Sunday, 22 January 2012

U - Turn 3



“ K! Kau ni tak habis-habislah dengan perangai kau tu!” Ad dah merungut geram.
K tersengih cuma. Miqhal hilang sebentar entah kemana. Mungkin pergi ambil bekalan makanan kat dalam kereta. Lelaki itu je yang tidak basah sebab tak berenang. Kenapa dia tak berenang? Sebab dia kata kulitnya alah dengan air masin. Kalau kena kat kulit dia, kulit dia akan gatal-gatal. Macamlah tak kenal dengan Miqhal! Tubuh badan dia tu sensitif tahap maksima.
“ Tak perlu tension-tension, okey?” bahu Ad ditepuk-tepuk. Kemudian K kembali berenang. Tenggelam timbul tenggelam timbul dan kemudian tenggelam dan terus tak timbul-timbul.
“ K! Jangan main-main boleh tak?” kali ni Denn pulak yang bengang dengan perangai K. Dah banyak kali K buat aksi tenggelam tak timbul-timbul macam ni. Denn takut kalau kali ini benda itu benar-benar terjadi.
K masih tidak timbul walau dah dipanggil berkali-kali oleh Denn mahupun Ad. Mata Ad kemudiannya meliar mencari Miqhal. Dan dia terus melaung memanggil Miqhal sebaik sahaja dia mengesan batang tubuh lelaki itu yang melangkah mendekati mereka dengan bungkusan di tangan.
Melihat riak wajah Ad yang kebimbangan, Miqhal segera berlari-lari anak mendapatkan kawan-kawannya. Plastik yang berisi makanan sudah terlepas dari tangan. Jantungnya berdegup kencang apatah lagi apabila dia langsung tidak nampak kelibat K. Yang ada cuma Ad dan Denn sahaja.
“ Aku tak tahu dia main-main ke betul-betul... Tapi dari tadi dia tak timbul-timbul!” adu Ad.
“ K?!!” Miqhal cuba memanggil,manalah tahu kut-kut bila K dengar suara dia, dia terbuka hati nak tamatkan permainan gila ni. “ K, stop it, please?!! It’s not funny at all!”
Masih diam tak ada sahutan. Miqhal menebarkan pandangan ke seluruh pantai. Mencari kalau-kalau ada K bersembunyi di mana-mana. Ad dengan Denn dah berenang semula mencari K di dasar laut.
Miqhal semakin cemas apabila K masih tidak timbul-timbul. Jangan-jangan K benar-benar tenggelam tak? Astaghfirrullahalazim... Tak! Tak mungkin! K terer berenang. Tak mungkin K lemas. Tapi kalau benda tu dah nak jadi, akan jadi jugak walaupun K pandai berenang. Ya ALLAH.. Kau selamatkanlah K, Ya ALLAH!
“ K! Please..!! Jangan main-main!” badan Miqhal dah separuh tenggelam. Perasaan cemas dalam dirinya membuatkan dia lupa tentang dirinya yang tidak tahu berenang dan kulitnya yang alah dengan air masin. Dia terus mencari dan melaung-laung memanggil nama K. Dan....
“ Baaaaaa!!!”
“ Sial!” Miqhal terus berpaling apabila ada suara yang mengejutkannya dari belakang. “ K??”
K dah tergelak besar melihat muka Miqhal yang pucat lesi. Haaa, tahu pulak takut kehilangan dia. Bila dia ada, dijadikan mangsa buli dan mangsa dera! Rasakannnnn!
Lama Miqhal terdiam dengan mata yang masih merenung dalam ke arah K dihadapannya. Dadanya masih turun naik dengan deru nafas yang kencang. Jantungnya masih lagi tidak memperlahankan degupan.
Melihat Miqhal begitu, tawa K terus mati. K dapat melihat dari jauh Ad dan Denn sedang mendekati mereka dari belakang. Dua-dua dengan wajah cemas. Oppsss.. Am I too much??
Tanpa berkata apa-apa, Miqhal terus meninggalkan K, Ad dan Denn. Suasana bungkam tiba-tiba. Ad dan Denn memandang K dengan muka bengang.
