Sunday, 22 January 2012

U - Turn 9



“ Wahh! Kau tak cakap pun kau ada kampung yang aman damai macam ni!” K dah menggeliat sambil menghirup udara segar sebaik saja keluar dari kereta. Perjalanan selama 3 jam dari Bougainvillea Hill ke Kampung Arum memang agak memenatkan. Tapi bila dah tengok macam mana rupa kampung halaman si Ad ni, rasa macam 3 jam tu memang berbaloi.
“ Kau tak tanya pun...” jawab Ad selamba lalu melangkah mendahului mereka yang lain. Salam dilaungkan dari luar disertakan dengan ketukan di muka pintu rumah papan yang tersergam indah itu. Rumah kampung memang cantik jika dijaga dengan rapi.
“Miqhal!!!!!!” K menjerit geram bila langkahnya asyik terkebelakang kerana Miqhal berkali-kali menarik beg sandang di bahunya. Makin sakit hati bila dengar tawa Miqhal lepas tu. Denn pun join sekali.
“ Opah!!” Ad menjerit girang sambil menyalam tangan opahnya. Tubuh kecil perempuan tua itu kemudiannya dipeluk erat. “ I miss you, Opah!” ujar Ad sebelum tergelak. Entah opah faham ke tak bahasa English ni. Bantai je lah! Dah terlepas keluar! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata boleh ke nak patah balik? Jawapannya? Fikir sendiri..
“ Opah!”
Tiga suara dari belakang meleraikan pelukan antara Ad dan opahnya. Denn, Miqhal dan K tersengih menampakkan baris gigi yang tersusun rapi. Kemudian masing-masing berlumba-lumba nak pergi salam tangan opah. Dan seperti biasa, K memang selalu bernasib malang. Baru je dia nak salam tangan opah, beg sandangnya ditarik dan dia terus kebelakang. Miqhal pula yang mengambil tempatnya terus mencium tangan opah.
K menyepak kaki Miqhal dari belakang buat Miqhal mengaduh tapi lepas tu tersengih bila tengok muka bengang K. K kemudiannya pergi salam tangan opah dan selamba je peluk tubuh nenek tua itu macam apa yang Ad buat sebentar tadi.
“ Opah... Dia ni istimewa sikit.” Ad mengangguk ke arah K.
Opah turut memandang K yang dah berdiri disebelah Denn. “Apa yang istimewanya Adry?” dia perhati anak muda itu dari atas ke bawah. Nampak normal je. Cuma wajahnya yang macam terlalu cantik bagi seorang lelaki.
“ Dia perempuan...” ujar Ad perlahan.
K tersenyum nipis. Dia tak kisah Ad memberitahu semua tu pada opah. Tidak ada guna jugak nak berahsia.
“ Ohh...” Opah tak nampak terkejut sangat. Dibibirnya masih terukir sebuah senyuman. “ Cantik...” puji opah buat Ad, Denn dan Miqhal serentak menyebut ‘ohhhh’ yang sengaja di panjangkan dengan niat untuk mengusik. Wajah K dah merah. Opah tertawa bila melihat kegembiraan anak-anak muda dihadapannya itu. “ Masuklah... Adry, bawak kawan-kawan kamu masuk... Dah makan ke belum ni?”
“ Belum opah! Kebulur dah ni haa..” Miqhal yang memang terlebih ramah menjawab seraya melangkah membuntuti yang lain masuk ke rumah.
“ Simpan dulu barang-barang kamu tu... Lepas ni turun ke dapur. Opah dah siap masak dah.”
***
“Miqhal! Kau okey ke??” K mengetuk pintu tandas yang diperbuat dari zink itu berkali-kali. Dah lebih setengah jam Miqhal bertapa dalam tu. Tak keluar-keluar lagi. Takut pulak kalau-kalau budak tu pengsan kat dalam! Haru! “Miqhal!!” K ketuk lebih kuat bila tak ada orang menjawab.
“ Iye..!”
K gelak bila dengar suara yang memang nyata terseksa tu. Sakit sangat ke? Hahaha! “ Tu lah kau... Dah tahu makanan tu pedas, kenapa telan jugak?” K berpeluk tubuh dan bersandar di pintu sambil menyilang kakinya.
