Sunday, 22 January 2012

U - Turn 7



“ Hello-hello!” Miqhal datang menyampuk tiba-tiba membuatkan tiga orang manusia yang tadi nampak macam orang tengah berdebat, kini dah diam dengan mata menala ke arah Miqhal. Miqhal sengih lalu duduk sebelah K. “ Hai!” ujarnya selamba.
“ Waalaikummussalam!” sindir Denn.
“ Assalamualaikum ya maulana ya habibi! Ahlan wasahlan!” Miqhal terus masuk mode mat Arab sesat sambil menghulur tangan nak bersalam pada Denn. K dan Ad dah tergelak. “ Isya’ dah ke?” soalan yang lebih kepada nak menyindir sebenarnya. Kawan-kawan dia ni memang liat sikit kalau bab-bab agama!
“ Aku..”
“ Tak perlu! Tak perlu!” Miqhal terus mencelah,belum sempat lagi K nak habiskan ayat. “ Aku tahu kau cuti!”
K sengih. Miqhal dah hafal dah alasan dia rupanya. “ Tapi kali ni cuti yang real punya tau!” tambahnya lagi.
“ Ye sangat lah tu!” sampuk Ad sambil mata masih tengok orang keluar masuk dari Ours Diner, restoran kepunyaan kakaknya yang dijaga olehnya. Pelanggan agak berkurangan hari ini.
“ Mandat besar kau K ehh! Boleh lepak duduk sekali dengan big boss! Tak takut gaji kena potong ke?” soal Miqhal sambil merungkai ikatan tali leher yang terasa menjerut. Tadi terus rush pergi sini bila dapat call dari Ad. Tak sempat balik rumah tukar baju pun. Dahlah tadi ada meeting dengan klien yang agak penting dan agak memeningkan kepala. Banyak songeh punya orang! Nasib baiklah klien! Kalau tak, percuma je kena cepuk! Mampu ke aku cepuk orang? Arghh... Itu belakang kira! Yang penting, orang yang perangai macam tu memang harus kena belasah bagi dia sedar dunia sikit!
“ Alaa... Boss takkan potong gaji aku punya? Betul tak boss??” K angkat kening dua kali sambil memandang Ad.
“ Aku potong habis K!” Ad bersuara serius.
“ Tak apa K. Bagitau aku kalau dia potong gaji kau! Abang ada sayang!” Denn mendabik dada.
“ Uwekkk!” K pura-pura nak muntah. Miqhal kat sebelah pura-pura jugak usap-usap belakang K. Kira macam K betul-betul muntah lah.
“ Kau ni Denn... Ayat buat orang mual! Kesian K... Kau okey sayang?” Miqhal tersengih-sengih sambil tengok muka K dengan pandangan romantis yang teramat.
“ Kau jangan Miqhal! Kang aku muntah betul-betul kat kau karang... Free je!” K bersuara bagi amaran. Dia memang selalu kena usik macam ni. Semuanya sejak........
Setahun yang lalu.....
Pagi-pagi raya kedua, rumah K didatangi oleh beberapa orang pemuda yang siap bawak lemang sendiri lagi tu. Bagi salam berlagu-lagu memang tak ubah macam kanak-kanak riang. Masa tu, Lyqa yang bukak pintu. Dan bila tengok muka-muka yang tersenyum-senyum kat depan dia, dia terus jemput mereka masuk dan laung nama K. Kalau nak kata kawan dia, memang bukan sebab dia tak kenal sorang pun muka tu. Kalau nak kata kawan emak pulak, memang buang tebiatlah mak nak berkawan dengan budak-budak muda macam tu! Jadi kesimpulannya, memang kawan K.
“ Kakak! Kakak! Kawan kakak datang!” laung Lyqa sebelum menjemput Ad, Denn dan Miqhal duduk.
Denn pun buat muka tak faham. “ Adik dia ingat kita ni kawan kakak K laa...”
Miqhal menyiku Ad. “ K tak cakap pun dia ada kakak!”
Ad hanya diam tapi mulut dah mengunyah kacang yang terhidang kat depan mata. Memanglah tak tunggu orang rumah jemput dulu.
Bila dengar derapan kaki turun tangga, semua mata beralih ke tangga. Mata Miqhal dan Ad memang bersinar-sinar! Nak jumpa awek lah katakan! Ad je yang relax sebab dalam hati dia dah ada orang menginap jadi dia memang dah tak pandang orang lain lagi.
Bila sampai kat kaki tangga dan menjenguk ke ruang tamu, mata perempuan yang comel dengan baju kurung kelabu berbunga merah jambu itu terus terbeliak.
Ad, Denn dan Miqhal pun turut buntang mata melihat perempuan kat depan diaorang sekarang ni. Comel sangat tapi bukan itu yang buat diaorang terkejut tapi...
Perempuan itu tiba-tiba lari masuk dapur.