K tersenyum tawar. “ Sorry??” dia tahu gurauannya kali ini melebihi had yang sepatutnya.
“ Tak lawak, K!” Denn merengus dan terus berlalu pergi.
Ad hanya mengeluh. “ Lain kali jangan buat lagi?”
K angguk. “ Sorry...”
“ Dah! Jom! Abang Miqhal kita dah hot dah tu!” Ad memeluk bahu K dan mereka terus melangkah menuruti Denn dan Miqhal.
                                                                              ***
 Keadaan dalam kereta sunyi dan sepi. Disebabkan gurauan gila si K tadi, percutian mereka menjadi mimpi ngeri. Miqhal masih tidak mengeluarkan walau sepatah kata. Denn dah sejuk sikit. Ad pula sibuk bertanya itu-ini tentang macam mana dia boleh muncul dibelakang Miqhal tanpa sesiapapun sedar. K menjawab soalan itu hanya dengan sengihan.
Sebenarnya, masa Denn dan Ad sibuk berenang cari dia, dan Miqhal pulak terpekik terlolong jerit nama dia, dia bersembunyi disebalik batu. Dan bila dia perasankan air muka Miqhal yang memang dah cemas tahap dewa, dia pun keluarlah dari persembunyian dan mengejutkan Miqhal dari belakang. 
Menyesal pulak dia main-main macam tadi tu. Kesian Miqhal yang dah gatal-gatal sebab tadi main redah je laut tu semata-mata nak cari dia. Yang drive sekarang pun bukan Miqhal, tapi Ad. Miqhal hanya duduk di sebelah Ad dengan rokok yang sedari tadi tak pernah habis. Lepas sebatang, sebatang lagi dikeluarkan dari kotak dan begitulah seterusnya. Selalunya kalau Miqhal merokok, K akan bising suruh berhenti sebab dia tak suka dengan asap rokok tapi kali ini K hanya mampu melihat. Nak tegur tak berani pulak sebab takut Miqhal melenting.
“ Mintak maaflah dengan Miqhal tu.” Denn menyiku lengan K yang duduk disebelahnya.
“ Macam mana nak mintak maaf? Dia tak layan aku pun...” K menjawab juga dengan nada suara yang perlahan, tidak mahu didengari oleh Miqhal.
Try lah lagi.” Denn masih menggesa.
“ Nantilah...” K pula bertegas dengan jawapannya.
“ Nak tunggu bila? Sekarang lah!”
“ Tak nak berhenti makan dulu ke?” suara Ad menghentikan ‘rundingan’ K dan Denn di tempat duduk belakang. K dan Denn tak menjawab walaupun perut masing-masing dah berlagu sakan mintak diisi! “Miq?”
“ Berhentilah kat mana-mana.” jawapan yang ringkas dan kedengaran agak dingin keluar dari mulut Miqhal dan kerana jawapan itu jugaklah Toyota Alphard hitam itu membelok masuk ke perkarangan sebuah restoran.
Miqhal terlebih dahulu melangkah keluar dari kereta dan dituruti oleh K yang mengejar langkah Miqhal dari belakang. Ad dan Denn tidak terus keluar sebaliknya hanya memandang dari dalam kereta. Ingin memberikan sedikit privasi kepada K dan Miqhal.
Sorrylah Miqhal! Sumpah aku tak buat lagi!” tukas K sebaik sahaja dia berjaya menyaingi langkah Miqhal. “ Sorry??” lengan Miqhal ditarik dan perbuatan itu berjaya menghentikan langkah kaki Miqhal. K nervous sekejap bila tengok muka Miqhal yang memang ngeri semacam je sekarang ni tapi dia kena beranikan diri. Dia tak nak Miqhal terus-terusan marah. Dia rasa bersalah sangat-sangat apatah lagi apabila scene tadi diulang tayang semula dalam kepalanya. Dia dapat lihat betapa cemasnya Miqhal sampaikan wajah lelaki itu bertukar pucat. Dan itu semua terjadi kerana permainan bodohnya itu! “ Aku tak buat macam tu lagi! Aku janji!”