“ Mana aku tahu makanan tu pedas, bodoh!!” Miqhal jawab geram. Macamlah opah ada letak post-it-note dekat makanan tu tulis ‘Makanan Pedas’! Kalau ada, memang sure Miqhal takkan sentuh makanan-makanan tu semua. Perut dia memang alah dengan benda pedas-pedas. Kalau makan jugak, macam ni lah jadinya. Duduk bertapa dalam tandas! Seksa!
“ Makanan kampung memang pedas, bongok!!” K sengaja menekankan suaranya bila menyebut ‘bongok’. Sengaja nak bakar hati orang kat dalam yang mungkin juga dah sedia terbakar.
Miqhal mengetap bibir geram. “ Berani kau cakap aku bongok! Budak ni memang nak kena!” gerutunya sendirian.
“ Lainkali pakai perut original macam kitaorang ni haa... Tak adalah sensitif sangat macam kau tu. Perut ciplak memang tak bagus, der!” K mengekeh ketawa.
Berdentum bunyi pintu bila disepak oleh Miqhal dari dalam. K terkejut. Dari bersandar, terus tegak berdiri. “ Blah la K!!”
K mencebir. Marah! Tahu pulak marah bila kena usik! Yang dia tu selalu buli aku, tak fikir pun pasal perasaan aku! Aku pun tahu marah jugak! “ Tak mo! Tak mo! Aku nak temankan kau!” K sengih sendirian. Nasib baik opah tak ada di dapur. Kalau tak, mesti opah hairan dengan perangai dia. Orang tengah ‘melabur saham’ pun nak diganggu! Ad dengan Denn duduk lepak-lepak di pangkin luar. Mungkin opah juga berada bersama mereka. “ Susah sangat ke nak keluarkan ‘benda’ tu Miqhal oii??”
“ Kau....” suara Miqhal hilang tapi diganti dengan satu bunyi yang cukup menggelikan dan menjengkelkan orang yang mendengarnya.
Ewwwww!!! Yucksss! K menjarakkan dirinya dari tandas. Kang tak pasal-pasal kena hidu bau yang kurang menyenangkan pulak! Cukuplah pencemaran bunyi sebentar tadi, janganlah ada pencemaran udara pulak!
“ I know you can do it, Miqhal! Go Miqhal go! Pushhhh!! Pushhhh!!!” semakin galak K mengusik. Dia terkekeh-kekeh ketawa seorang diri. “ Aww!” hilang ketawa K bila lengannya ditarik oleh seseorang. Dia dilarikan ke ruang tamu dan didudukkan di kerusi kayu disitu. “ Apa ni Denn! Sakitlah!” protes K.
Denn melabuhkan punggung disebelah K. “ Yang kau ganggu orang tengah ‘melabur saham’ tu kenapa??”
K sengih. “ Sebab aku suka!”
“ Suka Miqhal??” Denn menjungkit kening dengan senyuman yang masih terukir di bibir merahnya. Bibir merah yang menunjukkan yang dia bukan seorang perokok. Bukan macam Ad yang memang perokok tegar sebab itulah bibir pun tak merah macam si Denn ni. Tapi... Miqhal pun merokok jugak dan yang peliknya bibir lelaki tu merah je. Tak hitam pun? Aik?
“ Cehhh!! Tak ada maknanya!” K menjuihkan bibir. Nice cover K!
“ Habis tu?”
“ Aku suka kacau dia la. Dia kan selalu buli aku!”
Denn mengangguk faham. Kira kes balas dendam lah tu! Bukan dia tak tahu yang Miqhal memang pembuli kelas satu! “ Lepas ni kitaorang nak pergi round-round kampung!” Denn memberitahu perancangan yang dibuat olehnya dengan Ad sebentar tadi.
“ Nak ikut!” K dah menjerit riang.
“ Tak boleh!” Denn sengih. “ Sebab kau kena tolong opah masak!”
“ Apa pulak? Aku pun nak tengok kampung ni!”
Denn menggeleng kepala. “ Esok je lah! Kau mesti tolong opah!” K mengeluh. Dia menyandar lemah. “ Alaaa... Cool beb!” Denn menumbuk lembut bahu K. “ Girl tetap girl... Kerjanya di dapur!” Denn kenyit mata ke arah K.
 “ Ahhhhhh.....” Miqhal datang tiba-tiba dan terus baring dia tengah-tengah ruang tamu dengan muka yang nyata kepenatan. Matanya dipejam rapat.
“ Lega?” K sengih sambil tangannya bekerja mengipas Miqhal dengan menggunakan surat khabar yang terdapat di meja sebelah kerusi yang didudukinya. Kesian pulak tengok Miqhal yang berpeluh-peluh! Macam orang baru lepas tamat larian marathon!
