Miqhal.
Dalam tawa yang masih bersisa, Miqhal menarik K supaya jauh dari keretanya. Takut jugak kalau K betul-betul buat apa yang dia cakap tadi. “ Kau ni... Dah cukup baik aku bagi kau makan banyak-banyak. Dalam bilik special lagi tu. Ad yang usik kau, kereta aku pulak jadi mangsa??”
K mencebir. Memang betullah tadi Miqhal bawak dia pergi masuk bilik tingkat bawah. Lepas tu ada beberapa orang orang gaji si Miqhal ni datang bawak makanan. K sendiri pun tak faham kenapa mesti dia dilayan macam tu tapi bila dah tengok makanan yang banyak dan sedap-sedap tu, dia terus lupa nak soal Miqhal apa-apa. Dia terus makan dengan riang gumbira. Masa dia bagitau Ad dan Denn kemana Miqhal bawak dia tadi, memang Ad dan Denn rasa tak puas hati sebab layanan Miqhal padanya lebih tapi diaorang tak boleh buat apa-apa sebab bukan K yang mintak dilayan macam tu. Dah memang Miqhal sayang dia lebih? Nak buat macam mana?
“ Kau okey ke Denn? Dah mintak kebenaran dari ayahanda dan bonda kesayangan kau tu?” soal Miqhal pada Denn yang memang dikenali dengan gelaran anak emak! Kalau nak bawak dia pergi mana-mana, jangan lupa sediakan borang kebenaran ibu bapa untuk diisi oleh mak bapak dia yang sayang giler kat dia. Padahal umur dah tua bangka. Dah boleh jadi bapak orang pun!
Denn tersengih, tahu yang dirinya disindir. “ Aku on!” ibu jari diangkat.
“ K?” pandangan Miqhal menala ke arah K. Begitu jugak dengan Denn dan Ad yang turut sama memandang K, menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut K.
K buat muka tak tahu apa-apa. “ Sumpah aku tak tahu apa plan korang!”
“ Hishh!!” kepala K ditolak lembut oleh Ad. Geram!
“ Ad!” suara Miqhal bergetar memberi amaran.
Bila dengar Miqhal bersuara, Ad terus diam. K pulak tersenyum menang.
Ad mencemik memandang K yang suka bila dirinya dibela. Miqhal memang! Kalau Ad atau Denn yang kasar dengan K, cepat je si Miqhal ni marah. Tapi diri sendiri, sesedap hati je nak buat K tu macam mana. Kadang-kadang Miqhal ni lagi kasar dari Ad dan Denn tapi tak ada sesiapa yang berani bersuara. Sebab dikalangan mereka,memang Miqhal lah yang bertindak sebagai ketua.Dialah ‘taiko’. Dialah ‘abang long’. Dialah ‘ayahanda’. Pendek cerita, si K tu dia yang pegang. Eh tu bukan dialog dalam cerita KL Gangster tu ke?
“ Esok kan kita dah plan nak pergi SummerShine. Kau tak ingat ke?” Denn cuba mengembalikan kembali ingatan K tentang perancangan mereka yang dibuat beberapa hari yang lalu.
“ Nak buat apa kat sana?” ternyata K masih belum berjaya mengingat semula tentang plan tersebut.
“ Bukan kau ke yang merengek-rengek kat aku ajak pergi Pearl Beach?? Ni aku dah plan sikit punya baik, kau tak ingat pulak! Cancel je lah kalau macam ni!” Miqhal dah bersuara ala-ala kecik hati.
“ Eleh! Touching pulak!” bahu Miqhal di tepuk-tepuk. K tersengih. Baru dia teringat yang dia dah berkali-kali cakap kat Miqhal yang dia teringin nak pergi Pearl Beach. Jadi diaorang punya plan yang nak ke beach esok tu hanya untuk menunaikan keinginan dia yang satu tu lah? Wahhh~ Baiknya kawan-kawanku ini! “ Aku dah ingat dah! Wahh, terima kasih ye Miq, sebab kau sanggup plan semua ni untuk aku!” K buat muka terharu.
Miqhal mencebir. “ So, semua okey eh? Tak ada apa-apa perubahan pasal esok?” soalnya lagi inginkan kepastian.
Nope!”
                                                                     U-TURN 

No comments:

Post a Comment