Miqhal merengus. “ Benda macam tu tak boleh dibuat main, K!”
“ Aku tahu...”
“ Tahu tapi kau buat jugak?” tempik Miqhal.
Sorryyy..”
Miqhal menarik nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan. Dia tidak boleh terus-terusan memarahi K walaupun rasa marah dalam diri dia ni masih lagi ada. Malah jantungnya juga masih berdegup laju. Tak dapat dia bayangkan kalau yang tadi tu bukan gurauan.... Ya ALLAH... Minta dijauhkan semua itu dari berlaku. “ Jangan buat lagi.”
“ Sumpah aku tak buat lagi!”
Miqhal tersenyum tiga saat. “ Good.”
K tersenyum. Akhirnya....  Miqhal senyum! walaupun sekejap..tapi kira senyum jugak lah tu!
“ Jom, makan!”
                                                                                   ***
Masuk saja ke dalam taman tema, K dah tersenyum girang. Keseronokan yang termusnah petang tadi sekarang diganti balik dengan keseronokan di taman tema. Mereka melangkah dan terus melangkah melihat suasana di taman tema tersebut.
“ Aku nak naik permainan yang paling extreme sekali!” ujar K yang membantah apabila Denn mengajaknya bermain Bumper Car. Tak ada thrill katanya!
Miqhal tersenyum sinis seraya menggelengkan kepala. Mereka berhenti melangkah apabila sampai di hadapan kawasan permainan yang ala-ala kapal.
Miqhal mengerling ke arah K yang leka memandang dihadapan. “ Nak naik benda ni?” soalnya. Tujuan mereka ke sini adalah untuk memuaskan hati K sebab selepas apa yang terjadi petang tadi, K asyik merungut yang kegembiraannya musnah sebab Miqhal yang marah-marah. Huh. Miqhal jugak yang dipersalahkan?
“ Mencabar ke naik binatang ni? Aku tak nak yang slow-slow... Tak best!”
Ad tertawa. Sahlah budak K ni belum pernah naik benda ni. Cakap punyalah besar! Berlagak! “ Jom try!” Ad dah mendahului dihadapan.
K tersenyum sombong. Setakat permainan yang ala-ala kapal kena hayun, apalah mencabar sangat?? Dia menuruti langkah mereka yang lain menuju ke pondok yang menjual tiket. Selepas Ad selesai menguruskan permbelian tiket, mereka menapak masuk ke dalam ‘kapal’ tersebut.
K mengambil tempat disebelah Denn manakala Ad dan Miqhal selesa melabuhkan punggung berhadapan dengan mereka. K tertawa riang apabila ‘kapal’ tersebut mula berhayun. Apatah lagi mendengar teriakan budak perempuan yang duduk dibelakang mereka. Hayun punyalah slow tapi budak perempuan tu dah menjerit macam nak gila!
Ad dan Miqhal hanya tersenyum melihat gelagat K yang seronok ketawa. Dalam hati kedua-duanya menunggu saat ‘kapal’ ini dihayun tinggi.
“ Ya ALLAH!!” K terjerit apabila ‘kapal’ tersebut sudah dihayun tinggi. Saat ini dia melihat Ad dan Miqhal punyalah jauh dibawah. Dia menelan liur yang terasa pahit. “ Denn!!” K dah mula cemas apabila ‘kapal’ yang tadinya naik ke atas kini sudah ‘dilepaskan’ ke bawah.
Denn disebelah panik melihat K yang mula meracau. “ Relax K relax!” tangan K yang kuat menggenggam palang besi yang bertindak sebagai ‘seat-belt’ mereka ditepuk perlahan. “ Jangan tunduk! Jangan diam! Just scream! Okay??”
Ad ketawa apabila melihat reaksi K yang memang dah cemas habis! Haaa..Tadi nak sangat yang extreme-extreme kan? Ambik kau!!
Miqhal yang berada disebelah Ad hanya mampu tersenyum tawar mendengat tawa Ad. Hatinya risaukan keselamatan K. Dari sini dia dapat lihat betapa K takut diseberang sana. Mudah-mudahan Denn dapat menenangkannya.