“ Kenapa ni K?” soal Puan Khalija bila tengok K yang muka memang cemas gila. “ Siapa kat luar tu?”
K mengurut-ngurut dadanya. “ Ad, Denn dengan Miqhal, mak!”
“ Laa... Habis tu yang kamu nampak macam tengok Hulk datang beraya kat rumah ni kenapa?”
Mak ni nak buat lawak pulak! Wrong timing mak! “ Mak! Diaorang kata nak datang raya ketiga!”
Lyqa blur bila tengok K muka macam kena kejar hantu. “ Kak... Yang kakak takut sangat ni kenapa?”
“ Kau diam!” K merengus. Lyqa memang tak tahu apa-apa tentang perkara ini. “ Mak... Macam mana ni mak...”
“ Macam mana apa? Orang datang nak beraya kan... Pergilah.”
“ Mak! Tengoklah K pakai apa ni mak!” K rasa macam nak bunuh diri je sekarang. Memang dia tengah pakai baju kurung. Memang itu pun yang sepatutnya dia pakai sebab dia perempuan. Tapi selama ini Ad, Denn dan Miqhal memang tak tahu dia perempuan. K pun elok je simpan rahsia. Tup tup! Hari ini terbongkar! Dah kira elok dia plan yang esok dia nak sarung kemeja je sebab Miqhal kata esok diaorang nak serang rumah dia! Tapi lain pula  yang jadi... Arghhh!!! Hari ni bengkung pun tak pakai dohh!
Puan Khalija menggeleng kepala. “ Pergi je lah K... Bagitau diaorang kebenaran. Tak baik mulakan perhubungan dengan penipuan K. Kesian diaorang.”
K mengeluh. Agak lama dia berdiri kaku bersandar kat peti ais, sampailah dia dengar suara Miqhal dari ruang tamu panggil dia. Suara bunyi serius gila. Kecut perut K. Macam mana kalau lepas ni Miqhal, Denn dan Ad dah tak nak kawan dengan dia lagi? Macam mana kalau lepas ni dia dibenci? Macam mana kalau...
“ K!!!” suara Miqhal bergema lagi. Miqhal ni kalau dah keluar suara aura petir macam tu, agak merbahaya jugak!
“ Pergilah K... Tak baik buat diaorang macam tu.” Puan Khalija bersuara lagi.
Dan akhirnya K melangkah keluar menuju ruang tamu dengan langkah yang memang perlahan mengalahkan kura-kura. Seumur hidup dia memang dia tak pernah berjalan slow macam sekarang. Kira ni boleh masuk book of records ni!
Denn, Ad dan Miqhal dah berdiri dengan  muka yang memang serius. Setiap langkah K ke ruang tamu, diaorang tenung dengan muka yang macam nak telan orang. K memang kecut perut masa ni. Entah apalah yang akan jadi lepas ni.
Okay guys. Shoot! Aku tahu aku salah!” K pejam mata, bersedia nak dengar apa-apa je yang akan keluar dari mulut tiga orang lelaki kat depannya sekarang.
“ Kau perempuan?”
K bukak mata bila dengar suara Denn. Suara Denn memang tak kasar cuma nadanya agak dingin. Takut-takut K nak angkat muka. “ Ya.”
Diorang semua mengeluh keras. Mungkin sakit hati kerana tertipu. Denn dah terduduk balik di sofa. Ad menghela nafas panjang sambil dongak ke siling. Cuma Miqhal saja yang masih pandang K dengan muka yang memang nyata bengang.
K dah rasa nak nangis. Tak pernah dia tengok Denn, Ad dan Miqhal versi bengang macam ni. Ini memang kali pertama selama mereka menjalinkan persahabatan. Dan ianya memang menakutkan K.
Guys... Aku mintak maaf.”
“ Sampai hati kau K.” Miqhal bersuara.
Dan bila dengar suara Miqhal tu, air mata K terus jatuh. Dia memang rasa bersalah sangat masa ini. Manusia kat depan dia sekarang boleh dilabelkan sebagai manusia yang paling baik pernah K jumpa. Dan K memang tak nak hilang Ad, Denn dan Miqhal. Tak nak!
“ Aku buat sebab aku takut...”
“ Takut apa? Kitaorang tak makan perempuan, okay?” celah Ad. Dia pun dah duduk sebelah Denn tapi mata masih pada K. Ayu pulak budak ni pakai baju kurung.
“ Aku takut korang tak nak kawan dengan aku...” dalam tangisan, K bersuara. “ Aku takut korang takkan dapat terima aku sebagai seorang perempuan.”
“ Kenapa kau fikir macam tu K?” Denn memang tak faham. Selama ini dia memang penah terfikir yang K ni perempuan bila tengok raut wajah K yang lembut. Sebab tulah banyak gadis terpikat tengok muka dia yang jambu tu.
“ Sebab aku ni macam lelaki.”
