“ Gila doh! Sampai berpusing kepala dia tengok aku. Masa tu aku terfikir jugak, handsome sangat ke aku ni sampai pompuan cantik macam tu pun berminat sangat dengan aku. Lepas tu dia pergi kat aku.”
“ Masa tu mesti kau control macho kan??” perli Ad.
Miqhal tergelak kecil. Kalau pompuan cantik yang tengah atur jalan menuju ke arah kita, tipulah kalau kita cakap kita tak cuba nak control macho! Kalau tak control macho pun, kita tetap akan cuba berlagak cool. Benda normal tu!
“ Bila dia tegur aku, aku memang rasa bangga lah sebab by the time dia berhenti kat meja aku, aku tahu banyak mata yang tengah pandang kitaorang.” sambung Miqhal lagi sambil tangannya cekap bermain dengan stereng.
“ Perghhh! Gila perasan punya ayat!” sampuk Denn dari belakang.
“ Ingatkan dia nak ushar aku. Tapi korang tahu apa dia tanya?” kereta membelok masuk ke kawasan perumahan kediaman Denn.
Yang lain setia menanti Miqhal menyambung ceritanya tentang perempuan cantik yang menyapanya semasa dia tengah minum disebuah kafe di hotel ternama.
“ Cousin Basil kan? Bila dia sebut je nama Basil tu, aku terus tunduk. Malu! Bini Basil rupanya! Serious! Aku betul-betul tak ingat macam mana muka wife cousin aku tu! Fuhh... Kalaulah cousin aku tu tahu yang aku ni pernah perasan yang wife dia tu berminat kat aku, memang aku tak nak jumpa lagi lah dengan diaorang laki bini!”
Ad dan Denn dah ketawa.
“ Moral of the story is... Jangan perasan diri tu handsome!” ujar Ad.
Miqhal hanya tersengih. Pemanduan diperlahankan saat matanya menangkap sesusuk tubuh yang sedang berdiri dihadapan pagar rumah sebelum rumah Denn. “ Awek kau tu Denn!”
Denn dah berpaling lipat maut. Dan matanya terus terpandangkan seorang gadis yang sedang berdiri dihadapan pagar, mungkin tengah menunggu seseorang.
Miqhal menurunkan cermin tingkap dibahagian Denn dan membunyikan hon. Gadis itu mengangkat muka lantas tersenyum ke arah Denn.
“ Cehwahhh... Dia senyum tuuuu!!” Ad dan Miqhal dah bising di tempat duduk hadapan.
Tapi Denn senyum pun tak dapat. Dia statik ditempatnya. Rasa macam kena sampuk bila gadis bernama Nasyrah itu tersenyum padanya. Nak balas senyuman gadis itu pun Denn rasa tak berdaya.
Kereta dah berhenti dihadapan pagar rumah Denn tapi Denn masih kaku ditempatnya. Ad dan Miqhal berpandangan sesama sendiri sebentar sebelum kembali melihat Denn. Apa kena pulak budak sorang ni?
“ Woii!!” sergah Miqhal membuatkan Denn tersedar dan terpinga-pinga sekejap. “ You’re critical!”
“ What ?” soal Denn tak faham.
“ Critical! Dia baru senyum sikit kau dah beku macam ais, sahlah penyakit kau ni kritikal!” ujar Miqhal lagi. Sempat matanya mengerling sekilas ke arah K sedari tadi duduk tidak bersuara disebelah Denn. Mata gadis itu terpejam. Tidur ke?
“ Dahlah! Bye!” Denn terus melangkah keluar dari kereta. Malas nak mendengar Dr.Miqhal mengulas lebih lanjut tentang penyakitnya yang memang sudah dia sedari sejak kali pertama dia melihat Nasyrah lagi.
Miqhal dan Ad tertawa mengenang tingkah kawan mereka itu. Perjalanan diteruskan. Kali ini destinasinya ke rumah Ad pula untuk menghantar lelaki itu. Hari ini Miqhal jadi pemandu tak bergaji dioarang semua.
Selepas menghantar Ad, Miqhal terus mengarah K supaya berpindah ke tempat duduk hadapan. Jangan nak bermimpi nak jadi mem besar!
“ Kau apahal?” bahu K ditumbuk lembut.