“ Aku takut, Denn..” K dah tunduk.Dari tadi lagi matanya hanya dipejam. Tidak sanggup rasanya nak buka mata. Sekarang ni dia betul-betul rasa macam nyawa nya dihujung tanduk! Macam mana kalau tiba-tiba palang besi ni terbuka ketika ‘kapal’ tengah berada tinggi di atas? Ya ALLAH! Semakin kejap palang besi tersebut digenggam oleh K.
“ Jangan tunduk, K!” Denn menggenggam tangan K yang terasa sejuk. Inilah pertama kali dia melihat K ketakutan macam ni! Bawaklah masuk rumah hantu yang ada pocong melompat dari semua arah pun, belum tentu lagi K akan takut sebegini rupa.
“ Stoppppppppp!!!!!” jerit K lantang apabila ‘kapal’ dihayun laju ke bawah. Air mata dah keluar. Kaki pun terasa tidak memijak lantai kerana tangan terlalu kuat menekan palang besi itu kebawah. Rasa macam dirinya dilambung-lambung! “ Please stoppppp!!”
Denn yang dapat merasakan ‘kapal’ tersebut yang mula beransur perlahan, tersenyum. “Dah berhenti dah K!” tapi K masih menjerit bagai nak gila menyuruh benda alah itu berhenti membuatkan Denn geram disebelah. “ It stopped, okay??” tegasnya dan hanya selepas itu K tidak bersuara.
K sendiri dapat merasakan yang ‘binatang’ itu sudah mula berhenti. Perlahan-lahan dia mencelikkan mata. Orang pertama yang dia lihat adalah Ad yang tersengih macam kerang busuk kat hadapan. Mesti sengih mengejek lah tu! Dan disebelah Ad ada Miqhal dengan wajah yang tidak berperasaan.
“ Kau okey?” soal Denn disebelah setelah ‘kapal’ itu berhenti. ‘Penumpang’ yang lain berpusu-pusu keluar dari ‘kapal’ tersebut. Tapi K disebelah masih diam tidak bersuara. “ Okey??” bahu K digoncang perlahan.
Akhirnya K mengangguk dan dia terus mengorak langkah meninggalkan ‘kapal’ bodoh tersebut! Sumpah! Inilah kali pertama dan kali terakhir dia menaiki benda tu! Lepas ni kalau dia pergi taman tema lagi, dia akan main Merry go-round saja ataupun bermain permainan untuk kanak-kanak! Cukuplah sekali dia merasakan yang nyawanya bagaikan melayang-layang, bagai telur dihujung tanduk.
“ Amacam? Extreme tak? Ke kau nak main benda yang lebih extreme lagi?” sindir Ad apabila K sudah berdiri disebelahnya.
K tidak menjawab sebaliknya dia meminta diri untuk ke tandas. Yang lain hanya membiarkan. Di dalam tandas dia memuntahkan isi perutnya yang sedari tadi terasa menjolok-jolok tekaknya. Seksanya... Selepas okey sedikit, dia mencuci muka dan sempat menilik wajahnya dicermin. Pucat dengan mata yang merah. Biarlah orang nak kata apa. Aku yang merasa semua tu. K melangkah keluar dari tandas lalu mendapatkan Miqhal, Ad dan Denn yang masih lagi berdiri di tempat yang sama.
“ Okey?” soal Miqhal. K hanya mengangguk. “ Nak sweet?” K menggeleng. “ Are you sure you’re okay?”
“ I’m fine.” K melangkah beriringan dengan Miqhal. Ad dan Denn selesa berada dihadapan.
“ Tadi kata lapar. Nak singgah makan ke?” K menggeleng lagi. “ Minum pun tak nak?” K menggeleng lagi. Miqhal mengeluh. Nampak sangat budak K ni masih lagi ‘trauma’. “ Kita pergi minum dulu jom.” bahu K dipeluk erat. “ Be strong la buddy!” ujarnya ingin memberi sedikit semangat kepada K. K hanya tersenyum hambar.
                                                                                U-TURN

No comments:

Post a Comment