Miqhal tiba-tiba gelak bila dengar kata-kata K. Dia merapati K. Bahu gadis itu dipegang. “ K! Kalau kau macam lelaki pun, kau tetap perempuan kan? Kenapa tak bagitau je kitaorang pasal ni? Kenapa nak tipu?” suara Miqhal dah lembut. Entah kenapa dia kalah bila tengok air mata K jatuh. Rasa bengang sebab kena bodoh tu terus hilang macam tu je. Mungkin sebab ni kali pertama dia melihat air mata itu jatuh.
“ Korang janganlah benci aku...” K tunduk. “ Janganlah marah aku..”
Miqhal berpaling tengok Denn dan Ad. Muka budak dua orang tu pun dah memang nampak kasihan dan tak sanggup nak marah-marah K lagi.
Miqhal lepas bahu K lalu melabuhkan punggung bersebelahan Ad. “ Mintak maaf cepat! Aku nak kau cium kaki aku ni! Cepat!” ujar Miqhal dalam gurauan.
Denn dan Ad mengangguk bersetuju. “ Cepat! Sempena hari raya ni! Mintak maaf!” sambut Ad.
K mengangkat muka. Dia lega bila tengok pemuda-pemuda kat depan dia sekarang dah senyum. Dia terus mengesat air matanya. Semangat dah naik tiba-tiba!
“ Apa tunggu lagi?” Denn jungkit kening sambil menghulur tangan. “ Salam! Mintak maaf!”
K buat muka. Ni memang sengaja nak kenakan dia ni! Tapi K patuh jugak. Dia pergi salam tangan Denn sambil buat ucapan lagi tu. Lepas tu, Ad. Dan akhir sekali, Miqhal. Lama tangan dia dalam genggaman Miqhal sebab lelaki tu main-main. Siap bagi skrip lagi tu suruh dia ulang. Memang nak menyeksa! Tapi yang bestnya, Miqhal hulur sampul duit raya lepas tu! Hahaa! Miqhal memang baik kalau part yang tu! Eh, tetamu pulak yang bagi duit raya dengan tuan rumah ye?
No wonder lah muka licin semacam...” Miqhal usap pipi K.
“ Oii!! Apa pegang-pegang ni!” K mengelak.
Pecah tawa Denn, Miqhal dan Ad.
“ Lupa pulak... Kau kan perempuan!” Miqhal sengih. “ Ni aku bawak lemang... Penat aku bakar semalam tau!”
“ Ha’ah! Bakar lah sangat! Bukan tadi kau beli kat tepi jalan ke?” ujar Ad bersahaja.
Miqhal tersengih. “ Kau ni memang tak dapat nak cover! Nah K! Ambik! Bagi mak kau!” lemang tu diserahkan pada K. “ Mak kau mana? Kitaorang nak mintak ampun mintak maaf ni sebab bawak anak dara dia kehulur-kehilir selama ni!” Miqhal menjengah kepala ke dapur. “ Mak cik! Ooo mak cik! Kami datang nak beraya!”
“ Oiii!! Mengelamun!”
K tersentak bila kepalanya ditepuk oleh seseorang. “ Apa ni??” dia marah. Hilang dah scene kantoi masa raya dirumahnya setahun yang lepas. Kini yang ada cuma tiga orang lelaki yang tengah pandang dia semacam.
“ Kau melamun sampai mana ni?” soal Denn yang duduk menghadap K.
K sengih. “ Sorry. Aku teringat masa mula-mula korang tahu aku ni pompuan dulu...” K memperlahankan suaranya bila menyebut perkataan ‘perempuan’. Takut pulak orang lain terdengar. Sebab pekerja-pekerja kat OD(Ours Diner) memang tak tahu yang dia perempuan.
“ Laaa... Ke situ pulak! Habis tu kau tak dengarlah semua plan kitaorang tadi?” soal Miqhal.
“ Tak...” K senyum meleret. Dia serba salah sebenarnya tu. Dah selalu sangat mereka nak kena ulang segala perancangannya hanya kerananya. Macam rancangan nak ke Pearl Beach tu, tak semena-mena Denn kena bagitau semula.
“ Adoiii!” Miqhal mengeluh. “ Ni nak kena ulang semua lah ni??” penatnya aku nak repeat-repeat benda yang sama 237 kali! Plan ni bukannya pendek! Tadi dah terang panjang lebar dah! Ni nak kena ulang lagi? “ Denn! Kau bagitau K!” Miqhal terus angkat punggung. “ Boy! Mana mee goreng aku?!” terdengar suara Miqhal yang lantang tengah bertanya pada salah seorang pekerja dia restoran tersebut.
Denn pandang Ad. “ Aku nak kena explain ke ni?”
“ Yalah! Aku nak masuk dapur jap!” Ad pun blah. Tinggal K dan Denn je kat meja.
K angkat kening dua kali. “ Apa plan tu??”
“ Bunuh kau lepas tu panggang buat satay.”
U-TURN

No comments:

Post a Comment