“ Tired.” jawab K pendek tanpa berpaling melihat Miqhal disebelah. Dia lebih selesa melihat permandangan di luar.
“ Awek Denn ke?” Miqhal masih ingin mendapatkan jawapan yang lain. K berpaling. “ Haaa... Tengok? Aku sebut awek Denn je kau terus toleh! Memang betullah tu kan?”
“ Hishh...” K mendengus. Miqhal tak habis-habis dengan teorinya yang mengatakan K ada hati dengan Denn! “ Just shut up and drive!” K kembali memejam mata.
“ Rilekslaa K. Kalau dah jodoh takkan ke mana.”
K mengetap bibir geram. Tak habis-habis lagi ke Miqhal ni?
“ Kadang-kadang cinta bukan untuk kita miliki, K.” perlahan suara Miqhal menuturkan kata-kata tersebut tapi masih mampu didengari oleh K disebelah. “ Mencintai orang dalam diam ni memang seksa. We’re in the same boat. Aku tahu apa yang kau rasa. Aku rasa apa yang kau rasa.”
K mencelikkan matanya. Kata-kata Miqhal dirasakan cukup mendalam. Apa maksud Miqhal? Miqhal pun mencintai seseorang dalam diam ke?
“ Aku harap satu hari nanti Denn akan sedar yang kau cintakan dia.”
K menggeleng. Aku tak cintakan Denn, bodoh!! Geramnya!!
Kereta sudah berhenti dihadapan pagar rumah K. K menanggalkan seat-belt nya. Pintu dibuka dan kaki dihulur keluar. Sebelum meninggalkan Miqhal, dia berpaling semula, “ Aku tak ada hati dengan Denn, okey!”
Dan Miqhal hanya ketawa. Sinis. Dah terang lagi nak kelentong?? Apa-apa je lah K...
***
“ Ad. Aku nak tanya kau something boleh?” masa tu tengah lepak dengan Ad kat depan restoran, tunggu hujan teduh sebab K balik naik skuter. Jadi Ad pun temankan lah si K ni sampai hujan teduh.
“ Tanya je lah.”
“ Kau ingat lagi tak masa kita mula-mula kenal dulu..?” K masih pandang depan, tengok titisan hujan yang jatuh membasahi bumi.
“ Kenapa?” Ad toleh K.
“ Masa aku lari kejar budak tu, aku langgar Denn kan?”
“ Bila kau lari kejar budak?” Ad berpaling ke hadapan semula lalu menghembuskan asap rokok perlahan-lahan.
“ Masa kita mula-mula jumpa dulu... Ingat?” K pandang Ad.
Ad mengecilkan matanya tengok K, dengan fikiran yang ligat berputar. Keyword nya, ‘masa kita mula-mula jumpa’ which is beberapa bulan yang lepas. Mula-mula jumpa... Emm.. “ Bila?”
“ Alaa... Yang korang tolong aku kejar budak curi basikal tu. Tak ingat? Aku ada langgar one of korang kan? The one yang pakai spect? Denn ke?” payah benar nak kembalikan memori orang nih!
Ad terdiam sejenak sebelum dia mula mengangguk-angguk.“ Oh! Kat luar 7-E kan?”
“Yup!!” finally... Kalau tak ingat jugak, memang aku seret je si Ad ni bawak ke tempat kejadian! Memori tak original betul! Banyak sangat makan semut agaknya!
“Ohhh... Mana ada kau langgar Denn.” kejadian tu berputar kembali dalam ingatannya. Kejadian yang membawa kepada pertemuan mereka dengan K. Kalau tidak kerana perlanggaran itu, mungkin K sekarang bukanlah kawan mereka. Dan kalau tidak kerana Miqhal yang beria-ia suruh diaorang tolong kejar budak curi basikal tu, mungkin juga diaorang tidak akan kenal dengan K. Dan masa itulah Ad perasan yang Miqhal tertarik dengan K. Jarang Miqhal menunjukkan minat dengan lelaki tetapi berbeza apabila dia berjumpa dengan K.
“ Habis tu??” betul ke apa yang aku rasa selama ni??
“ Kau RASA kau langgar Denn... Tapi the one yang jatuh tergolek masa tu bukan Denn tapi Miqhal!”