“ Miqhal. Lepas ni aku dengan Ad nak ronda-ronda kampung! Kau nak ikut tak?” Denn bersuara.
Miqhal menggeleng lemah. “ Tak larat laaa..”
K mencebir. “ Budak manja!”
Miqhal tak melawan. Mungkin sebab terlalu penat sampai nak bersuara pun dah tak mampu lagi dah. Entah macam mana lah rasanya seorang perempuan melahirkan anak kan? Dengarnya, sampai sembilan urat terputus. Seksanya.. Sebab itulah jasa seorang ibu ini memang besar! Nak melahirkan kita bukannya senang. Tapi anak-anak sekarang banyak yang tak menyedari hakikat itu. Ada ibu pergi hantar ke rumah orang tua. Ada ibu dibuat macam orang gaji. Syukurlah selama 25 tahun hidup dimuka bumi ini, Miqhal jarang menaikkan darah ibu ataupun bapanya. Boleh dikatakan dia adalah anak yang taat segala perintah orang tua.
 “ Kau jagalah Miqhal ni K.” Denn dah melangkah ke muka pintu. “ By the way K, masak sedap-sedap tau!” sempat dia berpesan dengan senyum mengusik sebelum melangkah keluar menuju ke pangkin.
“ Kau masak?” soal Miqhal tanpa membuka mata. Walau mata tertutup, tapi telinganya masih boleh berfungsi dengan baik.
“ Tak adalah. Aku tolong opah je. Buat apa-apa yang patut. Potong sayur ke apa ke...” K pelik bila tengok Miqhal senyum. “ Kenapa kau senyum?”
“ Sebab aku suka dengar.”
Makin pelik K bila dengar jawapan Miqhal tu. “ Dengar apa?” aku ada nyanyi ke tadi?Tak ada. Bergurindam pun tak ada rasanya. Jadi? Jadi apa yang dia suka dengar? Merdu sangat ke suara aku ni?
“ Dengar kau cakap semua tu... Potong sayur...” Miqhal gelak. “ Sekali sekala tengok K jadi Kyra, best jugak kan?” Miqhal mencelikkan mata, nak melihat reaksi K.
K tersenyum. Kyra. Kadang-kadang dia terlupa dengan sepatah nama itu. Nama yang tertulis dalam surat beranak dan kad pengenalannya. Kyra Khalesya. Dan apabila dipendekkan,jadilah K. Jarang orang panggil dia Kyra. Malah dirinya memang sudah sebati dengan nama dia sekarang iaitu K. Nama Kyra hanya layak untuk gadis-gadis yang ayu-ayu lemah lembut sopan santun je. Bukan macam dia! Kalau dia pijak semut pun, on the spot semut tu mati. Tak sempat semut tu nak koma mahupun tinggalkan pesanan terakhir.
Miqhal senyum. Dia tarik tangan K sehingga K jatuh terduduk di sebelahnya. K merungut geram. Miqhal hanya tersengih. “ Tolong urut kepala aku, K...” pinta Miqhal manja lalu memejamkan semula matanya. Tunggu sentuhan jari-jemari si K ni.
K buat muka jengkel. Tapi dalam hati dah ada bunga-bunga yang tumbuh mekar. Kenapa eh?? Eh-eh, siap ada rama-rama yang kalerful pulak tu kat bunga tu! Meriah semacam je! “ Kenapa aku nak kena urut pulak?”
“ Sebab aku kan abang?”
K mencebir. Miqhal memang selalu guna ayat tu. ‘Sebab aku kan abang?’! Elehh! Ayat tu dari sebuah iklan sempena aidilfitri yang pernah tersiar di televisyen. Iklan tentang seorang adik yang selalu kena beralah dengan abangnya dalam segala hal. Bila si adik tanya kenapa dia yang asyik mengalah, si abang akan menjawab, ‘Sebab aku kan abang?’. Samalah macam Miqhal ni. Disebabkan umur dia yang memang paling tua antara semua, dia selalu guna word tu sampai naik menyampah K mendengarnya!
“ K...” Miqhal dah merengek macam budak kecil.
“ Aku urutlah ni.” K mengalah juga dengan kehendak Miqhal. Tapi dalam diam dia suka. Suka bila dapat dekat dengan Miqhal. Alahaii Cik Kyra... Gatal jugak rupanya ye?
U-TURN

No comments:

Post a Comment