K kelu. Jadi betullah apa yang aku rasa selama ni?
“Masa kau langgar dia tu, Miqhal tengah cuba jadi Denn... Dia pakai Denn punya spect... Kenapa? Selama ni kau ingat kau langgar Denn ehh?”
K masih diam. Dia tunduk pandang lantai. Bukan setakat aku ingat aku langgar Denn! Tapi aku ingat aku jatuh cinta pandang pertama dengan Denn! Sedangkan sebenarnya... dia bukan Denn... Dia Miqhal!
K mengeluh panjang lalu memekup mukanya di meja kaunter. Perbualannya dengan Ad satu ketika dahulu tiba-tiba bermain dikepalanya. Things are going complicated! K mengaku dia sukakan Miqhal. Suka sahaja atau...cinta? Entahlaa... Yang dia tahu sekarang dia memang bengang! Sebabnya?
1) Miqhal ingat yang dia ni dah tergila-gilakan si Denn! Tapi sebenarnya dia tergilakan Miqhal!
2) Miqhal sibuk nak ‘atur’ dia dengan Denn which is really annoying! Malu lah!
Macam kejadian dalam kereta hari tu. Dia pura-pura tidur sebab dia tak nak dengar (tapi dia dengar jugak) dan tak nak orang lain perasan air muka dia bila Miqhal bercerita tentang awek- cantik-yang-tegur-dia tu. Masa tu dia rasa macam cinta dia pada Miqhal memang tak mungkin akan bersatu sebab dia tak cantik, dia tak macam perempuan yang lain. Tapi lain pulak yang Miqhal fikir bila tengok dia diam. Miqhal ingat dia cemburukan jiran Denn tu.
K angkat muka lalu berteleku atas meja. Sebelah tangannya yang bebas mengetuk-ngetuk meja kaunter. Mata tengok orang lalu lalang kat luar restoran yang berdinding kaca. Pelanggan tak banyak jadi dia boleh rehat sekejap. Tapi tubuh badan je yang boleh rehat, fikiran??
Hmm... Miqhal ni tak penat ke? Miqhal selalu sangat dok main kejar-kejar dalam kepala hotak dia ni! Boleh tak kalau dia nak Miqhal penat dan berhenti dari terus running in her mind? Sebab dia rasa dia dah penat asyik fikir pasal Miqhal...
Kalau K tak selalu kantoi selalu dok tenung Denn sebelum ni, mungkin Miqhal takkan buat tanggapan yang dia sukakan Denn! Tapi... K tenung Denn pun sebab nak cari getar yang sama yang dia rasa masa dia terlanggar lelaki berkaca mata masa dia tengah kejar budak curi basikal tu! Tenung punya tenung, getar yang dia rasa langsung tak sama nada. Dan buat dia bingung!
Tapi berbeza bila dia terpandang si Miqhal yang tiba-tiba datang dengan kaca mata. Ya! Getar yang dia rasa masa tu memang sama dengan yang dia rasa dulu! Dan benda tu jugaklah yang buat dia bukak cerita dengan si Ad. Dan pengakhirannya... Kantoi pulak dah dengan Ad yang dia ada hati dengan Miqhal! Hidup dia memang selalu terkantoi dengan orang kan? Bosan!
“ K!”
Bila terasa bahu ditepuk dari belakang, K terus menoleh. Ad sedang tengok dia dengan kening terangkat sebelah. Suka sangat nak tiru Ziana Zain! “Yes boss?”
“What’s wrong with you? Mengelamun je kerja!”
K senyum serba salah. Haa tengok? Kan dah kantoi dengan boss? “Nothing.”
Ad geleng kepala. Macam-macam kerenah budak K ni! “Call Denn... Tanya dia jadi tak join plan esok!” arah Ad.
“ Plan nak pergi kampung kau tu jadi ke Ad?” K bersuara excited.
Ad angguk. “ Call Denn... Nak confirmation! Kalau dia perlu surat keizinan dari ibu bapa, suruh si Miqhal buat.” K gelak. “ Kau bukan tak tahu si Denn tu. Nak jaga dia kalah jaga budak 3 tahun tau!”
U-TURN
No comments:
Post a Comment